Pulau Melaka, Melaka
Pulau Melaka merupakan sebuah pulau buatan yang terletak kira-kira 0.5 km dari pantai ibu negeri Melaka, Bandaraya Melaka di Malaysia, di sebelah selatan kawasan perniagaannya Melaka Raya. Di sini terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Selat. Namun, kebanyakan kedai-kedai di sini masih belum dibuka kerana masih dalam projek pembinaan. Terdapat sebuah jambatan yang dihubungkan dengan daratan dari Melaka Raya dan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Arab City
[sunting | sunting sumber]Pada 23 April 2009, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan sebahagian tanah di Pulau Melaka dipajak kepada pelabur Arab selama 99 tahun. Selepas tempoh itu, tanah ini akan menjadi milik kerajaan negeri Melaka semula. Pada 25 Februari 2009, Syarikat Golden Corporate Heritage Sdn Bhd (GCH) membayar RM5.778 juta bagi tanah seluas lima hektar dalam tempoh enam tahun dan menyerahkan 10 peratus saham syarikat kepada kerajaan negeri Melaka untuk pembangunan tanah kerajaan di atas Lot 100, Pulau Melaka bagi pembinaan Arab City.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ali Rustam Nafi Gadai Tanah Untuk Kepentingan Pelabur". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-23. Dicapai pada 2009-04-23.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- De Witt, Dennis (2010). Melaka from the Top. Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 9789834351922.