Pergi ke kandungan

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada TUDM Alor Setar)
Sultan Abdul Halim Airport

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
لاڤـڠـن تربڠ سلطان عبدول حاليم
苏丹阿卜杜勒哈利姆机场
சுல்தான் அப்துல் ஹலிம் விமான நிலையம்
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam dan Ketenteraan
Hak milikKhazanah Nasional Berhad
PengendaliMalaysia Airports
DestinasiAlor Setar, Kedah, Malaysia
LokasiKepala Batas, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Zon masaMST (UTC+08:00)
Ketinggian AMSL15 kaki / 5 m
Koordinat06°11′40″N 100°24′03″E / 6.19444°N 100.40083°E / 6.19444; 100.40083Koordinat: 06°11′40″N 100°24′03″E / 6.19444°N 100.40083°E / 6.19444; 100.40083
Laman sesawangwww.malaysiaairports.com.my/index.php/domestic/sultan-abdul-halim-airport
Peta
AOR yang terletak di Kedah
AOR
AOR
Lokasi Lapangan Terbang di Kepala Batas, Kedah, Malaysia.
AOR yang terletak di Semenanjung Malaysia
AOR
AOR
AOR (Semenanjung Malaysia)
AOR yang terletak di Malaysia
AOR
AOR
AOR (Malaysia)
AOR yang terletak di Asia Tenggara
AOR
AOR
AOR (Asia Tenggara)
AOR yang terletak di Asia
AOR
AOR
AOR (Asia)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
04/22 2,745 9,006 Asfalt
Statistik (2018)
Penumpang817,253 ( 1.9%)
Pengangkutan udara (tan)845 ( 72.7%)
Pergerakan Pesawat44,989 ( 2.8%)
Rujukan: laman sesawang rasmi[1]
Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) Malaysia[2]

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim (IATA: AORICAO: WMKA), ialah sebuah Lapangan Terbang Domestik di Malaysia, yang terletak di Kedah. lapangan terbang tersebut terletak di Alor Setar, bandar raya di Kedah, Malaysia. Lapangan terbang ini ini dinamakan sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim terletak 13 km dari bandar, boleh menampung 800,000 penumpang. Terminal baru ini sedia beroperasi pada 5 Mei 2006. Lapangan Terbang ini berkeupayaan untuk menerima operasi pesawat Airbus A330,A320,B737 serta saiz pesawat seumpamanya . Landasannya dipanjangkan dari 1,963 meter panjang dan 45 meter lebar ke 2,745 meter panjang and 45 meter lebar. Pada 2005, lapangan terbang ini telah mangendalikan 323,669 penumpang bersama 3,267 pergerakan kapal terbang. Tahun 2011 peningkatan kepada 407,717 penumpang dan 19,261 kendalian pesawat. Bangunan terminal mempunyai dua tingkat dimana tingkat bawah untuk ruang Ketibaan dan tingkat atas untuk Perlepasan. Terdapat dua jejambat pesawat "aerobridge" iaitu Gate 1 dan Gate 2. Ianya hanya digunakan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk pesawat B737 tetapi penerbangan tambang murah airasia pesawat A320 menggunakan tangga merah beroda buatan sendiri. Pengguna harus berhati-hati semasa menggunakan tangga ini terutamanya kanak-kanak,warga OKU dan warga tua.

Pengkalan Latihan Tentera Udara Diraja Malaysia juga terletak dan menggunakan landasan dan lapangan terbang yang sama.

Terminal baharu Lapangan Terbang Alor Setar sedia beroperasi pada 5 Mei 2006.

Alamat :-

[sunting | sunting sumber]
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim,
  • 06550 Alor Setar, Kedah,
  • MALAYSIA.
  • Tel: +604 714 2994
  • Fax: +604 714 5345

Pengangkutan sambungan darat

[sunting | sunting sumber]

Lapangan terbang Alor Setar berdekatan stesen kereta api Anak Bukit dalam masa 5 hingga 8 minit dengan teksi.

Stesen kereta api

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini disambungkan ke bandar dan pekan utama di Kedah dan Perlis seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Kangar, Arau dan Padang Besar.

AirAsia mempunyai van berulang dari lapangan terbang ke Hat Yai, Thailand.

