Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak | |
---|---|
Lokasi | |
Batu 8, Jalan Sungai Pusu, Gombak, KUALA LUMPUR, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 361863050 |
Kod sekolah | BRA7002[1] |
Pengerusi PIBG | Dato Hamzaki Hamzah |
Pengetua | Encik Zulkipli Bin Abd Latib |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Muhammad Amirnuddin bin Jaafar |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Asim bin Mohd Ariff |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Norzailiza binti Ab Rahman |
Faks | 361858472 |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak atau nama ringkasnya SBPI Gombak dan lebih dikenali sebagai INTEGOMB, merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Batu 8, Jalan Sungai Pusu, Gombak.
Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak memiliki 245 pelajar lelaki dan 243 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 488 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Konsep Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) telah diilhamkan oleh Tan Sri Musa bin Muhammad, pada penghujung tahun 2000 semasa beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran Malaysia. SBPI diwujudkan seiring dengan permintaan aliran Sains Agama yang semakin mendapat sambutan daripada ibu bapa pada masa kini. SBPI menawarkan 3 aliran iaitu aliran Sains Tulen, aliran Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal.
SBP Integrasi Gombak adalah satu daripada beberapa buah sekolah yang berkonsepkan integrasi dalam arena Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. SBP Integrasi Gombak menempatkan murid-murid yang terpilih dan terletak di Daerah Gombak. Sekolah ini telah beroperasi pentadbirannya pada Disember 2002 dan menerima kemasukan murid ambilan pertama pada 17 Februari 2003. Seramai 162 orang murid telah mendaftar pada hari tersebut yang terdiri daripada 82 orang murid tingkatan 1 dan 80 orang murid tingkatan 4.
Pada hari pertama pendaftaran, hanya seramai 14 orang tenaga pengajar tanpa staf sokongan. Terdapat hanya 7 buah kelas iaitu 4 buah kelas tingkatan 1 dan 3 kelas tingkatan 4, iaitu 1 Bestari, 1 Cendekia, 1 Fikrah, 1 Intelek, 4 Bestari, 4 Cendekia dan 4 Fikrah. Manakala asrama hanya 6 buah kamar putera dan 6 buah kamar puteri.
Kini, kelas terbahagi kepada empat iaitu Al-Biruni, Al-Farabi, Ibnu Nafis, dan Ibnu Sina. Sekolah ini menawarkan aliran Sains Tulen dan Sains Agama.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]1. Mendapat tempat pertama dalam peperiksaan SPM dalam Malaysia dan kategori SBP pada tahun 2020 dan 2022
2. Menjadi tuan rumah kepada program kolaborasi SGE-SBP setiap tahun
3. Mendapat tempat ke-3 dalam peperiksaan SPM dalam peringkat SBP iaitu pada tahun 2009,2010 dan 2021.
4. Mendapat johan 'cup' bawah-15 dalam pertandingan rugby KGV 10's 2013.
5. Mendapat johan 'cup' kategori sekolah dalam pertandingan ragbi Poly 10's 2014.
6. Mendapat johan 'cup' kategori bawah-16 dalam pertandingan ragbi Saujana 10's 2014.
7. Mendapat johan 'cup' kategori bawah-15 dan 18 dalam petandingan ragbi MSSD dan MSSS 2015.
8. Juara Bahas Piala Perdana 2009.
9. Johan 'cup' pertandingan Ragbi HKSBP peringkat kebangsaan.
10. Johan Debat Piala Menteri Besar Perak pada tahun 2022.
12. Mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan bola jaring peringkat kebangsaan.
13. Mendapat tempat ketiga dalam HKSBP Bola Keranjang 2022
14. Mendapat tempat kedua dan ketiga dalam Pertandingan 3X3 Basketball Hari Sukan Negara
15. Menjadi tuan rumah kepada Fully Residential Schools International Symposium (FRSIS) pada tahun 2019
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
- Batu 8, Jalan Sungai Pusu, Gombak
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 361863050
- Faks = 361858472