Pergi ke kandungan

Zaaim Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zaaim bin Abdullah atau kini lebih dikenali sebagai Zaaim adalah merupakan penyanyi lelaki di Malaysia. Beliau merupakan bekas protege kepada Siti Nordiana didalam Mentor 7 pada tahun 2018 dan juga merupakan juara didalam program realiti televisyen tersebut.[1]

Zaaim Abdullah
Nama lahirZaaim bin Abdullah
Juga dikenali sebagai
Zaaim Mentor 7
Kelahiran1990 (umur 32-33)
Kedah Alor Setar, Kedah, Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2018-kini
Kerjaya muzik
GenrePop, Balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Siti Nordiana
Laman sesawang
[1]

Asalnya menyara kehidupan sebagai pekerja restoran makanan segera. Merupakan juara program realiti nyanyian terbitan TV3, Mentor musim ketujuh (Mentor 7) menewaskan Amirul yang juga protoge Hafiz Suip, Pasya (Aizat) dan Ranisha (Datuk Syafinaz) di peringkat akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Lagu Gemuruh (duet bersama Lan Solo) dan Bukan Rayuan Gombal (Judika) yang dipertaruhkan anak didik kepada mentor penyanyi Siti Nordiana (Nana) ini membawa tuah kemenangan buatnya sekaligus membawa pulang ganjaran wang tunai berjumlah RM80,000 serta sebuah kereta bernilai RM70,000.

Sebenarnya Zaaim berhasrat ingin mempertaruhkan lagu balada seperti Sumpah Cintaku dipopularkan Asfan Shah atau lagu klasik seperti Azura (Datuk Jamal Abdillah), namun terpaksa akur dengan permintaan Nana yang bertegas ingin dirinya mendendangkan lagu Bukan Rayuan Gombal (Judika).

Kelihatan gementar sewaktu ditemubual media kerana mengatakan masih terkejut dengan takhta juara yang disandang. Mendedikasikan kemenangan itu buat ibu tercinta yang juga menjadi penonton di konsert kemuncak berkenaan. Ingin dikenali sebagai penyanyi yang memperjuangkan muzik bergenre rock balada kerana dianggap bersesuaian dengan karakter vokalnya. Namun Nana menyifatkan vokal Zaaim berkebolehan menyanyi pelbagai jenis muzik kerana dalam pertandingan itu sendiri, jejaka itu telah menggalas cabaran membawa lagu-lagu irama Malaysia, Hindi, rock dan balada.

Nana juga mendedahkan Zaaim seorang yang amat pemalu di awal kemunculan beliau. Meskipun mampu mendabik dada sebagai juara rancangan realiti popular itu, namun Nana menasihatkan agar Zaaim mempelajari teknik berkomunikasi serta perlu pandai menjaga imej penampilan diri. Selain itu, anak muda berkenaan dikatakannya harus sentiasa merendah diri, bersemangat untuk terus mempelajari perkara baru, terbuka menerima sebarang teguran serta dapat bekerja dengan pelbagai jenis orang dalam industri hiburan yang semestinya mempunyai bermacam ragam yang perlu difahami.

Nana juga akan terus memberi bantuan sedaya mungkin buat bakat baharu itu di masa mendatang. [2]

Zaaim memulakan karier seninya pada tahun 2018 dimana beliau telah menyertai Mentor (musim 7) dan berjaya terpilih sebagai protege kepada penyanyi Siti Nordiana pada ketika itu. Beliau juga berjaya melangkah ke pentas akhir dan menewaskan tiga orang lagi pencabar terdekatnya ketika itu. Berikut adalah persembahan beliau didalam pertandingan tersebut;

Konsert Lagu (penyanyi asal) Ked.
Minggu 2 "Gugurnya Bunga Cinta" (Laksamana) Terpilih
Minggu 3 "Dirantai Digelangi Rindu" (Exists) 2nd
Minggu 4 "Cintamu Mekar Dihati" (May) 1st
Minggu 5 "Kehilangan" (Firman) 1st
Minggu 6 "Ghazal Untuk Rabiah" (Jamal Abdillah & M. Nasir) 1st
Minggu 7 "Januari" (Glenn Fredly) 2nd
Minggu 8 "Seroja" (Search) 2nd
"Medley Hindustan" (Various Artist)
Minggu Akhir "Gemuruh" (Wings) Juara
"Bukan Rayuan Gombal" (Judika)

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Judul Komposer Lirik Album
2019 "Fahami Cinta" Kadok Tam Spider Single

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Acara Peranan Saluran TV Catatan
2018 Mentor (musim 7) Peserta TV3 Juara