Pergi ke kandungan

Rumpai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dandelion merupakan rumpai biasa terdapat di merata tempat di dunia, terutamanya di Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.

Rumpai ialah tumbuhan yang tumbuh pada tempat ia tak dikehendaki. Dalam erti kata umum ia merupakan tumbuhan yang dianggap oleh pengguna dari segi mengganggu, dan biasanya digunapakai kepada tumbuhan yang tidak diingini dalam keadaan kawalan manusia, terutamanya pertanian dan taman. Ini termasuk juga bagi halaman, taman riadah, hutan dan kawasan-kawasan lain. Lebih khusus lagi, istilah ini sering digunakan bagi merujuk tanaman yang tumbuh dan membiak secara agresif.[1] Pada umumnya, rumpai merupakan tanaman pada kawasan yang tidak diingini, dan mungkin merupakan spesies ceroboh.

Seperti juga dengan perosak-perosak yang lain, rumpai menimbulkan banyak masalah di kawasan pertanian. Biasanya rumpai mempunyai daya saingan yang tinggi terhadap nutrien, air dan faktor-faktor pertumbesaran yang lain. Di samping itu rumpai mempunyai daya penyesuaian dan pembiakan yang cepat jika dibandingkan dengan tanaman. Sifat sedemikian menyebabkan pertumbuhan tanaman terencat dan secara tidak langsung hasilnya juga akan berkurangan.

Dalam buku Rumpai di Barat - (Weeds of the West),[2] pengarangnya mentakrifkan tumbuhan yang dimasukkan dalam buku itu menurut kriteria berikut, menurut J.M. Torrell:

Tumbuhan yang mengganggu dengan matlamat pengurusan bagi kawasan tertentu pada masa tertentu.

Harlan dan deWet (1965) mentafsirkan rumpai dengan lebih ringkas sebagai umumnya organisma yang tidak diingini yang subur dalam habitat yang diganggu manusia.”[3]

Rumpai mungkin tidak diingini menurut beberapa sebab: ia mungkin tidak cantik, atau menghimpit atau mengatasi tumbuhan yang diingini (terutama tanaman ladang) atau menggunakan baja terhad dari tanah. Ia mampu melindungi dan menyebar patogen tumbuhan yang menjangkiti dan merosakkan kualiti tanaman ladang atau tumbuhan hortikultur. Kadang-kala rumpai mengganggu kerana ia memiliki duri, sesetengah memiliki bahan kimia yang merengsakan kulit atau merbahaya jika dimakan, atau memiliki bahagian yang tanggal dan melekat pada bulu atau pakaian seperti kemuncup.

Istilah rumpai dari segi umum adalah subjektif, tanpa sebarang nilai pengelasan, kerana "rumpai" bukanlah rumpai apabila tumbuh di tempat yang asalnya atau diingini. Malah, sejumlah "rumpai" pernah digunakan di taman dan tempat penanaman tumbuhan lain. 'Rumpai sukarelawan' adalah tumbuhan tanaman yang ditanam dalam penananaman berikutnya. Satu contoh rumpai tanaman yang ditanam di taman adalah corncockle dan Agrostemma, yang merupakan rumpai ladang biasa yang dieksport dari Eropah bersama gandum, tetapi kadang-kala juga ditanam sebagai pokok taman.[4]

Takrifan sampingan

[sunting | sunting sumber]

Profesor Richard C. Lewontin dari Universiti Harvard mentafsirkan rumpai sebagai tanaman yang mencipta keadaan persekitaran di mana ia sendiri tidak mampu membiak. Dia mengambil contoh sebagai pokok pine yang menutup cahaya matahari sehinggakan anaknya tidak mampu tumbuh. Rumpai terus tumbuh kerana persekitaran terus diganggu bagi mencipta kawasan terbuka bagi generasi baru, seperti kebakaran hutan dan aktiviti manusia.[5]

"Centaurea solstitialis" (Yellow starthistle) ialah tumbuhan asal di selatan dan timur tengah Eropah dan kini menjadi rumpai di sebahagian Amerika Utara.

