Sekolah Menengah Sains Dungun
Sekolah Menengah Sains Dungun | |
---|---|
Lokasi | |
Dungun, Terengganu Darul Iman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan |
Moto | BERILMU BERDISIPLIN BERBAKTI |
Ditubuhkan | 1 Mei 1982 |
Nombor sekolah | 609-8422550 |
Kod sekolah | TEA1038[1] |
Pengerusi PIBG | ENCIK AHMAD BAKHIR BIN CHIK |
Pengetua | CHE MOHD YUSRI BIN CHE HASHIM |
GPK Pentadbiran dan Akademik | CIK HAJAH LATIFAH BINTI ABDULLAH |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | EN.FAUZI BIN MUSTAFA |
Penolong Kanan Kokurikulum | EN. ZAZALI BIN MOHAMAD |
Faks | 609-8485389 |
Laman sesawang | [https://www.facebook.com/profile.php?id=100009631664367 |
SEPAKAT MENJULANG SAINS DUNGUN |
Sekolah Menengah Sains Dungun atau nama ringkasnya SMSD, merupakan sebuah
Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Jalan Paka, Dungun, Terengganu.
Pada 2009, Sekolah Menengah (Sains) Dungun memiliki 317 pelajar lelaki dan 271 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 588 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]SMSD terletak di kawasan seluas 47.048 ekar di Mukim Sura Tengah, Daerah Dungun, Terengganu. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini telah bermula pada bulan Januari 1980 dan siap pada Jun 1982.
Pada 1 Mei 1982, beberapa orang kakitangan guru dan bukan guru telah ditempatkan di sekolah ini sebagai persediaan untuk memulakan sesi persekolahan. Akhirnya pada 15 Ogos, 1982 Sekolah Menengah Sains Dungun dengan rasminya memulakan sesi pengajiannya. Kumpulan pertama murid yang mendaftarkan diri pada 12 Ogos 1982 adalah seramai 450 orang iaitu terdiri daripada murid-murid Tingkatan I, IV dan VI Rendah. Sejak tahun 1982 sehingga sekarang sekolah ini telah mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dari segi enrolmen murid, bilangan kelas, guru dan kakitangan bukan guru.
Selari dengan ledakan teknologi maklumat, Sekolah Menengah Sains Dungun telah disenaraikan sebagai salah sebuah sekolah projek rintis Sekolah Bestari yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1999. Sehubungan dengan itu, pelbagai kemudahan teknologi maklumat disalurkan ke sekolah ini bagi meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran.
Kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai dalam aspek pengurusan dan kemenjadian murid akhirnya mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Sekolah Menengah Sains Dungun dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi fasa ke-6 pada tahun 2012 dengan Matematik dan hoki sebagai bidang kebitaraan sekolah. Dengan pengiktirafan yang diberikan, Sekolah Menengah Sains Dungun dapat meneruskan agenda kecemerlangan pada masa hadapan agar misi sekolah untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi akan menjadi realiti.
Pada tahun 2020, pihak pengurusan sekolah telah sepakat untuk menukar nama singkatan sekolah daripada SMSD kepada SEMESDI yang merupakan singkatan kepada Sekolah Menengah Sains Dungun Darul Iman
Pada akhir tahun 2020, singkatan SEMESDI sudah tidak digunakan lagi di atas beberapa faktor dan dikembalikan singkatan yang lama iaitu SMSD yang merujuk kepada Sekolah Menengah Sains Dungun sehingga kini.
Senarai Pengetua Sekolah
[sunting | sunting sumber]Nama | Tempoh Berkhidmat |
---|---|
TUAN HAJI SHAMSUDDIN BIN MOHIDIN | 01.05.1982 – 31.03.1986 |
ENCIK AMAT BIN ABSAH | 01.04.1986 – 31.12.1987 |
TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH | 01.01.1988 – 15.06.1993 |
TUAN HAJI ABDUL MOEIN SKYMMAR BIN ABD WAHAB | 16.06.1993 – 15.07.1998 |
TUAN HAJI A.SHAARY BIN CHEEK | 16.07.1998 – 15.08.2000 |
TUAN HAJI MAHAMUD BIN OMAR | 16.08.2000 – 31.10.2007 |
PUAN ANISAH BINTI SARMADI | 05.03.2008 – 10.4.2013 |
ENCIK MOHD ALIZIYAD BIN ABAS | 16.05.2013 – 01.07.2018 |
PUAN HAJAH NOOR MAZIAH BINTI A.RAHMAN | 02.07.2018 – 15.07.2020 |
PUAN ROSLINA BINTI ABD AZIZ | 01.09.2020 – 07.06.2021 |
TUAN HAJI SULAIMAN BIN NGARIF | 01.07.2021 – 09.12.2021 |
DR. MAZNI BINTI SALLEH | 16.01.2022 – 02.03.2024 |
CHE MOHD YUSRI BIN CHE HASHIM | 03.03.2024 – KINI |
Misi ,Visi dan TAG Line
[sunting | sunting sumber]- Misi
Melonjakkan Prestasi Sekolah Melalui Pendidikan Berkualiti Bagi Melahirkan Modal Insan Terbilang
- Visi
SBP Terbilang, Peneraju Pendidikan Berkualiti
TAG Line
Sepakat Menjulang Sains Dungun
Falsafah Sekolah
[sunting | sunting sumber]Berusaha mewujudkan suasana persekolahan yang terancang dan sempurna supaya pendidikan dapat memperkembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang sempurna
Logo Sekolah
[sunting | sunting sumber]<a href="https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Logo_smsd.png">Sains Dungun</a>, <a href="https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0">CC BY-SA 4.0</a>, via Wikimedia Commons
Bentuk keseluruhan
Bulatan melambangkan semangat kerjasama antara guru dengan pelajar manakala bentuk tajam di bahagian atasnya menunjukkan penggembelengan tenaga antara guru dan pelajar untuk mencapai kejayaan
Buku
Buku merupakan sumber ilmu sekolah ini yang melambangkan sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Tahun yang dicatatkan menunjukkan sekolah ditubuhkan pada tahun 1982 Masehi bersamaan dengan tahun 1402 Hijrah.
