Soalan Lazim Telegram (Telegram FAQ)

Soalan Lazim ini memberi jawapan kepada soalan asas mengenai Telegram.
Sila lihat di Soalan Lazim Lanjutan untuk informasi yang berbentuk teknikal.


Telegram sentiasa terus ke depan dan menambah ciri baru, jadi dokumen ini mungkin mengandungi maklumat bukan terkini. Kami menjangkakan untuk menyelesaikan kemaskini Soalan Lazim, Manual Bot, dan dokumen lain dalam tempoh beberapa bulan.


Umum

Telegram Asas

Grup dan Saluran

Nama samaran dan t.me

Sekuriti

Bual Rahsia

Akaun Anda

Bot

Soalan Lebih Lanjut

Penyelesaian Masalah

Hubungi Sokongan Telegram
Ikuti Kami di Twitter
Facebook
Soalan Lazim Lanjutan


Soalan Umum

S: Apa itu Telegram? Apa yang harus saya buat di sini?

Telegram adalah aplikasi permesejan dengan fokus pada kelajuan dan keselamatan, ianya sangat pantas, mudah dan percuma. Anda boleh menggunakan Telegram pada semua peranti dalam masa yang sama - mesej anda disegerakkan dengan lancar di semua telefon, tablet atau komputer anda. Telegram adalah satu dari lima teratas apl yang paling dimuat turun di dunia dengan lebih dari 950 juta pengguna aktif.

Dengan Telegram, anda dapat mengirim pesanan, foto, video dan fail dari jenis apa pun (doc, zip, mp3, dll.), serta mencipta grup hingga 200,000 ahli atau saluran untuk penyiaran kepada pelanggan tanpa had. Anda boleh menulis ke kenalan telefon anda dan mencari pengguna dengan nama samaran mereka. Hasilnya, Telegram adalah seperti gabungan SMS dan emel - dan dapat mengurus semua keperluan permesejan peribadi atau bisnes anda. Selain itu, kami menyokong penyulitan awal ke akhir panggilan suara dan panggilan video dan juga bual suara dalam grup untuk beribu peserta.

Ikuti Saluran Panduan Telegram kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri Telegram.

S: Telegram untuk siapa?

Telegram adalah untuk semua orang yang mahukan pemesejan dan panggilan pantas dan boleh dipercayai. Pengguna bisnes dan pasukan kecil mungkin menyukai grup besar, nama samaran, aplikasi desktop dan opsyen perkongsian fail yang hebat.

Oleh kerana grup Telegram boleh mempunyai sehingga 200,000 ahli, kami menyokong balasan, seruan dan hashtag yang membantu menjaga tertib dan komunikasi dalam komuniti besar cekap. Anda boleh melantik pentadbir dengan alat canggih untuk menolong komuniti ini maju dengan aman. Grup awam boleh disertai oleh sesiapa sahaja dan merupakan platform yang hebat untuk perbincangan dan mengumpul maklum balas.

Sekiranya anda lebih gemar bergambar, Telegram ada animasi carian gif, penyunting foto yang canggih, dan platform stiker terbuka (cari beberapa stiker comel di sini atau di sini). Lebih-lebih lagi, anda tidak perlu risau tentang ruang disk pada peranti anda. Dengan sokongan awan Telegram dan opsyen pengurusan kac, Telegram menggunakan hampir kosong ruang di telefon anda.

Bagi mereka yang inginkan privasi tambahan harus mencuba aturan lanjutan kami dan polisi kami yang unik dan canggih. Dan jika anda mahukan kerahsiaan, cubalah Bual Rahsia kami yang terikat kepada peranti dengan mesej, foto, dan video yang berupaya musnah sendiri - dan kunci aplikasi anda dengan kod laluan tambahan.

Kami terus berkembang - sila lihat Sejarah Ringkas Telegram kami dan ikuti kami di twitter dan Telegram untuk terus bersama kami.

S: Bagaimana Telegram berbeza dengan WhatsApp?

Tidak seperti WhatsApp, Telegram adalah mesej berasaskan awan dengan penyegerakan yang lancar. Dengan itu, anda dapat mengakses mesej anda dari beberapa peranti sekaligus, termasuk tablet dan komputer, dan berkongsi foto, video dan fail tanpa had (dokumen, zip, mp3, dll.) sehingga 2 GB setiap satu.

Telegram memerlukan kurang dari 100 MB di ruang disk anda – anda boleh simpan semua media anda di awan tanpa perlu menghapuskan apa-apa - hanya padamkan kac anda untuk kurangkan kegunaan ruang disk anda.

Terima kasih kepada infrastruktur dan inkripsi pusat pelbagai data kami, Telegram lebih pantas dan lebih selamat. Selain itu, pemesejan peribadi Telegram adalah percuma dan akan sentiasa percuma - tanpa iklan, tanpa bayaran langganan, untuk selamanya.

API kami terbuka, dan kami mengalu-alukan juruprogram untuk membuat aplikasi Telegram mereka sendiri. Kami juga mempunyai Bot API, platform untuk juruprogram yang membolehkan sesiapa sahaja dengan mudah membina alat khusus untuk Telegram, mengintegrasikan sebarang perkhidmatan, dan juga terima pembayaran dari pengguna di seluruh dunia.

Dan itu hanyalah puncak gunung air batu. Jangan lupa untuk periksa perenggan ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai barangan yang lebih eksklusif.

Ikuti Saluran Panduan Telegram kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri Telegram.

S: Berapa umur Telegram?

Telegram untuk iOS dilancarkan pada 14 Ogos 2013. Versi alfa Telegram untuk Android dilancarkan secara rasmi pada 20 Oktober 2013. Semakin banyak klien Telegram muncul, dibina oleh juruprogram bebas menggunakan platform terbuka Telegram.

S: Peranti mana yang dapat saya gunakan?

Anda boleh menggunakan Telegram pada telefon pintar, tablet, dan juga komputer. Kami mempunyai aplikasi untuk iOS (11.0 ke atas), Android (6.0 dan ke atas) dan Windows Telefon. Anda juga boleh menggunakan Telegram versi web atau memasang salah satu aplikasi desktop kami untuk Windows, macOS, dan Linux.

Anda boleh log masuk ke Telegram dari seberapa banyak peranti yang anda mahu - semuanya pada masa yang sama. Hanya gunakan nombor telefon bimbit utama anda untuk log masuk ke mana-mana peranti, bual awan anda akan disegerakkan secara terus.

API Telegram kami terbuka untuk juruprogram, sekiranya anda ingin membina aplikasi anda sendiri untuk platform lain.

S: Siapakah orang di belakang Telegram?

Telegram disokong oleh Pavel Durov dan adiknya Nikolai. Pavel mendokong Telegram dari segi kewangan dan ideologi sementara input Nikolai adalah teknologi. Untuk memungkinkan Telegram, Nikolai membangun protokol data khusus yang unik, yang terbuka, selamat dan dioptimakan untuk beroperasi dengan pelbagai pusat data. Hasilnya, Telegram menggabungkan keselamatan, kebolehpercayaan dan kepantasan di rangkaian mana sekalipun.

Lihat juga: artikel mengenai Telegram

S: Di mana Telegram beribu pejabat?

Pasukan pembangunan Telegram berpusat di Dubai.

Sebilangan besar juruprogram di belakang Telegram berasal dari St. Petersburg, bandar yang terkenal dengan ramai jurutera berkemahiran tinggi. Pasukan Telegram terpaksa meninggalkan Rusia kerana peraturan IT tempatan dan telah mencuba beberapa lokasi sebagai pusatnya, termasuk Berlin, London dan Singapura. Kami berpuas hati dengan Dubai, walaupun bersedia untuk berpindah lagi jika peraturan tempatan berubah.

S: Adakah anda akan mempunyai iklan di bual dan grup peribadi? Atau menjual data saya? Atau mencuri dan memperhamba anak-anak saya?

Tidak. Lihat pos ini untuk maklumat lanjut.

S: Bagaimana anda akan menjana pendapatan?

Kami mempercayai pemesejan pantas dan selamat yang juga 100% percuma.

Pengasas dan Ketua Eksekutif kami Pavel Durov, yang membiayai Telegram selama ini, telah menggariskan strategi untuk menjadikan Telegram lestari di pos di sini.

Berikutan rancangan ini, Telegram telah melaksanakan bentuk monetari yang mampan yang mengutamakan penggunanya:

  • Pada tahun 2021, Telegram melancarkan Mesej Tajaan – iklan minimalis yang mementingkan privasi yang boleh muncul dalam saluran awam tertentu.
  • Pada tahun 2022, Telegram melancarkan Langganan Premium yang boleh dibeli oleh pengguna untuk menyokong aplikasi dan membuka kunci ciri eksklusif tambahan.

Aliran hasil ini membantu kami membayar kos infrastruktur dan gaji juruprogram, namun membuat keuntungan tidak akan menjadi matlamat akhir untuk Telegram.

S: Apa pendapat anda mengenai privasi internet?

Kami berpendapat bahawa dua komponen terpenting dalam privasi Internet adalah:

  1. Melindungi perbualan peribadi anda daripada diintip oleh pihak ketiga, seperti pihak berkuasa, majikan, dll.
  2. Melindungi data peribadi anda dari pihak ketiga, seperti pemasar, pengiklan, dll.

Tujuan Telegram adalah untuk membuat mesenjer yang benar-benar percuma, dengan polisi privacy yang berovuolusi.

S: Bagaimana dengan GDPR?

Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) mulai berkuat kuasa di Eropah pada 25 Mei 2018. Sejak diambil balik hak privasi kami, ia menjadikan alasan kami untuk mencipta Telegram, tidak banyak yang harus kami ubah. Kami tidak menggunakan data anda untuk penyasaran iklan, kami tidak menjualnya kepada orang lain, dan kami bukan sebahagian daripada “syarikat berkaitan dengan” keluarga mafia.“syarikat bergrup.”

