Pergi ke kandungan

Satelit semula jadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bulan merupakan satu perkataan yang merujuk kepada sebarang satelit semula jadi sebarang planet. Dianggarkan sekitar 140 bulan terdapat dalam lingkungan sistem suria Bumi, dan lebih banyak lagi yang dipercayai mengorbit planet di bintang lain. Biasanya gergasi gas yang besar mempunyai sistem bulan yang luas. Planet Utarid dan Zuhrah tidak mempunyai bulan sama sekali, Bumi mempunyai bulan tunggal yang besar, Marikh mempunyai dua bulan, and Pluto mempunyai satelit besar yang dikenali sebagai bulan Kharon (kadang-kala dianggap planet berkembar).

Animasi bulan (satelit semula jadi) mengorbit planetnya
Animasi bulan (satelit semula jadi) mengorbit planetnya
Kharon mengorbit Pluto sebagai bulannya
Kharon mengorbit Pluto sebagai bulannya

Kebanyakan bulan dipercayai terbentuk dari runtuhan region (collapsing region) cakera protoplanet yang sama seperti planet utama. Bagaimanapun, terdapat banyak pengecualian dan variasi kepada model piawaian pembentukan bulan ini diketahui atau dikemukakan. Beberapa bulan dipercayai objek asing yang ditawan, serpihan bulan lebih besar berkecai oleh hentaman kuat, atau (dalam kes Bulan Bumi) sebahagian planet itu sendiri tercampak keorbit oleh hentaman yang kuat. Oleh kerana kebanyakan bulan hanya diketahui melalui pemerhatian jarak jauh melalui probe atau teleskop, Kebanyakan teori mengenai mereka tidak begitu jelas.

Ciri-ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan bulan dalam sistem suria terikat pasang surut (tidal locking) kepada planet utama mereka; pengecualian adalah bulan planet Zuhal, bulan Hyperion, yang berputar melilau akibat pelbagai pengaruh luar. Tiada bulan mempunyai bulan mereka sendiri; kesan pasang-surut planet utama menjadikan orbit sekeliling mereka tidak stabil. Bagaimanapun beberapa bulan mempunyai teman dalam titik Lagrangian (contoh, bulan Zuhal, bulan Tethys dan bulan Dione).

Jumpaan baru mengenai bulan Ida asteroid Dactyl mengesahkan bahawa sesetengah asteroid turut mempunyai bulan asteroid. Sesetengah, seperti 90 Antiope, merupakan asteroid berkembar dengan dua komponen sama besar.

Bulan dalam sistem Suria

[sunting | sunting sumber]

Bulan terbesar dalam sistem suria (yang lebih besar dari 3000 km keratan rentas) adalah bulan bumi, bulan Galilean planet Musytari bulan Io, bulan Europa, bulan Ganymede, dan bulan Callisto, bulan planet Zuhal, bulan Titan, dan bulan yang ditawan planet Neptun, bulan Triton. Untuk bulan lebih kecil lihat planet berkenaan.

Jadual perbandingan mengelaskan bulan sistem suria menurut diameter, juga mempunyai ruang untuk asteroid, planet, dan objek lingkungan Kuiper yang terkenal.

Diameter(km) Bumi Marikh/ Mars Musytari/Jupiter Zuhal/ Saturn Uranus Neptun Pluto Objek lain
5000-6000

Ganymede Titan



4000-5000

Callisto




3000-4000 Bulan
Io

Europa






2000-3000




Triton
Pluto
1000-2000



Rhea

Iapetus
Dione
Tethys

Titania
Oberon
Umbriel
Ariel



90377 Sedna

90482 Orcus
50000 Quaoar
20000 Varuna

28978 Ixion
100-1000

Himalia

Amalthea

Enceladus

Mimas
Hyperion
Phoebe
Janus
Epimetheus
Prometheus

Bulan Miranda

Bulan Sycorax
Bulan Puck
Bulan Portia

Bulan Proteus

Bulan Nereid
Bulan Larissa
Bulan Galatea
Bulan Despina


Bulan Kharon
1 Ceres

2 Pallas
3 Juno
4 Vesta
(dan banyak lagi)

50-100

Bulan Thebe

Bulan Elara
Bulan Pasiphad

Bulan Pandora Bulan Caliban

Bulan Juliet
Bulan Belinda
Bulan Cressida
Bulan Rosalind
Bulan Desdemona
Bulan Bianca

Bulan Thalassa

Bulan Naiad
S/2002 N 4


(Terlalu banyak untuk disenarai)
10-50
Phobos

Deimos

Carme

Metis
Sinope
Lysithea
Ananke
Leda
Adrastea

Bulan Siarnaq

Bulan Atlas
Bulan Helene
Bulan Albiorix
Bulan Telesto
Bulan Pan
Bulan Paaliaq
Bulan Calypso
Bulan Ymir
Bulan Kiviuq
Bulan Tarvos
Bulan Ijiraq
Bulan Polydeuces

Bulan Ophelia

Bulan Cordelia
Bulan Setebos
Bulan Prospero
Bulan Stephano
S/1986 U 10
S/2001 U 2
S/2001 U 3
S/2003 U 3
Bulan Trinculo
S/2003 U 1
S/2003 U 2

S/2002 N1

S/2002 N 2
S/2002 N 3
S/2003 N 1


(Terlampau banyak untuk disenarai)
kurang dari 10 Cruithne¹
Sekurang-kurangnya 47, lihat senarai satelit semulajadi Musytari. Bulan Erriapo

Bulan Narvi
Bulan Skathi
Bulan Mundilfari
Bulan Suttungr
Bulan Thrymr
Bulan Pallene
Bulan Methone
S/2004 S 3
S/2005 S 1




(Terlampau banyak untuk disenarai)

¹ Ia dipertikaikan samada Cruithne dianggap bulan sebenar; ia diletakkan disini sebagai perbandingan.

Tambahan kepada bulan pelbagai planet terdapat juga 30 bulan asteroid, asteroid yang mengorbit asteroid lain.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Bulan Musytari

[sunting | sunting sumber]

Bulan Zuhal

[sunting | sunting sumber]

Bulan Neptun

[sunting | sunting sumber]

Semua bulan

[sunting | sunting sumber]