Pergi ke kandungan

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Senai International Airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا سناي
士乃国际机场
செனாய் சர்வதேச விமான நிலையம்
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
Hak milikMMC Corporation Berhad
PengendaliSenai Airport Terminal Services Sdn Bhd
DestinasiIskandar Malaysia, Johor, Malaysia
LokasiSenai dan Kulai, Johor, Malaysia
Dibuka1974
Bandar tumpuan untuk
Zon masaMST (UTC+08:00)
Ketinggian AMSL127 kaki / 39 m
Koordinat01°38′26″N 103°40′13″E / 1.64056°N 103.67028°E / 1.64056; 103.67028Koordinat: 01°38′26″N 103°40′13″E / 1.64056°N 103.67028°E / 1.64056; 103.67028
Laman sesawangwww.senaiairport.com
Peta
JHB yang terletak di Johor
JHB
JHB
Lokasi Lapangan Terbang di Senai, Kulai, Johor, Malaysia.
JHB yang terletak di Semenanjung Malaysia
JHB
JHB
JHB (Semenanjung Malaysia)
JHB yang terletak di Malaysia
JHB
JHB
JHB (Malaysia)
JHB yang terletak di Asia Tenggara
JHB
JHB
JHB (Asia Tenggara)
JHB yang terletak di Asia
JHB
JHB
JHB (Asia)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
16/34 3,800 12,467 Asfalt
Statistik (2020)
Penumpang3,010,00 ( 71.23%)
Pengangkutan udara (tan)10,120 ( 31.1%)
Pergerakan Pesawat42,000 ( 63.2%)
Rujukan: Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) Malaysia[1][2]

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (IATA: JHBICAO: WMKJ), ataupun Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail ialah sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia, yang terletak di Johor. lapangan terbang tersebut terletak di Senai, Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Ianya berhampiran dengan Johor Bahru. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di negeri Johor dan dapat memberi perkhidmatan, khususnya kepada penduduk-penduduk selatan Johor. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan lapangan terbang kelima tersibuk di Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan salah satu hub AirAsia. Kini, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd, operator lapangan terbang pertama yang bebas di Malaysia selepas pemisahannya daripada Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad pada tahun 2003.

Lapangan terbang ini pada asalnya dibuka pada tahun 1974 dan memberi perkhidmatan khususnya kepada penduduk Johor dan selatan Johor. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai digunakan sebagai hab bagi AirAsia.

Sekarang, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Sdn.Bhd (Senai Airport Terminal Services), selepas mengambil alih operasi lapangan terbang daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 2003.

Sejarah (Versi Lain)

[sunting | sunting sumber]

Dibuka pada 1974, lapangan terbang ini diurus dan dikendalikan oleh Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB) yang mengambil alih operasi daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada tahun 2003 di bawah konsesi 50 tahun untuk dibangunkan. Lapangan kapal terbang. SATSSB kini dimiliki sepenuhnya oleh MMC Corporation Berhad. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kini merupakan satu-satunya lapangan terbang awam yang diuruskan secara persendirian di Malaysia. SATSSB juga mengendalikan Lapangan Terbang Kerteh untuk Petronas.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai mampu mengendalikan sehingga 4.5 juta penumpang dan 80,000 tan kargo setahun.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berfungsi sebagai pintu masuk penerbangan untuk Iskandar Malaysia dan wilayah selatan, dan berdedikasi untuk menyediakan laluan dan perkhidmatan yang penting untuk memenuhi keperluan pelancong dan pelancong perniagaan. Dilengkapi dengan landasan Kategori 4E 3,800 meter, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai boleh mengendalikan pesawat sehingga jet besar seperti Airbus A350 XWB, Boeing 777 dan juga Antonov An-124 Ruslan pengangkut barang. Pada masa ini, terdapat empat syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, melayani 12 destinasi domestik dan 4 antarabangsa.

Pada 2019, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai mengendalikan sejumlah 4,254,922 penumpang dan 15,010 tan kargo dengan gabungan 52,030 pergerakan pesawat komersial berjadual dan tidak berjadual. Pada masa ini terminal sedang diperluas untuk mengendalikan 5 juta penumpang menjelang 2023.[3]

Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

[sunting | sunting sumber]

Pada hari ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai masih sudah menjadi status sebagai lapangan terbang antarabangsa. Dengan projek pembangunan Johor Selatan iaituIskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berpeluang untuk menjadi salah satu hab pengangkutan yang utama di Malaysia dan mampu untuk menaik taraf lapangan terbang ini sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Terletak secara strategiknya di Iskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan menjadi salah satu hab penerbangan utama di Malaysia pada masa akan datang. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bercadang untuk meningkatkan pelaburan sebanyak RM 1 bilion selepas beberapa tahun lagi untuk menaik taraf pesawat di lapangan terbang dan kemudahan kargo seperti pusat kargo yang baru dan meningkatkan ruang bagi perniagaan runcit lapangan terbang.

