Sloughi
Nama lain | Uskay (oska) Grehaun Barbar Grehaun Arab Sloughi Mughrabi | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Afrika Utara | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sloughi,[a][1] atau grehaun Arab,[b] ialah satu baka anjing bela jinak purba yang khususnya merupakan anggota keluarga anjing pemburu penglihatan. Ia berasal dari Afrika Utara dan terdapat di Algeria, di Tunisia, di Maghribi, dan di Libya.[2][3][4][5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sloughi telah wujud selama berabad-abad di Afrika Utara, terutamanya di Algeria, di Maghribi, di Tunisia, di Libya, dan di Mesir.[6] Perkataan sloughi berkemungkinan merupakan sebutan bahasa Barbar bagi saluki bahasa Arab, iaitu anjing pemburu penglihatan Arab yang kelihatan dan berkelakuan serupa; kedua-dua baka berkemungkinan mengongsi leluhur bersama.[6] Lukisan batu Neolitik Algeria, ditambah dengan lukisan makam dan hieroglif di Mesir, telah ditemukan sejelasnya menggambarkan anjing langsing dengan telinga terkelepai, membayangkan asal usul lebih awal baka ini.[6] Sloughi masih digunakan untuk perburuan di negara-negara Afrika Utara, serta menjadi anjing penjaga yang boleh dipercayai untuk keluarga. Sloughi diterima ke dalam FCI pada tahun 1998 dan menerima pengiktirafan oleh American Kennel Club selewat 1 Januari 2016 serta dapat bertanding dalam Kumpulan Hound AKC.[7][4][5]
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Walaupun serupa, sloughi tidak patut dikelirukan dengan saluki berlapis bulu lebih licin, mahupun dikelirukan dengan anjing pemburu Afghan berlapis bulu panjang. Sloughi ialah anjing pemburu penglihatan aktif bersaiz sederhana dan berbulu pendek (berlapis bulu licin) yang dikembangkan oleh orang Barbar di Afrika Utara (di kawasan termasuk Algeria, Maghribi, Tunisia, dan Libya) untuk memburu buruan seperti kelinci, rubah, jakal, gazel, antelop, grouse pasir, dan haiwan lebih kecil hingga sederhana lain.[7][8] Ia merupakan baka purba yang dihargai di Afrika Utara kerana kemahiran perburuan, kelajuan, ketangkasan, dan daya ketahanannya di sepanjang jarak jauh. Ia merupakan anjing pemburu penglihatan teguh, namun anggun dan racy dengan anggota, belakang, dan ekor berperkadaran sekata. Walaupun begitu, sloughi tidak dibiakbakakan untuk menjadi anjing rapuh. Sikap keseluruhannya adalah mulia dan agak menyendiri, tetapi dengan kesan kelas agung; ekspresi mata gelapnya adalah lemah lembut dan melankolik.[7][9] Di kawasan yang masih menyaksikan penggunaannya sebagai anjing pemburu penglihatan, penampilannya mdapat berbeza-beza dari rantau ke rantau berdasarkan ternakan pembiakbakaan dan keadaan persekitaran.[6]
Kepala sloughi panjang dan anggun dengan telinga terkelepai. Tubuh dan tungkai menunjukkan struktur bertulang jelas dan otot kuat dan langsing. Struktur rangkanya tegap. Garis atasnya pada asasnya mendatar lalu bersepadu ke arah krup bertulang dan mencondong dengan lancar. Ekornya panjang dan terangkat rendah-rendah dengan lengkung ke atas di hujungnya.[10][11]
Perangai
[sunting | sunting sumber]Sloughi ialah baka pemburu primitif yang menjalin ikatan sangat rapat dengan pemilik atau keluarganya sejak usia muda. Ia tidak bermungkinan terlebih malu atau agresif. Sloughi yang dibiakbakakan dengan baik dan tersosialisasi dengan baik ialah anggota keluarga stabil, penuh perhatian, dan terlebih penyayang.[12][6]
Piawaian American Sloughi Association menyatakan bahawa, "Sloughi ialah anjing yang mempunyai kelas dan keanggunan. Sikapnya mulia dan agak menyendiri."[12]
Oleh sebab asal usulnya sebagai pemburu dan penjaga bagi kaum nomad Sahara dan orang Badwi, sloughi menyendiri terhadap orang asing dan mengambil sedikit masa untuk bermesra dengan sahabat baharu. Sloughi juga mengharapkan pembatasan diri daripada orang dijumpai dan mungkin tidak menghargai mereka yang terlalu biasa. Sloughi juga terkenal kerana naluri primitifnya, kerana tidak seperti baka anjing pemburu penglihatan lain, ia sangat berwaspada dan bersifat teritorial yang menjadikannya dihargai oleh orang Barbar, bukan sahaja sebagai pemburu, tetapi sebagai anjing penjaga yang tidak takut.[12][13]
Sloughi yang tersosialisasi dengan tidak betul dapat menjadi pemalu dan atau agresif terhadap anjing lain dan pembiak baka perlu mempertimbangkan perangai dalam keputusan pembiakbakaan mereka dan anak anjing perlu menerima sosialisasi sesuai sejak usia muda supaya anak anjing matang menjadi dewasa yang tersesuai dengan baik. Sosialisasinya mesti termasuk bukan sahaja orang baharu, tetapi juga situasi baharu, persekitaran, dan anjing lain.[12]
Sloughi yang terbiasa dengan kanak-kanak adalah sangat baik dengan kanak-kanak. Seperti semua baka, kanak-kanak perlu diajar untuk menghormati anjing dan tidak menganiayanya.
