Pergi ke kandungan

Penaklukan Islam di Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Penaklukan Islam ke atas Mesir)
Penaklukan Muslim di Mesir
Sebahagian daripada Penaklukan oleh Muslim dan Perang Arab-Byzantine
Tarikh639–642
Lokasi
Keputusan Khulafa al-Rasyidin menang.
Perubahan
wilayah
Muslim menakluki Mesir, Cyrenaica, Tripolitania dan Fezzan.
Pihak yang terlibat
Empayar Rom Timur Khulafa al-Rasyidin
Komandan dan pemimpin

Maharaja Heraclius
Theodorus
Aretion
Constans II

Cyrus dari Iskandariah

Khalifah Umar
Amr ibn al-Aas
Zubair ibn Awwam
Miqdad bin Al-Aswad
Ubaida bin As-Samit

Kharija bin Huzafa

Pada permulaan Penaklukan Islam di Mesir, Mesir adalah sebahagian daripada Empayar Rom Timur/Byzantine, yang berpusat di Constantinople. Mesir baru sahaja telah ditakluk sedekad sebelum itu oleh Empayar Parsi dibawah Khosrau II (616 hingga 629); walau bagaimanapun, Maharaja Heraclius menakluk semula dalam beberapa siri pertarungan menentang Parsi Sasan, tetapi kalah pula dengan tentera Muslim al-Rasyidin sepuluh tahun kemudian. Sebelum Muslim memulakan penaklukan Mesir, Rom Timur sudahpun kehilangan Levant dan sekutu Arabnya, Kerajaan Ghassan, kepada Muslim. Semua ini membuatkan Empayar Rom Timur terdedah kepada bahaya.[1]

Penaklukan al-Rasyidin ke atas Mesir

[sunting | sunting sumber]

Tentera al-Rasyidin menyeberangi sempadan Mesir

[sunting | sunting sumber]
Piramid Gizah.

Pada Disember 639, 'Amr ibn al-'As menuju ke mesir bersama kekuatan 4,000 orang tentera. Kebanyakan tentera daripada kabilah Arab 'Ak, walaupun Al-Kindi menyatakan bahawa sepertiga askarnya adalah kabilah Arab Ghafik. Tentera Arab turut disertai oleh beberapa tentera Rom dan Parsi yang telah memeluk Islam. Walau bagaimanapun, 'Umar, Khalifah Islam, mempertimbangkan semula arahan beliau kepada Amr, memikirkan adalah sukar untuk menakluk negara yang sebesar Mesir dengan kekuatan 4,000 orang tentera sahaja. Kemudian, beliau mengutus surat kepada 'Amr memerintahkannya untuk pulang.[2]

Pengutus surat, 'Uqbah ibn 'Amr, bertembung dengan Amr di Rafah, tidak berapa jauh dari sempadan Mesir. Amr dapat meneka isi kandungan surat tersebut, lalu 'Amr mengarahkan tenteranya untuk bergerak dengan lebih cepat. 'Amr berkata kepada 'Uqbah yang dia akan menerima surat khalifah daripadanya selepas tentera berhenti daripada perjalanan hari itu. 'Uqbah, yang tidak mengetahui isi kandungan surat tersebut, bersetuju dan bergerak bersama tentera tersebut. Tentera yang kemudiannya berhenti pada waktu malam di Shajratein, sebuah lembah kecil berhampiran bandar El Arish, yang 'Amr tahu terletak di dalam sempadan Mesir.[3] 'Amr kemudiannya menerima dan membaca surat 'Umar lalu berunding dengan sahabatnya tentang apa yang perlu dilakukan. Pendapat sebulat suara bersetuju memandangkan mereka menerima surat di tanah Mesir, mereka mempunyai kebenaran untuk mara.

Apabila 'Umar menerima surat balasa, beliau memutuskan untuk memerhati perkembangan lanjut dan mula menumpukan usaha kepada tentera baru di Madinah yang boleh dihantar ke Mesir sebagai bantuan tambahan. Semasa Aidil Adha, tentera Muslim mara dari Shajratein ke El Arish,[2] pekan kecil yang tidak mempunyai tentera garrison. Pekan itu tidak menentang, dan penduduknya menawarkan taat setia sebagai syarat biasa. Tentera Muslim meraikan hari raya Aidil Adha di sana.