Telegram hanya menyimpan maklumat yang diperlukan untuk berfungsi sebagai perkhidmatan awan, yang berciri kaya. Contohnya, bual awan anda agar anda dapat mengaksesnya dari mana-mana peranti tanpa menggunakan sandaran pihak ketiga, atau kenalan anda sehingga anda dapat bergantung pada tatacara sosial semasa menghantar mesej kepada orang ramai di Telegram. Sila lihat Polisi Privasi kami untuk maklumat lanjut.

Anda boleh menggunakan @EURegulation untuk:

  • Minta salinan semua data anda yang disimpan Telegram.
  • Hubungi kami mengenai Privasi Data.

S: Terdapat kandungan haram di Telegram. Bagaimana saya menghapusnya?

Semua bual Telegram dan grup bual adalah bersifat peribadi di kalangan peserta mereka. Kami tidak akan memproses sebarang permintaan yang berkaitan dengannya.

Tetapi set stiker, saluran, dan bot di Telegram adalah untuk penggunaan umum. Sekiranya anda menjumpai set stiker atau bot di Telegram yang anda fikir berstatus haram, sila hubungi kami di [email protected].

Anda juga boleh menggunakan butang 'repot' di dalam aplikasi kami, lihat pos ini di @ISISwatch channel rasmi kami untuk keterangan lanjut.

Catatan: Sekiranya penipu berpura-pura menjadi anda, sila hubungi @NoToScam

S: Bagaimanakah cara saya menghantar permintaan di bawah peraturan EU Regulation 2021/784?

Peraturan Regulation (EU) 2021/784 Parlimen Eropah dan Majlis 29 April 2021 mengenai menangani penyebaran kandungan pengganas di talian, (Peraturan Di Talian Kandungan Pengganas atau Peraturan TCO (Terrorist Content Online Regulation)) membenarkan pihak berkuasa di negara EU membuat permintaan penyingkiran kandungan pengganas, jika ia ditemui di platform awam Telegram. Kami juga telah menetapkan pihak ketiga, Wakil Perkhidmatan Digital Eropah (EDSR), untuk membantu kami dengan komunikasi berkaitan TCO.

Pengguna yang penerbitannya telah turunkan berkaitan dengan Peraturan TCO boleh meminta butiran tentang sebab penerbitan mereka dianggap sebagai pengganas dan cara mencabar pengeluarannya:

  • dengan menulis kepada EDSR di Avenue Huart Hamoir 71, 1030 Brussels, Belgium, atau
  • dengan menghubungi bot @EURegulation di Telegram dan menggunakan arahan /tco_ask.

S: Bot atau saluran melanggar hak cipta saya. Apa yang saya perlu buat?

Semua bual Telegram dan grup bual adalah bersifat peribadi di kalangan peserta mereka. Kami tidak memproses permintaan yang berkaitan dengannya. Namun set stiker, saluran, dan bot di Telegram adalah untuk kegunaan umum.

Sekiranya anda melihat bot, saluran, atau set stiker yang melanggar hak cipta anda, sila kirimkan aduan ke [email protected]. Harap maklum bahawa permintaan tersebut hanya harus dikemukakan oleh pemilik hak cipta atau agen yang diberi kuasa untuk bertindak atas nama pemiliknya.

S: Adakah anda memproses permintaan buat turun dari pihak ketiga?

Misi kami adalah untuk menyediakan alat komunikasi yang selamat yang berfungsi di mana sahaja di planet ini. Untuk melakukan ini di tempat-tempat yang sangat diperlukan (dan untuk terus menyebarkan Telegram melalui App Store dan Google Play), kami harus memproses permintaan yang sah untuk menghapus kandungan awam yang menyalahi undang-undang (contohnya, set stiker, bot, dan saluran) dalam aplikasi. Sebagai contoh, kita boleh mengambil tindakan ke atas set stiker yang melanggar hak cipta harta intelek atau bot porno.

Konten awam di Telegram, seperti set stiker dan saluran yang dimuat naik oleh pengguna , dan bot yang dicipta oleh juruprogram pihak ketiga dan dimuat naik oleh pengguna bukan sebahagian daripada teras UI Telegram. Setiap kali kami menerima aduan mengenai kesahihan kandungan awam yang berpotensi menyalahi undang-undang, kami melakukan semakan dari segi undang-undang dan menurunkannya apabila difikirkan sesuai.

Harap maklum bahawa ini tidak akan digunakan untuk sekatan kebebasan bersuara tempatan. Sebagai contoh, jika mengkritik pemerintah tidak dibenarkan di beberapa negara, Telegram tidak akan menjadi sebahagian daripada penapisan yang bermotifkan politik. Ini bertentangan dengan prinsip pengasas kami . Walaupun kami menyekat bot dan saluran pengganas (cth. berkaitan dengan ISIS), kami tidak akan menyekat sesiapa sahaja yang menyatakan pendapat alternatif secara aman dan damai.

S: Set bot atau stiker saya dilarang secara tidak adil, apa yang harus saya lakukan?

Sekiranya anda fikir kami melarang bot, saluran, atau set stiker anda tanpa alasan yang jelas, hubungi kami di [email protected].

S: Adakah anda memproses permintaan data?

Bual Rahsia menggunakan inkripsi awal ke akhir, kerana kami sebenarnya tidak mempunyai data untuk diserahkan kepada sesiapapun.

Untuk melindungi data yang tidak dikawal oleh inkripsi awal ke akhir, Telegram menggunakan infrastruktur yang berselerak. Data bual awan disimpan di beberapa pusat data di seluruh dunia yang dikendalikan oleh entiti undang-undang yang berlainan yang merangkumi pelbagai bidang kuasa. Kekunci nyahinkripsi yang berkaitan dibahagikan kepada beberapa bahagian dan tidak pernah disimpan di tempat yang sama dengan data yang mereka lindungi. Akibatnya, beberapa perintah pengadilan dari pelbagai bidang kuasa diperlukan untuk memaksa kami untuk menyerahkan mana-mana data.

Berkat struktur ini, kami dapat memastikan bahawa tidak ada satu pun kerajaan atau sekatan negara yang berpikiran sama yang dapat mengganggu privasi dan kebebasan bersuara pengguna. Telegram dapat dipaksa untuk menyerahkan data hanya jika isunya cukup serius dan universal sehingga dapat mematuhi beberapa sistem perundangan yang berlainan di seluruh dunia.

Hingga ke hari ini, kami telah mendedahkan 0 bait data pengguna kepada pihak ketiga, termasuk mana-mana kerajaan.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana data anda dilindungi, sila lihat Polisi Privasi Telegram dan pos ini oleh Ketua Pegawai |Eksekutif Telegram.

Telegram Asas

Ikuti Saluran Panduan Telegram kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri Telegram.

S: Kepada siapa saya boleh menulis?

Anda boleh menulis kepada mereka yang berada dalam kenalan telefon anda dan mempunyai Telegram. Cara lain untuk menghubungi pengguna adalah dengan menaip nama samaran Telegram mereka di medan carian - anda tidak perlu tahu nombor fon mereka untuk melakukan ini.

S: Siapa yang boleh hubungi saya?

Pengguna boleh menghubungi anda di Telegram jika mereka tahu nombor fon anda atau jika anda mengirim mesej kepada mereka dahulu.
Jika mereka tidak ketahui nombor fon anda, mereka boleh mencari anda, dalam kes berikut:

  • Bila anda berdua adalah ahli kepada grup yang sama.
  • Jika anda set nama samaran publik. Pengguna boleh guna Carian Global dan temui anda melalui nama samaran anda.
  • Jika and pilih untuk dilihat di seksyen Pengguna Berdekatan (ini dtutup di paras asal).

S: Bagaimana saya tahu siapa yang ada dalam kenalan saya yang mempunyai Telegram?

Kenalan anda, yang mempunyai Telegram, ditunjukkan di bahagian atas Kenalan anda. Gambar profil mereka juga dapat dilihat.

S: Bagaimana saya menjemput kenalan saya?

iOS: Jemputan kebiasaannya adalah dengan mengguna pesanan ringkas SMS, di mana akan dikenakan bayaran oleh pembekal servis (kecuali dihantar melalui iMesej). Sudah tentu anda mempunyai pilihan lain untuk membawa rakan anda ke sini. Cuba hantarkan link muat turun kepada mereka melalui perkhidmatan permesejan lain: emel, Facebook, WhatsApp, atau telegram tradisional - anda namakan sahaja. Link: https://telegram.org/dl/

Android: Buka menu aplikasi (sapu ke kanan di senarai chat) > Jemput Rakan. Kemudian pilih aplikasi yang mana anda ingin menghantar jemputan.

Anda boleh berikan rakan anda t.me link dengan nama pengguna anda agar mereka dapat dengan mudah menemui anda di Telegram walaupun mereka tidak mempunyai nombor telefon anda.

S: Apa maksud tanda tik?

Satu tanda tik - mesej dihantar ke awan Telegram dan rakan anda telah diberitahu jika dia membenarkan notifikasi.
*Dua tanda tik - mesej dibaca (rakan anda telah buka Telegram dan membuka perbualan dengan mesej itu).

Kami tidak mempunyai status 'dihantar ke peranti' untuk mesej kerana Telegram dapat digunakan pada seberapa banyak peranti yang anda pilih. Jadi yang mana satukah dimaksudkan dengan tanda tik itu?

S: Bolehkah saya sembunyikan masa ‘terakhir dilihat’?

Anda boleh memilih siapa yang dapat melihat maklumat ini dalam aturan Privasi dan Sekuriti.

