Sambal: Perbezaan antara semakan
Wiki Farazi (bincang | sumb.) Membatalkan semakan 5790281 oleh Fight for the true (Perbincangan) rujukan sudah ada Teg: Buat asal |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 1: | Baris 1: | ||
{{Infobox food |
{{Infobox food |
||
| name = Sambal |
| name = Sambal |
||
| image = [[File:Sambal |
| image = [[File:Sambal Belacan.jpg|thumb|Sambal belacan yang di tumbuk menggunakan lesung batu]] |
||
[[Imej: |
[[Imej:SambalBelacan.jpg|thumb|Sambal belacan.]] |
||
| caption = |
| caption = |
||
| alternate_name = |
| alternate_name = Cabai |
||
| country = |
|||
| country = {{flag|Indonesia}}<ref name="Media">{{Cite news|url=https://travel.kompas.com/read/2018/03/23/132400327/sejak-kapan-masyarakat-indonesia-mengonsumsi-sambal-|title=Sejak Kapan Masyarakat Indonesia Mengonsumsi Sambal?|work=[[Kompas (akhbar)|KOMPAS]]|access-date=23 June 2019}}</ref> |
|||
| region = [[Nusantara]] {{br}} [[Asia Selatan]] {{br}} [[Asia Timur]] |
| region = [[Nusantara]] {{br}} [[Asia Selatan]] {{br}} [[Asia Timur]] |
||
| course = |
| course = |
||
Baris 15: | Baris 15: | ||
| other = |
| other = |
||
}} |
}} |
||
'''Sambal''' ({{Jawi|سمبل}} |
'''Sambal''' ({{Jawi|سمبل}}<ref name="Cape Malay">{{cite book | title = Cape Malay Cookbook | author = Faldela Williams | publisher = Struik | year = 1988 | isbn = 9781868255603 |url = https://books.google.com/books?id=twILUiq8138C&pg=PA58 | page = 58 }}</ref>)ialah [[cili]] yang dikisar, ditumbuk, dilenyek atau dilumat sehingga hancur biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti [[garam]], [[cuka]], dan [[belacan]]. |
||
Ia salah satu hidangan istimewa yang wujud serata rantau [[Nusantara]] |
Ia salah satu hidangan istimewa yang wujud serata rantau [[Nusantara]] . Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah. Sambal boleh tersedia dalam bentuk dibungkus (dalam botol atau sacet aluminium) siap untuk dimakan mahupun umumnya dijual di warung dan pasar-pasar. |
||
==Istilah== |
==Istilah== |
Semakan pada 15:23, 2 Mac 2023
Sambal | |
---|---|
Nama alternatif | Cabai |
Jenis | Pes makanan |
Tempat asal | Indonesia |
Kawasan/rantau | Nusantara Asia Selatan Asia Timur |
Bahan utama | Cili, bawang putih, bawang merah, tomato, garam, cuka, belacan |
Bahan yang biasa digunakan | Cili, garam, bawang putih |
100 kcal (419 kJ) | |
sunting · sunting di Wikidata |
Sambal (Jawi: سمبل [1])ialah cili yang dikisar, ditumbuk, dilenyek atau dilumat sehingga hancur biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka, dan belacan.
Ia salah satu hidangan istimewa yang wujud serata rantau Nusantara . Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah. Sambal boleh tersedia dalam bentuk dibungkus (dalam botol atau sacet aluminium) siap untuk dimakan mahupun umumnya dijual di warung dan pasar-pasar.
Istilah
Masyarakat Melayu Malaysia mentafsirkan sambal terbahagi kepada dua iaitu sambal kisar dan sambal hiris. Sambal kisar juga dikenali sambal tumbuk teksturnya cili akan lebih halus dan lembut,manakala sambal hiris pula cili yang dihiris kemudian sama ada ditumis ataupun digaul dengan cuka dan potongan bawang secara mentah.
Bahan-bahan
Bahan-bahan yang paling biasa digunakan untuk sambal adalah seperti yang berikut:
- Adjuma atau habanero: Ia ialah sejenis paprika kecil yang rasanya sangat pedas dan biasanya berwarna kuning.
- Cili: Warnanya biasa merah dan rasanya sangat pedas. Banyak paprika yang rupanya mirip dengan cili.
- Madame Jeanette: Cili yang sangat pedas tetapi berbau harum, dengan warnanya kuning atau hijau muda.
- Cili padi: Cili kecil yang sangat pedas dan yang berwarna merah atau hijau.
- Lombok: Bentuknya panjang dan warnanya merah atau hijau. Rasanya biasanya tidak sepedas cili padi.
Jenis
Sambal mempunyai kekonsistenan yang lebih pekat dan mengandungi lebih banyak rempah. Sambal dapat berbeza-beza antara kurang pedas sehingga sangat pedas. Terdapat beberapa jenis kelainan, termasuklah:
- Sambal bajak
- Cili untuk sambal ini digoreng dengan minyak, dan ditambahkan bawang putih, belacan dan ramuan-ramuan yang lain.
