Pergi ke kandungan

Stesen Kampung Batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Batu
LokasiStesen MRT Kampung Batu, Kampung Batu, Pekan Batu, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°12′17″N 101°40′32″E / 3.20472°N 101.67556°E / 3.20472; 101.67556Koordinat: 3°12′17″N 101°40′32″E / 3.20472°N 101.67556°E / 3.20472; 101.67556
Dimiliki olehMRT Corp dan Keretapi Tanah Melayu
Laluan1 Seremban
12 Putrajaya
Platform1 platform tengah (MRT)
2 platform sisi (KTM)
Trek4
Pengendali kereta apiKeretapi Tanah Melayu dan RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T120, 173
Pengangkutan bas Bas GoKL: Merah Manggis
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen KC03   PY13 
Sejarah
Dibuka1 Julai 2010; 14 tahun yang lalu (2010-07)
12 16 Jun 2022; 2 tahun yang lalu (2022-06-16)
DielektrikkanYa
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   KTM Komuter   Stesen berikutnya
menghala ke Batu Caves atau KL Sentral
Laluan Seremban
menghala ke Pulau Sebang/Tampin atau Sentul
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya
menghala ke Putrajaya Sentral (dalam pembinaan)
Lokasi
Map

Stesen Kampung Batu ialah stesen pertukaran antara Transit Aliran Massa (MRT) dan KTM Komuter di Kampung Batu, Kuala Lumpur, Malaysia di mana Laluan Putrajaya dan Laluan Seremban berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dibuka pada tahun 2010 bagi perkhidmatan Laluan Seremban manakala Laluan Putrajaya pula, dibuka secara rasmi pada 16 Jun 2022 dibawah pembukaan Fasa 1 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Sri Delima dan Stesen MRT Kentonmen serta mempunyai kod stesen iaitu PY13 bagi perkhidmatan MRT manakala perkhidmatan bagi komuter, ia terletak di antara Stesen Komuter Taman Wahyu dan Stesen Komuter Batu Kentonmen dan mempunyai kod stesen KC03.[1]

Platform stesen komuter Kampung Batu.

Stesen in dibina diantara Stesen Komuter Taman Wahyu dan Stesen Komuter Batu Kentonmen di laluan KTM Komuter diantara Batu Caves ke Pelabuhan Klang. Stesen yang ada sebelum ini hanya diguna ketika perayaan Thaipusam bagi kemudahan penganut Hindu untuk mengunjungi kuil di Batu Caves.

Stesen ini antara Batu Caves dan Sentul sebagai sebahagian daripada landasan tunggal dan laluan tidak berelektrik. Semasa pelan induk Sentul Raya oleh YTL Corporation Berhad, stesen Kampung Batu telah dirobohkan, dan dibangunkan semula untuk sambungan laluan KTM Komuter Pelabuhan Klang-Sentul. Setelah siap dibina pada Julai 2010, stesen ini telah menyediakan perkhidmatan pertama kalinya ke Laluan Pelabuhan Klang yang menghala dari Pelabuhan Klang ke Batu Caves. Pada Disember 2015, perubahan dalam perkhidmatan Komuter KTM telah dibuat. Jajaran laluan kereta api antara stesen Sentul dan Batu Caves termasuk stesen Kampung Batu telah dipindahkan ke Laluan Seremban, menuju ke terminal stesen Pulau Sebang/Tampin dan Batu Caves.[2]

Orang ramai menunggu stesen MRT Kampung Batu dibuka pada 16 Jun 2022.
Pintu A stesen.

