Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/September
Templat:SeptemberCalendar2024Source
1 September: Hari Perlembagaan di Slovakia; Hari Kemerdekaan di Uzbekistan; Hari Pekerja di Amerika Syarikat dan Kanada (2014).
- 1715 – "Raja Matahari" Louis XIV dari Perancis (gambar) meninggal dunia selepas memerintah selama 72 tahun, lebih lama daripada mana-mana raja Eropah lain.
- 1902 – Filem cereka sains pertama, filem bisu hitam-putih Le Voyage dans la Lune arahan Georges Méliès mula ditayangkan di Perancis.
- 1951 – Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (US) menandatangani pakatan pertahanan bersama ANZUS.
- 1969 – Satu rampasan kuasa tidak berdarah pimpinan Muammar Gaddafi menggulingkan Idris I dari Libya.
- 1982 – Pejuang PLO berundur dari Lubnan dalam krisis penyembelihan Sabra dan Shatila.
Hari-hari sebelum: 31 Ogos – 30 Ogos – 29 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
2 September: Hari Kebangsaan di Vietnam (1945)
- 31 SM – Tentera pimpinan Octavian mengalahkan angkatan Marcus Antonius dan Cleopatra di Pertempuran Actium (gambar), Laut Ionia.
- 1666 – Satu kebakaran besar melanda London dan memusnahkan lebih 13,000 bangunan.
- 1870 – Perang Perancis-Prusia: Napoleon III dari Perancis ditawan dalam Pertempuran Sedan.
- 1967 – Paddy Roy Bates mengisytiharkan "HM Fort Roughs", bekas Kubu Maunsell Perang Dunia II di Laut Utara berhampiran dengan pantai Suffolk, England, sebagai negara bebas: Kerajaan Kecil Sealand.
- 1990 – Transnistria mengisytiharkan kemerdekaan sebelah pihak daripada RSS Moldavia Kesatuan Soviet, namun hanya baru diiktiraf Abkhazia dan Ossetia Selatan, yang juga belum diiktiraf sepenuhnya.
Hari-hari sebelum: 1 September – 31 Ogos – 30 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
3 September: Hari Kemerdekaan di Qatar (1971); Hari Angkatan Tentera di Taiwan; Hari Bendera di Australia.
- 301 – San Marino, salah satu negara terkecil di dunia dan republik tertua yang masih wujud, diasaskan oleh Santo Marinus.
- 1260 – Orang Mongol tewas muktamad buat kali pertama, kepada angkatan Mamluk Mesir dalam Perang Ain Jalut di Palestin.
- 1783 – Great Britain dan Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Paris, secara rasminya menamatkan Perang Revolusi Amerika.
- 1901 – Bendera Australia (gambar), sebuah Panji Biru yang ditambahkan dengan Bintang Komanwel dan Salib Selatan, dikibarkan buat pertama kali di Melbourne.
- 1976 – Kapal angkasa lepas Viking 2 mendarat di Utopia Planitia, Marikh.
Hari-hari sebelum: 2 September – 1 September – 31 Ogos
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 476 – Pemimpin puak Jermanik Odoacer menawan Ravenna dan menggulingkan Romulus Augustus, Maharaja Empayar Rom Barat terakhir.
- 1260 – Puak Ghibelline Siena menewaskan puak Guelph Florence dalam Pertempuran Montaperti.
- 1886 – Selepas lebih 25 tahun menentang Tentera Amerika Syarikat dan Mexico, Geronimo (gambar) daripada puak Apache Chiricahua menyerah diri.
- 1888 – Pencipta A.S. George Eastman mendaftarkan tanda dagangan "Kodak" selepas mendapat paten untuk kamera filemnya.
- 1998 – Larry Page dan Sergey Brin mengasaskan syarikat Google di Menlo Park, California, untuk mempromosikan enjin gelintar web yang dibangunkan mereka.
Hari-hari sebelum: 3 September – 2 September – 1 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
5 September: Hari Guru di India
- 1774 – Dalam gerak balas terhadap Parlimen British yang menggubal Akta Tak Terderita, wakil 12 daripada Tiga Belas Jajahan bersidang dalam Kongres Benua Pertama di Philadelphia.
