Pergi ke kandungan

Tentera Darat Kuwait

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Darat Kuwait
Arab: القوات البرية الكويتي
Negara Kuwait
Kesetiaan Kuwait
CawanganAngkatan Tentera Kuwait
JenisTentera darat
Saiz60,000 anggota
PangkalanKuwait City
Nama samaranHis Highness Land Force
Motoالله والوطن والامير
Allah, Negara & Emir
WarnaHijau & Merah
PeringatanHari Kebangsaan dan Pembebasan (25 dan 26 Februari)
Pertempuran
PenobatanAnugerah dan hiasan ketenteraan
Komander
Assistant Chief Combat Commander of Kuwait Land ForceBrigadier Mohammad Al-Dhafiri[1]
Komander
terkenal
Mubarak Al-Sabah
Ahmad Al-Jaber Al-Sabah
Rahmah ibn Jabir al-Jalhami

Tentera Darat Kuwait, telah ditubuhkan pada tahun 1949. Ia merupakan cabang ketenteraan tertua dalam Angkatan Tentera Kuwait.[2] Sebelumnya, pasukan kavalri dan infantrinya beroperasi di kawasan padang pasir dan metropolitan pada tahun 1919, 1920 dan 1928 sehingga 1938, dengan susur galur secara terus dengan pasukan yang mempertahankan kubu Al-Kout sejak kurun ke-19 dengan pelbagai pasukan pertahanan menunggang. "Tentera Darat Kuwait" yang kemudian dijenamakan semula sebagai Pasukan Darat Kuwait, yang mana menjadi tunjang utama dalam Angkatan Tentera Kuwait.

Tentera Darat Kuwait telah ditubuhkan pada tahun 1949 oleh Field Marshal Sheikh Abdullah Mubarak Al-Sabah (1949–1961) di mana pada waktu ini ia masih sebahagian daripada Direktorat Pasukan Keselamatan Awam pada tahun 1938 sebelum dipecahkan pada tahun 1953. Semasa Sheikh Abdullah Mubarak Al-Sabah mengetuai Direktorat Pasukan Keselamatan Awam yang mana terdiri daripada Tentera Darat Kuwait; ia diketuai oleh timbalan komander Kolonel Mubarak Abdullah Al-Jaber Al-Sabah.

Pada tahun 1990 dan 1991, semasa Perang Teluk Pertama, kebanyakan kelengkapannya telah dirampas atau dimusnahkan oleh pasukan tentera Iraq. Pada waktu ini, pasukan tentera Kuwait lebih kecil.

Pada awal 2024, sehingga 149 buah kereta kebal M-84AB telah dihantar ke kilang Djuro Djakovic di Croatia untuk diperbaharui dan dibaiki di mana ia kemudian dipercayai akan dihantar ke Ukraine.[3]

Struktur dan organisasi

[sunting | sunting sumber]
  • Briged Mekanis Pembebasan ke-6
  • Briged Berperisai Mubarak ke-15
  • Briged Mekanis Al-Soor ke-26
  • Briged Berperisai Shahid (Syuhada) ke-35
  • Briged Mekanis Saleh Al-Mohammed ke-94
  • Briged Komando (Bebas) ke-25
  • Pihak Berkuasa Pengawal (Bebas) Emiri
  • Pihak Berkuasa Polis Tentera (Bebas) Kuwait
  • Diretorat Perkhidmatan Bomba Tentera Kuwait

Peralatan

[sunting | sunting sumber]
Kereta kebal M-84AB semasa dalam perbarisan pada 25 dan 26 Februari 2011 bersama-sama anggota tentera 34 buah negara gabungan; merayakan sambutan Kemerdekaan ke-50, Pembebasan ke-20 dan pertabalan Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah ke-5 ke atas takhta negara Kuwait.

Kenderaan tempur berperisai

[sunting | sunting sumber]
Nama Foto Asal Jenis Jumlah Nota
M1A2 Abrams  Amerika Syarikat Kereta kebal utama 218[4]
M-84AB  Yugoslavia Kereta kebal utama 149[5] 200 buah dipesan pada tahun 1989 dan 15 buah dalam perkhidmatan pada tahun 1990. Pada tahun 2024, ia dihantar ke Croatia untuk diperbaharui.[3]
T-90MS Rusia Kereta kebal utama 0

(146)

