Khalsom binti Abdullah
Enche’ Besar Hajah Khalsom | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Enche' Besar | |||||
Isteri Tunku Mahkota Johor | |||||
Tempoh | 8 Mei 1959 - 9 Jun 1962 | ||||
Didahului oleh | Ungku Aminah | ||||
Diikuti oleh | Tengku Zanariah | ||||
Keputeraan | Josephine Ruby Trevorrow 2 Disember 1935 Romford, Essex, England (United Kingdom) | ||||
Kemangkatan | 1 Jun 2018 Hospital Raja Edward VII, London, England (United Kingdom) | (umur 82)||||
Pemakaman | 6 Jun 2018 Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor | ||||
Suami | Tunku Mahmood Iskandar (k. 1956; c. 1962) | ||||
Anakanda Butiran |
| ||||
| |||||
Kerabat | Johor | ||||
Ayahanda | Reginald George Trevorrow | ||||
Bonda | Ruby May Alderman | ||||
Agama | Islam |
Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (lahir Josephine Ruby Trevorrow; 2 Disember 1935 – 1 Jun 2018)[1] merupakan seorang rakyat Britain.[2] Beliau adalah isteri pertama kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, Sultan Johor era moden ke-4.
Sultan Iskandar telah mengenalinya ketika baginda sedang melanjutkan pelajaran di Britain. Josephine akhirnya telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Sultan Iskandar (ketika itu baginda bergelar Tunku Mahmood Iskandar) pada 5 Januari 1956 dan menukar namanya kepada Khalsom binti Abdullah.[3] Suaminya telah dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959, beliau kemudiannya dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Che’ Puan Khalsom binti Abdullah. Pada 1962 setelah bercerai, beliau telah kembali menetap di England. Beliau bagaimanapun sempat bermadu dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad yang juga merupakan kerabat diraja Kelantan, yang dinikahi Sultan Iskandar pada tahun 1961.[4]
Setelah lama bermaustatin di London, beliau kembali ke Johor untuk menghadiri istiadat pemakaman bekas suaminya. Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor yang ke-52 tahun, Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) dan gelaran kebesaran Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, D.K. , S.M.I.J.[5]
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah mangkat di London pada jam 12:24 tengah malam akibat sakit tua, Jumaat, 1 Jun 2018. Kemangkatan Almarhumah diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim bin Ramli di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.[6] Dengan itu, semua bendara negeri Johor dan bendera daerah dikibarkan separuh tiang sejak pengumuman kemangkatan Enche' Besar sehinggalah tamat istiadat pemakamannya.[7] Jenazah Almarhumah tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira pada jam 11 malam 5 Jun lalu diiring ke Istana Besar menggunakan ambulans peribadi Sultan Johor. Istiadat pemakaman Almarhumah diadakan separuh istiadat kemangkatan diraja pada keesokan harinya. Jenazah Almarhumah disemayamkan di Bilik Singgahsana Istana Besar untuk penghormatan terakhir selama dua jam lalu diusung dengan pedati diraja yang ditarik oleh 40 anggota Timbalan Setia Negari Johor dari Istana Besar hingga ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru untuk dimakamkan.[8] Almarhumah dimakamkan sebaris dengan makam cucunda baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim.[9]
Anakanda
[sunting | sunting sumber]Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Tarikh Kemangkatan | Tempat Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Cucunda | Cicinda | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
YAM Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah (Tengku Puan Laksamana Selangor) | 11 Julai 1956 | Johor Bahru, Johor | 2 Mei 1977 | YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj (Tengku Laksamana Selangor ) | YM Tengku Haji Shakirin al-Amin Mahmud Ismail Ahmad Shah | YM Tengku Mahmud YM Tengku Lima YM Tengku Aziz YM Tengku Kamariah Khaleiyah Khadijah Kathirah Zanariah Ihsan Shah | |||
YDM Tengku Salehuddin Ismail Shah (Tengku Indera Bijaya Selangor) | YM Tengku Ibrahim | ||||||||