- 1793 – Revolusi Perancis: Convention Nationale mengundi untuk melaksanakan langkah menggerunkan, memulakan Pemerintahan Ganas.
- 1927 – Watak popular pertama Walt Disney dan Ub Iwerks Oswald the Lucky Rabbit diperkenalkan kepada umum melalui kartun animasi Trolley Troubles.
- 1977 – NASA melancarkan kuar angkasa lepas Voyager 1 (gambar), kini objek buatan manusia terjauh dari Bumi.
- 2005 – Penerbangan 091 Mandala Airlines terhempas di Medan, Sumatera, Indonesia, mengorbankan lebih 140 orang.
Hari-hari sebelum: 4 September – 3 September – 2 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
6 September: Hari Kemerdekaan di Swaziland (1968); Hari Pertahanan di Pakistan; Hari Kesatuan di Bulgaria.
- 394 – Maharaja Rom Timur Theodosius I mengalahkan perampas Empayar Rom Barat Eugenius dalam Pertempuran Frigidus.
- 1522 – Kapal Victoria (gambar) kembali ke Sanlúcar de Barrameda, Sepanyol, menjadikannya kapal pertama mengelilingi dunia.
- 1930 – Presiden Argentina Hipólito Irigoyen digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera oleh José Félix Uriburu.
- 1991 – Kesatuan Soviet mengiktiraf kemerdekaan negara-negara Baltik.
- 2000 – Sidang Kemuncak Milenium untuk membincangkan fungsi PBB pada peralihan abad ke-21 bermula di Bandar Raya New York.
Hari-hari sebelum: 5 September – 4 September – 3 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
7 September: Hari Kemerdekaan di Brazil (1822)
- 1191 – Perang Salib Ketiga: Richard I dari England mengalahkan Salahuddin al-Ayyubi dalam Pertempuran Arsuf.
- 1776 – Perang Revolusi Amerika: Di Pelabuhan New York, Turtle menjadi kapal selam yang pertama digunakan dalam serangan, dalam cubaan meletupkan HMS Eagle.
- 1901 – Dengan Peking dikuasai tentera asing selepas Pemberontakan Boxer, China Qing dipaksa menandatangani Protokol Boxer dengan Perikatan Lapan Negara.
- 1940 – Perang Dunia Kedua: Luftwaffe Jerman Nazi menukar strategi Pertempuran Britain dan mula mengebom (gambar) London dan bandar British lain.
- 1986 – Desmond Tutu menjadi orang berkulit hitam pertama yang mengetuai Gereja Anglikan di Afrika Selatan.
Hari-hari sebelum: 6 September – 5 September – 4 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
8 September: Hari Kemerdekaan di Republik Macedonia; Hari Kebangsaan di Andorra; Hari Celik Huruf Antarabangsa; Perayaan Kuih Bulan (kalendar Cina, 2014).
- 1331 – Stefan Uroš IV Dušan daripada Dinasti Nemanjić dimahkotakan sebagai Raja Serbia.
- 1888 – Liga bola sepak profesional tertua di dunia The Football League bermula di England dengan 12 pasukan.
- 1900 – Taufan Galveston, salah satu taufan paling berbahaya di Atlantik, melanda Galveston, Texas, mengorbankan 6,000 orang.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Angkatan tentera Jerman memulakan Pengepungan Leningrad.
- 1978 – Revolusi Iran: Sekurang-kurangnya 88 penunjuk perasaan di Teheran (gambar) terbunuh dalam peristiwa Jumaat Hitam.
Hari-hari sebelum: 7 September – 6 September – 5 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
9 September: Hari Republik di Korea Utara (1948); Hari Kemerdekaan di Tajikistan (1991).
- 9 – Perang Germanik: Perikatan puak-puak Jermanik pimpinan Arminius bertembung dengan angkatan Rom pimpinan Publius Quinctilius Varus.
- 1493 – Angkatan Empayar Uthmaniyyah menewaskan tentera Kerajaan Croatia dalam Pertempuran Padang Krbava.
- 1513 – Perang Liga Cambrai: Raja James IV dari Scotland (gambar) terbunuh dalam Pertempuran Flodden di Northumberland.
- 1945 – Perang China-Jepun Kedua berakhir apabila Jepun menyerah kalah.
