Hun Haqeem

Pelakon lelaki Malaysia

Hun Haqeem (lahir Haqeem Hermy; 7 Januari 1998) merupakan seorang pelakon, model dan hos TV lelaki Malaysia.[1][2] Beliau mulai dikenali dan mendapat perhatian melalui watak Ariff dalam drama pertama Cari Aku Di Syurga[3] dan seterusnya terkenal sebagai Jaafar dalam Kampung People[4][5] dan"Kampung People 2" [6] Berikutan itu, beberapa watak yang berjaya mengukuhkan namanya sebagai anak seni berkebolehan serta mendapat sambutan hangat penggemar drama tempatan melalui Luqman "Angkara Cinta" [7],Raja Akid "Chinta Wrong Direction" [8] (2023) dan terbaharu, Aliff Hadi "W (drama web)" [9] (2023), terbitan "Viu".

Hun Haqeem
Kelahiran
Haqeem bin Hermy

(1998-01-07) 7 Januari 1998 (umur 26)
PendidikanPerakaunan & Kewangan
Pusat pendidikanKolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2018–kini
Ketinggian1.68 (5 ka 6 in)

Kerjaya profesional

sunting

Memulai penglibatan dalam dunia hiburan semasa menjalani latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, New Straits Times Press, Hun Haqeem mula berjinak-jinak mencari peluang sebagai model dan pelakon pada tahun 2018.[10] Inspirasi menceburi bidang seni lakonan bermula kerana minatnya menebal terhadap seni lakonan serta pengaruh ibu bapanya sejak beliau kecil kerana mereka sukakan filem dan menonton TV drama.[11]

Sejurus tamat belajar di kolej, Hun berani dan tidak pernah berputus asa mencuba nasib untuk menjadi seorang pelakon di samping meneruskan pekerjaan sambilan di Starbucks demi kelangsungan hidup. Projek pertamanya sebagai seorang pelakon merupakan sebuah telefilem indie. Hun, satu nama baru asing dalam industri hiburan terpilih di antara yang lain untuk memainkan watak utama-bersama pelakon veteran tersohor, Namron bertajuk "Tasbih Usang" di awal kemunculan karier lakonan beliau di tahun 2018.

Kemunculan Hun dalam drama TV semakin diterima umum [12] dan tidak hanya bergantung pada paras rupa yang tampan, bakatnya dalam bidang lakonan turut dipuji dan kian mendapat perhatian dalam kalangan peminat drama tempatan.

Sejurus itu, beliau bernaung di bawah syarikat pengurusan, MIG Productions, milik David Teo. Beliau memfailkan penamatan kontrak tahun 2020 akibat dari 'kontrak ekstrim'(berbeza dari lain) sebagai artis naungan dengan syarikat tersebut.[13] Mulai tahun 2022, beliau menandatangani kontrak menjadi artis naungan label Astro, iaitu "Rocketfuel Entertainment".


MENJADI VIRAL

Tuah mengiringi, Hun Haqeem telah berpeluang membintangi banyak projek naskah hits, terbitan TV3 di awal pembabitannya dalam industri hiburan. Cukup sinonim dengan gelaran "Jekfer" dalam kalangan peminat drama tempatan [14], Hun Haqeem menjadi viral instant pada tahun 2019 [15] dan meraih populariti mendadak setelah drama Kampung People menjadi fenomena sehingga tahun 2020.[16]

Pada tahun 2022, Hun meraih perhatian dan mendapat gelaran 'Oppa Malaysia' oleh para peminat warga maya kerana rata-rata mempunyai kemiripan dengan selebriti berasal dari Korea Selatan iaitu bintang idola, kumpulan 2PM dan pelakon, Taecyeon.[17]


PERJALANAN KARIER: 2023 - KINI

Dalam tempoh hanya enam tahun, pada tahun 2023, merupakan tahun tuah besar buat Hun Haqeem. Beberapa drama hebat lakonannya sebagai watak utama turut menjadi "hits". Pemilihan projek unik dan karakter lakonan yang berbeza dari yang lain, memecahkan label "Jekfer" malah, melonjakkan nama Hun Haqeem. Menurut Majalah Augustman Edisi Jun 2024, Hun diakui sebagai salah seorang pelakon muda masa kini serba-boleh (Top Performing Actor) dan versatil dalam industri tanah air[18]. Antaranya, melalui drama rantaian kabel saluran "Astro" iaitu Imam Instant Ustazah Scammer" gandingan bersama Mira Filzah, "Chinta Wrong Direction" gandingan bersama pelakon baru Erysha Emyra dan juga iaitu W:Two Worlds Malaysia, menjadi sebuah drama siri penutup terbesar tahun 2023 untuk platform "streaming" "Viu Malaysia" telah memperlihat kerjasama serasi beliau bersama Daiyan Trisha .[19]


