Ogos
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember |
Ogos[1] (Mal., Sin., Bru., [o.gos]) atau Agustus[2] (Ind., [a.gus.tus]) ialah bulan kelapan dalam tahun Masihi[2] yakni satu tahun mengikut takwim Gregorius selepas bulan Julai, ia mempunyai 31 hari. Ogos bermula pada hari yang sama dengan Februari pada tahun lompat.
Peristilahan
suntingBulan ini dinamakan para anggota Senat Rom sempena memperingati usaha dan pencapaian Augustus Caesar yang dikirakan jatuh ke dalam bulan sama takwim Romawi[3] - takwim ini merupakan asas kepada takwim-takwim Julius dan Gregorius yang dipakai di dunia Barat kini. Sebelum itu, bulan ini dipanggil Sextilis, yang bererti "keenam" dalam bahasa Latin (sex bermaksud "enam"). Nama bulan ini diturunkan ke dalam bahasa Melayu Nusantara melalui dua bentuk:
- "Agustus" dalam bahasa baku dipakai Indonesia hasil peminjaman bahasa Belanda (Augustus),[2][4]
- "Ogos" dalam bahasa baku dipakai Malaysia, Singapura dan Brunei hasil peminjaman bahasa Inggeris: August - maka ia menjadi pilihan yang dominan dan diutamakan untuk penamaan entri ini.[1]
Kawasan-kawasan dalam Selatan Thailand menggunakan nama "Singhakom" (Jawi: سيڠهاكوم , menyerap Bahasa Thai: สิงหาคม sǐnghǎa-khom) dalam urusan persuratan rasmi kerajaan dalam negara tersebut selari dengan takwim rasmi digunakan; ia dinamakan sempena cerapan rasi Singa dilambangkan haiwan serupa.
Kepentingan
suntingBulan ini memainkan peranan penting dalam sejarah banyak negara serantau Nusantara. Pada bulan ini jatuhnya:
- tanggal para pahlawan Indonesia memproklamasikan kemerdekaan diri daripada penjajahan oleh kuasa Belanda sebagai sebuah negara merdeka pada 17 hari bulan tahun 1945,
- Pengisytiharan merdekanya bahagian Semenanjung Melayu dijajah Empayar British pada 31 Ogos 1957.
- Pemberian keizinan memerintah diri Borneo Utara (kini Sabah) pada bulan ini tahun 1963[5][6][7][8] sebelum bergabung dalam suatu entiti besar bersama Singapura dan Sarawak sebulan kemudian,
- Perpisahan Singapura dari gabungan Malaysia sebagai suatu republik berasingan pada 7 haribulan tahun 1965 setelah kedua-dua pihak mengalami masalah perhubungan dan pemerintahan yang tidak dapat diselesaikan lagi pascagabungan.
Rujukan
sunting- ^ a b Ogos. Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 21 Mac 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ a b c *"'Agustus'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. Dicapai pada 21 Mac 2020.
- ^ Macrobius, Saturnalia 1.12.35.
- ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "Augustus". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- ^ The Report: Sabah 2011. Oxford Business Group. 2011. m/s. 10–143. ISBN 978-1-907065-36-1.
- ^ "The National Archives DO 169/254 (Constitutional issues in respect of North Borneo and Sarawak on joining the federation)". The National Archives. 1961–1963. Dicapai pada 23 April 2015.
- ^ Philip Mathews (28 February 2014). Chronicle of Malaysia: Fifty Years of Headline News, 1963–2013. Editions Didier Millet. m/s. 15–. ISBN 978-967-10617-4-9.
- ^ Frans Welman (9 Mac 2017). Borneo Trilogy Volume 1: Sabah. Booksmango. m/s. 159–. ISBN 978-616-245-078-5. Dicapai pada 28 Mei 2013.