Pergi ke kandungan

Cikori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cikori
Gambaran dari Flora von Deutschland, Österreich und der Schweiz, 1885, Otto Wilhelm Thomé
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
C. intybus
Nama binomial
Cichorium intybus

Cikori (bahasa Inggeris: chicory) atau nama saintifiknya Cichorium intybus ialah tumbuhan herba tumbuhan saka[1] sedikit berkayu yang mempunyai bunga berwarna biru terang, jarang sekali putih atau merah jambu. Pelbagai varieti ditanam untuk daun salad, chicon (tunas putih), atau akar (var. sativum), yang dibakar, digilis dan dijadikan sebagai pengganti kopi dan penambahrasa. Ia juga ditanam sebagai tanaman pakan.[2] Ia tumbuh meliar di tepi jalan dalam kawasan taburan asalnya merangkumi Eropah dan Amerika Utara;[3] ia turut diperkenalkan di Australia sehingga menjadi sebati di sana.

"Chicory" juga nama biasa di Amerika untuk "curly endive" (Cichorium endivia); kedua spesis ini hampir sama membuatkan ia sering disalah kelirukan.

Pemanfaatan

[sunting | sunting sumber]

Daun Cichorium intybus dimanfaatkan sebagai sayur daun atau lalapan. Daunnya memiliki rasa yang pahit yang unik sehingga digunakan dalam berbagai masakan termasuk di Sepanyol, Turki, dan Yunani.[4] Rasa pahit ini dapat berkurang ketika dimasak dengan cara ditumis dan dipanggang.

Air seduhan akar ia yang dikeringkan dan dikisar serbuk boleh diminum sebagai pengganti kopi. Berbagai lokasi pembuatan bir menggunakan keunikan rasa dari akar tanaman ini sebagai campuran stout dan bir.

Kajian yang dilakukan pada tahun 1970-an mendapati akar Cichorium mengandungi inulin yang kemudian diekstrak untuk menjadi pengganti gula.[5] Kekuatan rasa manisnya hanya 1/10 dari sukrosa sehingga pemanfaatannya tidak banyak selain pada industri yoghurt. Inulin juga termasuk serat makanan yang dapat larut air.[6] Akar Cichorium kering dapat mengandung hingga 68 persen inulin.[7]

  1. ^ "Cichorium intybus". FAO - Food and Agriculture Organization of the UN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-23. Dicapai pada 2013-12-16.
  2. ^ Blair, Robert (2011-04-30). "Nutrition and Feeding of Organic Cattle". ISBN 978-1-84593-758-4. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ "Cichorium intybus". Flora of North America. Dicapai pada 23 March 2014.
  4. ^ Tijen İnaltong. "Wild Herbs of Turkey". Turkish Cultural Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-16. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  5. ^ Joseph O'Neill (2008-06-01). "Using inulin and oligofructose with high-intensity sweeteners". New Hope 360. Penton. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-31. Dicapai pada 2013-12-16.
  6. ^ Madrigal L. Sangronis E. "Inulin and derivates as key ingredients in functional foods. [Review]" [Spanish] Archivos Latinoamericanos de Nutricion. 57(4):387-96, 2007 Dec.
  7. ^ Kim, Meehye; Shin, HK (1996). "The Water-Soluble Extract of Chicory Reduces Glucose uptake from the Perfused Jejunum in Rats" (PDF). J. Nutr. 126 (9): 2236–2242. PMID 8814212. Dicapai pada 20 Ogos 2008.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Wikiversity-bc