Pergi ke kandungan

Gaji minimum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Gaji minimum merujuk kepada gaji yang diberikan oleh majikan pada tahap minimum tanpa mengira mana-mana sektor, tanpa mengira pelbagai faktor termasuk jantina, kelulusan, bidang dan sebagainya. Pertama kali diperkenalkan di Australia dan New Zealand pada akhir abad ke-19,[1] undang-undang gaji minimum kini terdapat di lebih 90% negara di seluruh dunia.

Gaji minimum di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Perjuangan menuntut Gaji Minima dimulakan melalui satu kempen yang telah dijalankan oleh Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan kemudiannya Parti Sosialis Malaysia(PSM) pada tahun 2002. Dimana Gaji minima yang disarankan pada masa itu adalah RM 900. Pelbagai kempen telah diadakan termasuk Demonstrasi besar-besaran di luar Parlimen. Namun Gaji minima hanya menjadi realiti sepuluh ntahun selepas itu pada tahun 2012 dengan gaji minima untuk Semenanjung malaysia dittapkan pada RM 900 dan Sabah dan Sarawak sebanyak RM 800

Pada 30 April 2008, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan demonstrasi di depan bangunan Parlimen Malaysia mengenai isu gaji minimum RM1,200. MTUC merupakan kesatuan sekerja bagi pekerja di sektor swasta. Sementara CUEPACS merupakan kesatuan sekerja di sektor awam / kerajaan.

MTUC telah lama menuntut gaji minimum RM1200.00 sebulan kerana jumlah itu sahaja yang cukup menampung perbelanjaan sebuah keluarga seramai 5 orang. Gaji minimum ini dikemukakan sejak 5 tahun yang lalu berikutan kenaikan harga barang dan tol yang sentiasa naik.

Pihak majikan swasta enggan memberikan gaji minimum ini kerana mereka boleh mendapatkan pekerja asing dengan cukup mudah. Majikan boleh mengugut memindahkan kilang dan pelaburan ke luar negara terutama ke Vietnam, Thailand dan China. Sememangnya pihak pengilang telah lama menjadikan isu ini sebagai salah satu modal untuk mengugut negara sedang membangun seperti Malaysia.

Jika gaji minimum dilaksanakan, maka rakyat tempatan akan merebut peluang pekerjaan yang disediakan dan tidak lagi ditindas dan diperas. Penyokong gaji minimum mendakwa bahawa ini dengan sendirinya pekerja asing akan 'balik kampung', tetapi kemungkinan yang lain adalah lebih ramai yang datang kerana tawaran gaji yang lebih lumayan. Ini kerana di negara yang mengamal gaji minimum seperti A.S., masih mengalami kebanjiran pendatang dari negara Amerika Latin.

Antara tuntutan MTUC ialah:

  • Akta Perhubungan Perusahaan 1967 hendaklah dipinda.
  • Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang diwartakan awal 2008 hendaklah dipinda.
  • Gaji minimum RM900 sebulan dan elaun sara hidup RM300 sebulan.
  • Kesatuan sekerja ditubuhkan secara automatik, manakala majikan tidak boleh menghalang penubuhan kesatuan sekerja.
  • Cuti bersalin ditambah dari dua bulan kepada tiga bulan.
  • Bonus setiap tahun kepada pekerja kilang.

11 kumpulan pekerja swasta di Malaysia telah membentuk 'Deklarasi Mei Satu 2008' pada 1 Mei 2008 di Dataran Merdeka. Tuntutan 15 perkara telah diserahkan kepada 10 wakil rakyat dari parti pembangkang.[2]

Alasan kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Pelbagai alasan telah diberikan oleh kerajaan. Gaji minimum antara swasta dan kerajaan tidak dapat diselaraskan kerana faktor kelulusan, penilaian produktiviti berbeza, sasaran keuntungan kerajaan dan swasta berbeza dan sebagainya. Gaji minimum dikatakan akan menyebabkan kerajaan bangkrap kerana tidak mampu membayar gaji sebanyak itu. [3] Majikan tentu akan membayar gaji lebih jika mahu mengekalkan pekerja terbaiknya.

Apa yang berlaku, majikan akan membuang pekerjanya kerana ramai lagi menanti di luar. Malah pekerja asing boleh dibawa dari negara jiran. Kebanyakan kerja tidak memerlukan kelayakan tinggi, cukup sekadar tahu membaca. Contohnya operator pengeluaran, pekerja stor, bahagian pembungkusan dan mandur.

