Parthenon
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Παρθενών |
Sebahagian dari | Akropolis Athens |
Inskripsi | 1987 (sesi ke-11) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Athens, Perbandaran Athens, Yunani |
Koordinat | 37°58′17″N 23°43′36″E / 37.971527°N 23.726601°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Parthenon (bahasa Yunani Kuno: Παρθενών , nama moden: Παρθενώνας Parthenonas) merupakan kuil terletak di dataran Akropolis Athenai, Yunani dibina khas untuk dewi yang memberi nama kepada kota tersebut, Athena. Pembinaannya bermula pada 447 SM apabila Empayar Athen berada pada kekuasaan tertingginya. Ia disiapkan pada 438 SM, walaupun hiasan Parthenon berterusan sehingga 432 SM. Parthenon dianggap sebagai simbol demokrasi Yunani Kuno dan Athen, dan merupakan salah satu monumen budaya terhebat di dunia.
Seni bina
[sunting | sunting sumber]Sejarah
[sunting | sunting sumber]Zaman Byzantin - penukaran menjadi gereja
[sunting | sunting sumber]Kuil ini ditukarkan menjadi suatu gereja yang didedikasikan kepada Maria si Perawan pada akhir abad ke-6 M[1] Pembinaan ini menghalakan gereja baharu ini mengikut arah timur, begitu juga dengan altarnya menghadap arah ini bersebelahan apsis yang dibina pada pintu utama kuil (pronaos).[2][3][4] Gambaran orang-orang suci dan nabi dicat pada dinding kuil sambil juga tulisan keimanan Kristian diukir pada tiang-tiang runtuhan.[5] Sebarang patung yang terjumpa dikeluarkan dan dipindahkan dari pekarangan kuil.
Gereja yang baharu ini menjadi antara kawasan yang paling didambakan para penziarah Kristian dalam Empayar Byzantium selain Konstantinopolis, Ephesos, dan Thessaloniki.[6]
Zaman Uthmaniyah - penukaran menjadi masjid
[sunting | sunting sumber]Kawasan sekitar Parthenon diserahkan kepada empayar Uthmaniyah pada 1456 setelah mereka berjaya mengalahkan askar-askar Republik Firenze yang melindungi pekarangan tersebut.[7] Gereja itu pada awalnya dikekalkan penggunaannya,[8] namun ia kemudiannya menjadi masjid pada akhir abad ke-15:[9][10] ada sejarawan yang menyatakan penukaran ini hukuman Mehmed II terhadap percubaan warga kota Athenai pada ketika itu.[11]
Apsis dan menara gereja ditukarkan menjadi mihrab dan manarah,[12][13] sambil suatu mimbar baru dibina.[2] Altar turut dikeluarkan serta dinding-dinding gereja ditutup dari sebarang gambaran santo yang wujud sebelumnya.[14]
Perang Morea yang meletus antara pihak Republik Venezia dan kerajaan Uthmaniyah menyaksikan bangunan ini dijadikan suatu gedung senjata api dan tempat berlindung masyarakat Turki setempat.[15] Kekacauan ini mencapai kemuncaknya apabila suatu bedilan ditembak mengena gedung tersebut dari Bukit Philopappos pada 26 September 1687 mengakibatkan suatu letupan meranapkan sebahagian tengah bangunan ini.[16][17] Sebanyak 300 orang terkorban dalam letupan ini baik secara langsung mahupun dari serpihan melayang kena askar-askar Uthmaniyah berdekatan;[18] letupan ini turut menyebabkan kebakaran besar yang memusnahkan banyak rumah berlanjutan ke esok harinya.[19] Pihak Turki yang berjaya mendapatkan kembali Akropolis tidak lama selepas ini mengambil batu runtuhan pekarangan Akropolis dijadikan bahan binaan suatu masjid lebih kecil dalam tapak Parthenon.[20] Malah, banyak khazanah dan batuan dari tapak bersejarah ini dicuri bertahun-tahun.[21]
Keadaan daulah kerajaan Uthmaniyah yang lemah pada kurun ke-18 memudahkan orang Barat melawat dan mengamati tapak bersejarah ini. Catatan dan lakaran dilakukan para wisatawan ini menarik minat ramai kepada budaya Yunani yang baharian serta perjuangan orang Yunani memerdekakan diri dari cengkaman kuasa Uthmaniyah.
Zaman merdeka dan moden Yunani, sejak abad ke-19
[sunting | sunting sumber]Kesemua bahagian kecuali tapak dan tangga manarah diruntuhkan tidak lama selepas pihak Yunani berjaya menawan kembali Athens dalam perang kemerdekaan tahun 1832.[22] Pada lewat kurun zaman ini pula, ia mula menjadi tarikan banyak orang Barat yang menganggapnya suatu pencapaian tinggi seni ketamadunan mereka.[23]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Freely 2004, p. 69 "Some modern writers maintain that the Parthenon was converted into a Christian sanctuary during the reign of Justinian (527–65)...But there is no evidence to support this in the ancient sources. The existing evidence suggests that the Parthenon was converted into a Christian basilica in the last decade of the sixth century."
- ^ a b Freely 2004, p. 70.
- ^ Hollis 2009, p. 21.
- ^ Hurwit 2000, p. 293.