Ingat bahawa anda tidak akan melihat cap masa Terakhir Dilihat untuk orang yang anda tidak kongsikan anda punya. Walau bagaimanapun, anda akan melihat anggaran nilai terakhir dilihat. Ini menjauhkan diri anda dari diintip tetapi ia memungkinkan samada seseorang dapat dihubungi melalui Telegram. Terdapat empat kemungkinan nilai anggaran:

  • Terbaru dilihat — merangkumi jangka masa di antara 1 saat dan 2-3 hari
  • Dilihat minggu ini — di antara 2-3 dan tujuh hari
  • Dilihat bulan ini — di antara 6-7 hari dan satu bulan
  • Sudah lama tidak dilihat — lebih dari sebulan (ini juga akan terlihat untuk pengguna yang disekat)

S: Siapa yang boleh lihat saya 'di talian'?

Peraturan terakhir dilihat digunakan juga untuk status anda di talian. Pengguna boleh lihat anda di talian hanya jika anda kongsi status terakhir dilihat anda dengan mereka.

Terdapat pengecualian kerana kadang-kadang ianya jelas anda di talian. Tanpa mengira aturan terakhir dilihat, pengguna akan nampak anda di talian untuk beberapa ketika (~30 saat) jika anda lakukan berikut:

  • Kirim mereka mesej di bual peribadi atau di grup di mana anda berdua adalah ahli.
  • Baca mesej mereka kirim di bual peribadi.
  • Menyiar status “menaip…” ke bual mereka dengan anda atau ke grup di mana anda berdua adalah ahli.

Jika anda tidak berkongsi tanda masa terakhir dilihat anda dengan seseorang dan tidak melakukan mana-mana di atas, mereka tidak akan nampak anda di talian. Cara lain untuk mencapai perkara yang sama ialah dengan menyekat pengguna tersebut.

S: Apa itu Pengguna Berdekatan?

Pengguna Berdekatan adalah opsyen ciri yang membenarkan pengguna Telegram untuk meneroka grup tempatan, mencari rakan untuk berbual dalam lingkungan kawasan mereka, atau bertukar kenalan secara pantas dengan mereka yang berdekatan.

Anda boleh mendapatinya di Kenalan > Cari Orang Berdekatan, selain dari secara terus di menu tepi Android.

Sementara anda berada di seksyen Orang Berdekatan terbuka di skrin anda, mereka yang berada berdekatan akan dapat melihat anda. Jika anda tidak membuka seksyen ini, orang lain tidak akan dapat melihat anda di ‘Orang Berdekatan’.

Anda juga boleh memilih secara kekal untuk menambah profil anda ke senarai orang berdekatan dengan menekan Biar Saya Kelihatan. Selepas dapat dilihat, anda boleh keluarkan profil anda dari senarai pada bila-bila masa dengan menekan Henti Tunjuk Saya.

Nota: Orang Berdekatan tidak akan didaya secara paras asal – pengguna hendaklah dayakannya secara manual. Jika anda menerima mesej dari seseorang yang anda tidak kenali, lihat S: Siapa boleh hubungi saya?

S: Boleh saya hapuskan mesej saya?

Ya. Anda boleh sentiasa hapus mana-mana mesej anda kirim atau terima di mana-mana perbualan peribadi (dalam grup, ianya masih hanya untuk mesej anda sahaja). Anda juga boleh hilangkan kesemua sejarah bual dari kedua pihak. Di Telegram, mesej yang dihapus tidak akan meninggalkan apa-apa tanda di bual.

Bersama dengan aturan privasi untuk mesej dimaju, ini membuat pertukaran mesej Telegram sama seperti bercakap bersemuka (tanpa ada rakaman suara). Oleh yang demikian, pengguna kami tidak lagi harus risau tentang data tersimpan di bual mereka bertahun yang lepas. Kedua belah pihak dalam perbualan kini mempunyai kuasa penuh ke atas apa yang dipunyai mereka dan apa yang tidak, dan apa yang bukan menjadi identiti di talian mereka.

S: Bolehkah saya lakukan panggilan dengan Telegram?

Ya! Anda boleh lakukan Panggilan Suara dan Panggilan Video yang berinskripsi dari awal ke akhir.

Jika anda ingin lebih ramai peserta, cuba mulakan Bual Suara di mana-mana grup yang anda cipta. Bual Suara menambahkan lapisan langsung perbincangan singkat ke grup. Mereka boleh digunakan sebagai ruang pejabat maya untuk pasukan atau ruang santai tidak rasmi untuk mana-mana komuniti. Walaupun Bual Suara bukan panggilan grup, matlamat yang sama dapat dicapai.

S: Bagaimana saya boleh guna emotikon?

Taip satu perkataan di medan input anda untuk mendapatkan cadangan emoji yang relevan. Anda juga boleh menaip “:” diikuti dengan kata kunci untuk membuka carian emoji - contohnya, :hati.

Anda boleh mencadangkan kata kunci yang tidak ada untuk emoji dalam bahasa anda dengan menggunakan interfes ini (ini akan membuka cadangan untuk bahasa Inggeris, jangan lupa menukar bahasa anda di menu sebelah kiri).

Grup dan Saluran

S: Apa yang membuat grup Telegram begitu hebat?

Grup Telegram boleh mempunyai sehingga 200,000 ahli dan merupakan alat berkomunikasi yang sangat hebat. Di sini adalah beberapa ciri yang membuat Telegram menjadi jaguh di dunia pemesejan:

Sejarah Bersepadu
Sunting mesej anda selepas pos, hapus mesej agar ianya hilang untuk semua ahli.

Kebolehdapatan merentas platform
Akses mesej anda pada bila-bila masa, dari mana-mana peranti mobil atau desktop anda.

Carian segera
Cari mesej yang anda idami, walaupun dari jutaan. Tapis menurut pengirim untuk memudahkan carian.

Jawapan, seruan, hashtag
Mudah mengikuti perbualan dan komunikasi yang lebih lancar, tanpa mengira saiz grup.

Notifikasi Pintar
Senyapkan grup untuk mendapat notifikasi hanya bila pengguna menyeru anda atau menjawab mesej anda.

Mesej disemat
Anda boleh semat mana-mana mesej untuk dipapar ke atas ruang bual. Semua ahli akan mendapat notifikasi - walaupun mereka senyapkan bual mereka di grup anda.

Alat moderasi
Lantik pentadbir yang boleh hapus kesemua mesej, kawal keahlian, dan semat mesej mustahak. Tentukan kuasa pentadbir dengan ketepatan terperinci.

Permisi grup
Set permisi paras asal untuk melarang semua ahli dari mengepos kandungan tertentu. Atau larang kesemua ahli dari mengirim mesej - dan biarkan pentadbir berbual di antara mereka sementara ahli lain membacanya.

Berkongsi fail
Kirim dan terima fail pelbagai jenis , sehingga 2 GB bagi setiap media, akses mereka secara segera di peranti yang lain.

Grup awam
Dapatkan link pendek untuk grup anda dan jadikan ia awam, contoh t.me/publictestgroup. Dengan cara ini, sesiapa juga boleh lihat keseluruhan sejarah bual di grup dan sertai grup untuk mengepos mesej.

Kastomisasi menerusi bot
Cipta alatan khusus untuk mana-mana keperluan menggunakan API Bot kami dan Bot Di Talian.

S: Apa bezanya di antara grup dan saluran?

Grup Telegram adalah sesuai untuk berkongsi apa jua dengan rakan dan famili atau berkalaborasi dalam pasukan kecil. Tetapi grup juga boleh berkembang menjadi besar dan mendokong komuniti sehingga 200,000 ahli. Anda boleh jadikan mana-mana grup awam, tukar sejarah berterusan untuk mengawal samada ahli baru ada akses ke mesej terdahulu dan melantik pentadbir dengan kuasa terperinci. Anda juga boleh semat mesej mustahak ke bahagian atas skrin supaya semua ahli grup boleh melihatnya, termasuk mereka yang baru sahaja sertai.

Saluran adalah alat untuk menyalur mesej ke khalayak ramai. Bahkan, saluran boleh mempunyai pelanggan tanpa had. Bila anda pos di saluran, mesej akan ditanda dengan nama dan gambar profil saluran dan bukan yang anda punya. Setiap mesej di saluran mempunyai bilangan dilihat termasuk yang dimajukan ke grup, saluran atau bual peribadi.

Baca lagi tentang saluran di Soalan Lazim Saluran »

S: Bagaimana saya boleh cipta grup?

iOS: Mula mesej baru (tekan ikon di penjuru kanan atas di Bual) > 'Grup Baru'.
Android: Tekan ikon pensil bulat di senarai bual > 'Grup Baru'.
Telegram Desktop: Klik butang menu di penjuru kiri atas > 'Grup Baru'.

S: Bolehkah saya lantik pentadbir?

Anda boleh lantik pentadbir untuk menolong anda mengurus grup anda dan berikan kuasa mereka dengan ketepatan terperinci.

iOS: Pergi ke Info Grup (tekan gambar di penjuru kanan atas pada skrin grup bual) > Sunting > Pentadbir.
Android: Pergi ke Info Grup (tekan nama di kepala grup) > ikon pensil (di penjuru kanan atas) > Pentadbir.
Telegram Desktop: Bila di dalam grup, klik '…' di penjuru kanan atas > Urus grup > Pentadbir.

S: Bagaimana saya tambah lagi ahli? Apa itu link jemputan?

Anda boleh tambah kenalan anda , atau guna carian untuk nama samaran.

Ianya mudah untuk pindahkan grup yang ada ke Telegram dengan mengirim link jemputan kepada mereka. Untuk mencipta link jemputan, pergi ke Info Grup > Tambah Ahli > Jemput ke Grup melalui Link.