2025: DEBUT FILEM - WATAK UTAMA


Pada Mac 2024, telah diumumkan melalui sebuah majlis pelancaran filem Game of life terbitan kerjasama syarikat produksi Key Billions dan FINAS, Hun Haqeem telah dipilih sebagai watak utama iaitu Soloz, satu karakter non-fiksyen. Sedang menjalankan penggambarannya mulai julai 2024, filem fiksyen Game Of Life ini bakal ditayangkan di tahun 2025. Cerita berpusatkan perjalanan kehidupan pemain permainan mudah alih dan penstrim dalam talian Malaysia, Muhammad Faris Zakaria, atau ‘Soloz' ketika dia meningkat kepada kemasyhuran global menerusi permainan mudah alih Mobile Legends: Bang Bang.[20] Menerusi filem ini, mencetuskan jangkaan tinggi daripada peminat permainan 'Mobile Legends' terhadap filem Malaysia pertama di dunia berkonsepkan e-sport. Naskah filem ini diarahkan oleh pengarah muda tersohor Malaysia, Syafiq Yusof[21] [22]


TERPAKSA' BERMAIN GAME

Membawa watak sebagai seorang ikon e-sukan yang jaguh bermain mobile legend semestinya tidak mudah, menurut Hun. Ia dianggap sebuah cabaran baru yang disahut berani oleh Hun sepanjang karier lakonan [23] memandangkan beliau bukan seorang 'gamer' malah juga harus berusaha 'shadow-ing' menjadi seorang figura Soloz.[24] Dek kerana itu, keperluan bagi beliau beradaptasi secara total dan membuat persiapan rapi demi untuk menjayakan watak sebenar di dunia nyata, iaitu seorang ikon e-sport Malaysia.[25]

Kehidupan peribadi

sunting

Hun Haqeem merupakan seorang yang berasal dan menetap di Cheras sejak kecil. Beragama islam dan memiliki campuran keturunan Melayu-Cina Sarawak melalui ibunya, yang berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau turut banyak menghabiskan waktu kecilnya membesar di kampung halaman, Kuching mengikuti ibunya.[26][27]

Hun Haqeem merupakan anak bongsu dari empat beradik. Beliau mempunyai seorang abang (doktor perubatan), dan dua kakak, di mana seorangnya bernama, Nureen Qistina, seorang pemain gitar profesional, ex-guitarist band Malaysia, XPOSE yang terkenal melalui lagu "SANDIWARA (2017)". Ketiga adik-beradik beliau telah pun berkahwin.

Anak jati campuran Sarawak ini, telah mendapat pendidikan awal di Selangor dari tingkatan satu hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun, Cheras.[28] Setelah itu, Hun Haqeem menyambung pengajian di Kolej Universiti Poly-Tech MARA , Kuala Lumpur dan berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan perakaunan dan kewangan.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Polis EVO 3 Anggota Polis Babak pendek (Ops Sabrum)
2024 Klepet TBA Cameo - Pos produksi
2025 Game of life Soloz/Faris Filem Pertama: Pra-produksi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Cari Aku Di Syurga Ariff TV3 Drama pertama
Cinta Belum Tamat Tempoh Qhalish Astro Ria
2019–2020 Kampung People Jaafar TV3
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Arjuna
The Gadis Mika
Kampung People 2 Jaafar / Jekfer
2020–2021 Angkara Cinta Luqman Astro Prima
2021 Dayang Senandung Fannan TV Okey
Sihir Hud Astro Ria
2022 Ulya & Dini Dini
Hantu Raya Pergi Perang Kadir Osman / Raya Sooka
2023 Imam Instant Ustazah Scammer Imam Asyraf Astro Ria
Chinta Wrong Direction Raja Akid
My Famous Ex-Boyfriend Rakan Jamie Episod 24, penampilan khas
2024 Ke Kekodiang With Love Ajib Astro Gempak Mini Series enam episod - Kerjasama Astro Gempak & Ribena
Legenda Puteri Qaseh 2 Wandika Astro Ceria

Drama web

sunting
Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2023 Nenek Bongkok Tiga Zamir Viu Drama pertama
2023–2024 W: Two Worlds Aliff Hadi
2024 From Saga With Love 2 Hadri Pra Produksi (2024)