- 2004 – Sebuah kereta meletup di luar bangunan kedutaan Australia di Jakarta, Indonesia, mengorbankan 9 orang dan mencederakan lebih 150 yang lain.
Hari-hari sebelum: 8 September – 7 September – 6 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
10 September: Hari Kebangsaan di Gibraltar (1967)
- 1547 – Tentera England menewaskan Scotland di Pertempuran Pinkie Cleugh berhampiran Musselburgh, Lothian, Scotland.
- 1813 – Perang 1812: Armada Amerika Syarikat menewaskan Tentera Laut Diraja Great Britain di Tasik Erie berhampiran pantai Ohio.
- 1897 – Tunjuk perasaan aman oleh pelombong berketurunan Poland dan Slovak di Kaunti Luzerne, Pennsylvania, A.S. ditembak dalam pembunuhan Lattimer.
- 1898 – Maharani Elisabeth dari Austria (gambar) mati ditikam seorang anarkis di Geneva, Switzerland.
- 2008 – Di bawah sempadan Perancis-Switzerland berhampiran Geneva, pemecut zarah terbesar di dunia Pelanggar Hadron Besar CERN, dihidupkan buat pertama kali.
Hari-hari sebelum: 9 September – 8 September – 7 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
11 September: Hari Guru di sebahagian negara Amerika Latin; Hari Patriot di Amerika Syarikat.
- 1297 – Perang Kemerdekaan Scotland Pertama: Orang Scotland mengalahkan tentera Inggeris dalam Pertempuran Jambatan Stirling di Sungai Forth (gambar).
- 1893 – Pada hari pembukaan Parlimen Agama Dunia pertama di Chicago, Swami Vivekananda memperkenalkan Hinduisme ke A.S.
- 1945 – Sebuah kem tumpuan tentera Jepun di Batu Lintang, Sarawak, Borneo dibebaskan tentera Australia, menyelamatkan lebih 2,000 tawanan perang tentera Berikat dan tahanan awam.
- 1961 – Pertubuhan pemuliharaan bebas terbesar di dunia, Tabung Hidupan Liar Sedunia diasaskan di Morges, Switzerland.
- 1998 – Sukan Komanwel pertama di Asia, SUKOM '98 dirasmikan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Hari-hari sebelum: 10 September – 9 September – 8 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
12 September: Hari Kebangsaan di Tanjung Verde
- 490 SM – Orang Athens dan sekutunya Plataea menghentikan pencerobohan Parsi dalam Pertempuran Marathon.
- 1683 – Perang Turki Agung: Tentera Poland yang diketuai John III Sobieski bergabung dengan tentera Habsburg untuk menewaskan tentera Uthmaniyyah dalam Pertempuran Vienna.
- 1942 – Peristiwa Laconia: Sebuah U-boot menenggelamkan kapal RMS Laconia berhampiran pesisir pantai Afrika Barat dan cuba menyelamatkan penumpangnya, yang termasuk orang awam, askar Poland dan British serta tawanan perang Itali.
- 1977 – Aktivis anti-aparteid Afrika Selatan Steve Biko (gambar) terbunuh semasa dalam jagaan polis di Pretoria.
- 2007 – Bekas Presiden Filipina Joseph Estrada disabitkan menggelapkan wang dan dihukum reclusión perpetua.
Hari-hari sebelum: 11 September – 10 September – 9 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
13 September: Hari Perayaan Santo John Chrysostom (Kristian Barat)
- 533 – Flavius Belisarius dan legionnya menewaskan Gelimer dan orang Vandal dalam Pertempuran Ad Decimum berdekatan Carthage.
- 1229 – Anak lelaki ketiga Genghis Khan, Ögedei Khan diisytiharkan sebagai Khagan Empayar Mongol.
- 1814 – Kubu McHenry diserang British, memberi ilham kepada Francis Scott Key untuk menulis lirik The Star-Spangled Banner, kemudian menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat.
- 1956 – IBM mempamerkan 305 RAMAC (gambar), komputer komersil pertama yang menggunakan storan cakera magnet.
- 1993 – Selepas satu siri rundingan rahsia, pemimpin PLO Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin secara rasmi menandatangani Perjanjian Damai Oslo.
