Pergi ke kandungan

Peralihan Maharaja Jepun 2019

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Ceremony of the Abdication from the Throne.jpg
Istiadat turun takhta

Sejarah Jepun

Glosari


Setelah 30 tahun bersemayam di Takhta Bunga Kekwa, Maharaja Akihito dari Jepun turun takhta pada 30 April 2019,[1] menjadikan baginda maharaja Jepun yang pertama untuk melakukan sedemikian sejak tahun 1817. Peristiwa ini menandakan berakhirnya zaman Heisei dan mulanya zaman Reiwa dan menyaksikan pelbagai pesta menjelang paduka putera dan pengganti baginda, Maharaja Naruhito naik takhta.[2]

Istiadat pertabalan berlangsung pada 22 Oktober 2019.[3] Paduka putera bongsu Maharaja Akihito, Putera Akishino, ialah pewaris raja paduka kakandanya.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Julai 2016, penyiar nasional Jepun NHK mengkhabarkan bahawa Maharaja berniat untuk turun dari takhtanya yang bakal diserahkan baginda sendiri kepada Putera Mahkota Naruhito dalam beberapa tahun akan datang, dengan alasan usia tidak mengizinkan lagi untuk berkuasa. Kejadian serupa tidak pernah terjadi dalam Kerabat Maharaja sejak Maharaja Kōkaku turun takhta pada 1817.

Namun, para pegawai kanan Agensi Rumah Tangga Maharaja menyangkal bahawa ada rencana rasmi dari Maharaja untuk turun takhta. Untuk dapat turun takhta, perlu dilakukan pindaan terhadap Undang-Undang Rumah Tangga Maharaja, yang belum mengatur hal semacam ini.[4][5] Pada 8 Ogos 2016, Maharaja memberikan suatu ucapan langka di mana baginda menyatakan keadaan usia lanjut[nota bahasa 1] dan kesihatan baginda dalam "penurunan"[nota bahasa 2]; ucapan tersebut ditafsirkan sebagai pernyataan halus niat baginda untuk turun takhta.[7]

Pemaktuban undang-undang izin

[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mei 2017, rang undang-undang yang akan mengizinkan Akihito untuk turun takhta dikeluarkan oleh kabinet Kerajaan Jepun. Pada 8 Jun 2017, Diet mengesahkan rang undang-undang sekali pakai yang membolehkan Akihito untuk turun takhta, dan kerajaan mula mengadakan proses pengalihan kuasa kepada Putera Mahkota Naruhito.[8] Penggantian takhta dilakukan pada 30 April 2019[9] yang juga menjadi hari terakhir zaman Heisei.[10]

Baginda menerima gelar Jōkō (上皇, Maharaja Emeritus), singkatan dari Daijō Tennō (太上天皇), setelah turun takhta, dan surinya, Maharani Michiko, menjadi Jōkōgō (上皇后, Maharani Emerita).[11]

Penjadualan

[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Disember 2017, Dewan Rumah Tangga Maharaja bertemu untuk menjadualkan upacara-upacara yang akan diadakan dalam peralihan kiasa yang baru kali pertama dilakukan dalam dua abad terakhir ini.[12][13]

Dewan tersebut terdiri daripada 10 anggota yang meliputi Perdana Menteri Shinzō Abe, jurubicara kedua-dua dewan Diet Nasional, Ketua Hakim, Penjaga Besar Agensi Rumah Tangga Maharaja, dan dua anggota Kerabat Maharaja.

Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga mengatakan kepada wartawan bahawa tarikh tersebut dipilih untuk mengizinkan Maharaja lama untuk dapat memimpin ulang tahun ke-30 bertakhta dan bertepatan dengan Minggu Emas sebagai hari cuti kebangsaan, mengubah pergantian dari zaman berkabung dan upacara darurat menjadi festival yang menyenangkan dan dirancang dengan baik.[14]

Akhirnya, pada 8 Disember 2017, pihak kerajaan membentuk jawatankuasa khusus untuk mengawasi acara besar negara tersebut. Menurut Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga: "Ini akan menangani masalah dengan benar, dengan mempertimbangkan kemungkinan dampak pada masyarakat.[15]

Persiapan

[sunting | sunting sumber]

Pertemuan jawatankuasa

[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Persiapan pergantian takhta maharaja Jepun bertemu untuk kali pertamanya pada Januari 2018, dan pada bulan berikutnya mereka mengumumkan sebuah rencana yang disebut "pernyataan kebijakan dasar," pernyataan itu kemudian dikeluarkan pada 3 April.[16]

Perayaan rasmi dimula dengan peringatan naik takhtanya Maharaja Akihito ke-30 pada 12 Februari 2019, penundaan demi menghindari implikasi dari perayaan kemangkatan Maharaja Shōwa (Hirohito) pada 7 Januari.[17]

Minggu Emas, 2019

[sunting | sunting sumber]

