Pergi ke kandungan

Peyek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah pek kecil Peyek dengan kacang dan ikan bilis.

Peyek ialah sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada tepung gandum dan campuran ramuan yang ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti kacang, ikan bilis, dan sebagainya.

Peyek biasanya digoreng tipis-tipis di dalam minyak yang panas, dengan bentuknya mirip sekali dengan keropok. Makanan ringan ini dapat ditemukan di gerai makan, pasar, ataupun pasar raya. Peyek biasanya dihidangkan dalam ketika perayaan, majlis perkahwinan dan upacara pengebumian.