Hari-hari sebelum: 12 September – 11 September – 10 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 786 – Harun al-Rasyid menjadi khalifah Abbasiyah selepas kematian abangnya al-Hadi.
- 1752 – Dengan menerima takwim Gregorius, Empayar British melangkau sebelas hari (2 September diikuti oleh 14 September).
- 1901 – Di Buffalo, New York, Theodore Roosevelt menjadi Presiden Amerika Syarikat termuda, pada umur 42 tahun, apabila William McKinley meninggal dunia.
- 1959 – Kapal angkasa lepas Soviet Luna 2 (gambar) terhempas dan menjadi objek buatan manusia pertama sampai ke Bulan.
- 1960 – Di satu persidangan di Baghdad, Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait dan Venezuela mengasaskan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum.
- 2017 – Kejadian kebakaran di madrasah Darul Quran Ittifaqiyah, di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang menyebabkan 23 orang penghuni yang terdiri daripada 21 orang pelajar dan dua orang guru terbunuh.
Hari-hari sebelum: 13 September – 12 September – 11 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
15 September: Hari Kemerdekaan di Costa Rica, El Salvador, Guatemala, Honduras dan Nicaragua (1821); Hari Pertempuran Britain di United Kingdom.
- 1831 – John Bull, lokomotif wap tertua di dunia yang masih beroperasi, berjalan buat kali pertama di New Jersey.
- 1835 – Di atas HMS Beagle, Charles Darwin sampai ke Kepulauan Galápagos, di mana dia mengembangkan lagi teori evolusinya.
- 1916 – "Senjata rahsia" Tentera Darat British semasa Perang Dunia Pertama, kereta kebal, pertama kali digunakan untuk bertempur dalam Pertempuran Somme.
- 1935 – Jerman Nazi menggubal Undang-Undang Nuremberg, yang merampas kewarganegaraan orang Yahudi Jerman, dan menggunakan bendera kebangsaan baharu (gambar).
- 1950 – Perang Korea: Tentera Amerika Syarikat dan Korea mendarat di Incheon, Korea.
Hari-hari sebelum: 14 September – 13 September – 12 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
16 September: Hari Kemerdekaan di Mexico (1810) dan Papua New Guinea (1975); Hari Malaysia di Malaysia (1963).
- 1810 – Paderi Miguel Hidalgo y Costilla menyampaikan Grito de Dolores kepada para pengikutnya, memulakan Perang Kemerdekaan Mexico.
- 1941 – Shah Reza Pahlavi dari Iran dipaksa turun takhta bagi memberi laluan kepada anaknya Mohammad Reza Pahlavi.
- 1963 – Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bergabung untuk membentuk Malaysia (gambar bendera).
- 1982 – Militia Lubnan yang diketuai Elie Hobeika membunuh sesuka hati di kem pelarian rakyat Palestin di Sabra dan Shatila.
- 2007 – Penerbangan 269 One-Two-GO Airlines terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, mengorbankan 89 penumpang dan anak kapal.
Hari-hari sebelum: 15 September – 14 September – 13 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
17 September: Hari Perlembagaan di Amerika Syarikat
- 1176 – Perang Byzantine–Seljuk: Turki Seljuk menghalang pihak Byzantium daripada menawan pedalaman Anatolia dalam Pertempuran Myriokephalon.
- 1809 – Perjanjian Fredrikshamn menamatkan Perang Finland antara Rusia dan Sweden, dengan Finland mendapat autonomi Grand Duchy di bawah Czar Aleksandr I.
- 1916 – Perang Dunia Pertama: Juruterbang handalan Luftstreitkräfte Red Baron memenangi pertarungan udara pertamanya, berhampiran Cambrai, Perancis.
- 1944 – Perang Dunia Kedua: Pihak Berikat memulakan Operasi Market-Garden (gambar).
- 1978 – Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin menandatangani Perjanjian Kem David selepas 12 hari berunding secara rahsia.
Hari-hari sebelum: 16 September – 15 September – 14 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
18 September: Hari Kebangsaan di Chile
- 1809 – Teater kedua Royal Opera House di London dibuka selepas teater asal musnah terbakar setahun sebelumnya.