146 buah kereta kebal T-90MS untuk mengantikan M-84.[6]
Desert Warrior United Kingdom Kenderaan tempur infantri 254 236 buah dengan meriam 25 mm, 18 buah sebagai APC. Pada tahun 2009, Kuwait menaik taraf sistem kawalan tembakan, peralatan (GITS II), sistem bidikan haba dipertingkat dan radar Infra Merah Pandang Hadapan Generasi Kedua
BMP-3  Kesatuan Soviet Kenderaan tempur infantri ~200 142 buah telah diserahkan pada tahun 1994–1997. Satu kontrak baharu telah ditandatangani pada 2009 untuk 70 buah BMP-3M yang mana diserahkan pada tahun 2010-2011. Satu kontrak lain telah ditandatangani pada tahun 2014 untuk 33 buah lagi. Kontrak ini berkuatkuasa pada 30 September 2015.
BMP-2  Kesatuan Soviet Kenderaan tempur infantri 76 245 buah telah diserahkan antara tahun 1989–90 dan 46 buah antara tahun 1994–95, 76 buah masih dioperasikan setakat tahun 2005
M113A2  Amerika Syarikat Pengangkut anggota berperisai 260 230 M113A2, 30 M577 (CP)
M577  Amerika Syarikat Pengangkut anggota berperisai 30 Tentera Darat Kuwait menggunakan 30 buah M577 Command Post Vehicles, kebanyakan adalah M577A1. Berikutan Perang Teluk 1991, sejumlah M577A3 telah dibeli daripada A.S untuk menggantikan kenderaan yang dimusnahkan oleh tentera Iraq.
Fahd 240 Mesir Pengangkut anggota berperisai 60 Pengguna kedua terbesar pada tahun 1988. Fahd telah digunakan oleh pihak Kuwait semasa serangan ke atas Kuwait, apabila ia kehilangan daripada pegangannya. Kuwait menerima jumlah tambahan pada tahun 1994, dan kebanyakan unit-unit yang dirampas dipulangkan oleh Iraq pada tahun 1995.[7]
M88A2 Hercules  Amerika Syarikat Kenderaan kembalik berperisai 14 14 buah M88A2 dalam perkhidmatan dengan Tentera darat Kuwait, dan 19 buah lagi dipesan daripada Amerika Syarikat.[8]
M-84AI  Poland /  Yugoslavia Kenderaan kembalik berperisai 15 WZT-3 buatan Poland dibina secara berlesen oleh Yugoslavia sebagai M-84AI
Fuchs 2 NBC-RS  Jerman Pengangkut anggota berperisai 0 Kenderaan NBC, 12 buah dipesan[9]

Kenderaan utiliti dan logistik

[sunting | sunting sumber]
Nama Foto Asal Jenis Jumlah Nota
Humvee  Amerika Syarikat Kenderaan beroda pelbagai guna Tidak diketahui Kenderaan dijual melalui program Jualan Ketenteraan Luar Negara A.S

Artileri medan gerak sendiri

[sunting | sunting sumber]
Nama Foto Asal Jenis Jumlah Nota
PLZ-45  Republik Rakyat China Howitzer gerak sendiri 51 (51) 27 buah PLZ-45 (untuk membentuk sebuah platun latihan dan batalion pertama) Dipesan pada tahun 1998 dan diserahkan pada tahun 2000–2001. 24 buah howitzer (untuk membentuk batalion kedua) telah dipesan pada tahun 2001 dan diserahkan pada tahun 2002–2003.
M-109A1B  Amerika Syarikat Howitzer gerak sendiri 23 Ditarik keluar daripada perkhidmatan

Sistem pelancar roket berganda

Nama Foto Asal Jenis Jumlah Nota
BM-30 Smerch  Kesatuan Soviet / Rusia Pelancar roket berganda 27 Dibeli pada tahun 1995–96

Anti kereta kebal

[sunting | sunting sumber]
Nama Asal Jenis Jumlah Nota
RPG-7 Soviet Union Grenad didorong roket
TOW M-901 Amerika Syarikat Peluru berpandu anti kereta kebal 400
M966/M966A1 Amerika Syarikat Pembawa peluru berpandu TOW 900
TOW II Amerika Syarikat Peluru berpandu anti kereta kebal 82 buah pelancar
9M113 Konkurs Soviet Union Peluru berpandu anti kereta kebal 2,402 peluru berpandu
9K111 Fagot Soviet Union Peluru berpandu anti kereta kebal 4,601 peluru berpandu
AT-10 Rusia Peluru berpandu anti kereta kebal 1,250 peluru berpandu
9M133 Kornet Rusia Peluru berpandu anti kereta kebal
Carl Gustav M3 Sweden Raifal tanpa sentakan 200