- Teksi Lapangan Terbang serta teksi PERTEK Alor Setar.[3]

- Perkhidmatan bas awam di SHABAB perdana [4]

Penerbangan bersama destinasi

[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran di Lapangan Terbang, Syarikat Penerbangan menguruskan daftar masuk dan bagasi penumpang serta kargo, Kendalian Keselamatan Terminal, Bomba dan pasarana diuruskan oleh Malaysia Airports Sdn Berhad, Kawalan Traffik Udara dikendalikan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Maklumat Cuaca diuruskan Jabatan Meteorologi Malaysia

Penumpang

[sunting | sunting sumber]
Syarikat Penerbangan Firefly dengan liveri Kedah FA di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
PenerbanganDestinasiRujukan
AirAsia Johor Bahru, Kuala Lumpur–Antarabangsa
Batik Air Malaysia Kuala Lumpur-Antarabangsa (Bermula 5 Disember 2024[5])[6], Kuala Lumpur-Subang [7] [8]
Firefly Kuala Lumpur–Subang
Malaysia Airlines Kuala Lumpur–Antarabangsa [9]

Statistik

[sunting | sunting sumber]
Statistik Operasi
Tahun Kendalian Penumpang Kendalian Pesawat Kendalian Kargo per tan Kendalian Kargo per Kg.
2003 353,778 18,318 17
2004 346,502 14,784 67
2005 323,669 17,632 118
2006 292,549 18,495 111
2007 291,006 20,277 55 54,921
2008 307,564 17,705 41 41,193
2009 421,314 24,031 34 33,592
2010 400,997 24,031 34 34,052
2011 407,717 19,261 46 46,391
2012 433,644 18,006 123
2013 535,073 15,752 126
2014 660,264 17,365 230
2015 719,029 18,368 389
  1. ^ Sultan Abdul Halim Airport at Malaysia Airports Holdings Berhad
  2. ^ WMKA - ALOR STAR/SULTAN ABDUL HALIM at Department of Civil Aviation Malaysia
  3. ^ https://malaysiaplaces.net/Perhentian-Teksi-Pertek-T2103484/
  4. ^ https://www.busonlineticket.com/terminal/shahab-perdana-bus-terminal
  5. ^ "BATIK AIR MALAYSIA ADDS ALOR SETAR FROM DEC 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 6 September 2024. Dicapai pada 8 September 2024. Batik Air Malaysia from December 2024 schedules additional domestic route, with the offering of Kuala Lumpur – Alor Setar service. From 05DEC24, the airline will operate this route once a day, with Boeing 737-800 aircraft.
  6. ^ "Batik Air Malaysia NW24 Domestic Network Additions". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 18 Oktober 2024. Dicapai pada 22 Oktober 2024. Batik Air Malaysia in Northern winter 2024/25 season plans to launch 4 new domestic routes from Kuala Lumpur (KLIA), as the airline recently opened reservations for additional new routes. Planned network addition summary as follows.
    Kuala Lumpur – Alor Setar eff 07DEC24 1 daily 737-800,
    Kuala Lumpur – Bintulu eff 01NOV24 10 weekly 737-800,
    Kuala Lumpur – Miri eff 14JAN25 2 daily 737-800,
    Kuala Lumpur – Sandakan eff 01DEC24 2 daily 737-800.
  7. ^ "BATIK AIR MALAYSIA 2Q23 KUALA LUMPUR SUBANG DOMESTIC ROUTES RESUMPTIONS". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 10 Mei 2023. Dicapai pada 11 Mei 2023. Batik Air Malaysia in May and June 2023 plans to resume a pair of domestic service from Kuala Lumpur Subang, with service to Alor Setar and Kuantan: Kuala Lumpur Subang – Alor Setar eff 25MAY23 Service resumption since July 2022, 1 daily ATR72 And Kuala Lumpur Subang – Kuantan eff 02JUN23 Service resumption since September 2015, 4 weekly ATR72.
  8. ^ "Introducing new flights to Alor Setar & Kuantan!". www.malindoair.com (dalam bahasa Inggeris). Batik Air Malaysia (Malaysia). Dicapai pada 1 Mei 2023. Flight to Alor Setar commencing 25 May 2023, Flight to Kuantan commencing 26 May 2023.
  9. ^ "MALAYSIA AIRLINES 737 MAX 8 NW23 OPERATIONS UPDATE – 06AUG23". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 8 Ogos 2023. Dicapai pada 9 Ogos 2023. Malaysia Airlines last week adjusted planned operations for Northern winter 2023/24 season, featuring the addition of Boeing 737 MAX 8 aircraft. In last week’s AeroRoutes update, selected routes to be operated by the new 737 variant was not mentioned.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]