Along Cham
Muhammad Nizamuddin Ahmad atau Along Cham (lahir 19 Januari 1983) merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya menerusi penglibatan dalam program realiti Raja Lawak musim kedua bersama Azrul. Pada 1 Mac 2012, Along dilantik sebagai duta Modenas sempena pelancaran model motosikal Modenas Ace yang baru.[1]
Along Cham | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Nizamuddin bin Ahmad 19 Januari 1983 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, pengacara, penyampai radio |
Tahun aktif | 2008–kini |
Pasangan | Zila Seeron (k. 2010; c. 2016) Afreena Suhaimi (k. 2024) |
Anak-anak | 1 |
Kehidupan peribadi
suntingAlong Cham dilahirkan pada 19 Januari 1983 di Johor Bahru, Johor sebagai Mohamed Nizamuddin bin Ahmad dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Along sebelum ini pernah berkhidmat sebagai DJ di Perbadanan Johor di Johor Bahru sebelum menceburi bidang seni. Beliau juga merupakan bekas juruteknik elektrik Syarikat Swasta di Johor Bahru dan berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau berkahwin dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Zila Seeron pada 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel Muhammad Nizamudin.[2] Pasangan ini bercerai pada 2016.[3]
Kerjaya
suntingAlong Cham pertama kali mendapat perhatian umum menerusi penyertaannya dalam rancangan realiti TV, Raja Lawak Astro musim kedua bersama kumpulan Cham yang dianggotai oleh teman karibnya, Azrul Zaidi. Cham merupakan naib juara sementara Nabil Ahmad merupakan juaranya. Along menggunakan nama "Cham" selepas pasca-Raja Lawak dan enggan menggunakan nama "Raja Lawak" untuk kerjaya komedinya. Sebelum menyertai Raja Lawak, Along pernah menyertai Malaysian Idol musim pertama sebagai salah seorang peserta Top 100.
Kerjaya filem beliau hadir pada 2009 menerusi filem Sifu & Tongga lakonan Saiful Apek dan rakan seperjuangannya di Raja Lawak musim kedua, Nabil Ahmad arahan Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen. Beliau mengikat kontrak bersama Metrowealth Pictures dan seterusnya muncul bersama filem aksi komedi pecah panggung Adnan Sempit bersama Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Yana Samsudin, yang mana beliau memegang watak sebagai Bobby, beliau membawakan semula peranan itu dalam tiga filem seterusnya, Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014). Beliau turut memegang watak sama dalam spinoff filem Adnan Sempit, Wawa Semput (2013).
Filem lain yang dibintanginya ialah Suatu Malam Kubur Berasap (2011), Taikun (2012) serta Jidin Sengal (2012) yang menggandingkannya bersama Angah Raja Lawak.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | Sifu & Tongga | Pengawai Polis 2 | Filem pertama |
My Spy | Goon 2 | ||
2010 | Adnan Sempit | Bobby | |
2011 | Alamak... Toyol! | Kudin | |
Suatu Malam Kubur Berasap | Bun | ||
2012 | Adnan Sempit 2 | Bobby | |
Jidin Sengal | Jidin | ||
Taikun | Kun | ||
Adik Manja Returns | Ketua Incharge | ||
Shh...Dia Datang | |||
2013 | Wawa Semput | Bobby | |
Bro, Nampak Motor Gua? | Epol | ||
Adnan Sempit 3 | Bobby | ||
Lagenda Budak Hostel | Kodan | ||
Hello | Ako | ||
2014 | Adnan Sempit Sawadikap | Bobby | |
2019 | Tiada Tajuk | Kuswadi | |
2022 | Hantu Kuat Ketawa | Nizam | |
Kedai Antik Wak Jambi | Along | ||
Seratus | Penampilan khas | ||
2024 | Yie Prehhh... |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Suamiku Mat Piun | Poji | TV3 | |
2021 | Apartment Putra | Roy | TV2 | Sitkom |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Aku Budak Minang | TV2 | |
2010 | Jiwa Kacau | Astro Prima | |
Pak Nil Ibu Kirim Salam | Ramlan | ||
2014 | Rock Sangkut | Kuswadi | |
2021 | Tanah Kubur: Peneman | Saka | Astro Citra |
2022 | Tuah Sawa | Nabil | TV Okey |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Spontan (Musim 1) | Tetamu undangan | Astro Warna |
Road Tour ABPBH | Pengacara | TV3 | |
2014 | Kuali Terbalik | Astro Warna | |
#havocwarna | Pengacara | ||
2015 | Tabung Gelak Warna | ||
Sembang Pacak (Musim 1) |
Peserta
suntingTahun | Tajuk | Kumpulan |
---|---|---|
2008 | Raja Lawak Musim 2 | Cham |
2013 | Super Spontan 2013 | Ketam Konfius |
Maharaja Lawak Mega 2013 | Tulang | |
2014 | Maharaja Lawak Mega 2014 | Jalor |
2015 | Super Spontan All Stars | Silat Dongibab |
2016 | Maharaja Lawak Mega 2016 | Cham |
Radiografi
suntingRadio
suntingTahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
2017–2018 | Best Pagi | Best FM |
Anugerah dan pencalonan
sunting- Naib Juara program Raja Lawak Astro musim ke-2 bersama Azrul Zaidi
- Tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 & 2011 untuk kategori Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH).
Top 5 Pelakon Komidi Lelaki Terbaik Filem (Anugerah Komidi Warna) Wawa Semput
Top 5 Drama Komidi Terbaek ASK2018
Top 5 Pelakon Filem Lelaki Terbaek ASK2019 - Filem Tiada Tajuk
Rujukan
sunting- ^ Pelancaran motosikal terbaru Modenas Ace 115 dan duta terbaru Metrowealth Pictures (2 Mac 2012). Dicapai pada 2 Mac 2012.
- ^ Along Cham tidak lagi dendam bekas isteri, hantar anak ke madrasah mStar Online (2 Mac 2019). Dicapai pada 1 Mac 2019).
- ^ Raha Nurfatimah Mawar Mohamad (31 Julai 2016). Along Cham beri penjelasan krisis rumah tangga Berita Harian. Dicapai pada 18 Januari 2017.