Projek Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang kini dikenali sebagai Laluan Putrajaya telah mula dibina secara rasmi pada 15 September 2016. Pada hari yang sama juga, nama stesen "Kampung Batu" diumumkan sebagai salah-satu stesen Laluan MRT Putrajaya di dalam video "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" (Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP)) di saluran rasmi MRT Corp di Youtube dengan kod S09.[3][4]

Pembinaan tanjakan MRT Laluan Putrajaya dan kerja-kerja berkaitan terbahagi kepada sebelas pakej iaitu, V201 hingga V210, dan bawah tanah. Stesen MRT Kampung Batu telah terpilih dan akan dibina di bawah Pakej V203, bermula dari Jinjang hingga ke Portal Jalan Ipoh. Jajaran ini melibatkan tiga stesen Laluan Putrajaya iaitu, Stesen MRT Sri Delima, Stesen MRT Kentonmen dan Stesen MRT Jalan Ipoh dan memiliki panjang 4.6 kilometer (2.9 bt).[5] Kontak pembinaan tanjakan di bawah Pakej V203 telah diberikan kepada IJM Construction Sdn. Bhd pada 19 Mei 2016.[6] Manakala, kontrak pembinaan stesen dan kerja-kerja berkaitan di Stesen MRT Kampung Batu (atau stesen di bawah pakej S203 iaitu bermula Stesen Sri Delima hingga Stesen Jalan Ipoh) telah dianugerahkan kepada syarikat sama iaitu, IJM Construction Sdn. Bhd, pada 14 Jun 2017 dengan jumlah sebanyak RM 342.18 juta..[7][6]

Pembukaan stesen-stesen Laluan Putrajaya terbahagi kepada dua fasa; Fasa 1 dan Fasa 2. Pada asalnya, Stesen MRT Kampung Batu akan dibuka di bawah Fasa 1 pada Jun 2021 bersama-sama dengan stesen lain iaitu dari Stesen MRT Kwasa Damansara hingga ke stesen ini.[8] Namun, ia telah ditangguhkan ke November 2021, tetapi ia dibatalkan juga akibat pandemik COVID_19 masih melanda di Malaysia.[9] MRT Corp telah membuat keputusan akhir dengan membuka stesen Laluan Putrajaya yang di bawah Fasa 1 secara rasmi pada 16 Jun 2022.[10]

Majlis perasmian Laluan Putrajaya dilakukan di Stesen MRT Kampung Batu pada 16 Jun 2022. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Ismail Sabri Yaakob pada jam 10.00 pagi. Stesen ini dibuka untuk orang ramai pada jam 3.00 petang waktu tempatan (WPM).[11]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]
Papan tanda stesen di aras platform Komuter.
Hentian sebelah untuk teksi dan bas.
Kemudahan untuk orang kurang upaya di stesen.

Stesen ini terletak di Jalan 1/18B, Kampung Batu. Ia terletak di dalam kawasan Kampung Batu, Kuala Lumpur. Stesen MRT Kampung Batu berhampiran dengan Pangsapuri Permai Ria, SJK (C) Mun Chong, Taman Batu Permai, Kuil Di Guan Kampung Batu, SMK Dato Ibrahim Yaacob, Jalan Kampung Batu, Jalan Kepong Lama, Pangsapuri Alam Puri, Taman Mastiara, SMK Tiara Permai, Surau Al-Falah dan PPR Pekan Batu.[12]

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2
Platform MRT
PY Arah Selatan 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Kentonmen)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
PY Arah Utara 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY01  Kwasa Damansara (Sri Delima)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
G
Platform KTM
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KTM Arah Utara 1 Laluan Seremban menghala ke Batu Caves (Taman Wahyu)
KTM Arah Selatan 1 Laluan Seremban menghala ke Pulau Sebang/Tampin (Batu Kentonmen)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU

Stesen MRT Kampung Batu adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya, manakala stesen komuter ialah stesen aras tanah dan mempunyai dua platform sisi.[4] Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen Kampung Batu dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan atau Park and Ride.[1] Kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda disediakan di Stesen MRT Kampung Batu. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna MRT dan Komuter. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Bagi pengguna yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan LRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat yang berbeza. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara.[13]

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]
Peta stesen dengan lokasi sekitar dengan skala 100 meter.

