Warsaw
Rencana ini perlu dikemas kini.(Disember 2022) |
Bandar Ibu Negara Warsaw
Miasto Stołeczne Warszawa | |
---|---|
Cogan kata: Semper invicta ("Selama-lamanya tidak terkalahkan") | |
Negara | Poland |
Voivodeship | Województwo mazowieckie |
Kaunti | kaunti bandar |
Hak bandar raya | Awal abad ke-13 |
Boroughs | |
Pentadbiran | |
• Datuk bandar | Hanna Gronkiewicz-Waltz (PO) |
Keluasan | |
• Bandar Raya | 517 km2 (200 batu persegi) |
• Metro | 6,100.43 km2 (2,355.39 batu persegi) |
Aras | 78−121 m (328 ft) |
Penduduk (2014) | |
• Bandar Raya | 1,729,119 |
• Kepadatan | 3,334/km2 (8,640/batu persegi) |
• Metro | 3,350,000 |
• Kepadatan metro | 549.19/km2 (1,422.4/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
Poskod | 00-001 hingga 04-999 |
Kod kawasan | +48 22 |
Plat lesen | WA, WB, WD, WE, WF, WH, WI, WJ, WK, WN, WT, WU, WW, WX, WY |
Laman sesawang | www.um.warszawa.pl |
Warsaw adalah ibu negara Poland dan bandarnya yang paling besar. Ia terletak di Sungai Vistula sekitar 370 km dari pantai laut. Penduduknya pada 2004 ditaksir sebanyak 1,692,900 orang, atau 2,760,000 jika ditambah penduduk di pinggiran bandar. Luas bandar adalah 516.9 km², atau 6100.43 km² jika ditambah luas bandar satelit (dikenali sebagai Obszar Metropolitalny Warszawy - Kawasan Metropolitan Warsaw).
Bandar raya berkenaan juga merupakan ibu kota Masovian Voivodship, adalah merupakan tuan rumah kepada banyak industri; ia juga menampilkan 66 institusi pengajian tinggi, termasuklah Warsaw University, Stefan Wyszyński University, Warsaw University of Technology, Warsaw School of Economics, dan Akademi Perubatan. Warsaw adalah rumah kepada 30 panggung, termasuklah Panggung Negara dan Opera dan juga Orkestra Filharmonik Kebangsaan.
Warsaw penting di dunia antarabangsa karena memberikan namanya kepada Pakatan Warsaw (Warsaw Pact).