Pergi ke kandungan

Zarith Mega

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zarith Mega
Nama lahirAsmazaris bin Ismail
Juga dikenali sebagai
Zarith, Zarith Mega
Kelahiran (1968-02-01) 1 Februari 1968 (umur 56)
Gopeng, Perak Perak, Malaysia Malaysia
Genre
PekerjaanPemuzik
Instrumen
Tahun aktif1982–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

Asmazaris bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Zarith (lahir 1 Februari 1968) merupakan penyanyi asal kumpulan Mega, sebuah kumpulan rock terkenal dari Johor Bahru, Johor yang mula mencipta nama menerusi lagu hit Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara pada tahun 1989 di bawah label Jojo's Production. Sebelum menyertai kumpulan Mega, penyanyi yang berasal dari Gopeng, Perak Darul Ridzuan ini yang dipengaruhi oleh Eric Clapton, George Harrison, Elvis Presley, Freddie Mercury, Paul McCartney, Jimi Hendrix, Dan McCafferty, Janis Joplin, Don Henley, Ray Davies, Roger Daltrey, Cliff Richard, Ozzy Osbourne, Little Richard, Stevie Wonder, Jeff Beck, Jeff Lynne, Ronnie Wood, Brian May, Joe Perry, Ritchie Blackmore, Tony Iommi, Dave Davies, Pete Townshend, Hank Marvin dan B.B. King memulakan kerjayanya sebagai pemain gitar utama untuk menubuhkan Babylon bersama Zulfasi (penyanyi utama), Hassan (gitar kedua), Zuar (gitar bes) dan Black (dram) pada tahun 1982 sehingga 1985. Kemudian Zarith berperanan sebagai penyanyi utama telah menubuhkan kumpulan Sivilnius bersama Kid (gitar utama), Anuar (gitar kedua), Zul (gitar bes) dan Jojet (dram) pada tahun 1985 sehingga 1986. Kemudian Zarith masih menjadi penyanyi dan berperanan selaku pemain gitar bes telah untuk menubuhkan kumpulan rock D'Riyadh (1986-1988) sebelum menarik diri daripada kumpulan tersebut merakamkan album bersama Akhil Hayy dan Azman Abdul Halim.

Mega merupakan album sulung kumpulan rock terkenal, Mega yang dikeluarkan pada tahun 1989 oleh Jojo's Production dengan BMG Pacific bertindak sebagai pengedar album. Album ini menampilkan 3 lagu hit iaitu Pasti ciptaan Saari Amri, Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara ciptaan M. Nasir dan Mega Cinta ciptaan Nordin Taib.

Album sulung Mega ini merekodkan jualan melebihi 100,000 unit. Hal ini tidak menghairankan kerana kuasa pemasaran Jojo's Production yang tidak henti-henti mempromosikan kumpulan Mega sebelum album muncul. Malah, tiga lagu hit Mega iaitu Pasti, Mega Cinta dan Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara tercalon dalam Muzik-Muzik 1990. Pencapaian tersebut dianggap luar biasa berbanding kumpulan-kumpulan rock lain yang rata-ratanya tercalon sebanyak dua lagu sahaja. Nama Mega terus memuncak lagi di persada seni tanah air apabila lagu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara dipilih sebagai Juara Bulanan Muzik-Muzik bagi bulan April 1990, seterusnya melayakkan mereka bertanding di peringkat akhir Juara Lagu 1990.

Namun begitu, perkara yang tidak diduga berlaku kepada Mega apabila vokalisnya, Zarith demam sewaktu hari pertandingan yang membuatkan beliau tidak dapat menyampaikan vokalnya dengan baik sepertimana di dalam album. Demi memgelakkan hal di antara Mega dengan Jojo's Production berterusan, Zarith menarik diri dari meneruskan perjuangan bersama Mega.

ZARITH merupakan vokalis album pertama MEGA (1989) yang menjadi penyanyi solo pada tahun 1991 menerusi album pertamanya EVA di bawah terbitan Hattan & Amanah Rekord. Terdapat sebuah lagu di dalam album ini merupakan ciptaan Hattan yang pernah dibawa kumpulan lama beliau iaitu Pratayuda dalam album War Rock 1 (1986), untuk album Zarith ini lirik serta tajuknya telah ditukar, cuba teka apa tajuk lagu itu.

Album Zarith - Eva 1991

  1. Eva
  2. Bisikan Kebenaran
  3. Dosa Zaman Sekarang
  4. Sepasang Sayap Impian
  5. Ruang
  6. Potret Kenangan
  7. Hie! Hie! Dunia
  8. Kita Boleh
  9. Cabaran
  10. Cinta Sedingin Bayu