Pergi ke kandungan

Psitakosis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Psittacosis
Pengelasan dan sumber luaran
Kesan antibodi pendarfluor langsung pada saput kesan otak tikus menunjukkan C. psittaci.
ICD-10A70
ICD-9073
P. Data Penyakit2375
MedlinePlus000088
eMedicinemed/1951
MeSHD009956
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Psitakosis atau ornitosis merupakan penyakit berjangkit zoonotik yang disebabkan oleh bakteria yang bernama Chlamydophila psittaci dan diperoleh daripada burung-burung rumpun kakak tua yang terjangkit seperti makaw, cockatiels dan budgerigar, dan juga burung merpati, burung pipit, itik, ayam, burung camar dan lain-lain lagi spesies burung. Kejadian jangkitan pada burung kenari dan burung cakar dianggap lebih rendah daripada burung rumpun kakak tua.

Dalam konteks tertentu, perkataan "psitakosis" digunakan apabila penyakit ini dibawa oleh sebarang spesies burung yang tergolong dalam keluarga Psittacidae, sedangkan "ornitosis" digunakan untuk burung-burung lain yang membawa penyakit.[1]