Sesiapa yang ada memasang dan berdaftar dengan Telegram akan dapat menyertai grup anda melalui link ini. Jika anda pilih untuk membatalkan link, ia akan berhenti dari beroperasi dengan serta merta.

Baca lagi tentang link jemputan di blog kami »

Nama samaran dan t.me

S: Apa itu nama samaran? Bagaimana saya boleh mendapatnya?

Anda boleh set nama samaran awam di Telegram. Ianya kemudian akan membolehkan pengguna lain mencari anda dengan nama samaran tersebut - anda akan terlihat di carian kenalan di bawah 'keputusan global'. Sila ambil perhatian, pengguna yang menjumpai anda dapat mengirim mesej kepada anda, walaupun mereka tidak mempunyai nombor telefon anda. Jika anda tidak selesa dengan ini, kami cadangkan agar anda tidak meletak nama samaran di Telegram anda.

Anda boleh set nama samaran di Aturan dan guna kotak carian global di senarai bual untuk mencari bual, mesej, dan nama samaran.

S: Apakah dia Koleksi Nama Samaran? Bagaimana ianya berbeza dari nama samaran asas?

Koleksi nama samaran berfungsi sama seperti nama samaran asas mereka dapat dicari di keputusan Carian Global dan mempunyai link mereka sendiri yang boleh diguna luar dari nama samaran Telegram: username.t.me dan t.me/username.

Koleksi nama samaran boleh dibeli dan dijual melalui platform Fragment, membolehkan anda secara mudah dan selamat untuk membeli dan bertukar domain berharga Telegram. Mendapatkan nama samaran melalui platform memberi anda hak milik kekal, disahkan oleh rantai blok (blockchain). Pemilik koleksi nama samaran boleh dengan bebas gunakan mereka untuk bual, jual mereka kepada pengguna lain atau simpan mereka untuk kegunaan di masa hadapan.

S: Bagaimana t.me beroperasi?

Apabila anda sudah mempunyai nama samaran, anda boleh beri kepada orang lain link t.me/username. Bila mereka buka link tersebut di fon mereka, ianya akan membuka aplikasi Telegram mereka secara automatik dan membuka bual dengan anda. Anda boleh kongsi link nama samaran anda dengan rakan taulan, tulisnya di kad bisnes atau letaknya di laman web anda.

Dengan cara ini orang boleh menghubungi anda di Telegram tanpa mengetahui nombor telefon anda.

Jika anda tidak mahu set nama samaran awam dan tidak kisah berkongsi nombor anda, anda boleh juga cipta link t.me dengan nombor fon anda dalam format antarabangsa – sebagai contoh, t.me/+123456789. Jenis link ini boleh membuka bual dengan anda secara pantas dari mana-mana aplikasi. Walaubagaimanapun , ia hanya akan berfungsi jika aturan privasi anda membenarkan orang lain menjumpai anda degan nombor fon anda.

S: Apa yang saya boleh guna untuk nama samaran saya?

Anda boleh guna a-z, 0-9 dan garisan bawah. Nama samaran adalah sensitif dengan kes abjad (huruf besar atau kecil), tetapi Telegram akan simpan dalam storan pilihan huruf besar anda (cth., Telegram dan TeleGram adalah pengguna yang sama). Nama samaran hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya lima aksara.

S: Adakah saya perlu nama samaran?

Anda tidak semestinya mempunyai nama samaran. Harus diingat, nama samaran Telegram adalah awam, dan memilih nama samaran di Telegram akan membolehkan orang lain menjumpai anda di carian global dan kirim anda mesej walaupun mereka tidak mempunyai nombor anda. Jika anda tidak selesa dengan ini, kami cadangkan anda tidak guna nama samaran.

S: Jika seseorang jumpa saya dengan nama samaran, kirim mesej dan saya jawab - adakah ini bermakna mereka akan tahu nombor fon saya?

Tidak. Masing-masing tidak akan dapat mengetahui nombor fon masing-masing (kecuali ini dibenarkan oleh aturan privasi anda). Ini adalah sama dengan kes bila anda kirim mesej kepada ahli dalam grup Telegram.

S: Bagaimana saya boleh hapus nama samaran saya?

Pergi ke Aturan dan simpan nama samaran kosong. Ini akan menghapus nama samaran anda; orang lain tidak lagi akan dapat menjumpai anda melalui carian. Ini tidak akan menjejaskan perbualan yang sedia ada.

S: Apa yang harus saya lakukan jika nama samaran saya diambil orang?

Ada dua jenis nama samaran di Telegram, nama samaran asas dan koleksi nama samaran.

Nama Samaran Asas

Nama samaran Telegram asas diedarkan atas dasar siapa dulu - dia dapat.

Kami faham bahawa setengah nama samaran merupakan pengenalan di talian untuk setengah daripada kita. Jika nama samaran yang anda kehendaki sudah diambil orang, kami sudi membantu anda mendapanya untuk akaun anda atau saluran anda, asalkan anda mempunyai nama samaran yang sama di sekurang-kurangnya dua dari servis ini: Facebook, Twitter, Instagram.

Oleh kerana satu akaun boleh mendaftar beberapa nama samaran bot dan saluran, kami mempunyai hak untuk mengambil balik nama samaran dari bot dan saluran yang tidak diguna, dan juga bagi kes di mana ada yang mencuri nama samaran tertentu.

Untuk memohon nama samaran, sila hubungi @Username_bot.

Koleksi Nama Samaran
Jika anda ingin mendapatkan koleksi nama samaran tetapi telah diambil orang, anda harus periksa jika ianya masih terdapat untuk jualan. Kami tidak boleh memberikan koleksi nama samaran, mereka hanya boleh diurus oleh pemilik masing-masing.

S: Apa jika seseorang berpura-pura menjadi saya?

Jika ada penipu yang berpura-pura menjadi anda, sila hubungi @NoToScam.

Sekuriti

Jika anda adalah pengguna lanjutan, anda mungkin dapati Soalan Lazim untuk yang Cenderung dari segi Teknikal kami juga berguna.

S: Betapa selamatkah Telegram?

Telegram adalah lebih selamat jika dibandingkan dengan permesejan yang lain seperti WhatsApp dan Line. Kami menggunakan protokol MTProto (lihat keterangan dan Soalan Lazim Lanjut), dibina dengan algoritma teruji untuk menjadikan sekuriti setanding dengan penghantaran laju dan kebolehpercayaan walaupun dengan jaringan lemah. Kami sentiasa bekerjasama dengan komuniti untuk menambah baik sekuriti untuk protokol dan klien kami.

S: Bagaimana kalau saya lebih bimbang berbanding dengan pengguna Telegram lain?

Kami ada jawapannya. Telegram bual rahsia istimewa kami mengguna penyulitan awal ke akhir, tidak meninggal apa-apa di server kami, sokong mesej musnah sendiri dan tidak benarkan mesej dimaju. Selain itu, bual rahsia bukan sebahagian dari Telegram awan dan hanya boleh diakses dari peranti di mana mesej dikirim.

S: Jadi bagaimanakah anda menyulitkan data?

Kami menyokong dua lapis penyulitan keselamatan. Penyulitan Server-Klien diguna untuk Bual Awan (bual peribadi dan grup), Bual Rahsia guna lapisan penyulitan klien-klien tambahan. Semua data, tidak kira jenis apa, adalah diinkrip secara yang sama - samada teks, media atau fail.

Penyulitan kami berdasarkan pada '256-bit symmetric AES encryption', '2048-bit RSA encryption', dan 'Diffie–Hellman secure key exchange'. Anda boleh dapat maklumat lanjut di Soalan Lazim Lanjutan.

Lihat juga: Adakah anda memproses permintaan data?

S: Mengapa saya harus percaya anda?

Telegram adalah terbuka, sesiapa sahaja boleh memeriksa kod asas, protokol dan API) kami, lihat bagaimana semuanya berfungsi dan buat keputusan yang tepat. Telegram menyokong binaan boleh diverifikasi, yang membolehkan pakar mengesahkan secara bebas bahawa kod kami yang diterbitkan di GitHub adalah kod yang sama yang digunakan untuk membina aplikasi yang anda muat turun dari App Store atau Google Play.

Kami mengalu-alukan pakar sekuriti untuk mengaudit sistem kami dan menghargai sebarang maklum balas di [email protected].

Selain dari itu, fokus utama Telegram adalah tidak membawa keuntungan, jadi kepentingan komersial tidak akan mengganggu misi kami.

Lihat juga: artikel mengenai Telegram

S: Adakah saya perlu percayakan Telegram untuk ini menjadi selamat?

Bila ianya berkenaan bual rahsia, anda tidak - hanya pastikan kunci terpapar untuk bual rahsia anda adalah serupa dengan yang terdapat di aturan bual rahsia rakan anda. Maklumat lanjut di bawah.

S: Bagaimana jika rakan penggodam saya kata dia boleh baca mesej Telegram?

Lihat halaman ini untuk maklumat terkini mengenai Program Hadiah Kutu Telegram (Telegram Bug Bounty Program).

Sesiapa pun yang mengakui mesej Telegram boleh dibaca adalah dialu-alukan untuk buktikan apa yang mereka dakwa di pertandingan kami dan menang $300,000. Anda boleh semak di Keterangan Pertandingan Menggodam untuk maklumat lanjut.

Sebarang komen mengenai sekuriti Telegram adalah dialu-alukan di [email protected]. Semua penyertaan yang mengakibatkan pertukaran kod atau konfigurasi adalah berpeluang untuk memenangi hadiah, dari $100 hingga ke $100,000 atau lebih, terpulang kepada betapa seriusnya isu. Sila ambil perhatian yang kami tak boleh memberi hadiah untuk isu yang telah diberitahu kepada publik sebelum ianya diselesaikan.

S: Bolehkah Telegram melindungi saya dari semua angkara?