- 1895 – Daniel David Palmer (gambar) memberikan rawatan kiropraktik pertama kepada Harvey Lillard yang pekak.
- 1931 – Peristiwa Mukden: Satu bahagian Landasan Kereta Api Manchuria Selatan yang dibina Jepun dimusnahkan, kononnya oleh penentang China, memberikan dalih kepada Jepun untuk menawan Manchuria.
- 1961 – Kapal terbang yang membawa Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld terhempas dalam keadaan misteri berhampiran Ndola, Rhodesia Utara.
- 1998 – Pertubuhan bukan untung ICANN ditubuhkan bagi mengurus pemberian nama domain dan alamat IP Internet.
Hari-hari sebelum: 17 September – 16 September – 15 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
19 September: Hari Kemerdekaan di Santo Kitts dan Nevis (1983); Hari Angkatan Tentera di Chile.
- 634 – Perang Arab-Byzantine: Tentera Khulafah Al-Rasyidin pimpinan Khalid bin al-Walid menawan Damsyik Damsyik daripada pihak Byzantium.
- 1356 – Perang Seratus Tahun: Angkatan Inggeris yang diketuai Putera Hitam Edward memenangi Pertempuran Poitiers dan menawan Raja Perancis Jean II.
- 1893 – New Zealand menjadi negara pertama memperkenalkan hak pengundian sejagat, selepas dilobi gerakan hak pengundian wanita (gambar) yang diketuai Kate Sheppard.
- 1982 –
:-)
dan:-(
pertama kali dicadangkan oleh Scott Fahlman untuk digunakan sebagai emotikon. - 2006 – Jeneral Sonthi Boonyaratglin melaksanakan rampasan kuasa terhadap Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra.
Hari-hari sebelum: 18 September – 17 September – 16 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
20 September: Hari Perayaan Martir Korea (Gereja Roman Katolik)
- 1187 – Salahuddin al-Ayyubi memulakan Pengepungan Baitulmaqdis.
- 1906 – Kapal samudera RMS Mauretania (gambar), kapal terbesar dan terpantas di dunia ketika itu, dilancarkan di Newcastle, England.
- 1946 – Pesta Filem Cannes pertama bermula. Hadiah Palme d'Or, pada masa itu dipanggil Grand Prix du Festival, dikongsi bersama oleh 11 filem.
- 2001 – Semasa suatu sesi bersama Kongres Amerika Syarikat, Presiden A.S. George W. Bush mengisytiharkan "Perang Terhadap Keganasan".
- 2008 – Sebuah lori meletup di luar hotel Marriott di Islamabad, Pakistan, membunuh 54 orang dan mencederakan 266 yang lain.
Hari-hari sebelum: 19 September – 18 September – 17 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
21 September: Hari Keamanan Antarabangsa; Hari Kemerdekaan di Malta (1964), Belize (1981) dan Armenia (1991).
- 454 – Maharaja Rom Valentinianus III membunuh Aëtius di Ravenna.
- 1898 – Pembaharuan Seratus Hari di China tamat mendadak apabila Maharani Balu Cixi memencilkan Maharaja Guangxu dan mengambil alih sebagai pemangku raja.
- 1937 – Novel kanak-kanak J. R. R. Tolkien The Hobbit diterbitkan.
- 1942 – Model prototaip pengebom berat Boeing B-29 Superfortress (gambar), antara pesawat terbesar Perang Dunia II, terbang buat pertama kali.
- 2013 – Sekumpulan lelaki bertopeng mula menyerang pusat beli-belah Westgate di Nairobi, Kenya, membunuh lebih 60 orang.
Hari-hari sebelum: 20 September – 19 September – 18 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
22 September: Hari Kemerdekaan di Bulgaria (1908) dan Mali (1960); Hari Bebas Kereta di Eropah dan Kanada.
- 1776 – Kapten Nathan Hale, seorang perisik Angkatan Tentera Benua semasa Revolusi Amerika, digantung oleh tentera British.
- 1862 – Presiden Abraham Lincoln (gambar) meluluskan Pengisytiharan Pembebasan, membebaskan semua hamba di Negeri-Negeri Gabungan Amerika bermula 1 Januari 1863.
