Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 ialah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-33 oleh Berita Harian. Tema yang dipilih untuk edisi kali ini ialah #ABPBHKITA2020, diadakan dalam budaya norma baharu berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. ABPBH 33 diadakan pada 13 November 2020 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di TV3.[3] Buat pertama kali dalam sejarah ABPBH, acara kemuncak anugerah ini akan diadakan secara langsung menerusi aplikasi TikTok.[4][5]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | ||||
---|---|---|---|---|
Penerangan | Pelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio, pelawak | |||
Penaja | Berita Harian TV3 | |||
Tarikh | 13 November 2020 | |||
Lokasi | Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur | |||
Negara | Malaysia | |||
Pengacara | ||||
Kali pertama | 1987 | |||
Kini dipegang oleh | Haqiem Rusli (Bintang Paling Popular 2020)[2] | |||
Liputan televisyen/radio | ||||
Rangkaian | TV3 | |||
Tapak web | ||||
www | ||||
Kronologi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Penyampai dan penghibur
suntingPenyampai
suntingNama | Menyampaikan |
---|---|
Tabah Sazwan Othman | Suara latar |
Shaheizy Sam | Artis Baharu Wanita Popular, Artis Baharu Lelaki Popular, dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular |
Wany Hasrita | Penyampai Radio Popular dan Pengacara TV Popular |
Zul Ariffin | Artis Versatil Popular dan Artis Komedi Popular |
Ramlah Ram | Penyanyi Wanita Popular Xiaomi dan Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi |
Kategori Online | Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom Popular, Artis Kontroversi Popular, dan FC FANtastik Popular |
Saiful Apek | Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular |
Siti Nordiana | Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular |
Nabila Huda AC Mizal Saidon Idris Ahmad Zaini Kamaruzzaman Shamshul Azree Samshir |
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat |
Rosyam Nor | Bintang Paling Popular |
Penghibur
suntingNama | Mempersembahkan |
---|---|
Mohamad Sharhan Syazwan Mohd Ashri | Pengarah muzik |
Khir Rahman Joey Daud Nora Danish Kaka Azraff Liza Abdullah Man Syamsul Yusof |
Sketsa Kita Jaga Kita "Satu Kalimah" |
Zynakal YonnyBoii Azlan Typewriter |
"Sakit" "Kelabu" "Jangan Khianati Aku" |
Aina Abdul Indah Ruhaila Lan Solo Tomok |
"Terlanjur Cinta" "Boneka" "X Missing U" |
YonnyBoii Shalma Eliana |
"Xiaomi For Me!" |
DOLLA | "Lovesick Girls" |
Syamel | "Salahku" |
Elly Mazlein Faizal Tahir Zizi Kirana |
"4 Dara" |
Ernie Zakri Hafiz Suip |
Tribute untuk Francissca Peter "Aku Hanya Pendatang" "Sekadar di Pinggiran" "Kehebatan Cinta" |
Azlina Aziz Liza Aziz Noki K-Clique |
"Wajah Siapa di Hatimu" "Pengorbanan" "Bermula Cerita" |
Naim Daniel Ismail Izzani Man Keedal |
"Adakah Kau Menungguku" "Sembah" |
Gambaran keseluruhan
suntingUndian awal bagi ABPBH 32 bermula pada 7 Oktober 2020 di laman web rasmi ABPBH dan boleh dilakukan secara percuma, pakej langganan digital BH dan undian menerusi Xiaomi.[6][7] Terdapat perbezaan dalam proses undian di mana peminat perlu memilih calon Top 20 yang bakal bersaing dan akan ditentukan pada malam kemuncak ABPBH 33.[8] Tema yang dipilih bagi edisi ke-33 anugerah ini ialah #ABPBHKITA2020.[4][9][10]
ABPBH edisi kali ini akan dianjurkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia serta mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.[11] Menurut Pengarang Kumpulan BH merangkap penaung ABPBH 33, Saidon Idris dalam satu kenyataan yang dikeluarkan:
"Tema #ABPBHKITA2020 menggambarkan situasi yang sedang kita alami sekarang iaitu norma baharu dalam kehidupan. Kini, kitalah yang menjadi petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19. BH sebagai pihak penganjur dan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran ABPBH pada tahun ini memainkan peranan yang sangat penting untuk ‘kita jaga diri kita’. Matlamat ABPBH dalam setiap penganjurannya akan memastikan terselit mesej berguna dalam tema yang diangkat. Kami di BH akan memastikan legasi acara anugerah ini terus terpelihara serta lebih gemilang setiap tahun walau dalam apa situasi yang dihadapi,".[4]
Sebanyak 13 kategori utama yang bakal dipertandingkan iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular, Artis Komedi Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.[4]
Turut dipertandingkan ialah lima kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom, Artis Kontroversi Popular dan FC FANtastik Popular.[4]
Buat pertama kali dalam sejarah penganjuran ABPBH, majlis anugerah telah dilancarkan secara maya[12] dan akan diadakan secara langsung menerusi aplikasi TikTok.[13]
Pengarang hiburan BH, Shamsul Azree mengumumkan dalam rancangan Melodi pada 1 November 2020 bahawa ABPBH ke-33 akan diadakan secara maya tanpa peminat dan kelab peminat bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.[14]
Kontroversi