YM Tengku Shahrain Ismail Ibrahim Iskandar Hishamuddin Shah | Tiada | ||||||||
YM Tengku Sharifuddin Ibrahim Ismail Iskandar Abdul Aziz Shah | YM Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri YM Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri | ||||||||
YM Tengku Kathira Zanariah Ihsan Maimunah Aminah Iskandar Putri | Tiada | ||||||||
YAM Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah | 20 Oktober 1957 | Johor Bahru, Johor | |||||||
DYMM Sultan Ibrahim (Sultan Johor) | 22 November 1958 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor | 19 September 1982 | DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah (Permaisuri Johor) | DYAM Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar (Tunku Mahkota Johor) | YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Raja Muda Johor) YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah | |||
YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah | -Layla Sofiah (lahir 2020) -Anak kedua nama belum diketahui (lahir 2022) | ||||||||
YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (Tunku Temenggong Johor) | Tiada | ||||||||
Almarhum YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail (Tunku Laksamana Johor) | Tiada | ||||||||
YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri (Tunku Panglima Johor) | Tiada | ||||||||
YAM Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (Tunku Putera Johor) | Tiada | ||||||||
KDYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (Tengku Ampuan Pahang) | 5 Ogos 1960 | Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor | 6 Mac 1986 | KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Sultan Pahang) | Almarhum YAM Tengku Ahmad Iskandar Shah | Tiada | |||
KDYTM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (Tengku Mahkota Pahang) | Tiada | ||||||||
YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (Tengku Arif Bendahara) | Tiada | ||||||||
YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah (Tengku Panglima Perang) | Tiada | ||||||||
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah | Tiada | ||||||||
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah | Tiada |
Terasul dan gelaran
[sunting | sunting sumber]- 2 Disember 1935 – 5 Januari 1956: Cik Josephine Ruby Trevorrow
- 5 Januari 1956 – 8 Mei 1959: Yang Mulia Che’ Puan Khalsom binti Abdullah
- 8 Mei 1959 - 9 Jun 1962: Yang Amat Mulia Che’ Puan Khalsom binti Abdullah, Isteri Tunku Mahkota Johor
- 9 Jun 1962 – 22 November 2010: Yang Berbahagia Puan Hajah Khalsom binti Abdullah
- 22 November 2010 – 1 Jun 2018: Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah
Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Johor
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati: Pangkat Pertama (DK (I), 22.11.2010)
- Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi: Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ, 30.3.2015) - Datin Paduka
Eponim
[sunting | sunting sumber]Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom, Kluang, Johor
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ johor15 www.royalark.net
- ^ Facts on File Yearbook, terbitan Facts on File, Inc., 1957, Frasa: "Married: Prince Tengku Mahmud, 24, grandson of the Sultan of Johore, & Josephine Ruby Trevorrow, 21, daughter of an English textile..."
- ^ Morais (1967), m/s 198
- ^ The Who's who in Malaysia (1967), m/s 198
- ^ "Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan gelaran "Yang Amat Mulia Enche' Besar" ke atas bonda baginda, Hajah Khalsom Abdullah". mStar. 22 November 2010.
- ^ "Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah". Astro Awani. 2 Jun 2018. Dicapai pada 6 Jun 2018.
- ^ Isabelle Leong (2 Jun 2018). "Bonda Sultan Johor, Enche' Besar Khalsom Abdullah mangkat". Astro Awani. Dicapai pada 2 Jun 2018.
- ^ Junita Mat Rasid (2 Jun 2018). "Jenazah akan dimakam di Bukit Mahmoodiah". Berita Harian. Dicapai pada 2 Jun 2018.
- ^ "Jenazah bonda Sultan Johor dimakam hari ini". mStar. 6 Jun 2018. Dicapai pada 6 Jun 2018.