Kancah Asia Tenggara (Perang Dunia Kedua)
Kancah Asia Tenggara | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Dunia II dan Perang Pasifik | |||||||
Jajaran Chindit menyeberangi sungai di Burma, 1943. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Amerika Syarikat |
Empayar Jepun Thailand Burma India Nasionalis | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Louis Mountbatten Arthur Ernest Percival William Slim James Somerville Chiang Kai-shek Wei Lihuang Joseph Stilwell |
Aung San |
Kancah Asia Tenggara sewaktu Perang Dunia Kedua ialah nama yang diberikan kepada kempen-kempen Perang Pasifik di Burma (sekarang Myanmar), Sailan British, India British, Siam, Indochina, Tanah Melayu (Malaya British) dan Singapura. Pertikaian dalam kancah ini bermula apabila Empayar Jepun menyerang Siam dan Tanah Melayu dari pangkalan-pangkalan di Indochina pada 8 Disember 1941. Pendaratan utama di Singora (sekarang Songkhla) di pantai timur Segenting Kra mendahului serangan terhadap Pearl Harbor. Pertempuran di kancah ini berakhir dengan rasminya pada 9 September 1945.
Kejayaan awal Jepun
[sunting | sunting sumber]Pihak Berikat (atau Pihak Bersekutu) mengalami banyak kekalahan dalam enam bulan pertama Perang. Dua buah kapal tempur British, HMS Prince of Wales dan HMS Repulse dibinasakan oleh serangan udara Jepun berdekatan bandar Kuantan di kawasan laut pinggir semenanjung Tanah Melayu pada 10 Disember 1941. Berikutan pendaratan tentera Jepun di Siam pada 8 Disember 1941, kerajaan Siam secara formalnya menjadi sekutu Jepun pada 21 Disember. Jepun menyerang Hong Kong pada 8 Disember dan menawannya pada hari Krismas 1941. Bulan Januari 1942 menyaksikan serangan terhadap Burma dan Hindia Timur Belanda dan penawanan Kuala Lumpur di Tanah Melayu dan Manila di Filipina.
Rejimen Teishin Shudan ('Rejimen Penggempur', juga dikenali sebagai 'Briged Payung terjun') daripada Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan berjaya menjalankan gerakan dengan baik dalam operasi menakluk Sumatra (lihat Pertempuran Palembang).
Tanah Melayu dan Singapura
[sunting | sunting sumber]Pasukan tentera Jepun ditentang oleh Kor Ke-III (India), Divisyen Ke-8 (Australia) dan unit-unit British lain dalam Pertempuran Tanah Melayu dan dalam Pertempuran Singapura, tetapi kelebihan Jepun dari segi kuasa udara, kereta kebal dan taktik mengatasi pasukan British. Pihak British berundur ke Singapura dari utara Tanah Melayu dan akhirnya menyerah diri pada 15 Februari 1942, selepas bertahan di Tanah Melayu dan Singapura selama 70 hari. Dianggarkan lebih kurang 130,000 orang tentera British menyerah diri, satu-satunya penyerahan kalah yang terbesar dalam sejarah Britain.
Serangan Jepun di Lautan Hindi
[sunting | sunting sumber]Serangan Jepun di Lautan Hindi ialah gerakan laut oleh sebuah armada Tentera Laut Imperial Jepun. Armada ini merupakan angkatan laut besar dengan enam buah kapal induk pembawa pesawat terbang, empat buah kapal tempur, kapal perang lain dan kapal selam, dan 350 buah kapal terbang. Operasi in berjalan dari 31 Mac hingga 10 April 1942 dan menyasarkan perkapalan dan pangkalan pihak Bersekutu di sekitar Lautan Hindi. Berikutan kebinasaan pasukan Bersekutu dalam beberapa pertempuran di pulau Jawa dalam bulan Februari dan Mac 1942, pihak Jepun mengatur operasi di Lautan Hindi bagi membinasakan angkatan laut British di sana dan juga bagi menyokong Kempen Burma. Serangan tidak mencapai kejayaan sepenuhnya. Ia gagal menghancurkan kekuatan laut pihak Bersekutu di Lautan Hindi, tetapi berjaya memaksa armada British berpindah pangkalan dari Sailan ke Mombasa di Kenya. Armada British di Lautan Hindi dikurangkan kekuatannya dan hanya berfungsi sebagai pasukan pengiring. Dalam bulan Mei 1942, armada ini juga terlibat dalam Pertempuran Madagascar – satu gerakan yang dilancarkan dengan tujuan untuk menghalang gerakan Jepun untuk mengguna pangkalan di bawah kuasa Perancis Vichy di pulau itu.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Medan Barat (Perang Dunia II)
- Medan Timur (Perang Dunia II)
- Perang Dunia II Kancah Eropah
- Perang Dunia II Kancah Mediterranean dan Timur Tengah
- Perang Dunia Kedua
- Perang Dunia Pertama
- Pertempuran Atlantik
- Perang Pasifik
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Bayly, Christopher; Harper, Tim (2007). Forgotten Wars: Freedom and Revolution in Southeast Asia. Belknap Press. ISBN 0-674-02153-3.
- Bayly, Christopher; Harper, Tim (2005). Forgotten Armies: The Fall of British Asia, 1941–1945. Belknap Press.
- Drea, Edward J. (1998). In the Service of the Emperor: Essays on the Imperial Japanese Army. Nebraska: University of Nebraska Press. ISBN 0-8032-1708-0. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - Jon Latimer, Burma: The Forgotten War, London: John Murray, 2004. ISBN 978-0-7195-6576-2 * William Slim, Defeat Into Victory, London: Cassell, 1956.
- Seki, Eiji. (2006). Mrs. Ferguson's Tea-Set, Japan and the Second World War: The Global Consequences Following Germany's Sinking of the SS Automedon in 1940. London: Global Oriental. 10-ISBN 1-905246-28-5; 13- ISBN 978-1-905246-28-1 (cloth) [reprinted by University of Hawaii Press, Honolulu, 2007 – previously announced as Sinking of the SS Automedon and the Role of the Japanese Navy: A New Interpretation Diarkibkan 2008-06-03 di Wayback Machine.]
- William Slim, Defeat Into Victory, London: Cassell, 1956.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Parliamentary Debates, House of Commons Official Report, Jan. 27, 1942. on the Far Eastern theatre and A.B.D.A
- STRATEGIC PLANNING FOR COALITION WARFARE 1941–1942: Chapter VI: ARMY DEPLOYMENT AND THE WAR AGAINST JAPAN December 1941 – March 1942
- Australian War Memorial: Remembering 1942 The fall of Singapore, 15 February 1942 Diarkibkan 2008-08-20 di Wayback Machine
- National Army Museum Diarkibkan 2004-08-03 di Wayback Machine
- BBC Article on the Burma Campaign
- Forgotten Warriors: China-Burma-India Diarkibkan 2004-06-24 di Wayback Machine