Rumpai pada umumnya berkongsi sebahagian adaptasi yang memberikan mereka kelebihan dan membenarkan mereka membiak di kawasan persekitaran diganggu di mana tanah dan tanaman penutup bumi telah musnah. Biasanya berlaku di persekitar diganggu termasuk gubuk dan kawasan lain ditiup angin dengan pemindahan tanah, padang banjir aluvial, tebing sungai dan delta sungai, dan kawasan yang sering terbakar. Oleh kerana amalan pertanian manusia sering menyerupai persekitaran semulajadi ini di mana spesies rumpai telah berubah, rumpai telah menyesuai untuk membesar dan membiak di kawasan diganggu manusia seperti ladang pertanian, laman, pinggir jalan, dan kawasan pembinaan. Sifat semulajadi rumpai spesies ini sering memberikan mereka kelebihan melebihi spesies tanaman yang diingini kerana mereka seringkali membesar dan membiak dengan pantas, memiliki biji benih yang tegar dalam bank benih dalam tanah selama beberapa tahun, atau memiliki jangka hayat singkat dengan banyak generasi dalam musim pertumbuhan yang sama. Rumpai sepanjang tahun sering memiliki batang dalam tanah yang bercabang di bawah permukaan tanah atau, permukaan seperti ground ivy (Glechoma hederacea), yang memiliki batang merayap yang berakar dan menjalar di permukaan tanah.[6]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Selama manusia menanam tumbuhan, rumpai merupakan satu masalah. Malah rumpai telah disebut dalam agama dan teks sastera seperti petikan dari "Book of Genesis 3:17-19 New International Version" dan sonet William Shakespeare:

"Sungguhpun bunga mu yang cantik menambah barisan bau rumpai: Tetapi mengapa baumu tidak menyamai rupamu, Tanah yang ini, yang kamu biasa tumbuh."[7]

700 ekor lembu mati hanya dalam semalaman akibat termakan rumpai beracun.[8]

Biji benih rumpai sering terkumpul dan dibawa bersama tanaman selepas penuaian bijiran. Banyak spesies rumpai telah berpindah dari lokasi geografik semulajadi dan telah merebak keseluruh dunia bersama manusia. (Lihat spesies invasif.) Bukan semua rumpai memiliki keupayaan yang sama bagi merosakkan tanaman dan tumbuhan hortikultur atau membawa kecederaan pada haiwan. Sesetengahnya telah dikelaskan sebagai rumpai mengganggu ("noxious weed") oleh pihak kerajaan kerana jika tidak dikawal, mereka sering menguasai kawasan di mana tanaman di tanam atau menyebabkan kecederaan kepada ternakan. Mereka seringkali spesies asing yang tersilap atau tidak sengaja di import ke kawasan di mana tidak terdapat kawalan semulajadi bagi menghadkan populasi dan penyebarannya. Banyak rumpai memiliki lokasi sesuai bagi membesar dan membiak kerana sebahagian besar tanah dicipta melalui penukaran tanah bagi pertanian ladang. Amalan pertanian yang menghasilkan tanah tanpa pokok sebahagian tempoh setahun dan taburan tanaman makanan manusia bercampur dengan biji benih rumpai dari bahagian lain dunia telah membantu pengkoloni kawasan baru yang luas bagi spesies rumpai; manusia merupakan vektor bagi pengangkutan dan pencipta persekitaran diganggu, dengan itu spesies rumpai memiliki kaitan dengan manusia.

Sejumlah rumpai, seperti dandelion Taraxacum, adalah boleh dimakan, dan daun dan akar mereka boleh digunakan sebagai makanan atau ubat herba. Burdock merupakan rumpai biasa di kebanyakan dunia, dan kadang kala digunakan bagi menghasilkan sup dan ubatan lain di Asia Timur. Yang dikatakan "rumpai berguna" ini mungkin memiliki kesan baik yang lain, seperti menarik serangan serangga pemusnah tanaman, tetapi sebaliknya sering kali merupakan tempat pembiakan bagi serangga dan patogen yang menyerang tanaman yang lain.