Telegram dapat membantu dalam hal pemindahan data dan komunikasi yang selamat. Ini bermakna bahawa semua data (termasuk media dan fail) yang anda hantar dan terima melalui Telegram tidak dapat diuraikan ketika dipintas oleh penyedia perkhidmatan internet anda, pemilik router Wi-Fi yang anda sambungkan, atau pihak ketiga yang lain.

Tetapi ingat bahawa kami tidak dapat melindungi anda dari ibu anda sendiri jika dia mengambil telefon bimbit anda tanpa kod. Atau dari jabatan IT anda jika mereka mengakses komputer anda di tempat kerja. Atau dari orang lain yang mendapat akses fizikal atau akar ke telefon atau komputer anda yang menggunakan Telegram.

Sekiranya anda mempunyai alasan untuk risau keselamatan peribadi anda, kami mengesyorkan agar anda hanya menggunakan Bual Rahsia untuk urusan rasmi atau sekurang-kurangnya dalam aplikasi sumber terbuka yang boleh disahkan untuk maklumat sensitif, lebih baik dengan pemasa musnah sendiri. Kami juga mengesyorkan untuk mengaktifkan Verifikasi 2 Langkah dan cipta kod laluan yang kukuh untuk mengunci aplikasi anda, anda akan menemui kedua-dua pilihan di Aturan > Privasi dan Sekuriti.

S: Bagaimanakah Verifikasi 2 Langkah beroperasi?

Log masuk dengan kod SMS adalah piawai industri dalam pemesejan, tetapi jika anda perlukan sekuriti lebih atau mempunyai sebab meragui pembekal mobil atau kerajaan anda, kami cadangkan menambah perlindungan bual awan anda dengan kata laluan.

Anda boleh lakukan ini di Aturan > Privasi dan Sekuriti > 2 Langkah Verifikasi. Bila didayakan, anda perlu kod SMS dan juga kata laluan untuk log masuk. Anda boleh juga setkan alamat emel pemulihan yang akan membantu dapatkan balik akses, sekiranya anda lupa kata laluan anda. Jika anda berbuat demikian, sila pastikan ianya mustahak untuk akaun emel pemulihan juga dilindungi dengan kata laluan yang kukuh dan Verifikasi 2 Langkah jika dibenarkan.

Lihat di sini untuk petua mencipta kata laluan yang kukuh tapi mudah diingati.

S: Mengapa peranti yang dipecah lokap dan diakari merbahaya?

Menggunakan peranti yang diakari atau dipecah lokap memudahkan bakal penyerang mendapatkan kawalan pentadbiran sepenuhnya ke atas peranti anda - akses akar.

Pengguna dengan akses akar dapat dengan mudah memintas ciri keselamatan yang terdapat di dalam sistem operasi, membaca proses memori atau mengakses kawasan yang dilarang, seperti [storan dalaman](https://developer.android.com/guide/topics/data/data- storage.html # filesInternal). Setelah penyerang memiliki akses akar, segala usaha untuk mengurangkan ancaman menjadi sia-sia. Tidak ada aplikasi yang boleh dipanggil selamat dalam keadaan seperti ini, tidak kira betapa kukuh penyulitannya.

Bual Rahsia

S: Bagaimana bual rahsia berlainan?

Bual rahsia adalah untuk orang yang inginkan lebih banyak kerahsiaan daripada orang biasa. Semua mesej dalam bual rahsia menggunakan inkripsi awak ke akhir. Ini bermakna hanya anda dan penerima yang dapat membaca mesej tersebut - tidak ada orang lain yang dapat menguraikannya, termasuk kami di Telegram (lagi di sini). Selain itu, mesej tidak dapat dimajukan dari bual rahsia. Dan apabila anda hapus mesej di sebelah anda, aplikasi di sebelah sana juga akan menghapuskan mesej.

Anda boleh arahkan mesej, foto, video dan fail anda untuk musnah sendiri dalam jangka waktu yang ditetapkan setelah mereka dibaca atau dibuka oleh penerima. Mesej kemudian akan hilang dari kedua-dua peranti anda dan rakan anda.

Semua bual rahsia di Telegram adalah khusus untuk peranti dan bukan merupakan sebahagian daripada Telegram awan. Ini bermakna anda hanya dapat mengakses mesej dalam bual rahsia dari peranti asal mereka. Bual rahsia adalah selamat selagi peranti anda selamat di dalam poket anda.

S: Bagaimana saya mulakan bual rahsia?

Buka profil pengguna yang anda ingin hubungi. Ketuk pada ‘…’, kemudian ‘Mula Bual Rahsia’.

Ingat bahawa bual rahsia Telegram adalah berasaskan peranti. Jika anda mulakan bual rahsia dengan rakan pada salah satu dari peranti anda, bual ini hanya boleh diakses di peranti tersebut. Jika anda log keluar, anda akan hilang kesemua bual rahsia anda. Anda boleh cipta seberapa banyak bual rahsia yang berlainan dengan kenalan yang sama yang anda suka.

S: Bagaimanakah mesej musnah sendiri beroperasi?

Pemasa Musnah Sendiri tersedia untuk semua mesej dalam Bual Rahsia dan untuk media dalam bual peribadi awan.

Untuk set pemasa, tekan ikon jam (di medan input di iOS, ruang atas di Android), dan kemudian pilih had masa yang diinginkan. Jam mula berdetik apabila mesej dipaparkan di skrin penerima (mendapat dua tanda tik hijau). Sebaik sahaja masa habis, mesej akan hilang dari kedua peranti. Kami akan cuba menghantar pemberitahuan jika gambar skrin diambil.

Harap maklum bahawa pemasa dalam Bual Rahsia hanya berlaku untuk mesej yang dikirim selepas pemasa disetkan. Ini tidak memberi kesan pada mesej sebelumnya.

S: Bolehkah saya pastikan rakan perbualan saya tidak mengambil gambar skrin?

Malangnya, tidak ada cara kalis peluru untuk mengesan gambar skrin diambil pada sistem tertentu (terutamanya, beberapa peranti Android dan Windows Phone). Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberi tahu anda tentang pengambilan gambar skrin dalam Bual Rahsia anda, tetapi masih mungkin untuk memintas pemberitahuan tersebut dan mengambil gambar skrin secara senyap. Kami menasihatkan untuk berkongsi maklumat sensitif hanya dengan orang yang anda percayai. Bagaimanapun, tidak ada yang dapat menghalang seseorang daripada mengambil gambar skrin mereka dengan peranti lain atau kamera tradisional.

S: Apa dia ‘Kunci Inkripsi’?

Apabila bual rahsia dibuat, peranti yang mengambil bahagian menukar kunci penyulitan menggunakan apa yang disebut pertukaran kunci Diffie-Hellman. Setelah sambungan yang selamat dari awal ke akhir terjalin, kami menghasilkan gambar yang menampakkan kunci penyulitan untuk bual anda. Anda kemudian dapat membandingkan gambar ini dengan gambar yang dimiliki rakan anda - jika kedua-dua gambar itu sama, anda boleh yakin bahawa bual rahsia itu adalah selamat, dan tidak ada serangan orang di tengah boleh berjaya.

Versi aplikasi Telegram yang lebih baru akan menunjukkan gambar yang lebih besar bersama dengan representasi teks dari kunci (ini bukan kunci sebenarnya, seperti yang selalu kita fahami) ketika kedua-dua peserta menggunakan aplikasi versi terbaru.

Sentiasa bandingkan visualisasi menggunakan saluran yang diketahui selamat - paling selamat jika anda akui ini secara peribadi, dalam pertemuan luar talian dengan rakan perbualan.

S: Kenapa tidak jadikan semua bual rahsia?

Semua mesej Telegram sentiasa disulitkan dengan selamat. Mesej dalam Bual Rahsia menggunakan inkripsi klien-klien, sementara Bual Awan menggunakan inkripsi klien-server / server-klien dan disimpan dengan inkripsi di Awan Telegram (lagi di sini). Ini membolehkan mesej awan anda menjadi selamat dan dapat diakses dengan segera dari mana-mana peranti anda - walaupun anda kehilangan peranti.

Masalah dalam memulihkan akses ke sejarah bual anda pada peranti yang baru disambungkan (cth., apabila anda kehilangan telefon) tidak mempunyai penyelesaian yang elegan dalam paradigma penyulitan awal ke akhir. Pada masa yang sama, sandaran yang boleh dipercayai adalah ciri penting bagi setiap pemesejan di pasaran. Untuk menyelesaikan masalah ini, beberapa aplikasi (seperti WhatsApp dan Viber) membenarkan sandaran yang boleh dinyahinkripsi yang membahayakan privasi pengguna mereka - walaupun mereka sendiri tidak mengaktifkan sandaran. Aplikasi lain pula mengabaikan keperluan untuk membuat sandaran sama sekali dan mengakibatkan pengguna mereka terjebak kepada kehilangan data.

Kami memilih pendekatan ketiga dengan menawarkan dua jenis bual yang berbeza. Telegram matikan sistem sandaran paras asal dan memberi semua pengguna penyelesaian sandaran berfokus keselamatan bersepadu dalam bentuk Bual Awan. Sementara itu, entiti Bual Rahsia yang berasingan memberi anda kawalan penuh ke atas data yang tidak mahu disimpan.

Ini memungkinkan Telegram disesuaikan secara meluas di kalangan ramai, bukan hanya oleh aktivis dan pembangkang, supaya fakta mudah menggunakan Telegram tidak menyebabkan pengguna menjadi sasaran pengawasan yang lebih tinggi di negara tertentu. Kami yakin bahawa pemisahan perbualan ke Bual Awan dan Bual Rahsia merupakan penyelesaian paling selamat pada masa ini untuk aplikasi pemesejan yang sangat popular.