- Sambal balado (samba lado)
- Berasal daripada suku Minangkabau, cili untuk sambal ini digoreng dengan minyak, bawang putih, bawang merah atau bawang bombay, tomato, garam dan limau nipis.[2]
- Sambal belacan
- Sambal ini mengandungi belacan atau udang yang dilumatkan. Sambal ini juga dapat digabungkan dengan bahan-bahan yang lain, seperti kangkung untuk menghasilkan sambal kangkung, dengan sotong untuk menghasilkan sambal sotong, dan dengan telur untuk menghasilkan sambal telur.
- Sambal bongkot
- Sambal khas dari Bali dengan campuran rasa manis, masam, dan pedas, dibuat dengan batang bunga kantan, bawang merah, cili, belacan bakar, gula, garam, dan perahan limau nipis.[3]
- Sambal goreng
- Sambal ini berasa manis yang berbeza daripada sambal lain. Ia mengandungi kacang, ikan bilis, kentang, tempe dan kepingan soya kering yang dimasak bersama kicap soya. Makanan ini terkenal di kalangan masyarakat Jawa.
- Sambal Jeruk
- Sambal ini mengandungi cili hijau dan limau nipis.
- Sambal lu'at
- Sambal berasal dari Nusa Tenggara Timur dibuat dari cili, limau nipis, daun siba, dan daun kemangi.[4] Sambal ini biasa disantap dengan daging se'i dan jagung bose.[5] Terdapat juga resipi sambal lu'at yang dimasak dengan akar buluh.[6]
- Sambal Kacang
- Sambal ini mengandungi kacang tanah dengan rasa pedas manis.
- Sambal kemiri
- Sambal ini mengandungi buah keras.
- Sambal Manis
- Rasa sambal ini yang mengandungi cili, bawang dan gula agak manis.
- Sambal Pencit
- Sambal ini dicampurkan dengan hirisan-hirisan buah mangga muda (bahasa Jawa: pencit).
- Sambal Setan
- Sambal ini amat pedas kerana menggunakan Cili Madame Jeanette.
- Sambal Tempoyak
- Sambal ini khusus kepada Semenanjung Malaysia dan Sumatera,[7] terutama Sumatera Barat, Sumatera Selatan, Bengkulu dan Lampung. Ia menggunakan tempoyak sebagai perasa utama selain bahan sambal.
- Sambal Tomato
- Sambal ini dicampur dengan tomato, baik yang dihiris kecil-kecil atau dilumatkan.
- Sambal terasi
- Sambal yang didapati di Indonesia dan Belanda.[8] ini mempunyai rasa lebih masam berbanding sambal belacan; ia mengandungi cili merah dan hijau, belacan, gula, garam, dan limau nipis.
- Sambal Udang
- Sambal ini mengandungi cili yang digoreng dengan minyak, bawang putih dan udang.
- Sambal Pedas Pedas
- Sambal Ulek yang ditingkatkan kepedasannya.
- Sambal Pehek
- Sambal ini menggunakan cili padi atau cili api yang ditumis bersama campuran lain sehingga masak. Lazimnya, sambal ini mampu bertahan lama kerana kandungannya yang mudah dan minyak yang banyak.
- Sambal Bacang/ Macang
- Sambal ini menggunakan buah bacang, cili, belacan dan bawang.
- Sambal Hitam Belimbing Buluh
- Sambal ini menggunakan belimbing buluh, ikan bilis, cili api, cili merah, bawang besar.
- Sambal Budu
- Sambal ini menggunakan budu, cili api, limau kasturi, air asam jawa, bawang putih, bawang merah dan gula.
- Sambal Kuini
- Sambal ini menggunakan buah kuini.
Rujukan
- ^ Faldela Williams (1988). Cape Malay Cookbook. Struik. m/s. 58. ISBN 9781868255603.
- ^ "Balado". Indonesia Eats (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Julai 2018.
- ^ "Sambal Bongkot, Masakan Bali yang Menggoyang Lidah". Greatness Indonesia. 6 Ogos 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-16. Dicapai pada 11 Februari 2020.
- ^ "Pedasnya Sambal Luat Khas NTT Berikan Sensasi Lidah Terbakar". Okezone Lifestyle. Dicapai pada 1 Julai 2018.
- ^ Destriyana. "Se'i, daging asap khas Nusa Tenggara Timur". Merdeka (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Julai 2018.
- ^ "Lakoat Kujawas: Comfort Food and Literature from the Heart of Timor - Indonesia Expat". Indonesia Expat (dalam bahasa Inggeris). 2017-04-11. Dicapai pada 1 Julai 2018.
- ^ Ni Luh Made Pertiwi (2012-10-14). "Pepes Ikan dengan Sambal Durian". KOMPAS. Dicapai pada 1 Julai 2018.
- ^ Brissenden, Rosemary (2007). Southeast Asian Food: Classic and Modern Dishes from Indonesia, Malaysia, Singapore, Thailand, Laos, Cambodia and Vietnam (dalam bahasa Inggeris). Periplus Editions (HK) Limited. ISBN 9780794604882.