Dandelions merupakan salah satu spesies yang memecahkan kerak keras pada ladang yang melampau ditanam, membantu tanaman menumbuhkan sistem akar yang lebih dalam. Sesetengah spesies bunga tanaman pada mulanya berasal sebagai rumpai di ladang pertanian dan telah ditanam oleh manusia untuk bunga atau daunnya.

Sesetengah orang menghargai rumpai kerana ketekalan mereka, hidup liar mereka malah kerja dan hubungan dengan alam semulajadi yang diwakili mereka. Pekebun Christopher Lloyd menulis Taman Baik Pekerti - ("The Well-Tempered Garden"

"Ramai pekebun bersetuju bahawa merumpai dengan tangan bukanlah beban teruk seperti yang sering digambarkan. Sesetengah orang mendapati ia merupakan monotoni yang menenangkan. Ia memberi minda mereka bebas bagi novel berikut mereka atau untuk menyempurnakan jawap balas bijak jika mereka berhadapan contoh yang tidak menusahabah terkini" - ("Many gardeners will agree that hand-weeding is not the terrible drudgery that it is often made out to be. Some people find in it a kind of soothing monotony. It leaves their minds free to develop the plot for their next novel or to perfect the brilliant repartee with which they should have encountered a relative's latest example of unreasonableness."[9]

Shunryu Suzuki, seorang pakar Zen, dikreditkan dengan mengistiharkan, "Bagi pelajar Zen, rumpai adalah perbendaharaan." Kemungkinannya pertahanan terbaik rumpai didapati dalam stanza terakhir puisi Gerard Manley Hopkins, Inversnaid:

"Apa akan terjadi pada bumi, pernah kehilangan,

kelembapan dan hidupan liar? Biarkan mereka kekal.
O biarkan mereka kekal; hidupan liar dan kelembapan;

Dengan itu, panjanglah usia rumpai dan hidupan liar."

"What would the world be, once bereft,

of wet and wildness? Let them be left.
O let them be left; wildness and wet;

Long live the weeds and the wilderness yet."

Pengelasan rumpai

[sunting | sunting sumber]

Rumpai boleh terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu rumpai berdaun lebar, rumput dan rusiga,

Senarai rumpai

[sunting | sunting sumber]
  1. Lalang

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Janick, Jules (1979). Horticultural Science (ed. 3rd). San Francisco: W.H. Freeman. m/s. 308. ISBN 0-7167-1031-5.
  2. ^ Tom, Whitson, ed. (1992). Weeds of the West. Western Society of Weed Science. m/s. ix. ISBN 0-941570-13-4.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  3. ^ Harlan J, de Wet J (1965). "Some thoughts about weeds". Economic Botany. 145 (1): 16–24. doi:10.1007/BF02971181. Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan)
  4. ^ "Detailed information on Corn Cockle (Agrostemma githago)". PlantFiles. Dicapai pada February 15, 2009.
  5. ^ Dalam satu syarahan menerusi program radio Big Ideas, (5/11/2003): "Rumpai secara harafiahnya tumbuhan... yang wujud di habitat terganggu, yang kemudiannya menukar semulajadi tanah, bayangan dan semua yang lain, dan kelembapan, dll, dalam cara mana ia tidak mampu membiak di habitat tersebut."
  6. ^ Saupe, Stephen G. "Plant Foraging: Two Case Studies" (PDF). Dicapai pada February 15, 2009.
  7. ^ Shakespeare, William. Those parts of thee that the world's eye doth view. Infoplease. Dicapai pada February 15, 2009.
  8. ^ Coupe, Sheena, penyunting (1989). Frontier country: Australia's outback heritage. Vol. 1. Willougby: Weldon Russell. m/s. 298. |volume= has extra text (bantuan)
  9. ^ Christopher Lloyd, The Well-Tempered Garden, 1973

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]