Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (atau NOC) ialah penyusun kebangsaan dari gerakan Olimpik seluruh dunia. Bergantung kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, mereka bertanggungjawab ke atas pengaturan peserta atlet dalam Sukan Olimpik. Mereka dapat mencalonkan bandar di negara mereka sebagai calon untuk Olimpik selanjutnya. NOC juga mempromosikan pembangunan atlet dan latihan pelatih dan pegawai pada peringkat kebangsaan di dalam negara mereka.
Pada tahun 2008, terdapat 205 NOC, mewakili negara berdaulat dan daerah geografi lain. Kesemua 192 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan, sepertimana 13 wilayah lain:
- Taiwan (Republik Taiwan), disebut sebagai Taipei Cina oleh IOC
- Wilayah Palestin, disebut sebagai Palestin oleh IOC
- Empat wilayah-wilayah Amerika Syarikat: Samoa Amerika, Guam, Puerto Rico, dan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat (disebut sebagai Kepulauan Virgin sahaja oleh IOC)
- Tiga wilayah seberang laut United Kingdom: Bermuda, Kepulauan Virgin United Kingdom, dan Kepulauan Cayman
- Dua negara berdaulat Kerajaan Belanda: Aruba dan Antillen Belanda
- Hong Kong, Daerah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China
- Kepulauan Cook, negara yang berpersatuan dengan New Zealand
NOC ialah anggota dari Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (ANOC), yang juga dibahagikan menjadi lima persatuan benua:
Benua | Persatuan | NOC | NOC Tertua | NOC Terbaru | |
---|---|---|---|---|---|
Afrika
|
Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Afrika | 53 | Mesir (1910) | Eritrea (1999) | |
Amerika
|
Pertubuhan Sukan Seluruh Amerika | 42 | Amerika Syarikat (1894) | Dominica (1993)Saint Kitts dan Nevis (1993)Saint Lucia (1993) | |
Asia
|
Majlis Olimpik Asia | 44 | Jepun (1912) | Timor-Leste (2003) | |
Eropah
|
Jawatankuasa Olimpik Eropah | 49 | Perancis (1894) | Montenegro (2007) | |
Oceania
|
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Oceania | 17 | Australia (1895) | Tuvalu (2007) |
Lihat rencana untuk setiap persatuan benua untuk senarai lengkap semua NOC.
Senarai NOC mengikut tahun diiktiraf
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah senarai kronologi 205 NOC yang diiktirad Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, sejak ditubuhkan pada 1894. Kebanyakan jawatankuasa ini ditubuhkan bertahun-tahun sebelum diiktiraf secara rasmi, sementara banyak yang diterima terus setelah ditubuhkan. Bekas negara, kini tiada lagi (contohnya Kesatuan Soviet, Czechoslovakia, dll.), tidak disebutkan, kecuali negara-negara pemisahan mereka.
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang tidak diiktiraf
[sunting | sunting sumber]Jawatankuasa Sukan dan Olimpik Macau: Ditubuhkan pada 1987, dan telah berusaha masuk dalam IOC sejak ditubuhkan, tetapi masih belum diiktiraf secara rasmi dan tiada ada atlet yang mengambil bahagian dalam Olimpik di bawah nama "Macau, China". Kepulauan Faroe bersaing dalam Sukan Paralimpik, tetapi belum turut serta dalam Olimpik.
NOC lain yang belum diiktiraf oleh NOC termasuk Catalan[2], Gibraltar British[3], Polinesia Perancis[4], Niue[5], Kosovo[6], Somaliland[7], New Caledonia[8], Kurdistan Iraq[9][10], Cyprus Utara[11], Abkhazia[12], Kepulauan Faroe[13], Anguilla, Montserrat, dan Kepulauan Turk & Caicos[14]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ "The Olympic Committee of Serbia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-23. Dicapai pada 2009-08-13.
- ^ Freedom for Catalonia?: Catalan Nationalism, Spanish Identity and the Barcelona Olympic Games (Cambridge Cultural Social Sciences) (9780521586153): John Hargreaves: Books. Amazon.com. Retrieved on 2009-10-24.
- ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-27. Dicapai pada 2010-01-30.
- ^ Article: Miss Tahiti 2003 stripped of her title. | AccessMyLibrary - Promoting library advocacy. AccessMyLibrary (2005-06-03). Retrieved on 2009-10-24.
- ^ SportingPulse Homepage for Niue Island Sports Association and National Olympic Committee. Sportingpulse.com. Retrieved on 2009-10-24.
- ^ Olympic Committee of Kosovo - Wikipedia, the free encyclopedia. En.wikipedia.org (2009-08-29). Retrieved on 2009-10-24.
- ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-18. Dicapai pada 2010-01-30.
- ^ [1]
- ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2010-01-30.
- ^ http://www.sportcountries.org/fileadmin/user_upload/documents/conference_2008/INSCRITS_DEFINITIU.pdf[pautan mati kekal]
- ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-30. Dicapai pada 2010-01-30.
- ^ The ABC Republic: Abkhazia Attempts to Invent Itself - SPIEGEL ONLINE - News - International. Spiegel.de. Retrieved on 2009-10-24.
- ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-10. Dicapai pada 2010-01-30.
- ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-02. Dicapai pada 2010-01-30.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan |
- "National Olympic Committees". International Olympic Committee. Dicapai pada 2008-01-21.
- Laman web Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Diarkibkan 2008-09-15 di Wayback Machine