Pergi ke kandungan

Sallehudin Amiruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan

Sallehudin Amiruddin

Ahli Dewan Negeri Selangor
untukKuang
Dalam jawatan
2018–2023
Didahului oleh Abdul Shukur Idrus
Digantikan oleh Mohd Rafiq Mohd Abdullah
Majoriti2,860 (PRU-14)
Butiran peribadi
Parti politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (sehingga 2020)
Parti Pejuang Tanah Air (2020-kini)

Tuan Sallehudin Amiruddin ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Kuang selama sepenggal (2018-2023) setelah memenanginya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018[1] lalu.

Beliau merupakan antara lapan calon BERSATU di DUN Selangor. BERSATU bertanding di sembilan kerusi DUN sahaja iaitu Sungai Air Tawar, Batang Kali, Sungai Burong, Jeram, Kuang, Semenyih, Selat Klang, Sijangkang dan Dengkil. Walau bagaimanapun, BERSATU hanya menang 6/8 kerusi dan tewas di Sungai Air Tawar, Sungai Burong dan Sijangkang. ADUN Selat Klang, Abdul Rashid Asari satu-satunya wakil EXCO Selangor dari BERSATU.

Pasca-Langkah Sheraton yang menyaksikan BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan secara rasmi menyebabkan Abdul Rashid Asari digugurkan daripada EXCO Selangor dan kesemua ADUN BERSATU dipindahkan ke blok pembangkang. Namun demikian, tiga ADUN BERSATU Selangor iaitu ADUN Batang Kali (Harumaini Omar), ADUN Jeram (Mohd Shaid Rosli) dan ADUN Kuang (Sallehudin Amiruddin) telah menyertai Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan oleh Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir[2].

Ketiga-tiga ADUN tersebut dicalonkan di kerusi Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Selayang mewakili Gerakan Tanah Air dan parti PEJUANG pada PRU-15. Namun demikian, ketiga-tiga mereka tewas. Pada PRN Selangor ke-15, GTA dan PEJUANG tidak bertanding. Namun demikian, Sallehudin Amiruddin bertanding secara BEBAS di DUN Kuang[3].

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]