Samarkand (kumpulan muzik)
![Ini gambar kumpulan muzik Samarkand. (L-R) Rudolf Frank, Sujesh Pavithran, Martin Vengadesan, N Rama Lohan.](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/72/Samarkand_-_band.jpg/275px-Samarkand_-_band.jpg)
Samarkand ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang main rock progresif. Ia ditubuhkan pada 1998 dan anggotanya termasuk Martin Vengadesan (vokal utama/keyboard), Sujesh Pavithran (vokal utama/bass), NR Lohan (gitar) dan Rudolf Frank (dram). [1]
Band ini mencapai peringkat akhir MTV's Band Alert (Malaysia) pada tahun 1998, yang telah di menangi oleh kumpulan Tuku Kame.[2]
Mereka juga membuat persembahan di festival rock Rock The World pada Mac 2000[3] dan mengeluarkan album Spinning In Infinity pada tahun 2002.
![Ini gambar "reunion" Samarkand di Merdekarya pada tahun 2018.](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b3/Samarkand_band_at_Merdekarya.jpg/249px-Samarkand_band_at_Merdekarya.jpg)
Album ini mengandungi Thirty Pieces Of Silver, yang mencapai #6 pada carta Hitz FM, serta lagu-lagu rock progresif seperti Prelude To Dawn dan The Concise History Of Ethelred The Unready.
Pada tahun 2002, Vengadesan meninggalkan kumpulan dan digantikan oleh pemain gitar/keyboard Wong Lip Kee.
Samarkand akhirnya dibubarkan pada 2006 tetapi bersatu semula secara ringkas pada 2018 untuk siri rancangan ulang tahun ke-20.[4]
Selepas empat persembahan, kumpulan itu memutuskan untuk bersara namanya secara kekal.
Anggotanya telah masuk projek rakaman lain seperti Square Circles, Cats In Love[5] dan Martin Vengadesan & The Stalemate Factor[6].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Coming a full circle two decades on". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-23.
- ^ https://www.sonicbids.com/band/tukukame/
- ^ https://lymee.tripod.com/pastgig.html
- ^ https://thecitylist.my/blog/samarkand-20-year-reunion-24-26-august-various-2018
- ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/entertainment/2023/01/11/retro-rock-band-cats-in-love-debuts-first-single-in-17-years/
- ^ https://malaysiakini.com/news/553586