Lihat juga: Mengapa Telegram Tidak Diinkripsi dari Awal ke Akhir “secara paras asal”

Akaun Anda

S: Siapa yang boleh nampak nombor fon saya?

Di Telegram anda boleh kirim mesej dalam bual peribadi dan grup, tanpa nombor fon anda dapat dilihat. Di paras asal, nombor fon anda hanya boleh dilihat oleh mereka yang mempunyai nombor anda sebagai kenalan mereka di buku fon mereka. Anda boleh tukar ini di Aturan > Privasi dan Sekuriti > Nombor Fon.

Perhatikan bahawa pengguna akan dapat melihat nombor anda jika mereka sudah tahu dan menyimpannya di buku alamat mereka.

S: Saya mempunyai nombor fon baru, apa yang patut saya buat?

Setiap nombor telefon adalah akaun berlainan di Telegram. Anda mempunyai beberapa pilihan jika menggunakan beberapa nombor telefon:

  • Sekiranya anda tidak lagi menggunakan nombor lama (cth., Anda berpindah ke negara baru atau menukar nombor anda untuk selamanya), pergi ke Aturan dan ubah nombor yang dikaitkan dengan akaun Telegram anda ke nombor baru. Penting: pastikan anda mempunyai akses ke nombor telefon anda yang sedia ada - jika tidak, anda berisiko kehilangan akses ke akaun anda.
  • Sekiranya anda akan menggunakan nombor baru untuk waktu terhad (cth., Anda dalam perjalanan atau percutian), tidak perlu melakukan apa-apa.
  • Sekiranya anda ingin terus menggunakan kedua-dua nombor (cth., Anda mempunyai telefon kerja dan telefon peribadi), pilih satu sebagai nombor Telegram anda. Anda boleh juga mencipta akaun Telegram lain pada nombor kedua, sebagai contoh, jika anda ingin memisahkan kerja dan perbualan peribadi. Anda boleh log masuk ke satu aplikasi Telegram sehingga 3 akaun berbeza dalam masa yang sama.

S: Bagaimana untuk log keluar?

Sebilangan besar pengguna tidak perlu log keluar dari Telegram:

  • Anda boleh menggunakan Telegram pada banyak peranti dalam masa yang sama. Gunakan nombor telefon yang sama untuk log masuk ke semua peranti.
  • Anda boleh pergi ke Aturan > Data dan Storan > Kegunaan Storan > Padam Kac Telegram untuk kosongkan ruang pada peranti anda tanpa log keluar.
  • Sekiranya anda menggunakan Telegram dengan beberapa nombor telefon, anda boleh bertukar antara akaun tanpa log keluar.
  • Jika anda menggunakan Telegram pada peranti yang dikongsi, anda boleh set kod laluan di Aturan > Privasi dan Sekuriti untuk memastikan hanya anda yang memiliki akses ke akaun anda.

Sekiranya anda mahu log keluar di atas sebab tertentu, berikut adalah cara anda melakukannya:

iOS: Pergi ke Aturan > Sunting > Log keluar.
Android, Telegram Desktop: Pergi ke Aturan > … (di sudut kanan atas) > Log keluar.

Sekiranya anda log keluar, anda akan menyimpan semua mesej awan anda. Namun, anda akan kehilangan semua Bual Rahsia dan semua mesej di dalam bual rahsia tersebut semasa anda log keluar.

Perhatikan bahawa log keluar tidak memulakan penghapusan mesej bual rahsia anda di peranti pasangan anda - untuk melakukannya, pilih ‘Padam Sejarah’ terlebih dahulu.

S: Bagaimana saya menukar nombor fon saya?

Anda boleh menukar nombor anda di Telegram dan menyimpan semuanya, termasuk semua kenalan, mesej, dan media anda dari awan Telegram, serta semua Bual Rahsia anda di semua peranti.

Untuk menukar nombor anda, pergi ke Aturan, kemudian tekan nombor telefon anda (di atas nama samaran), kemudian 'Tukar Nombor'. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun Telegram yang berbeza pada nombor sasaran, anda perlu hapus akaun itu terlebih dahulu.

S: Bagaimana saya hapus akaun saya?

Sekiranya anda ingin menghapus akaun anda, anda boleh melakukannya di laman penyahaktifan. Menghapus akaun anda secara kekal akan menghapus semua mesej dan kenalan anda. Semua grup dan saluran yang anda cipta akan menjadi yatim piatu dan terbiar tanpa pencipta tetapi pentadbir masih mengekalkan kuasa mereka.

Tindakan ini mesti disahkan melalui akaun Telegram anda dan tidak boleh ditukar balik.

Kami mengesyorkan penggunaan browser bukan mudah alih untuk proses ini.
Perhatikan bahawa anda akan menerima kod melalui Telegram, bukan SMS.

S: Apa jadi bila saya hapus akaun saya?

Seperti yang telah disebutkan di atas, semua data anda akan dihapus dari sistem kami: semua mesej, grup, dan kenalan yang berkaitan dengan akaun anda akan dihapus. Kenalan anda masih dapat berbual dalam grup yang telah anda cipta, dan mereka masih mempunyai salinan dari mesej yang anda kirimkan. Oleh itu, jika anda ingin menghantar mesej yang boleh hilang tanpa jejak, cuba gunakan pemasa musnah sendiri kami sebagai gantinya.

Penamatan akaun Telegram tidak dapat dipulihkan. Sekiranya anda mendaftar lagi, anda akan muncul sebagai pengguna baru dan tidak akan mengembalikan sejarah, kenalan atau grup anda. Mereka yang mempunyai nombor telefon anda dalam kenalan mereka, akan diberitahu. Pengguna baru akan dipaparkan sebagai perbualan berasingan dalam senarai mesej mereka dan sejarah perbualan mereka dengan pengguna baru ini akan jadi kosong.

S: Bagaimana akaun musnah sendiri beroperasi?

Telegram bukan organisasi komersial, dan kami sangat menghargai ruang disk kami. Sekiranya anda berhenti mengguna Telegram dan tidak di talian sekurang-kurangnya lapan belas bulan, akaun anda akan dihapuskan bersama dengan semua mesej, media, kenalan dan setiap data lain yang anda simpan di awan Telegram. Anda boleh mengubah tempoh yang tepat di Aturan, di mana selepas itu akaun anda yang tidak aktif akan musnah dengan sendiri.

S: Fon saya dicuri, apa harus saya buat?

Kami mohon maaf dan kesali atas kehilangan telefon anda. Malangnya, nombor telefon adalah satu-satunya cara untuk kami mengenali pengguna Telegram pada ketika ini. Kami tidak mengumpulkan maklumat tambahan mengenai anda, jadi siapa sahaja yang mempunyai nombor itu, akan mempunyai akaun Telegram. Ini bermakna kami tidak dapat menolong anda melainkan anda mempunyai akses ke nombor telefon atau ke Telegram yang anda masih log masuk di mana-mana peranti anda.

Saya ada akses ke Telegram di peranti lain
  1. Pergi ke Aturan Telegram > Privasi dan Sekuriti dan hidupkan Verifikasi Dua Langkah. Dengan cara ini, nombor telefon sahaja tidak mencukupi untuk log masuk ke akaun anda.
  2. Pergi ke Aturan > Peranti (atau Privasi & Sekuriti > Sesi Aktif) dan hentikan sesi Telegram anda pada peranti lama. Siapa sahaja yang mempunyai telefon anda tidak akan dapat log masuk lagi, kerana mereka tidak mengetahui kata laluan anda.
  3. Hubungi pembekal telefon anda, dan minta mereka sekat SIM lama anda dan ganti yang baru dengan nombor anda yang sama.
  4. Jika anda memutuskan untuk beralih ke nombor telefon baru, jangan lupa pergi ke Aturan, tekan nombor telefon anda dan ubah nombor Telegram anda ke nombor yang baru.
Saya tiada akses ke Telegram di peranti saya yang lain
  1. Pertama sekali, anda perlu menghubungi pembekal telefon anda, supaya mereka menyekat SIM lama anda dan mengeluarkan yang baru dengan nombor anda yang sama.
  2. Tunggu sehingga anda menerima SIM baru dengan nombor lama, log masuk ke Telegram, kemudian pergi ke Aturan > Peranti (atau Privasi & Sekuriti > Sesi Aktif) dan tamatkan sesi Telegram anda pada peranti lama.
Mengeluarkan data sensitif

Pencuri biasa selalunya akan membuang kad SIM dengan segera (telefon lebih sukar dicari dengan cara ini), kemudian mengosongkan peranti tersebut dan menjualnya, jadi tidak ada banyak risiko ke atas data sekiranya berlaku kecurian sedemikian. Tetapi jika bimbang tentang data pada peranti dan tidak dapat log keluar peranti lain, adalah lebih baik anda menghapusnya dari jauh. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenainya di sini: Apple iOS, Android. Malangnya, ini memerlukan anda untuk buat persediaan terlebih dahulu untuk senario ini.

Anda boleh menghapus akaun Telegram anda jika anda log masuk di sekurang-kurangnya salah satu daripada peranti anda yang lain (mudah alih atau desktop). Perhatikan bahawa akaun Telegram yang tidak aktif akan musnah sendiri secara automatik selepas jangka masa - 18 bulan sebagai aturan paras asal.

Bot

Jika anda seorang juruprogram, anda mungkin dapati Bots FAQ kami berguna.

S: Apa dia bot?

Bot adalah seperti program kecil yang boleh diguna terus dari dalam Telegram. Mereka dicipta oleh pihak ketiga menggunakan Telegram Bot API.

S: Bagaimana saya boleh cipta bot?

Mencipta bot Telegram adalah sangat mudah, tetapi anda perlu mempunyai sedikit kemahiran dalam memprogram komputer. Jika anda yakin anda mempunyai kemahiran yang diperlukan, Pengenalan untuk Juruprogram kami adalah tempat yang sesuai untuk anda bermula.

