S. Kadarisman
S. Kadarisman | |
---|---|
Kelahiran | Shadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak 12 Mei 1922 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 17 Februari 1989 Singapura | (umur 66)
Sebab kematian | Penyakit kencing manis dan serangan jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman |
Nama lain | Shahadat Kadarisman, Pak Kadar |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis |
Tahun aktif | 1942–1974 |
Terkenal kerana | |
Pasangan | Fatimah Khairuddin |
Anak-anak | 10 |
Shadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak atau lebih dikenali sebagai S. Kadarisman (12 Mei 1922 – 17 Februari 1989) merupakan seorang pelakon lelaki Singapura, yang berasal daripada keluarga yang berbakat besar dalam bidang seni. Huruf 'S' dipangkal nama Kadarisman membawa maksud Shadat iaitu keturunan nenek moyang beliau. S. Kadarisman dilahirkan di Singapura[1] dalam keluarga wayang bangsawan. Datuk beliau, Hussain Golpan merupakan pengasas bangsawan. Ibu beliau pula merupakan seorang primadona bangsawan.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Glam dan Rangoon English School, Victoria School sebelum memasuki sekolah aliran agama di Sekolah Arab Alsagoff di Singapura.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]S. Kadarisman mula berlakon dalam filem Menantu Durhaka terbitan syarikat di Indonesia. Di Malay Film Productions, beliau merupakan salah seorang anggota dalam Majlis Penapis Cerita. Serba boleh di dalam apa jua peranan. Cerita-ceritanya telah diterima oleh P. Ramlee untuk diarahkan. Diantaranya filem Labu Labi dan Madu Tiga.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau telah meninggal dunia pada 17 Februari 1989 berusia 66 tahun akibat penyakit kencing manis dan jantung. Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penulis | ||||
1942 | Menantu Durhaka | Filem lakonan pertama | ||||
1951 | Perkahwinan Rahsia | Sukardi | ||||
1952 | Norma | |||||
Sehati Serasa | ||||||
Cinta Murni | ||||||
1953 | Seniwati | |||||
Sengsara | ||||||
Istana Impian | ||||||
1954 | Panggilan Pulau | Umar @ Panjang | ||||
Angin Pesan | ||||||
Kechewa | Mokhtar | |||||
1955 | Menyerah | Hamid | ||||
Kipas Hikmat | Karim / Rustam | |||||
Bernoda | ||||||
1956 | Pencuri | Ismail | ||||
Hang Tuah | Pateh Karma Wijaya | |||||
Keadilan Illahi | Malaun | |||||
Anak-ku Sazali | Pelakon Bangsawan | |||||
1957 | Mogok | |||||
1958 | Doktor | Bakar | ||||
Sri Meranti | ||||||
Gergasi | Doktor | |||||
Masharakat Pinchang | Pakcik Hassan | |||||
Anak Pontianak | Mat | |||||
1959 | Batu Belah Batu Bertangkup | Selamat | ||||
Raja Laksamana Bentan | Megat Alang Dilaut | |||||
Saudagar Minyak Urat | Yusof | |||||
Puteri Gunong Banang | Tok Penghulu | |||||
1960 | Isi Neraka | Pak Golok | ||||
Megat Terawis | Tengku Bendahara | |||||
Antara Dua Darjat | Engku Mukri | |||||
Pertarongan | Datuk Teras | |||||
1961 | Ali Baba Bujang Lapok | Tukang Mandi Jenazah | ||||
Seniman Bujang Lapok | Pelakon Malay Filem Production | Penampilan khas | ||||
Si Tanggang | Nakhoda Redan | |||||
Indera Bangsawan | Ninda Kobat Shah | |||||
1962 | Neracha | Ali | ||||
Lubalang Daik | Tok Demang | |||||
Norlela | Raja | |||||
Batu Durhaka | Datuk Perkasa | |||||
Labu dan Labi | — | |||||
1963 | Korban | |||||
Darah Muda | Pak Sha'aban | |||||
1964 | Madu Tiga | — | ||||
Melanchong Ka Tokyo | Ali | Juga sebagai penolong pengarah | ||||
Tiga Abdul | Abdul Wahib | |||||
Dupa Cendana | Tok Penghulu | |||||
1965 | Bidasari | Raja Zamin Tauran | ||||
Melanchong Ke Tokyo | ||||||
1966 | Sri Andalas | Datuk Panglima Karma | Filem arahan pertama | |||
Anak Buloh Betong | Penghulu Kg. Betik | |||||
1967 | Lampong Karam | Tengku Pengiran | ||||
Darma Kesuma | ||||||
1968 | Amok Tok Nading | |||||
Pendekar Empat | ||||||
1969 | Tunggal | |||||
Panglima Harimau Berantai | Pendekar Gempita Alam | |||||
1970 | Perintah Seri Paduka | Taufik Hj. Ali | ||||
Kembang Layu | Encik. Baharuddin | |||||
Pancha Indera Harimau Berantai | Pendekar Gempita Alam | |||||
1971 | Kudrat | — | ||||
1972 | Hutang Darah | — | ||||
Darah Panglima | — | |||||
Pendekar Sakti | — | |||||
Dang Lenggang | ||||||
1973 | Kelana | — | ||||
Terbabas | Tuan Guru Hidayat | |||||
1974 | Bujang Tua S.S. | Samad | Filem lakonan dan arahan terakhir |