Kepulauan Marshall
Republik Kepulauan Marshall ريڤوبليك کڤولاوان مارشال Aolepān Aorōkin M̧ajeļ | |
---|---|
Bendera | |
Cogan kata: "Jepilpilin ke ejukaan" Pencapaian melalui Kerjasama | |
Lagu kebangsaan: Forever Marshall Islands | |
Ibu negara dan bandar terbesar | Majuro |
Bahasa rasmi | Bahasa Marshall, Inggeris |
Pemerintahan | |
• Presiden | Hilda Heine |
Kemerdekaan | |
• daripada Amerika Syarikat | 21 Oktober 1986 |
- | |
Populasi | |
• Perkiraan 2005 | 61,963 (ke-205) |
• Bancian Penduduk 2021 | 42,418 |
KDNK (PPP) | 2001 |
• Jumlah | $115 juta (ke-220) |
$1,600 (ke-195) | |
Mata wang | Dolar AS ( USD ) |
Zon waktu | () |
• Musim panas (DST) | tiada |
Kod panggilan | 692 |
Kod ISO 3166 | MH |
DPT internet | .mh |
Republik Kepulauan Marshall adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik bahagian barat. Kepulauan Marshall bersempadan dengan Nauru dan Kiribati di sebelah selatan, Micronesia di barat, dan Pulau Wake di utara.
Kepulauan ini mendapat namanya dari John Marshall, seorang peneroka dan kelasi Tentera Laut Diraja British yang melawat kawasan tersebut pada 1788.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Antara 1946 dan 1958, Amerika Syarikat menguji 67 senjata nuklear di Kepulauan Marshall,[1] termasuk ujian nuklear terbesar pernah dijalankan A.S., Castle Bravo.[2] Pada 1956, agensi kerajaan AEC menganggap kepulauan ini sebagai "tempat paling tercemar di dunia".[3]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Kepulauan Marshall ialah sebuah negara maritim denga sebahagian besar wilayahnya berupa perairan. Kepulauan ini terletak di antara Hawaii dan Australia.[4] Selain itu, Kepulauan Marshall terletak di sebelah utara Nauru dan Kiribati, sebelah timur Persekutuan Mikronesia, dan sebelah selatan Pulau Wake. Kumpulan atol dan pulau membentuk dua kelompok: Ratak atau (matahari terbit, timur) dan Ralik (matahari terbenam, barat). Kedua-dua gugusan pulau tersebut terbentang dan bersambungan antara satu sama lain serta terbentang dari barat laut ke tenggara, yang memiliki luas perairan 1,900,000 kilometer persegi dan luas daratan hanya 180 kilometer persegi.[4] Kepulauan Marshall terdiri dari 29 buah atol dan 5 pulau terpencil. Siklon tropika kadang-kadang melanda kepulauan ini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Nuclear Weapons Test Map", Public Broadcasting Service
- ^ "Islanders Want The Truth About Bikini Nuclear Test". Japanfocus.org. Dicapai pada 2010-07-04.
- ^ Stephanie Cooke (2009). In Mortal Hands: A Cautionary History of the Nuclear Age, Black Inc., m/s. 168.
- ^ a b "Republic of the Marshall Islands". Pacific RISA. Dicapai pada 1 November 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Media berkenaan Kepulauan Marshall di Wikimedia Commons
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.