Malangnya, tiada cara luar kotak untuk mencipta bot yang boleh beroperasi sekiranya anda bukan juruprogram. Namun kami yakin anda akan jumpa banyak bot yang telah dicipta oleh orang lain untuk kegunaan anda.

S: Bot mengirim saya mesej, bagaimana saya boleh hentikannya?

Jika anda tak mahu bot mengirim anda mesej, anda boleh halang bot tersebut - sama seperti anda halang pengguna manusia. Setengah klien Telegram mempunyai butang 'Stop Bot' (Hentikan Bot) di profil bot tersebut.

Kebanyakan juruprogram bot menawarkan koman yang boleh senyapkan bot, lihat /help (bantuan) untuk panduan.

S: Adakah bot selamat?

Ya. Bot adalah lebih kurang sama dengan pengguna manusia yang anda jumpa di grup, sebagai contoh. Bot boleh nampak nama profil awam, nama samaran, dan gambar profil anda, dan bot boleh lihat mesej yang anda kirim kepada bot, tidak lebih dari itu. Bot tak boleh akses kali terakhir anda dilihat dan tak boleh nampak nombor fon anda (kecuali anda sendiri yang memberinya kepada bot).

Semestinya, setiap bot hendaklah dianggap sebagai orang asing - jangan beri kepada mereka kata laluan, kod Telegram, atau nombor akaun bank anda, biarpun jika mereka meminta dari anda secara sopan. Juga, berhati-hati membuka fail yang dikirim oleh bot, sama seperti anda berurusan dengan manusia. Contoh: Jika bot kirim kita fail bernama OpenMe.exe, kami selalunya tidak akan membuka fail tersebut.

S: Jika saya tambah bot ke group saya, adakah ia boleh baca mesej saya?

Bot boleh beroperasi dalam dua cara bila anda tambah mereka ke grup. Secara paras asal, bot hanya nampak mesej yang ditujukan untuk mereka. Dalam keadaan ini, anda akan nampak 'tiada akses ke mesej' dalam senarai ahli grup, tertera di sebelah bot.

Setengah bot perlukan lebih maklumat untuk beroperasi, jadi juruprogram mungkin akan nyahdaya mod privasi. Dalam keadaan ini, bot akan dapat lihat semua mesej yang dikirim ke grup, dan anda akan dapat lihat 'ada akses ke mesej' dalam senarai ahli terpapar di sebelah bot.

Pelajari lagi mengenai privasi untuk bot»

Jika grup anda mempunyai informasi sensitif, elakkan dari menambah bot yang anda tidak percayai 100%.

S: Adakah bot dicipta oleh Telegram?

Tidak. Walaupun kami mempunyai beberapa bot rasmi untuk tujuan tertentu (seperti @gif atau @Stickers, kami selalunya tidak mencipta bot. Bot dicipta oleh juruprogram pihak ketiga menggunakan Telegram Bot API dan platform.

S: Di manakah dapat saya cari bot lagi?

Ketika ini tiada stor yang mempunyai senarai bot, jadi anda kenalah bertanya kepada rakan-rakan anda atau cari di laman web buat ketika ini. Kami pasti anda akan menjumpai banyak bot untuk dicuba.

Soalan lanjutan

S: Bolehkah saya dapat kod di bahagian server Telegram?

Semua aplikasi klien Telegram adalah jenis sumber terbuka sepenuhnya. Kami menawarkan binaan yang dapat disahkan untuk iOS dan Android - teknologi ini membolehkan untuk pengesahan secara bebas bahawa aplikasi yang anda muat turun dari stor aplikasi dibina dengan menggunakan kod yang sama dengan yang kami terbitkan.

Sebaliknya, penerbitan kod server tidak memberikan jaminan sekuriti untuk Bual Rahsia atau Bual Awan. Ini kerana - tidak seperti kod bahagian klien - tidak ada cara untuk mengesahkan bahawa kod yang sama diguna di server.

Untuk Bual Rahsia, anda tidak memerlukan kod bahagian server untuk periksa integriti mereka - titik penyulitan dari awal ke akhir adalah bahawa ia mesti kukuh tanpa mengira bagaimana server berfungsi.

Dalam pos di salurannya, Pavel Durov menjelaskan mengapa Telegram belum menerbitkan kod server, walaupun sebagai satu aksi publisiti.

Penyulitan dan API yang digunakan pada server Telegram didokumentasikan sepenuhnya dan boleh disemak oleh pakar sekuriti. Kami mengalu-alukan sebarang komen di [email protected]

S: Bolehkah Telegram beroperasi menggunakan server saya sendiri?

Seni bina kami belum lagi menyokong persekutuan. Telegram adalah perkhidmatan awan bersepadu, jadi mencipta garpu di mana dua pengguna mungkin berakhir pada dua awan Telegram yang berbeza tidak dapat diterima. Untuk membolehkan anda menggunakan server Telegram anda sendiri sementara mengekalkan kepantasan dan sekuriti adalah tugas yang agak sukar. Untuk masa ini, kami belum buat keputusan samada Telegram patut menuju ke arah ini.

S: Bolehkah saya guna API Telegram?

Ya. Juruprogram untuk semua platform adalah disarankan untuk mengguna protokol, API kami dan juga kod sumber. Semak seksyen dokumen Cara bermula.

Jangan lupa tentang API Bot kami yang akan membolehkan anda membina aplikasi hebat di platform kami.

S: Adakah anda mempunyai Polisi Privasi?

Semestinya. Lihat di sini Polisi Privasi.

S: Apakah maksud helaian privasi iOS?

Apple membuat helaian privasi untuk memberitahu pengguna mengenai aplikasi data apa yang mungkin dikumpulkan, tetapi maklumatnya kurang jelas dan boleh mengelirukan. Anda dapat melihat penjelasan terperinci mengenai helaian Telegram di sini.

S: Kenapa anda mesti ada dua aplikasi di App Store Mac?

Satu adalah aplikasi untuk macOS kami, yang satu lagi ialah Telegram Lite, versi macOS untuk klien pelbagai platform kami. Kedua-dua aplikasi kami adalah rasmi. Kedua-duanya bermula sebagai aplikasi tidak rasmi oleh dua juruprogram yang berlainan dan yang berbeza dari segi rekaan dan kefungsian.

Telegram untuk macOS menyokong banyak ciri khusus platform, seperti Bar Sentuh MacBook Pro, navigasi isyarat, penyatuan dengan menu Kongsi Mac dan banyak lagi. Ia mempunyai setiap ciri dari aplikasi versi iOS termasuk Bual Rahsia.

Telegram Lite adalah aplikasi sepantas kilat, dioptimakan untuk tugas yang berkaitan dengan pekerjaan dan menangani komuniti besar. Ia menawarkan interfes tiga lajur, sesuai untuk pelbagai tugas dan akses cepat ke media, fail dan link yang dikongsi dalam bual anda. Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk eksport data Telegram dan bual anda.

S: Bolehkah saya terjemah Telegram?

Telegram secara rasmi tersedia dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Jerman, Belanda, Itali, Perancis, Arab, Portugis, Korea, Melayu, Rusia dan Ukrin di kebanyakan platform, dan kami secara beransur-ansur mengembangkan senarai bahasa yang terdapat di dalam aplikasi. Versi Bahasa Melayu (latin dan jawi) kini boleh diguna untuk Telegram Android, Android X, iOS, TDesktop dan macOS}. Untuk masukkan Melayu Jawi ke Menu Bahasa Telegram anda, tekan di sini, Melayu Jawi. Anda hanya perlu lakukan langkah ini sekali sahaja pada setiap peranti. Anda boleh tukar ke bahasa Melayu atau Arab atau Inggeris di Aturan Telegram pada bila-bila masa. Anda harus ulangi langkah di atas jika anda log keluar dari akaun Telegram anda.

Sekiranya anda tidak suka bagaimana elemen tertentu dalam interfes Telegram diterjemahkan dalam bahasa anda, atau ingin membantu kami menyelenggara terjemahan, lihat platform lokalisasi kami. Semua pengguna boleh mencadangkan terjemahan dan memilih yang terbaik, menjadikan lokalisasi Telegram sebagai usaha yang didorong oleh komuniti.

Sekiranya anda ingin lebih dari sekadar memberi cadangan untuk perkataan individu dan ingin membantu kami mengekalkan terjemahan rasmi ke bahasa anda secara berterusan, anda boleh menghubungi @TelegramAuditions. Sila sertakan hashtag dengan nama Inggeris bahasa anda (cth. #Malay) dan beberapa link ke perkataan di platform ini dengan cadangan terjemahan atau memberi komen anda. Pastikan anda membaca dengan teliti Panduan Gaya sebelum anda memohon.

S: Boleh saya bantu?

Ya, kami sentiasa mencari sukarelawan untuk membantu kami dengan sokongan pengguna. Jika anda berminat menjawab soalan mengenai Telegram kepada pengguna dari negara anda, sila hubungi akaun audisi kami.

Sebelum anda memohon, sila baca maklumat di sini Inisiatif Sokongan Telegram terlebih dahulu.

Pasport

Telegram Passport adalah kaedah memberi kebenaran yang disatukan untuk perkhidmatan yang memerlukan pengenalan diri. Dengan Telegram Passport, anda boleh memuat naik dokumen anda denagn sekali sahaja, kemudian berkongsi data anda dengan serta-merta dengan perkhidmatan yang memerlukan identifikasi secara bertulis (kewangan, ICO, dll.).

Dokumen pengenalan dan data peribadi anda akan disimpan di awan Telegram menggunakan Inkripsi Awal ke Akhir. Untuk Telegram, data ini hanya informasi rawak, dan kami tidak mempunyai akses ke maklumat yang anda simpan di Telegram Passport anda. Apabila anda berkongsi data, data dihantar terus ke penerima.

Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Telegram Passport di blog kami.

Jika anda adalah juruprogram atau pemilik perkhidmatan yang memerlukan pengenalan diri bertulis, sila lihat manual ini. Anda juga boleh cuba meminta data Telegram Passport menggunakan laman ini.


Penyelesaian masalah

Log masuk dan SMS

Sila pastikan anda masukkan nombor fon mobil anda dalam bentuk format antarabangsa:
+(kod negara)(kod bandar atau pembekal)(nombor anda)

Jika anda menghadapi masalah untuk mendaftar atau log masuk, sila hubungi kami menggunakan borang ini.

Memperolehi kod melalui panggilan fon

Untuk tujuan keselamatan, log masuk melalui panggilan fon hanya boleh didapati bagi akaun yang mempunyai verifikasi dua langkah (Aturan > Privasi & Sekuriti > Verifikasi Dua Langkah).

Sila ambil perhatian bahawa akaun Telegram hanya boleh dikaitkan dengan nombor mobil. Kami ketika ini tidak menyokong nombor talian selain nombor mobil.

Memperolehi kod melalui Telegram

Jika anda telah menggunakan salah satu dari aplikasi kami di peranti lain (boleh juga dengan aplikasi berlainan di atas peranti yang sama), kami mungkin mengirim kod log masuk melalui Telegram dan bukannya menerusi SMS.

Untuk menerima kod sedemikian, sila lihat Telegram di mana-mana peranti anda yang terlog masuk. Anda akan jumpai kod di bual dengan Telegram, profil yang disahkan dengan tik biru:

Log masuk melalui Telegram

AMARAN! Sila ambil perhatian bahawa memperolehi kod melalui Telegram tidak boleh dijadikan sebagai alternatif dari menggunakan nombor fon terbaru. Sekiranya nombor fon telah bertukar, sila pastikan Telegram dihubungi ke nombor fon yang anda ada kawalan, kalau tidak anda akan berisiko hilang akses ke akaun Telegram anda untuk selamanya.

Masalah notifikasi

Jika panduan di bawah tidak membantu, sila lihat garis panduan secara terperinci di Penyelesaian Masalah Notifikasi.

ANDROID

  1. Pergi ke Aturan Telegram - Notifikasi dan Bunyi, pastikan notifikasi di HIDUPKAN dan kepentingan diset ke Tinggi atau lebih.
  2. Periksa samada kenalan atau grup disenyapkan.
  3. Pastikan Servis Google Play dipasang di fon anda.
  4. Periksa keutamaan notifikasi untuk Telegram di aturan Android, ia boleh dinamakan Kepentingan atau Kelakuan terpulang kepada peranti anda.
  5. Jika fon anda guna perisian penyelamat bateri, pastikan Telegram disenarai putih dalam aplikasi tersebut.

PERHATIAN: Peranti Huawei dan Xiaomi mempunyai servis pembunuh tugas yang boleh memberi masalah yang mengacau servis notifikasi Telegram. Untuk notifikasi kami beroperasi, anda harus tambah Telegram sebagai aplikasi yang dibenarkan di servis tersebut di aturan sekuriti. Huawei: Aplikasi Pengurus Fon > Aplikasi Dilindungi > Tambah Telegram ke senarai. Xiaomi: Servis > Sekuriti > Permisi > Mula-auto, cari Telegram dan dayakan mula-auto.

iOS

  1. Pergi ke Aturan Telegram - Notifikasi dan Bunyi, pastikan notifikasi di HIDUPKAN di Telegram.
  2. Periksa yang notifikasi adalah HIDUP di Aturan fon.
  3. Periksa, samada kenalan atau grup disenyapkan.
  4. Matikan Telegram (pergi ke skrin utama, ketuk dua kali butang utama, bunuh Telegram (leret ke atas), kemudian pergi ke aturan fon, set gaya amaran bagi Telegram ke TIADA. Lancar semula Telegram, pergi ke aturan fon, set gaya amaran kembali ke banting.

Masalah dengan kenalan

Jika anda ketahui rakan anda mempunyai Telegram, tetapi tak dapat lihat mereka - atau mereka muncul sebagai nombor dan bukan nama.

Android:

  1. Pastikan anda mengguna aplikasi yang terkini.
  2. Lancar semula aplikasi (dengan menamatkannya dari senarai dan lancarnya semula proses).
  3. Tukar nama untuk sementara waktu di kenalan fon (tambah beberapa simbol, kemudian tukar balik ke asal).
  4. Jika itu tidak membantu, cuba log masuk semula. Harus diingat bahawa log keluar akan menghapus kesemua Bual Rahsia anda.

iOS:

  1. Henti-paksa aplikasi (tekan dua kali butang utama, kemudian leret ke atas pada Telegram), kemudian lancar balik dan periksa jika ianya membantu.
  2. Jika ianya tidak membantu, tukar nama kenalan untuk sementara waktu di kenalan fon (tambah beberapa simbol, kemudian tukar kembali ke asal).
  3. Jika masih tidak berjaya, cuba log masuk semula: Aturan > Sunting > Log Keluar. Harus diingat bahawa log keluar akan menghapus kesemua Bual Rahsia anda.

Menghapus kenalan di Android

Untuk menghapus kenalan, buka bual dengan pengguna, ketuk di atas foto profil pengguna di bahagian atas skrin bual, kemudian ketuk atas '…' di penjuru kanan atas > 'Hapus'.

Jika anda ingin hapus kenalan untuk selamanya, pastikan anda juga hapus dari kenalan di fon anda. Telegram akan sentiasa disegerakkan dan akan tambah balik kenalan jika anda tidak melakukannya.

Di manakah mesej Bual Rahsia saya pergi?

Bual Rahsia terlaksana di antara kedua-dua peranti yang berhubung. Ini bermakna bahawa semua mesej tersebut tidak berada di awan dan tidak dapat diakses dari peranti lain.

Selain itu, Bual Rahsia juga dikaitkan dengan sesi semasa log masuk anda di peranti. Sekiranya anda log keluar dan log masuk semula, anda akan kehilangan semua Bual Rahsia anda.

Tidak boleh mengirim mesej ke bukan kenalan

Bila pengguna melapurkan mesej yang tidak diinginkan dari akaun Telegram, kami akan dayakan sekatan. Akaun yang dilapurkan hanya dapat mengirim mesej kepada pengguna yang nombor fon ada di buku kenalan fon masing-masing.

Ini bermakna bahawa jika anda menghubungi orang yang tidak anda kenali dan menghantar mesej yang tidak menyenangkan secara rawak, anda mungkin tidak akan dapat mengirim mesej kepada mereka lagi di masa depan.

Sekiranya anda berpendapat bahawa sekatan ini silap digunakan pada akaun anda, sila kunjungi halaman ini.

Telegram guna kamera atau mikrofon di latar belakang!

Telegram dapat menggunakan mikrofon di latar belakang jika anda meminimakan aplikasi ketika membuat panggilan, merakam video, atau merakam mesej suara / video.

Monitor permisi pada Samsung dan Xiaomi secara tidak sengaja dapat menandakan dan memberitahu anda bahawa Telegram meminta akses ke kamera di latar belakang. Ini berlaku apabila aplikasi meminta maklumat tentang kamera - bukan menggunakan kamera. Malangnya ia mungkin kelihatan sama dengan monitor permisi Samsung dan Xiaomi.

Maklumat kamera diminta oleh aplikasi ketika anda menekan butang lampiran, atau mulai merakam video atau mesej video. Sekiranya anda melakukan ini dan menutup aplikasinya dengan cepat, permintaan yang sudah dimulakan mungkin akan berjalan secara tidak segerak ketika aplikasi sudah berada di latar belakang, atau dikirim ketika sistem cuba kejutkan aplikasi untuk menunjukkan notifikasi mengenai mesej baru. Bagaimanapun, permintaan ini hanya untuk maklumat kamera, aplikasi tidak pernah menggunakan kamera itu sendiri ketika berada di latar belakang.

Sesiapa sahaja boleh memeriksa kod sumber terbuka Telegram dan mengesahkan bahawa aplikasi itu tidak melakukan apa-apa di belakang mereka. Kami juga menawarkan program yang boleh direproduksi yang dapat membantu anda membuktikan bahawa versi yang anda muat turun dari App Store atau Google Play dibina dari kod sumber yang sama kami terbitkan.


Sokongan Telegram

Jika anda mempunyai soalan lain, sila hubungi Sokongan Telegram (di Telegram pergi ke Aturan - Tanya soalan). Ambil perhatian bahawa kami bergantung kepada sukarelawan untuk sokongan.

Jika anda tidak dapat log masuk ke akaun anda, sila guna borang ini.

Twitter?

Ya. Ikuti kami! @telegram
Akaun twitter kami dalam bahasa Sepanyol: @telegram_es
Itali: @telegram_it
Korea: @Telegram_kr
Jerman: @de_telegram
Untuk pengguna di Brazil: @Telegram_br
Melayu: @telegram_ms. Yang berbahasa Arab pula akan mendapati @telegram_arabic menarik.

@SmsTelegram, bantuan log masuk di Twitter

Kami mempunyai akaun khusus yang boleh membantu anda dengan masalah log masuk, @smstelegram. Ini adalah akaun rasmi kami. Jangan khuatir untuk Mesej Terus (DM) dari nombor yang anda guna untuk Telegram, kami perlukan info ini untuk menyiasat isu.

Berhati-hati, kami tidak mempunyai akaun sokongan yang lain di platform media sosial.

Facebook?

Untuk masa ini, jika ada sesiapa di Facebook memberitahu anda yang ianya adalah kami, ianya adalah bukan.