Penaklukan Pelusium dan Belbeis

[sunting | sunting sumber]

Pada penghujung Disember 639 atau awal Januari 640, tentera Muslim tiba di Pelusium, sebuah kota Rom Timur yang berkawal dan dianggap sebagai gerbang timur Mesir ketika itu. Tentera Muslim mengepung kota itu sehingga dua bulan. Pada Februari 640, kumpulan penyerang yang diketuai oleh panglima terkemukan Huzaifah ibn Wala telah berjaya menyerang dan menakluk buku dan kota tersebut.[4][5][6][7][8][9] Armanousa, anak perempuan Cyrus yang telah bertarung menentang Muslim di Pelusium dan ditawan, telah dihantar kepada bapanya di Kubu Babylon.[10]

Kekalahan disebabkan tentera Muslim telah dibantu oleh Badwi Sinai yang mengambil ikhtiar untuk menyertai mereka menakluk Mesir.[11] Badwi ini adalah dari kalangan kabilah Rashidah dan Lakhm[12] Mudahnya Pelusium jatuh ke tangan Arab Muslim dan kelemahan bantuan Byzantine untuk membantu bandar ketika kepungan berbulan lama itu sering dikaitkan dengan pengkhianatan gabenor Mesir, Cyrus, yang juga pengikut Melkite Patriark Iskandariah.[13][11]

Selepas kejatuhan Pelusium, tentera Muslims mara menuju ke Bilbeis, 40 batu dari Memphis melalui jalan gurun dan mengepungnya. Belbeis adalah tempat pertama di Mesir yang diberi perhatian dan penentangan oleh Byzantines terhadap penakluk Arab. Dua paderi Kristian yang diiringi Cyrus dari Iskandariah dan jeneral Rom ternama Aretion keluar untuk berunding dengan 'Amr ibn al-'As. Aretion sebelum itu ialah gabenor Byzantine di Jerusalem, dan telah lari ke Mesir apabila kota itu jatuh ke tangan Muslim. 'Amr memberi tiga pilihan: memeluk Islam, membayar Jizyah, atau menentang tentera Muslim. Mereka meminta tiga hari untuk menjawab, kemudian - seperti yang dinyatakan oleh al-Tabari - meminta dua hari lagi. Pada penghujung hari kelima, dua paderi dan jeneral itu memutuskan untuk menolak Islam dan Jzyah dan mereka akan menentang tentera Muslims. Mereka juga mengingkari pemerintah mereka, Cyrus, yang mahu menyerah diri dan membayar Jizyah. Cyrus kemudiannya pergi ke Kubu Babylon, manakala paderi dan Aretion tinggal untuk bertarung. Pertarungan tersebut menyebabkan kemenangan Muslim dan kematian Aretion. 'Amr ibn al-'As kemudiannya cuba meyakinkan pendudduk asal Mesir untuk membantu tentera Arab dan menyerahkan kota itu, berdasarkan hubungan antara Mesir dan Arab melalui Siti Hajar.[14] Apabila penduduk Mesir enggan, pengepungan Bilbeis diteruskan sehingga kota itu tewas selepas sebulan. Pada penghujung 640, bandar tersebut diserahkan kepada Muslim.[13] Dengan kejatuhan Belbeis, tentera Muslim hanya sehari sahaja jarak dari ke Delta.

Pengepungan Babylon

[sunting | sunting sumber]
Peta menunjukkan laluan penakluman Muslim di Mesir.