- 1869 – Opera pertama dalam Der Ring des Nibelungen oleh penggubah Jerman Richard Wagner, Das Rheingold, dipersembahkan di Munich.
- 1965 – Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan ketetapan menyeru gencatan senjata tanpa syarat dalam Perang India-Pakistan.
- 1980 – Iraq melancarkan serangan udara ke atas Iran, memulakan Perang Iran-Iraq.
Hari-hari sebelum: 21 September – 20 September – 19 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
23 September: Hari Guru di Brunei; Hari Kebangsaan di Arab Saudi.
- 1459 – Tentera York pimpinan Richard Neville menewaskan tentera Lancaster dalam Pertempuran Blore Heath, pertempuran besar pertama Perang Bunga Ros.
- 1845 – Alexander Cartwright membentuk antara pasukan besbol teratur pertama, New York Knickerbockers, dan memformalkan peraturannya.
- 1846 – Menggunakan ramalan matematik Urbain Le Verrier, ahli astronomi Johann Gottfried Galle menjadi orang pertama mengenal pasti planet Neptun (gambar).
- 1889 – Fusajiro Yamauchi mengasaskan Nintendo di Kyoto, Jepun, bagi menghasilkan kad hanafuda buatan tangan.
- 1932 – Hijaz dan Nejd disatukan dengan Al-Hasa dan Qatif bagi membentuk Kerajaan Arab Saudi, dengan Ibn Saud sebagai raja pertama.
Hari-hari sebelum: 22 September – 21 September – 20 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
24 September: Hari Kemerdekaan di Guinea-Bissau (1973); Hari Republik di Trinidad dan Tobago (1976); Hari Warisan di Afrika Selatan.
- 622 – Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut baginda menyempurnakan Hijrah mereka dari Makkah ke Madinah.
- 1664 – Perang Belanda-England Kedua: Belanda menyerahkan New Amsterdam kepada England, sebuah penempatan berkubu di Belanda Baru yang kemudiannya menjadi Bandar Raya New York.
- 1841 – Sultan Brunei berkenan menyerahkan Sarawak kepada pengembara British James Brooke (gambar).
- 1903 – Alfred Deakin menjadi Perdana Menteri Australia kedua, menggantikan Edmund Barton yang menjadi hakim pengasas Mahkamah Tinggi Australia.
- 1948 – Mekanik Soichiro Honda mengasaskan Honda Motor Co., Ltd. dan mula mengilang motosikal.
Hari-hari sebelum: 23 September – 22 September – 21 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
25 September: Rosh Hashanah (2014, 5775 AM)
- 275 – Selepas pembunuhan Aurelian di Thrace, Tacitus dipilih Senat untuk mewarisi takhta Maharaja Rom.
- 1066 – Harold Godwinson dari England menewaskan Harald III dari Norway dalam Pertempuran Stamford Bridge di Yorkshire, menandakan berakhirnya serangan Viking ke England.
- 1396 – Perang Uthmaniyyah di Eropah: Tentera Uthmaniyah di bawah Bayezid I (gambar) menewaskan perikatan Kristian pimpinan Sigismund dari Hungary di Nikopol, Bulgaria kini.
- 1790 – Opera Beijing dilahirkan apabila opera Anhui dipersembahkan di Beijing sebagai penghormatan terhadap hari lahir ke-80 Maharaja Qianlong.
- 1969 – Pertubuhan Kerjasama Islam ditubuhkan di Rabat, Maghribi selepas cubaan membakar Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis.
Hari-hari sebelum: 24 September – 23 September – 22 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
26 September: Hari Bahasa Eropah
- 1580 – Kapal Golden Hind belayar masuk ke Plymouth, England, setelah Francis Drake menamatkan pelayarannya mengelilingi dunia.
- 1687 – Parthenon (gambar) di Athens musnah sebahagian ketika pertikaian bersenjata antara Republik Venice dan Empayar Uthmaniyah.
- 1907 – Newfoundland dan New Zealand menjadi kawasan penguasaan Empayar British.
- 1957 – West Side Story, satu muzikal oleh Arthur Laurents, Leonard Bernstein dan Stephen Sondheim, mula dipentaskan di Broadway.