Senai Airport City ataupun Bandar Logistik Lapangan Terbang Senai merupakan pembangunan yang dijalankan berdekatan dengan lapangan terbang ini. Senai Airport City ataupun dikenali sebagai Aeropolis yang memerlukan berbilion riggit akan ditapakkan bersebelahan dengan Bangunan Terminal Utama yang mempunyai keluasan sebanyak 1,133 hektar dan akan menyediakan tiga buah komponen iaitu pusat perdagangan lapangan terbang, pusat logistik penerbangan kargo dan Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Senai (Senai High Technology Industrial Park). Komponen pertama akan merangkumi 323 hektar manakala kedua-dua komponen yang lain merangkumi luas sebanyak 405 hektar bagi setiap komponen.

Pada 26 Mei 2008, Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang atau Senai Airport Terminal Services akan membina satu pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Aero Mall yang memerlukan sebanyak MYR 70 juta. Aero Mall ini dibuka secara rasmi pada Julai 2010. Aero Mall merupakan pusat membeli-belah yang pertama di Malaysia yang terletak di dalam terminal lapangan terbang.

Syarikat Penerbangan dan destinasi

[sunting | sunting sumber]

Penumpang

[sunting | sunting sumber]
PenerbanganDestinasiRujukan
AirAsiaAlor Setar, Guangzhou, Bandaraya Ho Chi Minh, Ipoh, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur-Antarabangsa, Kuching, Langkawi, Miri, Pulau Pinang, Sibu, Tawau
Batik Air MalaysiaBangkok-Dong Mueang, Haikou, Kuala Lumpur-Antarabangsa, Kunming [4][5][6]
FireflyKuala Lumpur-Subang, Pulau Pinang
Indonesia AirAsiaJakarta Soekarno-Hatta, Surabaya
Malaysia AirlinesJeddah [7], Kuala Lumpur-Antarabangsa, Madinah [7]
Thai AirAsiaBangkok-Dong Mueang
TransNusaJakarta Soekarno-Hatta [8][9]
PenerbanganDestinasi
MASkargo Kuala Lumpur, Tokyo-Narita
Qatar Airways Doha (laluan ini tidak beroperasi)
Transmile Air Services Kuala Lumpur
World Cargo Airlines Kuala Lumpur–Antarabangsa

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

untuk masa kini, Perkhidmatan hantar jemput Penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, bisa melalui Perkhidmatan Teksi dan Bas.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai disambungkan ke Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Senai–Desaru dan Laluan Expressway Kedua. Teksi disediakan di luar lapangan terbang. Bas ke pusat bandar dengan pilihan untuk transit ke Singapura tersedia.[10]

Causeway Link menyediakan laluan kepada penumpang ke JB Sentral.

Nombor Bas Destinasi
AA1 JB Sentral

Perkhidmatan bas ke kawasan-kawasan utama seperti pusat bandar raya, JB Sentral dan Larkin Sentral juga disediakan.

Perkhidmatan Destinasi Nota
Causeway Link Trunk Services
Airport Shuttle[11] Kotaraya
333[12] Larkin Bus & Taxi Terminal
Sky Shuttle[13] Malaysia CIQ Complex For AirAsia's customer only
Maju Bus Trunk Services
207 Larkin Bus & Taxi Terminal
GML Line Bus Trunk Services
G1 Larkin Bus & Taxi Terminal

Perkhidmatan teksi turut disediakan di lapangan terbang ini. Perkhidmatan teksi ini dapat menyediakan untuk ke destinasi di sekitar metropolitan Johor Bahru seperti pusat bandar raya, Bandar Senai, Skudai, Pusat Bandar Kulaijaya, JB Sentral, Nusajaya dan sebagainya.

Buat masa sekarang, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai tidak mempunyai jaringan dan perkhidmatan kereta api untuk ke pusat bandar raya Johor Bahru. Terletak secara strategiknya di Iskandar Malaysia, iaitu Zon Ekonomi Utama E: Senai-Skudai, Iskandar Malaysia akan merancang sebuah tren untuk ke pusat bandar yang dikenali sebagai Shuttle Express, yang serupa dengan KLIA Ekspres tetapi pada skala yang kecil. Tren ini akan menghubungkan Lapangan Terabang Antarabangsa Senai ke Bangunan Sultan Iskandar@JB Sentral melalui Skudai dan Larkin Sentral. Di bawah perancangan masa hadapan, satu laluan KTM baru dan stesen kereta api yang baru akan berempat di lapangan terbang ini untuk meningkatkan lagi pengangkutan ke lapangan terbang.