Senjata api

[sunting | sunting sumber]
Model Foto Asal Jenis Kaliber Nota
Pistol
Beretta 92  Itali Pistol 9×19mm Parabellum
Sub mesingan
MP5  Jerman Sub mesingan 9×19mm NATO [10]
Raifal
Bushmaster M4A3  Amerika Syarikat Karbin 5.56×45mm NATO Digunakan oleh Briged Komando ke-25.[11]
M4 carbine  Amerika Syarikat Karbin 5.56×45mm NATO [12]
M16A2  Amerika Syarikat Raifal serbu 5.56×45mm NATO [13]
Mesingan
Mesingan M60  Amerika Syarikat Mesingan kegunaan am 7.62×51mm NATO
M2 Browning  Amerika Syarikat Mesingan berat 12.7×99mm NATO Kebanyakan dipasang pada kenderaan.
Sniper rifles and designated marksman rifles
M107/M107A1  Amerika Syarikat Raifal anti material 12.7×99mm NATO Raifal penembak tepat standard.
Pelancar grenad
Pelancar grenad M203  Amerika Syarikat Pelancar grenad 40×46mm SR
Senjata anti perisai / kereta kebal
9M133 Kornet Rusia Peluru berpandu anti kereta kebal panduan laser 152 mm
BGM-71 TOW  Amerika Syarikat Peluru berpandu anti kereta kebal panduan wayar 152 mm
RPG-7  Kesatuan Soviet Roket anti kereta kebal
M3 MAAWS  Sweden Raifal tanpa sentak anti kereta kebal 84 mm

Pangkat Tentera Darat Kuwait

[sunting | sunting sumber]

Baginda Emir Kuwait: Panglima tertinggi Angkatan Tentera Kuwait (Arab: القائد الأعلى للقوات المسلحة الكويتية)

Baginda Putera Mahkota Kuwait: Timbalan Panglima tertinggi Angkatan Tentera Kuwait (Arab: نائب القائد الأعلى للقوات المسلحة الكويتية)

Pegawai bertauliah

[sunting | sunting sumber]
Kumpulan pangkat Jeneral/pegawai bendera Pegawai medan/kanan Pegawai junior Pegawai kadet
Bendera Tentera Darat Kuwait Tentera Darat Kuwait
فريق أول‎‎
Fariq 'awal
فريق
Fariq
لواء
Liwa
عميد
Amid
عقيد
Aqid
مقدم
Muqaddam
رائد
Ra'id
نقيب
Naqib
ملازم أول
Mulazim awwal
ملازم
Mulazim

Lain-lain pangkat

[sunting | sunting sumber]
Rank group Pegawai tak bertauliah kanan Pegawai tak bertauliah junior Lain-lain pangkat
Bendera Tentera Darat Kuwait Tentera Darat Kuwait
No insignia
وكيل أول
Wakil 'awal
وكيل
Wakil
رقيب أول
Raqib 'awal
رقیب
Raqib
عريف
Earif
جندي أول
Jundiun awwal
جندي
Jundiun‎‎‎‎

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ https://www.tacticalreport.com/news/article/49199-kuwait-brigadier-mohammad-al-dhafiri-new-klf-commander
  2. ^ Enein, Youssef H. Aboul (May–June 2004). "A History of the Kuwaiti Armed Forces". Military Review. 84 (3). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2017.
  3. ^ a b "The Fearsome Tanks That Fought Saddam Hussein May Soon Come for Vladimir Putin". Popular Mechanics (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-02. Dicapai pada 2024-04-26.
  4. ^ "Kuwait receives first M1A2K tank". Janes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-06.
  5. ^ Isidorovic, Nikola (2021-04-21). "M-84". Tank Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-06.
  6. ^ "Contract with Kuwait to supply T-90MS tanks can be signed before yearend". TASS. Dicapai pada 2023-05-07.
  7. ^ John Pike (2013-04-22). "Kuwait – Army Equipment". Globalsecurity.org. Dicapai pada 2014-03-24.
  8. ^ "Kuwait buys $281m worth of armoured vehicles from US". Middle East Monitor (dalam bahasa Inggeris). 2019-10-14. Dicapai pada 2023-05-07.
  9. ^ Army Recognition. "World Defence News: Rheinmetall of Germany contract to supply 12 Fuchs 2 NBC 6x6 reconnaissance vehicles to Kuwait". worlddefencenews.blogspot.com.
  10. ^ Rottman 1993, m/s. 53.
  11. ^ Neville 2019, m/s. 46.
  12. ^ US Directorate of Defense Trade Controls. Notifications to the 108th Congress (November 2004)
  13. ^ "wiw_me_kuwait – worldinventory". sites.google.com.[pautan mati kekal]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]