Amr berpandangan yang penaklukan Mesir adalah suatu kemenangan mudah. Malah di kota kara Pelusium dan Bilbeis, tentera Muslim tidak begitu ditentang secara hebat. Penaklukan Pelusium berlaku selama dua bulan dan Bilbeis pula sebulan. Kedua-dua pertarungan adalah permulaan sebelum pengepungan Babylon, sebuah bandar yang lebih besar dan penting. Di sini, penentangan berskala besar amat dijangkakan.[15] Selepas kejatuhan Bilbeis, tentera Muslim mara ke Babylon, berhampiran Kaherah. Muslim tiba pada Mei 640.[16] Babylon merupakan bandar yang berkubu yang disediakan oleh Rom sekiranya dikepung. Di luar bandar pula, parit telah digali dan sepasukan tentera yang besar diletakkan di antara parit dan dinding kota. Tentera Muslim mengepung kota iru pada Mei 640. Kubu itu mempunyai struktur yang kukuh dengan 60 kaki tinggi dan 6 kaki tebal dan diletakkan bersama menara dan benteng. Tentera Muslim yang seramai sekitar 4,000 orang tidak berjaya menyerang kedudukan tentera Rom. Sumber Muslim meletakkan yang tentera Rom di Babylon lebih kurang 6 kali lebih kuat dari tentera Muslim. Untuk dua bulan seterusnya, pertarungan tidak membuahkan sebarang hasil dengan Byzantine mempunyai kelebihan dengan menahan setiap kali serangan tentera Muslim.[17]

Pada Mei 640 juga, 'Amr menghantar pasukan kecil untuk menjarah kota Fayoum. Byzantine sudah dapat mengagak perkara ini lalu menyediakan kawalan yang ketat di jalan menuju ke kota tersebut. Mereka juga memperkukuhkan garison di pekan Lahun yang berhampiran. Apabila tentera Arab Muslim menyedari yang Fayoum terlalu kuat untuk ditakluki, mereka menuju ke Gurun Barat, dan mengambil semua ternakan dan haiwan yang ada. Mereka kemudiannya menuju ke Oxyrhynchus (Per-Medjed), yang kemudiannya dikalahkan. Tentera Arab kemudiannya pulang ke Mesir Hilir di Sungai Nil.[18]

Pasukan Bantuan dari Madinah

[sunting | sunting sumber]

Pada Julai, 'Amr menulis kepada 'Umar untuk memohon pasukan bantuan; tetapi sebelum surat tersebut tiba, khalifah telahpun menghantar pasukan bantuan yang pertama yang terdiri daripada 4000 kekuatan. Kebanyakan ahli pasukan tersebut terdiri daripada bekas tentera yang bertarung di Syrian. Walaupun dengan bantuan ini, 'Amr masih tidak berjaya. Pada Ogos 640, 'Umar mengumpulkan 4,000 lagi kekuatan yang terdiri daripada 4 ketumbukan yang setiap satunya terdiri daripada 1,000 tentera elit. Zubair ibn al-Awwam, pahlawan dan panglima yang tersohor, perajurit Perang Yarmuk dan pernah menjadi pengawal bergerak elit di bawah Khalid al-Walid, telah dilantik sebagai komander tertinggi tentera - 'Umar juga menawarkan Zubair ketua panglima dan gabenor Mesir tetapi beliau menolaknya. Komander ketumbukan termasuklah Miqdad bin Al-Aswad, Ubaidah ibn as-Samit, dan Kharijah ibn Huzaifah. Pasukan bantuan ini tiba di Babylon sekitar September 640. Kekuatan tentera Muslim kini meningkat kepada 12,000, kekuatan yang agak mencukupi untuk memulakan kembali serangan.[3]

Pertarungan Heliopolis

[sunting | sunting sumber]

Sepuluh batu dari Babylon terletaknya Heliopolis.[19] Tentera Muslim tiba di Heliopolis pada bulan Julai 640.[20] Bandar ini merupakan bandar Kuil MAtahari Firaun, dan terkenal dengan tugu, monumennya yang gah dan institusi pembelajarannya.[21] Terdapat ancaman yang tentera dari Heliopolis mampu menyerang tentera Muslim dari sisi semasa mereka bertarung dengan Rom di Babylon. Dengan pasukan kecil, 'Amr dan Zubair mara menuju ke Heliopolis. Terdapat pertembungan pasukan berkuda di kawasan kejiranan Abbaseya kini. Pertembungan itu tidak menentu, walaupun hasilnya ialah penaklukan kubu yang terletak di antara kejiranan Abdyn dan Azbakeya kini. Tentera Byzantine yang berundur pergi ke Kubu Babylon atau kubu Nikiû.[22] Pada suatu kawasan yang tidak terjaga di dinding Heliopolis, Zubair dan beberapa tentera pilihannya mendaki dinding kota itu, dan menewaskan pengawal dan membuka pintu gerbang untuk pasukan Muslim memasuki kota itu. Heliopolis akhirnya tewas ke tangan Muslim. 'Amr dan Zubair kembali ke Babylon.