- 1983 – Leftenan Kolonel Soviet Stanislav Petrov menghindarkan perang nuklear sedunia, mengenal pasti suatu "serangan A.S." sebagai isyarat palsu.
Hari-hari sebelum: 25 September – 24 September – 23 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
27 September: Hari Pelancongan Sedunia
- 1905 – Jurnal Annalen der Physik menerbitkan rencana Albert Einstein "Adakah Inersia Jasad Bergantung Kepada Kandungan Tenaganya?" yang memperkenalkan persamaan E = mc2.
- 1937 – Harimau Bali, sejenis subspesies harimau yang cuma ditemui di pulau Bali, Indonesia, diisytiharkan pupus.
- 1983 – Richard Stallman mengumumkan projek GNU (gambar logo) untuk membangunkan sistem pengendalian ala UNIX bebas.
- 1988 – Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan aktivis Aung San Suu Kyi ditubuhkan di Burma.
- 2008 – Zhai Zhigang menjadi angkasawan China pertama menjalankan aktiviti luar kenderaan, semasa misi Shenzhou 7.
Hari-hari sebelum: 26 September – 25 September – 24 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
28 September: Hari Taraf Negara di Republik Czech; Hari Guru di Taiwan.
- 1066 – William si Penakluk dan armada 600 kapalnya mendarat di Pevensey, Sussex, memulakan penaklukan England oleh Norman.
- 1542 – Penjelajah Portugal Juan Rodríguez Cabrillo, orang Eropah pertama berjalan di pantai California, mendarat di tempat yang kini ialah bandar San Diego.
- 1961 – Sekumpulan pegawai di Damsyik merampas kuasa dan mengisytiharkan kemerdekaan Syria daripada Republik Arab Bersatu, meninggalkan Mesir sebagai anggota tunggal.
- 2000 – Intifadah al-Aqsa bermula selepas lawatan Ariel Sharon ke Masjid al-Aqsa.
- 2008 – Falcon 1 SpaceX (gambar) menjadi kenderaan pelancar berasaskan bahan api cecair swasta pertama berjaya mencapai orbit.
Hari-hari sebelum: 27 September – 26 September – 25 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1923 – Mandat untuk Palestin mula berkuat kuasa, secara rasmi mewujudkan negeri naungan Palestin Bermandat di bawah pentadbiran British dan Transjordan sebagai emiriah yang terpisah di bawah Raja Abdullah I.
- 1955 – Pilihan raya perundangan Indonesian yang pertama berkeputusan dengan hasil lemah yang tidak dijangkakan untuk Parti Masyumi daripada penjawat kini perdana menteri Burhanuddin Harahap (gambar).
- 1991 – Filem animasi Disney yang memenangi anugerah Beauty and the Beast ditayangkan perdana sementara tidak siap di Festival Filem New York.
- 2004 – Ahli arkeologi dan sukarelawan memulakan kerja cari gali tinggalan Kubu Tanjong Katong di Singapura.
- 2006 – Penerbangan 1907 Gol Transportes Aéreos berlanggar di udara dengan jet perniagaan Embraer Legacy berdekatan Peixoto de Azevedo, Brazil, membunuh 154 orang dan mencetuskan kemelut penerbangan negara
Hari-hari sebelum: 28 September – 27 September – 26 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
30 September: Hari Kemerdekaan di Botswana (1966)
- 1399 – Duke Lancaster Henry Bolingbroke menggulingkan Richard II untuk menjadi Henry IV dari England, menggabungkan Duchy Lancaster ke dalam England.
- 1965 – Anggota Gerakan 30 September cuba merampas kuasa kerajaan Indonesia, namun ditumpaskan oleh Jeneral Suharto.
- 1975 – AH-64 Apache (gambar), helikopter penyerang utama bagi beberapa negara, menjalankan penerbangan sulungnya.
- 1980 – Spesifikasi pertama teknologi LAN Ethernet diterbitkan oleh Xerox, Intel dan Digital Equipment Corporation.
- 2009 – Satu gempa bumi berukuran 7.6 MW melanda pesisir Sumatera, Indonesia, mengorbankan sekurang-kurangnya 1,100 orang.
Hari-hari sebelum: 29 September – 28 September – 27 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah