Presa Canaria
Nama lain |
| ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Presa Canaria atau anjing tangkap Canaria[a] ialah satu baka anjing besar Sepanyol daripada jenis mastif atau anjing tangkap. Ia berasal dari kawasan berautonomi Kepulauan Canaria dan kebanyakannya terdapat di pulau Gran Canaria dan pulau Tenerife.[3]:587 Ia dahulunya dikenali sebagai dogo Canaria.[b] Ia secara tradisional digunakan sebagai anjing pengawal, sebagai anjing gembala untuk kedua-dua biri-biri dan lembu, dan untuk laga anjing yang di sisi undang-undang sehingga tahun 1936 dan mungkin telah berterusan secara gelap sejak itu.[3]:587
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Presa Canaria diturunkan daripada bardino majorero, yang dahulunya bertaburan di seluruh Kepulauan Canaria. Anjing jenis ini dibiakbakakan secara bersilang dengan pelbagai anjing jenis molossoid yang diperkenalkan ke kepulauan itu pada masa berbeza semasa zaman kolonial. Presa Canaria khususnya dipengaruhi oleh anjing yang dibawa dari Kepulauan British dengan kemasukan besar penduduk British pada lewat abad kesembilan belas.[3]:587
Menjelang tahun 1960-an, ia menghampiri kepupusan. Sebuah persatuan baka, Club Español del Presa Canario ("Kelab Presa Canaria Sepanyol"), dibentuk pada tahun 1982 dan merangka piawaian baka sementara yang diterbitkan oleh pemerintah kepulauan itu. Piawaian ini diluluskan oleh Real Sociedad Canina de España pada tahun 1989.[3]:588 Pada tahun 1991, anjing ini disertakan dalam senarai rasmi lambang kebangsaan Kepulauan Canaria sebagai lambang pulau Gran Canaria.[4]:2610 Ia diiktiraf secara rasmi oleh pemerintah kebangsaan Sepanyol pada tahun 2001.[5]
Baka ini diterima secara sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2001 di bawah nama Dogo Canario ("dogo Canaria");[6] ia diterima sepenuhnya pada tahun 2011.[7] Pada Disember 2018, atas permintaan Real Sociedad Canina de España, namanya dibuah kepada Presa Canario ("presa Canaria").[8]
Pengimportan dan penjualan baka ini dilarang di Australia[9] dan di New Zealand.[10]
Ciri
[sunting | sunting sumber]Presa Canaria ialah anjing besar dengan tubuh amat berotot.[11] Jantan berdiri setinggi 60–66 cm (24–26 in) pada paras kelasa dan berukuran kira-kira seberat 50–65 kg (110–143 lb); betina pula berdiri kira-kira setinggi 56–62 cm (22–24 in) dan berukuran hampir-hampir 10 kg (22 lb) lebih ringan.[1][2]
Kepalanya lebar, besar, berbentuk segi empat sama, dan mempunyai bentuk brakisefalik kuat. Jika terpotong, telinganya berdiri dengan tegak. Di negara-negara yang mengharamkan pemotongan telinga, telinganya sepadan dengan kepala; tergantung ke bawah dan patut berbentuk loket atau "mawar". Bibir atasnya berayun-ayun, walaupun tidak secara berlebihan. Terlihat dari hadapan, bibir atas dan biri bawah bersatu untuk membentuk V terbalik. Bibir atasnya sedikit mencapah. Bahagian dalam bibir berwarna gelap.[1][2]
Baka ini juga bercirikan garis atas landai (dengan punggung yang lebih tinggi sedikit daripada bahu). Satu lagi ciri baka ialah rupa bentuk kaki (kaki kucing) dan pergerakan mirip kucing. Tubuhnya mesomorfik, iaitu, lebih panjang sedikit daripada ketinggian, yang menyumbang kepada pergerakan kucing.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Presa Canaria secara tradisional digunakan sebagai anjing pengawal, sebagai anjing gembala untuk kedua-dua biri-biri dan lembu, dan untuk laga anjing, yang di sisi undang-undang di Sepanyol sehingga tahun 1936 dan mungkin berterusan secara rahsia selepas itu.[3]:587[12][13][14] Sehingga tahun 1950-an, laga anjing kekal sebagai amalan umum di semua pulau di sana.[15][16]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 7.7 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[17]
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Presa Canaria |
- ^ a b c d e f "FCI-Standard N° 346 PRESA CANARIO" [Piawaian FCI No. 346 Presa Canaria] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Nestler, Brígida. Diselia secara teknikal oleh Miguel Ángel Martínez. Disemak oleh Jorge Nallem. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Oktober 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ a b c d e f "Estándar-FCI N° 346 PRESA CANARIO" [Piawaian FCI No. 346 Presa Canaria] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Oktober 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- ^ a b c d e Rodríguez, Miguel Fernández; Fernández, Mariano Gómez; Delgado-Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Cabras, Miguel Jiménez, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. ISBN 9788449109461. OCLC 804450785.
- ^ Lorenzo Olarte Cullen (30 April 1991). Disposiciones Generales - Presidencia del Gobierno: 577 - LEY 7/1991, de 30 de abril, de símbolos de la naturaleza para las Islas Canarias (dalam bahasa Sepanyol). Boletín Oficial de Canarias. 61 (10 Mei 1991): 2610–2611.
- ^ [Ministerio de Agricultura, Pesca y Alimentación] (25 Mei 2001). Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura (dalam bahasa Sepanyol). Boletín Oficial del Estado 142 (14 Jun 2001): 21156–21182. Rujukan: BOE-A-2001-11347.
- ^ "BREEDS NOMENCLATURE: PROVISIONALLY ACCEPTED BREEDS" [TATANAMA BAKA: BAKA YANG DITERIMA SECARA SEMENTARA] (dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dan Sepanyol). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2002. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: PRESA CANARIO (346)" [Tatanama baka FCI: PRESA CANARIA (346)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- ^ "New name for Dogo Canario (346)" [Nama baharu untuk Dogo Canaria (346)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 Disember 2018. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- ^ "Customs (Prohibited Imports) Regulation 1956" [Aturan Kastam (Import Terlarang) 1956] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "Another dog added to banned list" [Lagi satu anjing ditambahkan ke dalam senarai terlarang] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2011. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ Santana, Clemente Reyes. "El Perro de Presa Canario" [Anjing Presa Canaria] (dalam bahasa Inggeris). ElPresa.com. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ Brough, Graham (7 Februari 2006). "EXCLUSIVE: COP ALERT OVER 'PIT BULL ON STEROIDS'" [EKSKLUSIF: AMARAN POLIS TENTANG 'PITBUL BERPENGARUH STEROID']. mirror (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "Killer Dog Sparks Interest in Rare Breed". ABC News (dalam bahasa Inggeris). 7 Januari 2006. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ Gracia, Manuel Curto (20 November 2012). Perro de Presa Canario: Special Rare-Breed Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Presa Canaria: Edisi Baka Jarang Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781621870753. OCLC 946627067.
- ^ "Canary Island dog incident will provoke anti-dog backlash" [Insiden anjing Pulau Canaria akan cetuskan tentangan antianjing]. old.post-gazette.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Ogos 2018. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "Presa Demand Grows for All Wrong Reasons / Dogs wanted for killing, fighting" [Permintaan Presa Bertumbuh untuk Semua Sebab Salah / Anjing dikehendaki untuk pembunuhan, laga] (dalam bahasa Inggeris). San Francisco Gate. 7 Februari 2001. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan).