Pergi ke kandungan

Asam pedas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5790280 pada 11:14, 2 Mac 2023 oleh Fight for the true (bincang | sumb.) (Onde-onde/buah melaka kena claim , cendol kena claim , asam pedas pun kena claim , padahal asam pedas asal Johor bukan minang , jawapan yang diberi tidak munasabah)
Asam pedas
Fail:AsamPedasJohor.jpg
asam pedas khas Johor iaitu ikan pari dan parang .
JenisFish stew, hidangan ikan, masakan Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianSajian utama
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauJohor , Melaka , Singapura , Riau , Kepulauan Riau , Jambi , Sumatera Selatan , Sumatera Barat dan Kalimantan Barat
Masakan berkaitanIndonesia, Malaysia,Singapura[1] dan Singapura
Suhu penghidanganSuhu bilik atau panas
Bahan utamaIkan dimasak dalam sup masam dan pedas
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Asam pedas (Jawi: اسم ڤدس) ialah sejenis lauk berasaskan ikan berperisa masam dan pedas dipercayai dari Melayu Johor-Riau ia turut meluas dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu (terutamanya di Melaka,Johor dan Singapura),Kepulauan Riau,Sumatera (terutamanya Riau, Jambi , Sumatera Selatan , Sumatera Barat) sampai sejauh Kalimantan Barat[2] di Borneo.

Setiap jenis asam pedas serata kawasan-kawasan ini mempunyai rasa dan tekstur tersendiri bergantung kepada bahan yang digunakan.[3]

Pembuatan

Ramuan

Cara

Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing. Jangan pula hangus. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut banyak atau sedikit sukatan masakan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur/asam jawa atau daun limau purut.

Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor.

Perbezaan

Perbezaan di antara asam pedas utara Malaysia dan selatan Malaysia ialah penggunaan asam. Asam jawa yang pekat lebih biasa digunakan di negeri selatan dan asam gelugur atau asam keping lebih biasa di negeri-negeri di utara.

Variasi asam pedas juga berbeza bergantung kepada tempat. Asam pedas ikan adalah lebih popular di penempatan berhampiran laut di mana makanan laut adalah mudah didapati dalam keadaan banyak, murah dan segar. Walau bagaimanapun, asam pedas daging dan ayam juga terkenal di beberapa tempat dan biasanya bergantung kepada bahan mentah yang mudah didapati.

Rujukan

  1. ^ "3 Most Popular Western Malaysian Seafood Dishes".
  2. ^ "Ikan Asam Pedas Pontianak, Jenis menu masakan masyarakat Melayu". Direktorat Warisan dan Diplomasi Budaya. 2 November 2019. Dicapai pada 24 September 2020.
  3. ^ Awal Faiz. "Beza Asam Pedas Melaka Dan Johor". Saji.