Pergi ke kandungan

Paul Keating

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paul Keating
Keating in 1993
Perdana Menteri Australia ke-24
Dalam jawatan
20 Disember 1991 – 11 Mac 1996
RajaElizabeth II
Bill Hayden
Sir William Deane
TimbalanBrian Howe
Kim Beazley
Didahului olehBob Hawke
Digantikan olehJohn Howard
Naib Perdana Menteri Australia ke-7
Dalam jawatan
4 April 1990 – 3 Jun 1991
Perdana MenteriBob Hawke
Didahului olehLionel Bowen
Digantikan olehBrian Howe
Ketua Parti Buruh Australia
Dalam jawatan
20 Disember 1991 – 19 Mac 1996
TimbalanBrian Howe
Kim Beazley
Didahului olehBob Hawke
Digantikan olehKim Beazley
Naib Ketua Parti Buruh Australia
Dalam jawatan
4 April 1990 – 3 Jun 1991
KetuaBob Hawke
Didahului olehLionel Bowen
Digantikan olehBrian Howe
Bendahari Australia
Dalam jawatan
11 Mac 1983 – 3 Jun 1991
Perdana MenteriBob Hawke
Didahului olehJohn Howard
Digantikan olehJohn Kerin
Menteri Wilayah Utara Australia
Dalam jawatan
21 October 1975 – 11 November 1975
Perdana MenteriGough Whitlam
Didahului olehRex Patterson
Digantikan olehIan Sinclair
Ahli Parlimen Australia
bagi Blaxland
Dalam jawatan
25 October 1969 – 23 April 1996
Didahului olehJim Harrison
Digantikan olehMichael Hatton
Maklumat peribadi
Lahir
Paul John Keating

(1944-01-18) 18 Januari 1944 (umur 80)
Darlinghurst, New South Wales, Australia
Parti politikBuruh
PasanganAnnita van Iersel
(k. 1976; div. 2008)
Pasangan SerumahJulieanne Newbould (sejak 1998)
Anak4
KediamanPotts Point, New South Wales, Australia
PendidikanDe La Salle Catholic College
Belmore Technical College
Bidang pengkhususanAhli kesatuan dagang
Ahli politik

Paul John Keating (lahir 18 Januari 1944) ialah seorang bekas ahli politik dari Australia yang nemerintah sebagai Perdana Menteri negara tersebut dari 1991 hingga 1996 daripada jawatannya sebagai ketua Parti Buruh Australia.

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya politik awal

[sunting | sunting sumber]

Ramai dalam kalangan kaukus Parti Buruh mula merasakan Bob Hawke "kepenatan" hasil bertahun-tahun mengetuai kerajaannya.[1] Keating dilihat sebagai seseorang yang cocok menggantikan Hawke. Pada 19 Disember 1991, Keating mencabar Hawke dalam suatu undian dalam parti, di mana Keating mengalahkannya dengan sebanyak 56 undian melebihi 51.

Keating mengangkat sumpah di hadapan Gabenor Jeneral Australia sebagai Perdana Menteri ke-24 negara tersebut pada 20 Disember 1991.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai suatu agenda yang meluas sebaik memegang jawatan ini termasuk suatu rancangan perdamaian bersama Orang Asli Australia, menguatkan hubungan ekonomi dan budaya bersama negara-negara Asia, serta menjadikan Australia suatu negara republik.[2]

Isu domestik

[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Disember 1992, Keating membuat suatu ucapan perdamaian di Taman Redfern, Redfern, New South Wales di mana beliau menyatakan kekeasallnya bagi pihak kerajaan Australia terhadap golongan Orang Aslinya yang dibunuh, ditindas dan disengsarakan sehingga kesannya masih berbekas pada masyarakat tersebut hari ini.[3][4]

Isu antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 1993, beliau menyebabkan suatu insiden politik dengan kerajaan Malaysia setelah menyatakan Perdana Menterinya Mahathir Mohamad sebagai seorang yang "degil" (recalcitrant) sebagai menjawab ketidakhadiran Mahathir pada Sidang Kemuncak APEC 1993. Mahathir mahu Paul memohon maaf atas kenyataan tersebut serta mengugut akan mengurangkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Australia sehingga merisaukan banyak syarikat, bahkan terdapat juga sesetengah pagawai yang berhasrat memulakan kempen "Buy Australian Last" sebagai suatu tindak balas kepada kenyataatn tersebut. Paul membuat permohonan maaf kepada Mahathir atas tingkah lakunya tidak lama selepas itu.[5]

Hubungan persahabatannya dengan Presiden Suharto sehingga turut meilbatkan kerjasama kerajaannya bersama Tentara Nasional Indonesia banyak dikritik aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan kemerdekaan Timor Leste, di mana ia dianggap sebagai suatu taktik untuk menarik perhatian kepada penjalinan hubungan budaya, ekonomi dan diplomatik bersama negara-negara Asia.[6]

Persaraan

[sunting | sunting sumber]

Parti Buruh kehilangan besar pada pilihanraya tahun 1996 dengan sebanyak 29 kerusi. Dengan itu, Paul meletakkan jawatan sebagai ketua parti Buruh pada malam keputusan pilihan raya tersebut diumumkan tanggal 2 Mac tahun itu. Beliau meninggalkan jawatan Perdana Menteri pada 11 Mac, dan bersara dari jawatan Parlimennya sebulan kemudian pada 23 April 1996.[7]

  1. ^ Edwards, John, Keating: The Inside Story, Viking, 1996, m/s. 442
  2. ^ Fast Forward, Shaun Carney, The Age, 20 November 2007
  3. ^ Phillip Adams (5 May 2007). "The greatest speech". The Australian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-21. Dicapai pada 25 April 2010.
  4. ^ "Keating's Redfern Address voted an unforgettable speech". Cityofsydney.nsw.gov.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2007. Dicapai pada 25 April 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ Shenon, Philip (9 December 1993). "Malaysia Premier Demands Apology". The New York Times. Dicapai pada 16 June 2008.
  6. ^ "The World Today – 5/10/99: Howard hits back at Keating over criticism". Abc.net.au. 5 Oktober 1999. Dicapai pada 31 Julai 2012.
  7. ^ National Archives of Australia, NAA.gov.au Dicapai pada 9 June 2009

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]