The Fox and the Hound
The Fox and the Hound | |
---|---|
Pengarah | Ted Berman Richard Rich Art Stevens |
Lakon layar | Ted Berman Larry Clemmons |
Cerita oleh | Larry Clemmons Ted Berman David Michener Peter Young Burny Mattinson Steve Hulett Earl Kress Vance Gerry |
Berdasarkan | The Fox and the Hound oleh Daniel P. Mannix |
Dihasilkan oleh | Ron Miller Wolfgang Reitherman Art Stevens |
Dibintangi | Mickey Rooney Kurt Russell Pearl Bailey Sandy Duncan Pat Buttram Jack Albertson Jeanette Nolan Dick Bakalyan Paul Winchell |
Disunting oleh | James Koford James Melton |
Muzik oleh | Richard Johnson Richard Rich Jim Stafford Jeffrey Patch (Lagu) Buddy Baker |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Buena Vista Distribution |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 83 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $12 juta[1] |
Pecah panggung | $63,456,988[2] |
The Fox and the Hound (Rubah dan Anjing Pemburu) ialah sebuah filem animasi dari Amerika Syarikat yang diterbitkan pada tahun 1981 berdasarkan novel bernama sama yang ditulis oleh Daniel P. Mannix. Ia diterbitkan oleh Walt Disney Productions dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 10 Julai 1981. Filem ke-24 dalam siri Filem Klasik Animasi Walt Disney mengisahkan cerita dua sahabat yang tidak berkemungkinan, seekor rubah merah bernama Tod dan seekor anjing pemburu bernama Copper, yang bertungkus-lumus untuk mengekalkan persahabatan mereka walaupun naluri mereka muncul dan tekanan sosial persekitaran menuntut mereka untuk bermusuhan.
Filem ini diarah oleh Ted Berman dan Richard Rich dengan menggunakan suara Kurt Russell, Mickey Rooney, Pearl Bailey, Pat Buttram, Sandy Duncan, Richard Bakalyan, Paul Winchell, Jack Albertson, Jeanette Nolan, John Fiedler, John McIntire, Keith Coogan, dan Corey Feldman. Pada masa keluarannya, filem ini merupakan sebuah filem animasi paling mahal yang diterbitkan dengan kos AS$12 juta.[1] Filem The Fox and the Hound 2 juga telah dikeluarkan dalam bentuk DVD pada 12 Disember 2006.
Jalan cerita
[sunting | sunting sumber]Templat:Spoiler Setelah seekor anak rubah merah menjadi yatim piatu, burung hantu Big Mama (Pearl Bailey), burung belatuk Boomer (Paul Winchell), burung finch Dinky (Richard Bakalyan) merancang agar anak rubah merah ini dibela oleh Janda Tweed (Jeanette Nolan). Tweed menamakannya Tod (suara oleh Keith Coogan) merujuk gelaran kepada anak kecil yang baru belajar berjalan (bahasa Inggris: toddler). Sementara itu, jiran Tweed bernama Amos Slade (Jack Albertson) membawa pulang ke rumah seekor anak anjing pemburu bernama Copper (Corey Feldman), dan memperkenalkannya kepada anjing pemburu yang bernama Chief (Pat Buttram). Tod dan Copper menjadi kawan baik, dan bersumpah untuk menjadi "sahabat selama-lamanya". Slade kesal dengan Copper yang selalu pergi bermain ke tempat yang jauh, dan akhirnya Copper diikat. Sewaktu bermain dengan Copper di rumahnya, Tod tidak sengaja membangunkan Chief. Slade dan Chief mengejar Tod hingga Tweed meminta kedua-duanya untuk berhenti mengejar. Setelah terjadi pertikaman lidah di antara Slade dan Tweed, Slade berkata bahwa Tod akan dibunuhnya bila sekali lagi memasuki tanah pertanian miliknya. Musim memburu bermula, Slade membawa anjing-anjingnya ke hutan untuk memburu. Sementara itu, Big Mama menjelaskan kepada Tod bahwa persahabatannya dengan Copper tidak dapat diteruskan, kerana anjing dan rubah ialah musuh sejati, namun Tod tidak percaya.
