Tragedi Semenyih
Tragedi Semenyih merupakan peristiwa tragik di Malaysia. Pada 1998, seramai 24 pendatang asing tanpa izin terbunuh daripada 513 tahanan di Depo Imigresen Semenyih. Tragedi ini menjadi isu antarabangsa termasuk berkaitan kes Irene Fernandes yang diheret ke mahkamah.
Punca
[sunting | sunting sumber]- Pelarian daripada Acheh enggan pulang ke Indonesia menggunakan kapal tentera Indonesia yang disediakan oleh kerajaan Indonesia. Dua buah kapal dari TNI Indonesia telah sedia menanti di Pelabuhan Lumut dan Pelabuhan Klang.
- Pendatang dari Acheh takut mereka akan ditangkap dan dipenjarakan oleh TNI Indonesia.
- TNI Indonesia sedang mmperhebatkan gerakan memburu anggota Gerakan Acheh Merdeka di Acheh ketika itu. Kebanyakan tentera TNI ini adalah dari keturunan Jawa dari pulau Jawa yang menimbulkan rasa curiga dengan penduduk Sumatera Utara.
- Lagipun mereka nanti tidak dihantar ke Acheh, sebaliknya akan di hantar ke Pelabuhan Tanjung Periuk, pulau Jawa, Indonesia.
Detik peristiwa
[sunting | sunting sumber]Pada pagi Khamis 26 Mac 1998, mereka membantah arahan polis yang bertugas. Sebelum itu mereka telah didokumentasikan seperti nama, alamat asal, dokumen pengenalan , majikan di Malaysia, cara datang ke Malaysia dan sebagainya. Mereka turut diberi taklimat tentang proses penghantaran pulang ke Indonesia.
Semakin ramai menjerit-jerit mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak memberikan kerjasama serta merusuh. Mereka tidak dapat bersabar lagi dengan soal-siasat terperinci seolah-olah telah melakukan jenayah berat.
Ada antara mereka mencabut besi pagar untuk dijadikan senjata. Pelbagai jenis senjata lain turut ditemui. Blok-blok asrama telah dibakar. Timbul pelbagai dakwaan kemudiannya.
Jam 5.15 petang 26 Mac 1998 puluhan trak dan anggota FRU lengkap bersenjata dari Kuala Lumpur telah sampai di Semenyih .FRU telah mengarahkan tahanan untuk memberikan kerjasama tetapi tidak dipedulikan . Malahan FRU telah diserangkan. Akibatnya 24 terbunuh dan puluhan lagi yang cedera.
Menurut data polis, jumlah sebenar ialah 7 pendatang asing tanpa izin mati dan seorang anggota FRU. FRU tidak menyerang mereka, sebaliknya mempertahankan diri dari diserang pendatang tersebut.
Insiden yang sama juga berlaku di Pusat Tahanan di Melaka, Negeri Sembilan dan juga Pulau Pinang tetapi mujur tidak melibatkan sebarang kematian. Ramai yang mendakwa sebagai pelarian politik Acheh tanpa bukti yang mencukupi.
Suruhanjaya Hak Kemanusiaan PBB di Malaysia, Jawatankuasa Bulan Sabit Merah Antarabangsa (ICRC) dan pemimpin pembangkang DAP dan Tenaganita menemui pelarian-pelarian itu bagi mendapat maklumat lanjut.
Penafian Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Penghantaran pulang merupakan satu proses biasa. Mereka ditahan untuk urusan dokumentasi sebelum dihantar pulang.
- Mereka yang dihantar pulang itu bukan pelarian politik Acheh. Sebaliknya mereka pendatang asing tanpa izin yang melanggar peraturan imigresen atas desakan ekonomi.
- Kesesakan depot tahanan imigresen telah memaksa kerajaan mempercepatkan penghantar pulang.
- Malaysia tidak mahu menjadi tapak kumpulan pemberontak negara jiran seperti pemberiontak Acheh. Malaysia memandang mereka masuk secara illegal sebagai pendatang haram tanpa mengira mereka dari Acheh atau tidak.
- Malaysia tidak berupaya menampung 10,000 orang pendatang asing tanpa izin di dalam Depot Tahanan Imigresen. Bagi mengurangkan kepadatan kem, Malaysia hantar mereka secepat mungkin.
- Dari Januari - Mac 1998 Malaysia telah menghantar pulang 26,000 pendatang haram dari kem tahanan di seluruh negeri. Ada sekitar 800,000 pendatang haram di Malaysia. Setiap hari betambah 500 orang.
- Biasanya mereka mendakwa sebagai pelarian politik akan berkunjung ke pejabat UNHCR di Bukit Petaling , Petaling Jaya, Selangor. Ketua Polis Negara Malaysia ,Tan Sri Norian Mai menyatakan terdapat 1,279 tahanan di Depot Machap Umboo, 677 di Lenggeng, 1,552 di Semenyih dan 1,311 di Pekan Nanas pada tahun 1998.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Missbach, Antje (31 Mei 2017). Separatist Conflict in Indonesia: The Long-distance Politics of the Acehnese Diaspora. Routledge. m/s. 72.
- Heri, Zulfan (2001). Suara reformasi dari negeri jiran. Universiti Michigan: UNRI Press. ISBN 9789798692734.