Gaji minimum hanya memusnahkan daya saing Malaysia sebagai negara industri. Sedangkan insentif buruh murah dilaung-laungkan sejak Mahathir Mohamad selaku Menteri Perdagangan dan Perindustrian suatu ketika dahulu. Mahathir berjaya menarik pengilang seperti Motorola, Robert Bosch, Western Digital dan National Semiconductor untuk melabur di Bayan Lepas dan Sungai Way. Kesatuan sekerja tidak dibenarkan ditubuhkan di zon-zon perdagangan bebas ini.

Satu ketika, Mahathir menggesa produktiviti mestilah selaras dengan pendapatan yang diterima. Beliau menekankan jika produktiviti meningkat maka gaji akan meningkat. Tetapi hal ini masih belum dicapai.

Pada 3 Mei 2008 pula, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan MTUC tidak boleh mendesak jika kemampuan kerajaan tidak ada. Kerajaan bukan tidak hendak menjaga kebajikan pekerja tetapi pelbagai pertimbangan harus dilakukan. Kerajaan tidaklah terlalu bebal untuk tidak menaikkan gaji tetapi fikirkanlah baik dan buruknya gaji minimum RM1200. [4]

Penyokong gaji minimum pula sebaliknya menyatakan tanpa adanya gaji minimum sekalipun pelabur berebut-rebut keluar. Antaranya ialah Sumida, Panasonic, Sony TV di Kawasan Perindustrian Bangi. National Semiconductor di Bayan Baru telah lama bertukar-ganti pengurusan dan pemilik. Kilang Seagate di Ipoh juga tidak dapat bertahan lama kerana semua kilang elektronik ini amat bergantung kepada kos buruh murah. Sementara permintaan kepada semi konduktor sentiada turut naik dan beralih kepada teknologi robot.

Demonstrasi di Parlimen Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Pada hari Rabu, 7 Mei 2008, Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud mengetuai 500 ahli MTUC berdemonstrasi di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur selama 3 jam. Memorandum tidak dapat diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam kerana beliau menghadiri mesyuarat di Bangkok, Thailand. Antara tuntutan mereka ialah gaji minimum RM900 dan elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan. Setahun lepas memorandum sama telah dihantar tetapi tiada sebarang maklum balas dari Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, Menteri Sumber Manusia ketika itu.[perlu rujukan]

Datuk Dr. S. Subramaniam menegaskan MTUC berhak mengadakan demonstrasi untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka. Tetapi mestilah tidak mengganggu ketenteraman awam dan diadakan secara aman. Perhimpunan hendaklah diadakan di luar kawasan tempat bekerja dan diadakan selepas habis waktu kerja.[5]

Kebanjiran pekerja asing sebanyak 2.1 juta di negara ini menjejaskan peluang rakyat tempatan untuk mendapatkan gaji minimum. Kerajaan mensasarkan mengurangkan pekerja asing kepada 1.6 juta dalam tempoh 5 tahun akan datang.[6] Gaji minimum dikatakan mampu menekan pekerja asing kembali ke negara mereka kerana pekerja tempatan lebih bersedia untuk bekerja semula di sektor-sektor yang direbut oleh pekerja asing.

Gaji minimum bukan ditolak terus oleh kerajaan. Kerajaan tidak sanggup melihat pekerja ditindas oleh majikan. Ketika ini penetapan gaji dibuat oleh kuasa pasaran atau menerusi persetujuan bersama (CA) antara majikan dan pekerja, selain kewujudan Majlis Gaji di bawah Kementerian Sumber Manusia yang akan campur tangan sekiranya gaji yang diberikan kepada pekerja terlalu rendah.

Gaji minimum akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kesesuaian dan kesediaan majikan. Industri hospitaliti dilihat bersediakan melaksanakan gaji minimum .[6]

Status orang gaji

[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Malaysia belum lagi mengiktiraf orang gaji sebagai buruh di bawah Undang-Undang Buruh. Adalah hak pekerja ini untuk mendapatkan cuti mingguan, waktu bekerja yang selaras, pampasan untuk kecederaan di tempat kerja dan gaji minimum. Tanpa perlindungan undang-undang, ramai pekerja ini menghadapi kesengsaraan akibat penderaan dan eksploitasi terutama orang asing.[7]