Galeri JBIA

[sunting | sunting sumber]

Senai Business Aviation Terminal (SBAT)

[sunting | sunting sumber]

SATSSB yang juga mengoperasikan SBAT, terminal penerbangan persendirian yang terletak betul-betul di sebelah bangunan terminal utama lapangan terbang dan berkongsi infrastruktur yang sama. Sesuai dengan namanya, SBAT mempunyai kemudahan perniagaan termasuk bilik mesyuarat dan persidangan, serta kemudahan makan dan rehat peribadi.[14]

Senai Airport Free Industrial Zone (SAFIZ)

[sunting | sunting sumber]

SAFIZ membentuk sebahagian daripada jumlah kawasan tanah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan beroperasi sebagai zon perindustrian bebas untuk beberapa kilang multinasional dan hab pengedaran, termasuk Pokka, Celestica dan BMW.[15]

  1. ^ WMKJ – JOHOR BAHRU/SENAI INTERNATIONAL at Department of Civil Aviation Malaysia
  2. ^ "Senai International Airport : About Senai Airport : Facts at a Glance". Senaiairport.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2012. Dicapai pada 26 Julai 2012.
  3. ^ "Statistic:Aviation". Ministry of Transport. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2012. Dicapai pada 16 Julai 2014.
  4. ^ "Batik Air Malaysia Adds Johor Bahru – Bangkok From Dec 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 20 September 2024. Dicapai pada 22 Oktober 2024. Batik Air Malaysia in Northern winter 2024/25 season schedules additional route to Thailand, as the airline schedules Johor Bahru – Bangkok Don Mueang route. From 01DEC24, Boeing 737-800 aircraft will operate this route on daily basis.
  5. ^ "Batik Air Malaysia Resumes KL – Johor Bahru Service in NS23". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 12 April 2023. Dicapai pada 12 April 2023. Batik Air Malaysia in late-April 2023 plans to resume Kuala Lumpur – Johor Bahru service, last served until March 2020. The airline schedules 6 weekly flights from 19APR23, increasing to 2 daily from 01MAY23.
  6. ^ YEE XIANG YUN (20 Oktober 2024). "New flight route to boost Johor's revenue growth". www.msn.com (dalam bahasa Inggeris). Microsoft Start News (MSN). Dicapai pada 23 Oktober 2024. A new direct flight between Johor Baru and Kunming, China, is poised to further drive Johor’s economic growth.
  7. ^ a b AMAL (24 Julai 2024). "Amal by Malaysia Airlines Commences Inaugural Direct Flight from Senai International Airport in Johor Bahru to Madinah". www.malaysiaairlines.com (dalam bahasa Inggeris). Malaysia Airlines. Dicapai pada 3 Ogos 2024. Amal by Malaysia Airlines, the dedicated Hajj and Umrah pilgrimage arm of Malaysia Aviation Group (MAG), successfully launched its inaugural services from Johor Bahru to Madinah on 23 July 2024, marking the airline’s first direct flight to the Kingdom of Saudi Arabia outside of its home base at KLIA Terminal 1 (KUL).
    The once-weekly flight MH162 departed from Senai International Airport (JHB) to Prince Mohammad bin Abdulaziz Madinah International Airport (MED) at 11:35am local time, utilising the airline’s Airbus A330-200 aircraft, featuring 284 seats, including 18 in Business Class and 265 in Economy Class. Amal will also be operating a once-weekly flight from King Abdulaziz International Airport (JED) to JHB which will depart at 6:40pm every Monday via flight MH155, providing pilgrims the opportunity to travel directly to JHB with ease.
  8. ^ BERNAMA (17 Ogos 2023). "TransNusa Indonesia sedia lancar laluan Jakarta-Johor Bahru mulai 7 Sept". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 7 September 2023. PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) dari Indonesia akan memulakan laluan antarabangsa kedua menghubungkan Jakarta ke Johor Bahru mulai 7 Sept.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  9. ^ "TRANSNUSA ADDS ARJ21 JOHOR BAHRU SERVICE FROM SEP 2023". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 14 September 2023. Dicapai pada 15 September 2023. Indonesian carrier TransNusa last week launched new service to Malaysia, which saw the inaugural of Jakarta – Johor Bahru flight on 07SEP23. The carrier operates this route 5 times weekly, with Comac ARJ21-700 aircraft. The airline anticipates service to increase to daily from 31OCT23.
  10. ^ "By Bus".
  11. ^ "Malaysia online express bus ticketing in Johor Bahru and Singapore|causewaylink express". Causewaylink.com.my. Dicapai pada 2012-07-26.
  12. ^ "Malaysia online express bus ticketing in Johor Bahru and Singapore|causewaylink express". Causewaylink.com.my. Dicapai pada 2012-07-26.
  13. ^ "Malaysia online express bus ticketing in Johor Bahru and Singapore|causewaylink express". Causewaylink.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-29. Dicapai pada 2012-07-26.
  14. ^ http://www.senaiairport.com/corporate/media/airport-announcements/making-the-move-to-senai-business-aviation-termina
  15. ^ http://www.senaiairport.com/corporate/land/senai-airport-free-industrial-zone

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]