Pergi ke kandungan

Pertarongan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kulit piring hitam bagi lagu yang terdapat dalam filem Pertarongan.

Filem Pertarongan merupakan sebuah filem Melayu yang dihasilkan pada 1960 oleh Malay Film Productions (MPF) di bawah arahan Omar Rojik.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan seorang penghulu yang adil bernama Datuk Gehara (Sharif Dol) yang hidup aman damai bersama isterinya, Dang Nila (Normadiah) dan dua orang anak lelakinya, Tamir (Jins Shamsudin) dan Sari (Aziz Jaafar).

Jawatan Datuk Gehara menjadi rebutan ramai penduduk kampung, terutama sekali, Datuk Teras (S.Kadarisman) dengan pengikut2nya, Datuk Berang (Salleh Kamil) dan Datuk Mika (Omar Suwita). Mereka terus memberontak dan membunuh Datuk Gehara. Dang Nila,Tamir dan Sari dapat melarikan diri ke kampung lain.

Apabila Tamir dan Sari meningkat dewasa, Dang Nila menyuruh mereka membalas dendam di atas kematian Datuk Gehara dan rampas kembali jawatan penghulu. Ketika mereka hendak menjalankan tugas, Sari telah berkenalan dengan Molek (Zaiton) dan mereka terus jatuh cinta. Tamir dan Sari tidak sedar bahawa Molek adalah anak tunggal Datuk Teras. Tamir terus marah apabila adiknya Sari bercinta dengan anak Datuk Teras.

Kemudian, Tamir mengambil keputusan untuk bertindak sendiri. Beliau berjaya membunuh Datuk Teras dan orang2nya, dan terus menculik Molek. Apabila Sari mendapat tahu yang abangnya menculik kekasihnya, beliau mengambil keputusan untuk menyelamatkan Molek. Akhirnya, pertarungan berlaku di antara kedua beradik itu. Tamir cedera parah dan akhirnya mengaku kalah. Beliau kemudiannya menyuruh Sari menggantikan tempat Datuk Teras sebagai penghulu dan berkahwin dengan Molek.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]