Secara keseluruhannya, Stesen MRT Kampung Batu mempunyai satu sahaja pintu sahaja buat masa sekarang. Ia terletak di aras tanah. Kedudukan Pintu A terletak di tenggara stesen mengarahkan pengguna ke KTM Kampung Batu, hentian sebelah serta Jalan 1/18B. Pintu B ditandakan akan datang pada peta stesen rasmi. Pintu A mempunyai kemudahan asas seperti tangga dan tangga gerak (eskalator) serta lif yang sesuai untuk pengguna orang kurang upaya. Perkhidmatan bas tempatan-ulang alik Bas Bandar GoKL laluan Merah Manggis dan bas RapidKL laluan 173 berkhidmat sepenuhnya di Pintu A.[14][15] Bagi stesen komuter, ia boleh dicapai terus dari Pintu A Stesen MRT Kampung Batu atau melalui jalan akses dari Jalan Kampung Batu dekat Kolej Antarabangsa Victoria dan Wisma Victoria. Bagi pejalan kaki, terdapat jejantas menyeberangi landasan kereta api dari Jalan Kampung Batu dekat Perhentian Bas SJK (C) Mun Chong menuju ke Pintu A Stesen MRT.

Stesen Laluan Putrajaya — Kampung Batu Rapid KL
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Tenggara stesen KTM Kampung Batu Akses OKU Pengangkutan bas
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, KTM Kampung Batu, Pangsapuri Permai Ria, Jalan 1/18B
B
Akan datang
Stesen Laluan Seremban — Kampung Batu Keretapi Tanah Melayu
1 Timur stesen MRT Kampung Batu Akses OKU Pengangkutan bas
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, MRT Kampung Batu, Pangsapuri Permai Ria, Jalan 1/18B
2 Barat stesen Off Jalan Kampung Batu Akses OKU
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Visma Victoria, Kampung Batu

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]
Bas Rapid KL lauan 173 ke Taman Jasa Utama
Bas Rapid KL lauan BC04 sempena Hari Thaipusam 2024
Laluan Koridor Pengendali Terminal[14] Jumlah perhentian
(termasuk terminal)
Ruj.
173  Koridor Jalan Ipoh RapidKL Taman Jasa Utama Lebuh Ampang 75 stesen [11]
BC04 MRT Kampung Batu Batu Caves (dekat Nissan) 2 stesen [16]
GOKL-08  Bas Bandar GoKL Stesen LRT Sentul PPR Kampung Batu Muda 37 stesen [17][11]
  1. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ "Komuter Routes in Malaysia" [Laluan Komuter di Malaysia]. Keretapi Tanah Melayu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 20, 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2021.
  3. ^ MRT Malaysia (2016-09-15). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube. Dicapai pada 2021-12-12.
  4. ^ a b "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 14 Mei 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  5. ^ "IJM's MRT2 viaduct package V203 award within expectations". The Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). 16 Mei 2016. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  6. ^ a b "Awarded Contracts" [Penganugerhan Kontrak]. MRT Corp (dalam bahasa Inggeris). Malaysia. Dicapai pada 2021-12-12.
  7. ^ Chong Jin Hun (Jun 15, 2017). "IJM wins RM342mil contract to build MRT stations". The Edge Market (dalam bahasa Inggeris). The Edge Communications Sdn. Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 15, 2017. Dicapai pada Disember 12, 2021.
  8. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  9. ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
  10. ^ Astro Awani (16 Jun 2022). "Fasa 1 MRT laluan Putrajaya beroperasi hari ini". Astro Awani. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  11. ^ a b c Sri Ayu Kartika Amri dan Raja Noraina Raja Rahim (16 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya dibuka". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  12. ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  13. ^ "Stesen MRT Kampung Batu". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 2021-10-18.
  14. ^ a b "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  15. ^ "Kampung Batu MRT Station" [Stesen MRT Kampung Batu]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  16. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | BC04" [MyRapid - Hentian Bas | BC04]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  17. ^ "Bas Bandar GoKL | Laluan Merah Manggis (Maroon) (LRT Sentul — PPR Kampung Batu Muda )" (PDF). Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]