Kerajaan menggabungkan Minggu Emas ke dalam sepuluh hari khusus liburan yang berlangsung dari 27 April hingga 6 Mei. Bahkan di hari tanpa peralihan maharaja, 29 dan 3 April sampai 6 Mei ditetapkan sebagai hari cuti kebangsaan pada 2019, setelah hujung minggu 27-28 April. Untuk menandakan peralihan maharaja, kerajaan menetapkan bahawa turun takhta dan pertabalan akan menjadi hari cuti kebangsaan. Undang-Undang di Jepun menyatakan bahawa hari kerja biasa yang diapit dua hari cuti kebangsaan menjadi hari cuti umum.[18]

Perkenalan zaman baru

[sunting | sunting sumber]
Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga mengumumkan nama zaman baru "Reiwa" kepada sidang media

Sejak Pemulihan Meiji pada tahun 1867, hari pertama sesebuah zaman baru dalam takwim Jepun dimulakan sehari setelah mangkatnya Maharaja sebelumnya. Namun, dalam keadaan Maharaja Akihito yang masih sihat pula, pengeluar kalendar dan produk kertas lainnya perlu mengetahui nama zaman baru terlebih dahulu sebelum mereka memproduksi kalender.[19]

Ketika nama zaman untuk Shōwa dan Heisei tetap menjadi rahsia negara sampai kemangkatan Maharaja sebelumnya, itu tidak mungkin dalam kes ini, kerana turun takhta belum pernah terjadi sebelumnya sejak Perlembagaan Meiji tergubal pada tahun 1885. Untuk menghindari perdebatan yang yang berpotensi memecah-belah tentang masalah ini, pengumuman baik hari keputeraan Maharaja lama atau perayaan peringatannya disarankan para pegawai agar ditunda selambat mungkin.[20]

Sampai nama zaman sudah diketahui banyak orang, pengeluar komputer dan perisian perlu menguji sistem komputer mereka sebelum peralihan untuk memastikan bahawa era baru akan ditangani dengan benar. Beberapa sistem menyediakan mekanisme pengujian untuk mensimulasikan era baru sebelumnya.[21]

Nama zaman baru ini, iaitu Reiwa (令和), diperkenalkan pada 1 April 2019 oleh Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga pada sidang akhbar yang disiarkan langsung stesen televisyen ditonton oleh seluruh masyarakat Jepun.[22]

Istiadat Pertabalan

[sunting | sunting sumber]
Maharaja Naruhito di istiadat pertabalan

Istiadat Pertabalan Naruhito langsung menjadi Maharaja pada 22 Oktober 2019 pukul 13.00 waktu tempatan, menandai berakhirnya masa peralihan dari Maharaja Akihito ke Naruhito. Pelantikan ini menjadi hari cuti kebangsaan.[23]

Kereta Toyota Century Convertible digunakan dalam pertabalan kali ini sebagai kenderaan menjulang maharaja baharu ke istana berbeza dengan Maharaja sebelumnya yang menggunakan Rolls-Royce sebagai kenderaan rasmi.[24]

Istiadat pertabalan maharaja Jepun dihadiri oleh sekitar 3,000 orang tetamu undangan rasmi, yang mencakup sekitar 80 ketua negara dan wakil dari pemerintah asing, serta delegasi tingkat tinggi dari 180 negara dan 4 pertubuhan antarabangsa.[25] Khusus untuk tetamu Kerajaan asing, mereka menghadiri santapan minum teh dan makanan khusus.[26]

Rangkaian istiadat pertabalan ini diawali dengan melaporkan pertabalannya kepada nenek moyang di Kashikodokoro, salah satu dari tiga tempat suci di halaman istana maharaja. Baginda harus berdoa kepada Dewa Matahari yang didampingi abdi maharaja yang membawa beberapa pusaka maharaja seperti pedang dan permata.[27]

Kemudian pada ritual utama yang bertempat di Hall of Pine di Istana Maharaja Tokyo, Naruhito mengenakan jubah maharaja lengkap dengan mahkota sebagai tanda baginda mengisytiharkan diri sebagai Maharaja Jepun yang baru. Ketika pertabalan maharaja yang baru segera berakhir, Perdana Menteri Shinzo Abe memberikan pidato ucapan selamat selama 2 minit yang kemudian diikuti dengan teriakan "Banzai!" ("hidup sepuluh ribu tahun") yang diikuti oleh seluruh hadirin yang mengikuti istiadat pertabalan ini.[28][29]