- ^ "The Parthenon". Acropolis Restoration Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 August 2012. Dicapai pada 14 Ogos 2012.
- ^ Kaldellis, Anthony (2007). "A Heretical (Orthodox) History of the Parthenon" (PDF). University of Michigan. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 August 2009.
- ^ Babinger, Franz (1992). Mehmed the Conqueror and His Time. Princeton University Press. m/s. 159–160. ISBN 978-0-691-01078-6.
- ^ Tomkinson, John L. "Ottoman Athens I: Early Ottoman Athens (1456–1689)". Anagnosis Books. Dicapai pada 14 August 2012. "In 1466 the Parthenon was referred to as a church, so it seems likely that for some time at least, it continued to function as a cathedral, being restored to the use of the Greek archbishop."
- ^ Tomkinson, John L. "Ottoman Athens I: Early Ottoman Athens (1456–1689)". Anagnosis Books. Dicapai pada 14 August 2012. "Some time later – we do not know exactly when – the Parthenon was itself converted into a mosque."
- ^ D'Ooge 1909, p. 317. "The conversion of the Parthenon into a mosque is first mentioned by another anonymous writer, the Paris Anonymous, whose manuscript dating from the latter half of the fifteenth century was discovered in the library of Paris in 1862."
- ^ Miller, Walter (1893). "A History of the Akropolis of Athens". The American Journal of Archaeology and of the History of the Fine Arts. 8 (4): 546–547. doi:10.2307/495887. JSTOR 495887.
- ^ Hollis 2009, p. 33.
- ^ Bruno, Vincent J. (1974). The Parthenon. W.W. Norton & Company. m/s. 172. ISBN 978-0-393-31440-3.
- ^ D'Ooge 1909, p. 317.
- ^ Tomkinson, John L. "Venetian Athens: Venetian Interlude (1684–1689)". Anagnosis Books. Dicapai pada 14 August 2012.
- ^ Theodor E. Mommsen, The Venetians in Athens and the Destruction of the Parthenon in 1687, American Journal of Archaeology, Vol. 45, No. 4 (October – December 1941), pp. 544–556
- ^ Fichner-Rathus, Lois (2012). Understanding Art (ed. 10). Cengage Learning. m/s. 305. ISBN 978-1-111-83695-5.
- ^ Tomkinson, John L. "Venetian Athens: Venetian Interlude (1684–1689)". Anagnosis Books. Dicapai pada 14 August 2012.
- ^ Chatziaslani, Kornilia. "Morosini in Athens". Archaeology of the City of Athens. Dicapai pada 14 August 2012.
- ^ Tomkinson, John L. "Ottoman Athens II: Later Ottoman Athens (1689–1821)". Anagnosis Books. Dicapai pada 14 August 2012.
- ^ Grafton, Anthony; Glenn W. Most; Salvatore Settis (2010). The Classical Tradition. Harvard University Press. m/s. 693. ISBN 978-0-674-03572-0.
- ^ Murray, John (1884). Handbook for travellers in Greece, Volume 2. Oxford University Press. m/s. 317.
- ^ "Collection: Ruins of the Parthenon". National Gallery of Art. Diarkibkan daripada yang asal pada July 28, 2020. Dicapai pada May 28, 2020.
Sumber utama
[sunting | sunting sumber]- D'Ooge, Martin Luther (1909). The Acropolis of Athens. Macmillan.
- Freely, John (2004). Strolling Through Athens: Fourteen Unforgettable Walks through Europe's Oldest City (ed. 2). Tauris Parke Paperbacks. ISBN 978-1-85043-595-2.
- Hollis, Edward (2009). The Secret Lives of Buildings: From the Ruins of the Parthenon to the Vegas Strip in Thirteen Stories. Macmillan. ISBN 978-0-8050-8785-7.
- Hurwit, Jeffrey M. (2000). The Athenian Acropolis: History, Mythology, and Archeology from the Neolithic Era to the Present. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-42834-7.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Parthenon. |
- The Acropolis of Athens: The Parthenon (official site with a schedule of its opening hours, tickets and contact information)
- The Acropolis Restoration Project Diarkibkan 2005-07-23 di Wayback Machine (Greek Government website)
- The Athenian Acropolis by Livio C. Stecchini (Takes the heterodox view of the date of the proto-Parthenon, but a useful summary of the scholarship.) (Internet Archive)
- UNESCO World Heritage Centre - Acropolis, Athens
- Metropolitan Government of Nashville and Davidson County — The Parthenon
- The Parthenon Marbles Diarkibkan 2004-11-20 di Wayback Machine
- Google Sketchup 3D Model of Parthenon (simplistic)
- Parthenon virtual tour Interactive 360° panoramas in high resolution.
- Parthenon 'The Golden Age of Pericles' Diarkibkan 2007-10-12 di Wayback Machine
- The Friends of the Acropolis
- United Parthenon Diarkibkan 2012-10-15 di Wayback Machine
- Pages using the JsonConfig extension
- Rencana menggunakan Kotak info Tapak Warisan Dunia dengan templat Peta lokasi hilang
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Yunani Purba (sehingga 1453)
- Rencana dengan bahagian kosong dari Jun 2020
- Semua rencana dengan bahagian kosong
- Parthenon
- Akropolis Athens
- Tempat ibadat yang diubahsuai menjadi masjid