Onde-onde
Klepon | |
---|---|
Nama alternatif | Kelepon |
Jenis | Snek |
Tempat asal | Indonesia |
Dicipta oleh | Jawa |
Bahan utama | tepung pulut , tepung beras , gula melaka , kelapa parut |
Bahan yang biasa digunakan | Tepung beras, air minuman, Pandan wangi, Gula perang, gula, kelapa |
Cara penyediaan | Merebus |
sunting · sunting di Wikidata |
Klepon (Jawi: كليڤون ), merupakan sejenis hidangan yang sering dijumpai di Indonesia. Ia diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung pulut, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum).
Asal
Catatan tertua mengenai kuih onde-onde dapat dijumpai pada Oost-Indisch kookboek atau buku resipi Hindia Timur bertahun 1866, pada muka surat 134. [1]
Pembuatan
Dohnya diperbuat daripada tepung pulut atau tepung beras yang adakalanya dicampur dengan ubi kayu. Doh ini diwarnakan dengan air perahan daun pandan wangi atau suji.
Penyebaran
Kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. Kuih onde-onde mempunyai adunan tepung beras pulut yang menyelitupi manisan nisan di sebelah pantai timur atau gula kabung di sebelah pantai barat (buah melaka). Kuih ini dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia melekat-lekat di antara sesama sendiri.
Kuih onde-onde tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering untuk dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan untuk makan sendiri.
Dalam budaya popular
Kuih onde-onde biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih onde-onde biasanya agak mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak begitu melikit atau berkuah. Kuih onde-onde biasanya ada dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.
Galeri
Rujukan
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Onde-onde. |