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Tasbih Usang Tidak diketahui HyppTV Telefilem pertama
2020 Pemuja Rahsia Adam TV3
2021 Tentang Alif Mat Astro Ria
2022 Obses Lokman Astro Citra
2024 Chinta Wrong Direction Raya Raja Akid Astro Ria

Rancangan Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020–2022 Gempak TV Pengacara bersama Astro Ria Gandingan bersama dengan Isha Norsham, Daniel Cheang & Riena Diana
2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta - (Roti John) Astro Warna Tersingkir di Semi Final (Week 9)

Muzik Video

sunting
Tahun Tajuk Penyanyi
2020 Hapus Masya Masyitah
Siapa Tak Mahu Dato' Seri Siti Nurhaliza
2023 Sudah Ara Johari

Diskografi

sunting
  • Kopitiam Rasa Sayang (2021)

Trivia

sunting
  • Bintang zodiak: Capricorn
  • Nama rasmi kelab peminat: Huniversefc
  • Hobi: Fotografi, membaca, mendengar muzik
  • Tempat kediaman kini: Cheras , Selangor

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Lelaki Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Pelakon Drama Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Februari 2020). Tak terkejut dengan populariti Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  2. ^ Zaidi Mohamad (23 Februari 2020). Makin laris, Hun tidur dua jam Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  3. ^ Najiy Jefri (12 November 2019). Hun Haqeem pendam impian Harian Metro. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  4. ^ Zaidi Mohamad (6 Januari 2020)Kampung People lonjak bakat Hun Haqeem Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  5. ^ Kacak persis pelakon Thai, watak Jaafar dalam Kampung People pikat penonton Erin Sakura (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
  6. ^ Drama Kampung People 2 (TV3) My Infotaip. 14 September 2020. Dicapai pada 17 Februari 2024.
  7. ^ [1].Asraf Aided. 20 Februari 2021. Dicapai pada 17 Februari 2024.
  8. ^ Drama Chinta Wrong Direction MyInfotaip. 3 Julai 2023. Dicapai pada 17 Februari 2024.
  9. ^ . iloveborneo. 13 April 2023.[2]". Dicapai pada 16 Februari 2024.Syazil Abd Rahim. 15 September 2023.[3]. Dicapai pada 16 Februari 2024.
  10. ^ Zaidi Mohamad (21 Oktober 2019). Hun Haqeem tak gelojoh Berita Harian. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  11. ^ Alison Loh (31 Mei 2024) [4]Augustman. Dicapai pada 2 Ogos 2024.
  12. ^ Syazil Abd Rahim (15 September 2023). [5] LOFFICIEL MALAYSIA. Dicapai pada 2 Ogos 2024.
  13. ^ Farihad Shalla Mahmud (10 Mac 2024). [6] Berita Harian. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
  14. ^ NONA (19 Januari 2024) [7] Majalah NONA
  15. ^ Sudirman Mohd Tahir (18 Februari 2020). [8] Harian Metro.
  16. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 September 2020). [9] Harian Metro.
  17. ^ Shahzeeq (November 2022). [10]Beautifulnara.
  18. ^ Khairul Abidin (21 Februari 2024). [11] EH! Malaysia. Dicapai pada 3 Ogos 2024
  19. ^ Yasmin Zulraez (10 Julai 2023). [12] The Sun. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
  20. ^ Alison Loh (31 Mei 2024) [13]Augustman. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
  21. ^ Izzat Aziz (26 Mac 2024). [14] Akzis. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
  22. ^ Nurul Naqiyah (27 Mac 2024). [15]Siakap Keli. Dicapai pada 2 Ogos 2024.
  23. ^ Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi (26 April 2024). [16]Kosmo Online.Dicapai pada 2 Ogos 2024
  24. ^ Puteri Yasmin Suraya (13 Jun 2024). [17]Lifestyleasia KL.Dicapai pada 2 Ogos 2024
  25. ^ Puteri Yasmin Suraya (13 Jun 2024). [18] Lifestyleasia. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
  26. ^ PodcasThinker (29 Julai 2022). [19] Thinker Studios. Dicapai pada 3 Ogos 2024.
  27. ^ Farhan Ikram (6 Januari 2020). Ini 5 fakta menarik tentang Hun Haqeem, pelakon kacak ‘Jekfer’ dalam Kampung People mStar Online. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  28. ^ Hasif Idris (22 Julai 2024). [20]<"Utusan Malaysia".Dicapai pada 1 Ogos 2024.

Pautan Luar

sunting