suntingSehari sebelum penganjuran, ABPBH ke-33 menjadi subjek kecaman apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) cawangan Kedah yang menggesa agar anugerah itu dibatalkan penganjurannya kerana pihak PAS mengambil kira situasi terkini pandemik COVID-19 dan kekangan ekonomi. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut mengemukakan pembatalan anugerah itu. Meskipun cadangan pembatalan itu, ABPBH ke-33 tetap diadakan seperti yang dijadualkan.[15][16][17] Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaacob dilaporkan berkata ABPBH 33 tidak tersenarai dalam aktiviti terlarang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).[18]
Shahiezy Sam yang memenangi Bintang Paling Popular sebanyak 3 kali, dikecam akibat budi bicara beliau dan pemakaian vape tatkala menyampaikan anugerah pada siaran langsung. Rata-rata netizen menggesa Kementerian Kesihatan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap adik ipar ahli politik Sabah, Bung Mokhtar Radin.[perlu rujukan]
Calon
suntingCatatan: Senarai calon Top 20 diumumkan pada 2 November 2020.[19] Nama pemenang ditebalkan.[20]
Kategori utama
suntingArtis Baharu Lelaki Popular | Artis Baharu Wanita Popular | Penyanyi Lelaki Popular | Penyanyi Wanita Popular |
---|---|---|---|
|
|||
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular | Pelakon Filem Lelaki Popular | Pelakon Filem Wanita Popular | Pelakon TV Lelaki Popular |
|
|||
Pelakon TV Wanita Popular | Artis Versatil Popular | Artis Komedi Popular | Pengacara TV Popular |
Penyampai Radio Popular | |||
|
Kategori dalam talian
suntingRakan dan penaja rasmi
sunting- Akhbar rasmi: Berita Harian
- Penaja rasmi: Xiaomi
- Penyiar rasmi: TV3
- Kapsul hiburan rasmi: Apa Kes!
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "AC, Nabila gegar ABPBH 33". Berita Harian. 8 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-15. Dicapai pada 14 November 2020.
- ^ "Haqiem Rusli rangkul trofi Bintang Paling Popular ABPBH 33". Berita Harian. 13 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-14. Dicapai pada 14 November 2020.
- ^ "[FULL] Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 33 #ABPBHKITA2020". Dicapai pada 2020-11-17.
- ^ a b c d e Wartawan HM (7 Oktober 2020). "ABPBH 33 dalam norma baharu". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-23. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
- ^ "Anugerah Bintang Popular Berita Harian kembali untuk edisi ke-33 November ini". Kopiplanet. 7 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-19. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
- ^ Budiey (7 Oktober 2020). "Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-33 dalam budaya norma baharu". Sensasi Selebriti. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-21. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (10 Oktober 2020). "ABPBH 33 platform perkenal produk". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-19. Dicapai pada 19 Oktober 2020 – melalui MSN News.
- ^ "Undian ABPBH 33 bermula hari ini". Berita Harian. 7 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-23. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
- ^ "#Showbiz: ABPBH33 returns with new norm" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 7 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-22. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
- ^ "ABPBH back in new norm #ABPBHKITA2020 theme" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 8 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-21. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
- ^ "Calon ABPBH ajak patuhi SOP". Berita Harian. 10 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-20. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
- ^ "ABPBH cipta sejarah". Anugerah Bintang Popular Berita Harian. 6 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-20. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
- ^ "Norma Baharu ABPBH 33 dengan anugerah khas buat peminat". Anugerah Bintang Popular Berita Harian. 9 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-19. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
- ^ Budiey (2 November 2020). "ABPBH 33 diadakan secara virtual tanpa kehadiran peminat dan kelab peminat". Sensasi Selebriti. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-18. Dicapai pada 6 November 2020.
- ^ "PAS gesa batal Anugerah Bintang Popular". Harakah. 12 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-16. Dicapai pada 14 November 2020.
- ^ Nozina Yahya (12 November 2020). "Yadim gesa ABPBH dibatalkan". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-13. Dicapai pada 14 November 2020.
- ^ "Walau banyak pihak desak batal, ABPBH tetap dijayakan". Malaysiakini. 14 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-14. Dicapai pada 20 November 2020.
- ^ Ramieza Wahid (12 November 2020). "Ismail Sabri: Anugerah Bintang Popular bukan aktiviti terlarang". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-13. Dicapai pada 20 November 2020.
- ^ "Kejutan ABPBH 33 diumum esok". Harian Metro. 1 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-15. Dicapai pada 13 November 2020.
- ^ "Keputusan senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33". Iluminasi. 13 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-14. Dicapai pada 14 November 2020.