Dalam rangka menjayakan pertabalan maharaja Jepun yang baru, Kerajaan Jepun memberikan pengampunan bagi 550,000 orang penjenayah yang terlibat berbagai-bagai kes jenayah.[30][31][32]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ kata asal: ...高齢による体力の低下...[6]
  2. ^ kata asal: ...次第に進む身体の衰え...[6]
  1. ^ "Japan's emperor thanks country, prays for peace before abdication". Nikkei Asian Review. Dicapai pada 30 April 2019.
  2. ^ Jiji, Kyodo, "Emperor Akihito's abdication may push back timing of constitutional reform" Japan Times, 5 January 2017.
  3. ^ "Enthronement ceremony for Japan's next emperor seen in fall 2019- Nikkei Asian Review". Asia.nikkei.com. Dicapai pada 6 January 2018.
  4. ^ "天皇陛下 「生前退位」の意向示される ("His Majesty The Emperor Indicates His Intention to 'Abdicate'")" (dalam bahasa Japanese). NHK. 13 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 July 2016. Dicapai pada 13 July 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Japanese Emperor Akihito 'wishes to abdicate'". BBC News. 13 July 2016. Dicapai pada 17 July 2016.
  6. ^ a b "象徴としてのお務めについての天皇陛下のおことば" (dalam bahasa Jepun). Agensi Rumah Tangga Maharaja. 8 Ogos 2016. Terjemahan bahasa Inggeris turut tersedia oleh pihak istana.
  7. ^ "Japan's Emperor Akihito hints at wish to abdicate". BBC News. 8 Ogos 2016. Dicapai pada 8 Ogos 2016.
  8. ^ "Japan passes landmark bill for Emperor Akihito to abdicate". BBC News. 8 Jun 2017.
  9. ^ "At 83, Empress Michiko hopes for calm days after abdication:The Asahi Shimbun". The Asahi Shimbun (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  10. ^ "Japan Emperor Abdication Seen as Likely at End of March 2019 - JIJI PRESS". jen.jiji.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  11. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Desember 2017. Dicapai pada 8 Desember 2017. Check date values in: |access-date= dan |archive-date= (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  12. ^ "April 30 most likely date for Emperor Akihito's abdication: government sources". The Japan Times. 22 November 2017.
  13. ^ "Gov't to hold meeting Dec 1 to discuss emperor's abdication date". Japan Today. Dicapai pada 26 November 2017.
  14. ^ "Emperor Akihito to abdicate on April 30, 2019". Japantoday.com. Dicapai pada 6 Januari 2018.
  15. ^ "Special panel set to formally approve Emperor Akihito's abdication date as April 30, 2019". Japantimes.co.jp. 5 Desember 2017. Dicapai pada 6 Januari 2018. Check date values in: |date= (bantuan)
  16. ^ NEWS, KYODO. "Basic plan for Japan's imperial succession rites in 2019 approved by gov't".
  17. ^ "Government pencils in February 2019 ceremony to mark Emperor's 30 years on the Chrysanthemum Throne". 15 February 2018 – melalui Japan Times Online.
  18. ^ "Plan ahead: Japan to consider 10 consecutive days off around Crown Prince's succession". Japantimes.co.jp. 6 Disember 2017. Dicapai pada 6 Januari 2018.
  19. ^ "Big headache for calendar publishers if new Emperor's era name announcement delayed". Japantimes.co.jp. 14 Jun 2017. Dicapai pada 6 Januari 2018 – melalui Japan Times Online.
  20. ^ "Japan may delay release of new era name until year-end or later". 17 Februari 2018 – melalui Japan Times Online.
  21. ^ "The Japanese Calendar's Y2K Moment".
  22. ^ "Reiwa, era baru Jepang yang akan mulai pada Mei 2019". 11 April 2018 – melalui Brilio.net.
  23. ^ "Japan May Make New Emperor's Proclamation Date Nonworking Day (News)". 13 Februari 2018.
  24. ^ "Toyota Century Konvertibel Dipilih untuk Penobatan Kaisar Jepang". Tempo. 8 Oktober 2019.
  25. ^ "Dihadiri Pejabat dari 180 negara, Seremoni penobatan kaisar Jepang dimulai". Detik.com. 22 Oktober 2019.
  26. ^ "Kaisar Siapkan Jamuan Teh Bagi Tamu Dari Kerajaan Asing". NHK World (Indonesia). 7 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-21. Dicapai pada 2020-09-07.
  27. ^ "Naruhito Berdoa ke Dewa Matahari Saat Penobatan Kaisar Jepang". CNN Indonesia. 22 Oktober 2019.
  28. ^ Elmira, Putu (22 Oktober 2019). "Fakta-Fakta Unik dari Rangkaian Ritual Penobatan Kaisar Jepang Naruhito". Liputan6.com.
  29. ^ Asmardika, Rahman (22 Oktober 2019). "Kaisar Jepang Naruhito Resmi Umumkan Naik Takhta". Okezone.com.
  30. ^ "Japan Pardons 550,000 Petty Criminals on Emperor's Enthronement". Nippon.com. 22 Oktober 2019.
  31. ^ Susilo, Richard (4 Oktober 2019). "Amnesti Kaisar Jepang Lebih Cepat Kembalikan Hak Pribadi Seseorang Dalam Kehidupannya". Tribunnews.
  32. ^ "Jepang Akan Ampuni 500 Ribu Narapidana Saat Penobatan Kaisar". CNN Indonesia. 7 Oktober 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]