Protokol komputer
Rencana ini perlu dikemas kini.(Mac 2023) |
Dalam konteks sains komputer, protokol adalah kebiasaan atau piawaian kod dan isyarat yang disetujui antara aturan peranti atau komputer penghantar dan penerima agar pautan, komunikasi, dan perpindahan data antara dua perkakasan dikawal, disahkan dan dikelompokkan.[1] Protokol boleh digunakan oleh perkakasan, perisian, atau kedua-dua sekalinya. Pada tahap terendah, protokol mentakrifkan sambungan perkakasan.
Penerimaan meluas dan perkembangan protokol komunikasi adalah diperlukan sebelum kewujudan Internet, dan merupakan penyumbang utama kepada keupayaan dan kejayaan Internet.
Protokol kawalan pemancar (Transmission Control Protocol) (atau TCP) merupakan protokol pertama di antaranya, dan istilah TCP-IP merujuk kepada kumpulan protokol penting yang sering digunakan
Kebanyakan protokol komunikasi disediakan dalam dokumen Permohonan untuk teguran (Request for Comments) (RFC) bagi Pasukan petugas kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force) atau IETF.
Pemprograman berasaskan objek (Object-oriented programming) telah menambah penggunaan istilah ini untuk merangkumi Protokol pemprograman berasaskan objek yang digunakan untuk sambungan dan berkomunikasi antara objek.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "protokol". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 68. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)