Penaklukan Fayoum dan Babylon

[sunting | sunting sumber]

Apabila khabar tentang kejayaan Muslim di Heliopolis tiba di Fayoum, garison Byzantine di bawah arahan Domentianus meninggalkan kota tersebut dan melarikan diri ke Abuit. Dari Abuit, mereka lari ke Nil menuju ke Nikiu tanpa memaklumkan penduduk Fayoum dan Abuit yang mereka meninggalkan kota tersebut kepada musuh. Apabila maklumat tentang perkara ini sampai kepada 'Amr, dia mengarahkan tenteranya menyeberangi Nil dan menakluk Fayoum dan Abuit. Tentera Muslim menakluk keseluruhan wilayah Fayoum tanpa sebarang penentangan daripada Byzantine.[23]

Garison Byzantine di Babylon semakin berani berbanding sebelum itu dan mula mara menyeberangi parit, walaupun dengan kesukaran. Terdapat kebuntuan antara tentera dan Byzantine di Babylon, sehingga komander Muslim commander merencana strategi yang bijak dan menyebabkan kematian yang ramai dari kalangan tentera Byzantine apabila mereka mengelilingi tentera tersebut daripada tiga bahagian semasa mereka mara. Tentera Byzantine kemudiannya berundur kembali ke kubu, tetapi sudahpun terlalu lemah untuk melakukan sebarang serangan. Keadaan ini memaksa Byzantine berunding degan Muslim. Jeneral Byzantine Theodorus memindahkan markasnya ke Pulau Rauda, manakala Cyrus, yang dikenali sebagai Muqawqis dalam sejarah Islam, bersetuju untuk berunding dengan Muslim walaupun gagal membuahkan sebarang hasil. Utusan sering bertukar antara Theodorus dan 'Amr, menyebabkan 'Amr berjumpa sendiri dengan Theodorus. Selepas rundingan yang buntu, tentera Muslims bertindak pada 20 Disember. Ketika serangan waktu malam, sekumpulan pahlawan yang dipilih sendiri oleh Zubair berjaya memanjat dinding dan membunuh pengawal lalu membuka pintu gerbang kota. Maka, tentera Muslim dapat memasuki kota tersebut dan Kota Babylon berjaya ditakluki pada 21 Disember 640, dengan menggunakan taktik yang sama yang digunakan Khalid ibn Walid di Damsyik. Walau bagaimanapun, Theodorus dan tenteranya berjaya menyusup lari ke pulau Rauda pada malam itu.[24]

Penyerahan Thebaid (Tenggara Mesir)

[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Disember, Cyrus mengikat perjanjian dengan the Muslims.[25] Dengan termeterainya perjanjian itu, kedaulatan Islam ke atas seluruh Mesir, juga ke atas Thebaid, diiktiraf, rakyat Mesir pula bersetuju membayar Jizyah pada kadar 2 dinar bagi setiap lelaki dewasa.[26] Perjanjian tersebut tertakluk kepada persetujuan Maharaja Heraclius, tetapi Cyrus menetapkan yang walaupun Maharaja menolak perjanjian tersebut, beliau dan masyarakat Qibti yang beliau juga Ketua Paderinya akan tetap menghormati perjanjian tersebut, mengiktiraf kekuasaa Islam dan membayar Jizyah.[27] Cyrus menghantar laporan Heraclius dan memohon perkenannya bagi syarat perjanjian tersebut. Beliau juga memberikan alasan munasabah tentang penerimaan syarat perjanjian itu. 'Amr menyerahkan laporan terperinci kepada dan bertanyakan arahan yang seterusnya. Apabila 'Umar menerima laporan ini, beliau menulis kembali yang beliau bersetuju dengan syarat yang diberikan asalkan Heraclius bersetuju untuk menyerah kalah.[28] Beliau mahu sebaik sahaja maklum balas daripada Heraclius diketahui, beliau perlu dimaklukan segera supaya arahan seterusnya dapat dikeluarkan secepat mungkin.[29]