Bulan demi bulan berlalu, Tod dan Copper menjadi dewasa. Tod (Mickey Rooney) menyelinap untuk bertemu Copper yang baru kembali dari dari berburu. Copper (Kurt Russell) menjelaskan bahawa walaupun Tod masih dihargainya sebagai seorang kawan, keadaan sudah berubah. Dirinya sekarang telah berubah menjadi seekor anjing pemburu. Chief terbangun dan memberi tahu Slade. Terjadi kejar-mengejar, dan Tod ditangkap oleh Copper. Namun Copper melepaskan Tod, dan lalu mengalihkan perhatian Chief dan Slade ke arah lain. Chief terus mengejar hingga ke sebuah jalan kereta api hingga dilanggar oleh keretapi yang tiba dan terluka. Copper dan Slade menyalahkan Tod sebagai penyebab kecelakaan, dan bersumpah akan membalas dendam. Tweed menyadari bahwa Tod sudah tidak dapat dibela oleh beliau. Tod akhirnya ditinggalkan di sebuah hutan. Big Mama memperkenalkan Tod dengan seekor rubah betina bernama Vixey (Sandy Duncan). Sementara itu, Slade dan Copper yang sedang mengejar dua ekor rubah, melanggar perbatasan dan masuk ke dalam hutan. Slade dan Copper kemudian diserang oleh seekor beruang. Slade jatuh tergelincir dan masuk ke dalam perangkap yang dibuatnya sendiri. Senapang miliknya juga terjatuh di luar jangkauannya. Copper sendirian berkelahi melawan beruang, namun ia bukanlah tandingan bagi seekor beruang. Tod datang membantu melawan beruang hingga keduanya jatuh ke dalam air terjun. Ketika Copper sedang menghampiri Tod yang terbaring di danau, Slade muncul, dan siap menembak Tod. Copper menghalang dengan badannya di depan Tod. Slade menurunkan senapangnya, dan akhirnya pergi berlalu bersama Copper. Di rumah, Tweed mengubati Slade hingga sembuh sementara para anjing beristirahat. Sebelum tertidur, Copper tersenyum, karena teringat hari-hari ketika dirinya berteman dengan Tod. Dari atas sebuah bukit, Vixey dan Tod melihat ke bawah, ke rumah Copper dan Tweed. Templat:Endspoiler
Pelakon suara
[sunting | sunting sumber]Watak | Pelakon suara | |
---|---|---|
Inggeris | Malaysia | |
Tod | Mickey Rooney (dewasa) Keith Mitchell (muda) |
? |
Copper | Kurt Russell (dewasa) Corey Feldman (muda) |
? |
Amos Slade | Jack Albertson | ? |
Janda Tweed | Jeanette Nolan | ? |
Chief | Pat Buttram | ? |
Big Mama | Pearl Bailey | ? |
Vixey | Sandy Duncan | ? |
Dinky | Dick Bakalyan | ? |
Boomer | Paul Winchell | ? |
Landak | John Fiedler | ? |
Badger Perengus | John McIntire | ? |
Tarikh tayangan
[sunting | sunting sumber]- Brazil: 16 Julai 1981
- Argentina: 23 Julai 1981
- Jerman Barat: 13 November 1981
- United Kingdom: 17 November 1981
- Itali: 17 November 1981
- Manitoba: 23 November 1981
- Mexico: 24 November 1981
- Perancis: 25 November 1981
- Sepanyol: 27 November 1981
- Sweden: 5 Disember 1981
- Finland: 11 Disember 1981
- Belanda: 24 Disember 1981
- Australia: 26 Disember 1981
- Hong Kong: 14 Januari 1982
- Portugal: 18 Februari 1982
- Norway: 22 April 1982
- Jepun: 12 Mac 1983
- China: 31 Oktober 1989
Senarai muzik filem
[sunting | sunting sumber]- The Best of Friends
- Lack of Education
- A Huntin' Man
- Goodbye May Seem Forever
- Appericate the Lady
Sequence pengarah
[sunting | sunting sumber]Susulan pertengahan
[sunting | sunting sumber]Sebuah susulan pertengahan direct-to-video, The Fox and the Hound 2, telah dikeluarkan dalam DVD pada 12 Disember 2006.[3] Filem ini berlaku semasa zaman muda Tod dan Copper, sebelum kejadian separuh kemudian filem ini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Ansen, David (13 Julai 1981). "Forest Friendship". Newsweek: 81.
- ^ "The Fox and the Hound (1981)". Box Office Mojo. Dicapai pada 20 September 2008.
- ^ disneydvd.disney.go.com
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: The Fox and the Hound |
- Filem 1981
- Filem bahasa Inggeris
- Filem Amerika Syarikat tahun 1981
- Filem drama 1980-an
- Filem animasi Amerika Syarikat
- Filem drama Amerika Syarikat
- Filem fantasi kanak-kanak Amerika Syarikat
- Kanun filem cetera animasi Disney
- Filem mengenai haiwan
- Filem mengenai anjing
- Filem mengenai rubah
- Filem mengenai anak yatim
- Filem berdasarkan novel
- Filem diarah oleh Richard Rich
- Filem menonjolkan watak antropomorfik
- Pemburuan dalam budaya popular
- Filem fantasi animasi
- Filem drama animasi