Jam
Jam (Jawi: جم , simbol: j; mungkin dari Tamil: யாமம் yāmam[1]) ialah satu unit masa. Ia bukan satu unit SI tetapi adalah diterima pakai untuk kegunaan dalam SI.
Takrif
suntingDalam penggunaan moden, satu jam adalah satu unit bagi masa yang bersamaan dengan 60 minit, atau 3,600 saat lamanya. Ia adalah kira-kira 1/24 satu hari bumi median.
Terdapat juga jam jarak hamal, satu unit bagi kedua-dua masa dan sudut.
Sejarah
suntingJam adalah pada asalnya ditakrifkan dalam tamadun-tamadun kuno (termasuk Mesir, Sumeria, India dan China) sebagai sama ada satu per dua belas masa antara matahari terbit dan matahari terbenam atau satu per dua puluh empat dalam satu hari penuh. Dalam kedua-dua kes tersebut, pembahagian ini menunjukkan penggunaan yang meluas dalam sistem pembilangan asas dua belas (membilang dengan ibu jari, ruang antara sendi jari-jari yang lain pada tapak tangan yang sama, iaitu 3 x 4 = 12) dan kecenderungan yang meluas untuk membuat analogi pada set-set data (12 bulan, 12 tanda zodiak, 12 titik kompas utama, 12 jam, sedozen).
Rujukan
sunting- ^ Asmah Haji Omar (2000). Malay Perception of Time. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.