Empat lingkaran Cincin Berkait
Melambangkan empat buah rumah sukan. Cincin berkait melambangkan perhubungan dan semangat berkerjasama dalam bidang sukan dan menjadikan sekolah ini sebagai institusi yang bersatu padu.
Simbol Sains dan Teknologi
Melambangkan sekolah ini adalah dalam jurusan sains
Obor
Tenaga pendidik yang berwibawa menjadi penerang kepada pelajar-pelajar untuk mencapai kecemerlangan
Bendera Negeri Terengganu dan Jalur Gemilang
Sekolah Menenengah Sains Dungun merupakan sekolah Berasrama Penuh (Sekolah Persekutuan) yang terletak di Negeri Terengganu, Malaysia
Bendera Rasmi SMSD
[sunting | sunting sumber]Warna
Merah : Melambangkan berani menempuh cabaran untuk menuju kejayaan dalam semua bidang dan sentiasa bercita-cita tinggi
Kuning : Melambangkan perpaduan antara masyarakat SMSD
Biru : Melambangkan hidup dalam keadaan yang harmoni, pelajar-pelajar yang berbilang bangsa dan datangnya dari pelbagai-bagai negeri bersatu padu dalam usaha meraih kejayaan
Putih : Tanda kesucian rohani dan jasmani yang melahirkan keikhlasan, kejujuran dan sifat-sifat terpuji dalam segala tindakan
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Belajar tekun dan berusaha,
Itulah hasrat kami semua,
Berdisiplin dan amanah setia,
Bersatu aman sejahtera.
Belajar tekun dan berusaha,
Berbakti pada bangsa dan negara
Menjunjung perintah agama mulia,
Menghormati guru dan keluarga.
Belajar tekun dan berusaha,
Menjaga maruah agama dan bangsa,
Berbakti berbudi dan berjasa,
Lambang rakyat Malaysia jaya!!
Rumah sukan
[sunting | sunting sumber]Para teknokrat SMSD dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut rumah sukan. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, ko-kurikulum, sukan dan sebagainya. Rumah-rumah ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada Malam Apresiasi setiap tahun.
Rumah sukan dinamakan berdasarkan tokoh ternama Terengganu pada zaman dahulu:
Blok A (Tun Telanai)
Blok B (Bentara Yusof)
Blok C (Megat Kembar Ali)
Blok D (Megat Panji Alam)
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Mendapat anugerah Sekolah Cemerlang peringkat Negeri Terengganu pada tahun 2006 dan 2008.
- Dianugerahi gelaran Sekolah Kluster kecemerlangan pada tahun 2012.
Alumni
[sunting | sunting sumber]Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun (Exsemesdians) telah di tubuhkan pada tanggal 14 Jun 2005. Alumni telah didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Kuala Terengganu. Penubuhan alumni ini adalah hasil cetusan idea dan perbincangan yang telah diadakan di Dewan Besar SMSD pada 1 Mei 2005 dengan dihadiri oleh 70 orang bekas pelajar SMSD.
Nama Persatuan : Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun (Exsemesdians)
Alamat Berdaftar :
Sekretariat Ex-Semesdians
d/a Sekolah Menengah Sains Dungun
23000 Dungun
Terengganu
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah (Sains) Dungun
- Jalan Paka, Dungun, Malaysia
- Terengganu Darul Iman, Malaysia
- Telefon : 609-8422550
- Faks : 609-8485389
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Senarai Nama Semua Sekolah Menengah di Negeri Terengganu (Sejumlah 151 buah) - as at 31 December 2017
- Sekolah Menengah Sains Dungun
- Senarai Sekolah Menengah Sains di tapak sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia