Hornbill Skyways
| |||||||
Ditubuhkan | 1977 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hab | |||||||
Hab kedua | |||||||
Pesawat | 14 (jumlah keseluruhan armada) (12 Helikopter,2 Pesawat Sayap Kaku) 8 (jumlah armada untuk masa kini) | ||||||
Destinasi | 6 (jumlah keseluruhan destinasi) 4 (jumlah destinasi terkini) | ||||||
Ibu pejabat | Kuching, Sarawak, Malaysia | ||||||
Orang penting | YBhg. Datuk Aidan Wing,(Pengerusi Eksekutif) | ||||||
Laman web | www |
Hornbill Skyways Sdn Bhd (melakukan perniagaan sebagai Hornbill Skyways) merupakan satu diantara syarikat penerbangan di negeri Sarawak. Ia ditubuhkan pada Tahun 1977 dan dimiliki hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.Pada mulanya,mereka hanya memiliki sebuah pesawat ringan siri Cessna 421 dan 2 buah Helikopter siri Bell 206B Jet Ranger.
Hornbill Skyways menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan menggunakan empat buah helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger III (9M-AWE, 9M-AYP, 9M-SGH, 9M-SGJ), 3 buah helikopter jenis Bell 206L Long Ranger IV (9M-BCU, 9M-HSM, 9M-HSS), 4 buah helikopter jenis EC135 P2 (9M-WSA, 9M-WSG, 9M-WSM dan 9M-AZZ), sebuah helikopter jenis Bell 430 (9M-HRM), sebuah pesawat ringan Beech Super King Air (9M-WSK) dan sebuah jet eksekutif jenis Cessna 750 Citation X (9M-ATM).Hornbill Skyways adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang memiliki dan mengoperasikan helikopter Bell 430 dan Cessna Citation X,yang dianggap jet eksekutif terpantas dalam sejarah penerbangan,dengan kelajuan Mach 0.92.
ibu penjabat Hornbill Skyways berpusat di bahagian Utara Pan Hangar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan syarikat penerbangan itu juga memiliki penjabat korporat di Bandar Kuching dan mempunyai cawangan penjabat daerah di Lapangan Terbang Miri.
Data Kod
[sunting | sunting sumber]Sejarah
[sunting | sunting sumber]Awal perkembangan
[sunting | sunting sumber]Ia ditubuhkan pada bulan Mei 1977 sebagai sebuah syarikat swasta yang mengendalikan satu helikopter sayap tetap Cessna 421 dan dua helikopter Bell 206B Jet Ranger. Idea perniagaan adalah untuk menyediakan perkhidmatan udara ke kawasan luar bandar di Sarawak, sebagai alternatif pengangkutan sungai pada masa itu. Pada tahun 1985, Hornbill Skyways diambil alih oleh kerajaan negeri Sarawak melalui pemerolehan saham oleh Yayasan Sarawak (Yayasan Sarawak) dan Perbadanan Pembangunan Industri Kayu Sarawak (STIDC).[1]
Mereka juga mempunyai hangar penyelenggaraan di Lapangan Terbang Miri, selain hangar Utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Kontrak 5 Tahun
[sunting | sunting sumber]Syarikat penerbangan milik kerajaan Hornbill Skyways Sdn Bhd (HSSB) telah mencapai satu lagi pencapaian dengan memeterai kontrak lima tahun daripada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menyediakan Perkhidmatan Helikopter Luar Pesisir (OHS) kepada kontraktor penyusunan petroleum untuk operasi di Miri. [2], Kontrak lima tahun itu merupakan kontrak bersepadu melibatkan enam kontraktor penyusunan petroleum iaitu Petronas Carigali Sdn Bhd, Sarawak Shell Bhd, SapuraOMV Upstream (Sarawak) Inc, Mubadala Energy (SK320) Ltd, JX Nippon Oil & Gas Exploration (Malaysia) Ltd, dan Penerokaan dan Pengeluaran PTT. [2].
Destinasi Hornbill Skyways (--)
[sunting | sunting sumber]Hornbill Skyways terbang ke destinasi berikut setakat 2021.
Hab utama dan Hab sekunder |
Negara | Negeri / Wilayah Persekutuan / Wilayah / Daerah / Kawasan | Bandar | Kod IATA | Kod ICAO | Lapangan Terbang | Nota | Rujukan dan Penanda |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Malaysia | Sarawak | Bandar Miri | MYY | WBGR | Lapangan Terbang Miri | Penumpang (Hab sekunder Hornbill Skyways) | |
Kuala Lumpur dan Selangor |
Kuala Lumpur | SZB | WMSA | Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah | Penumpang | ||
Sarawak | Kuching | KCH | WBGG | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching | Penumpang (Hab utama Hornbill Skyways) | ||
Sarawak | Limbang | LMN | WBGJ | Lapangan Terbang Limbang | Penumpang | [3] |
Destinasi
[sunting | sunting sumber]- Kuala Lumpur SZB - Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
- Kuching KCH - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching - Hab utama Syarikat Penerbangan Hornbill Skyways
- Limbang LMN - Lapangan Terbang Limbang [4]
- Miri MYY - Lapangan Terbang Miri - Hab sekunder Syarikat Penerbangan Hornbill Skyways
- Nagoya NKM - Lapangan Terbang Nagoya (Ditamatkan)
- Perth PER - Lapangan Terbang Perth (Ditamatkan)
Pesawat
[sunting | sunting sumber]Setakat ini,pesawat yang dioperasikan oleh Hornbill Skyways adalah:
- Helikopter
- 4 Bell 206B Jet Ranger III
- 3 Bell 206L Long Ranger IV
- 4 Eurocopter EC-135P-2 (untuk menggantikan helikopter Jet Ranger dan Long Ranger yang sudah berusia)
- 1 Bell 430 (untuk penerbangan khas Kerajaan Negeri Sarawak)
- Pesawat Sayap Kaku (Fixed-wing aircraft)
- 1 Cessna Citation X (untuk penerbangan khas Kerajaan Negeri Sarawak)
- 1 Beech Super King Air (untuk penerbangan khas Kerajaan Negeri Sarawak)
- 1 Bombardier Challenger CL-605 (Untuk penerbangan khas Kerajaan Negeri Sarawak)
- Pesawat yang pernah digunakan
- 1 British Aerospace BAe 125-800B (9M-AZZ).Nombor pendaftaran pesawat ini kini digunakan oleh Helikopter Eurocopter EC-135P-2,memandangkan pesawat ini tidak lagi digunakan.
