Pergi ke kandungan

Teori kritikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pascamodenisme
didahului Modenisme

Kepostmodenan
Falsafah pascamoden
Seni bina pascamoden
Seni pascamoden
Filem pascamoden
Kesusasteraan pascamoden
Muzik pascamoden
Teater pascamoden
Teori kritikal
Globalisasi
Kepenggunaan
Minimalisme
Minimalisme muzik

Teori kritikal mempunyai dua makna dalam bidang kemanusiaan dan bidang sains sosial, iaitu berkenaan dengan teori sosial dan kritikan kesusasteraan. Dahulunya, dua maksud ini berbeza, tetapi menjelang 1970-an terdapat sedikit persamaan antara kedua-duanya.

Teori kritikal dalam teori sosial

[sunting | sunting sumber]

Maksud pertama teori kritikal diperincikan oleh Max Horkheimer pada 1937. Beliau menjelaskan teori kritikal sebagai teori sosial yang menjurus terhadap mengkritik dan mengubah masyarakat secara keseluruhan, berbeza daripada teori tradisional yang lebih kepada memahami atau menerangkan masyarakat.

Teori kritikal dalam kritikan kesusasteraan

[sunting | sunting sumber]

Maksud kedua teori kritikal digunakan dalam teori kesusateraan serta analisis dan pemahaman kesusasteraan. Teori ini menekankan pemahaman dan penilaian karya sastera yang wajar.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]