Ia memerlukan senaman harian cukup untuk memenuhi keperluan fizikal, emosi, dan mentalnya. Ini bukan baka yang sangat sesuai untuk kehidupan pangsapuri tanpa rejimen senaman harian terancang termasuk derapan bebas.
Sloughi telah dibiakbakakan selama beribu-ribu tahun untuk meng-course dan, sebagai hasil, mempunyai dorongan pemangsa sangat tinggi. Ia dapat menjadi hebat dengan kucing, anjing kecil, dan haiwan lain jika ia diperkenalkan pada usia awal dan belajar bahawa haiwan peliharaan lain ini bukan mangsa.
Perwatakan sloughi juga lembut dan cerdas dan ia sensitif terhadap pembetulan. Ia mesti dilatih dengan kaedah yang juga cerdas dan sensitif. Kaedah pelatihan tangan tegas atau melibatkan tubuh tidak berkesan untuk mana-mana baka, tetapi ia amat memudaratkan terhadap perwatakan anjing pemburu penglihatan.[12]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Hanya sedikit keadaan genetik telah disahkan pada baka ini. Ini termasuk gangguan autoimun tertentu, seperti penyakit Addison dan sindrom usus rengsa dan atrofi retina progresif. Sloughi ialah salah satu baka yang ujian genetik untuk atrofi retina progresif untuknya telah dibangunkan dengan ujian darah ringkas. Seperti semua anjing pemburu penglihatan, sloughi sangat peka terhadap anestesia dan dapat menjadi peka terhadap vaksin, ubat cacing, dan ubat-ubatan lain—jadi, rawatan rutin ini patut dijarakkan antara satu sama lain dan bukannya diberikan sekaligus. Baka ini cenderung untuk menikmati kesihatan cemerlang sehingga usia tua.[14]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: سلوݢي , Sebutan bahasa Melayu: [slugi]; Arab: سلوقي, rumi: salūqiyy ; bahasa Inggeris: sloughi , /ˈsluːɡi/
- ^ Jawi: ݢريهاءون عرب ; bahasa Inggeris: Arabian greyhound
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sloughi" [Sloughi]. Encarta (dalam bahasa Inggeris). Microsoft Corporation. 1997–2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2024. Dicapai pada 24 Januari 2024.
- ^ Gibeault, Stephanie (29 Disember 2016). "The Sloughi is a Cherished Dog of North Africa – American Kennel Club" [Sloughi Ialah Anjing yang Dihargai dari Afrika Utara – American Kennel Club]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.
- ^ Fernandez, Amy (2 Januari 2009). "The Sloughi – An Ancient Hound Whose DNA Predates Christ" [Sloughi – Hound Purba yang DNA-nya Mendahului Kristus]. Canine Chronicle (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.
- ^ a b "Standard FCI N°188 SLOUGHI" [Piawaian FCI No. 188 Sloughi] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 8 Januari 1998. Dicapai pada 24 Januari 2024.
- ^ a b "FCI-Standard N° 188 SLOUGHI" [Piawaian FCI No. 188 Sloughi] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Moreau-Sipiere, Ermine; Triquet, Raymond. Dikemaskinikan oleh Jean-Maurice Paschoud. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 27 April 1998. Dicapai pada 24 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ a b c d e Bamford, Susan (Disember 2011). "The Sloughi – Slougui – Arabian Greyhound" [Sloughi – Slougui – Grehaun Arab] (PDF). Journal of the International Society for Preservation of Primitive Aboriginal Dogs (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Anjing Primitif dan Peribumi. 28: 4–23.
- ^ a b c "Sloughi Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Sloughi]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Ocerico Sloughis – Top Winning AKC Sloughis" (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "ShowSight Presents The Sloughi" [ShowSight Mempersembahkan Sloughi]. www.showsightonline.com (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Official Standard of the Sloughi" [Piawaian Rasmi Sloughi] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club.
- ^ Haddam, Hadi Youssouf; Mennani, Achour; Hamel, Wissam; Benhamadi, Mohamed Amine; Labbaci, Madani; Gaouar, Semir Bechir Suheil (25 Januari 2021). "Morphological characterization of an Algerian Sighthound known as The Sloughi raised in the Wilaya of Tlemcen, Northwest of Algeria" [Pencirian morfologi anjing pemburu penglihatan yang dikenali sebagai sloughi yang diternak di Wilayah Tlemcen, Barat Laut Algeria]. Genetics & Biodiversity Journal (dalam bahasa Inggeris). Universiti Tlemcen. 5 (1): 74–86. doi:10.46325/gabj.v5i1.172. ISSN 2588-185X. S2CID 247186414 Check
|s2cid=
value (bantuan). - ^ a b c d e "Temperament" [Perangai] (dalam bahasa Inggeris). American Sloughi Association. 3 Julai 2017.
- ^ Cosgrove, Nicole (28 Mac 2018). "Sloughi | Breed Info: Pictures, Characteristics, Facts, Traits" [Sloughi | Maklumat Baka: Gambar, Ciri, Fakta, Trait]. Hepper (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
- ^ "Sloughi Health Statement" [Pernyataan Kesihatan Sloughi] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). American Sloughi Association.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- American Sloughi Association (dalam bahasa Inggeris), Kelab Induk Kebangsaan AKC untuk Sloughi
- Sloughi in Europe (dalam bahasa Inggeris)
- Pangkalan Data Pedigri Sloughi (dalam bahasa Inggeris)