- Shorts Skyvan (Tidak lagi digunakan)
- 2 Dornier 228 (9M-VAA & 9M-VAM.Pesawat ini diambil alih oleh Hornbill Skyways apabila Vision Air Malaysia menamatkan operasi mereka.Dijual kepada syarikat penerbangan di Nepal)
- Cessna 550 Citation II (9M-WAN.Tidak lagi digunakan.)
- Cessna 421 (Pesawat sayap kaku pertama yang dimiliki oleh Hornbill Skyways)Tidak lagi digunakan.
Armada Terkini
[sunting | sunting sumber]Armada semasa mereka terdiri daripada yang berikut:[5]
- 2 Bell 206L LongRanger IV
- 2 Bell 206B JetRanger
- 5 Eurocopter EC135 P2/P2+
- 1 Eurocopter EC 155 (untuk Penerbangan Eksekutif Negeri)
- 1 Bombardier Challenger CL-605 (untuk Penerbangan Eksekutif Negeri)
- 3 Beechcraft Super King Air -350I and B200GT (2 King Air 350i, 1 Super King Air B200GT)
Armada Bersejarah
[sunting | sunting sumber]Kedua-duanya adalah untuk kegunaan eksklusif pegawai kerajaan Sarawak. Dari 2003 hingga 2008, Hornbill Skyways mengendalikan dan menyelenggara Dornier 228 milik Sarawak Timber Industry and Development Corporation (STIDC).
Pada tahun 2003 Hornbill Skyways mengambil alih Vision Air Malaysia (anak syarikat Vision Airlines) bersama-sama dengan 2 Dornier 228 selepas Vision Air Malaysia menghentikan operasi.[6] Bagaimanapun Hornbill Skyways berhenti mengendalikan 2 Dornier 228 pada 2008 apabila kedua-dua pesawat itu dijual kepada syarikat penerbangan lain di Mobile.
Insiden
[sunting | sunting sumber]Tahun 2004 dan 2005 adalah tahun terburuk dalam sejarah operasi Hornbill Skyways,apabila 3 buah helikopter Bell milik mereka (2 buah Helikopter Bell 206L Long Ranger III dan sebuah Bell 206B Jet Ranger III) terhempas,menyebabkan 14 kematian termasuk beberapa Tokoh Korporat dan seorang Menteri Muda Negeri Sarawak,iaitu mendiang Dr.Judson Sakai Tagal.Namun begitu kebanyakan punca nahas adalah berkaitan dengan keadaan kawasan pedalaman Borneo yang masih diliputi hutan tebal.Faktor inilah yang membuat Hornbill Skyways untuk memperolehi helikopter baru yang lebih moden dan efisien.
Galeri Armada Syarikat Penerbangan Hornbill Skyways (--)
[sunting | sunting sumber]-
sebuah pesawat Syarikat Penerbangan Hornbill Skyways dengan siri BAe 125 di Lapangan Terbang Perth (awal Tahun 2000an)
Lihat Juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Maintain safety, Hornbill Skyways told". The Star. 2007-05-15. Dicapai pada 2019-01-09.
- ^ a b LIM HOW PIM (15 Jun 2023). "Hornbill Skyways gets five-year contract to provide offshore helicopter services for Miri operations". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post. Dicapai pada 15 Jun 2023.
Abang Johari also witnessed the signing of a Technical Services Agreement between HSSB and HAS International Sdn Bhd, the state’s esteemed technical partner for the Miri operation. He said HAS International brings with it over eight years of experience in providing helicopter services for offshore operations, ensuring the highest standards of safety and efficiency. “As we venture into this new endeavour, it is only befitting to introduce one of the most advanced helicopter models for offshore operations, the Airbus H175. “Hornbill Skyways and HAS International takes great pride in being the first in Asia to operate this super medium twin-engine helicopter for offshore operations. “The H175 represents a significant leap forward in terms of technology, safety, and efficiency, providing enhanced capabilities and ensuring a higher standard of service for our valued partners,” he said.
- ^ https://www.flightradar24.com/data/aircraft/9m-atm
- ^ https://www.flightradar24.com/data/aircraft/9m-atm
- ^ Our Fleets hornbillskyways.com
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2007. Dicapai pada 18 March 2007.CS1 maint: archived copy as title (link)