Heraclius bertindak balas dengan marahnya. Dia memecat Cyrus daripada sebarang kuasa di Mesir tetapi mengekalkannya sebagai Ketua Gereja Qibti: iaitu hal yang tidak boleh dicampuri Maharaja. Heraclius dengan tegasnya mengarahkan panglima besat tentera Byzantine di Mesir untuk menghalau tentera Muslim dari Mesir. Cyrus memaklumkan kepada 'Amr dan memberitahunya yang Heraclius menolak perjanjian Babylon. Dia juga memberi jaminan kepada 'Amr bahawa pengikut Qibti masih mengikuti perjanjian yang ada. 'Amr memaklumkan hal ini kepada 'Umar. 'Umar menginginkan, sebelum tentera Byzantine menambahkan kekuatannya, tentera Muslims perlu menyerang mereka dan menghalau mereka dari Iskandariah. Direkodkan juga Cyrus memohon tiga perkata daripada tentera Muslim, iaitu:

  1. Tidak mencabuli perjanjian dengan pengikut Qibti;
  2. Jika Byzantine memohon keamanan selepas penolakan perjanjian ini, jangan berdamai dengan mereka tetapi jadikan meraka tahanan dan hamba abdi; dan
  3. Jika saya mati, izinkan saya dikebumikan di Gereja St. John di Iskandariah.[3][30]

Kedudukan ini memberikan Muslim kelebihan memandangkan Qibti adalah penduduk asal Mesir dan[31] kedua-dua Byzantine and Muslim adalah pendatang asing. Walaupun sesetengah Qibti secara indicidunya menyokong Byzantine, secara keseluruhannya mereka bersama dengan orang Islam. Qibti tidak sepatutnya menentang Byzantine bagi pihak Muslim, tetapi mereka membantu tentera Muslim dalam bentuk penyediaan gudang, jalan dan jambatan serta sokongan moral.[32]

Berarak ke Iskandariah

[sunting | sunting sumber]
Panggung teater Rom kuno di Iskandariah.

Panglima Byzantine mengetahui sasaran seterusnya bagi tentera Muslim ialah Iskandariah. Mereka turut bersedia untuk berhdapan dengan kepungan bandar. Strategi mereka adalah untuk menghalang tentera Muslim dari Iskandariah dengan menghancurkan kekuasaan mereka melalui kemaraan yang berterusan dan serangan dari kubu-kubu. Jika kaedah ini tidak menghalau mereka pergi, ia tetap akan melemahkan mereka secara emosi dan fizikal.[33] Pada Februari 641, 'Amr mara ke Iskandariah dari Babylon bersama tenteranya. Sepanjang perjalanan dari Babylon ke Iskandariah, Byzantine meletakkan rejimen askar untuk menangguhkan, dan kalau boleh mengalahkan terus tentera Muslim yang sedang mara itu.

Pada hari ketika kemaraan mereka dari Babylon, pengawal terhadapan Muslim bertembung dengan pecahan tentera Byzantine di Tarnut di tebing barat Sungai Nil.[34] Tentera Byzantine gagal untuk mengakibatkan kekalahah teruk tetapi mampu menangguhkan kemaraan buat satu hari. Panglima Muslim memutuskan untuk menghentikan tentera utama di Tarnut dan menghantar pasukan pengawal hadapan berkuda untuk membuka laluan daripada sebarangan pecahan tentera Byzantine. Ini dilakukan supaya tentera utama mampu tiba di Iskandariah tanpda sebarang kelewatan disebabkan tentangan tentera Byzantine di pertengahan jalan. Dua puluh batu dari Tarnut, serpihan tentera Byzantine yang lari dari Tarnut pada hari sebelumnya, menyertai pecahan yang sedia ada di Shareek untuk membentuk pasukan serangan yang lebih kuat. Mereka menyerang dan menghalang pasukan pengawal hadapan Muslim.

Pada hari berikutnya, sebelum tentera Byzantine meneruskan serangan untuk menghapuskan sama sekali pengawal hadapan tentera Muslim, tentera utama Muslim pun tiba, menyebabkan Byzantine untuk berundur. Pada ketika ini, panglima Muslim memutuskan untuk tidak menghantar lagi pengawal hadapan tetapi keseluruhan ketumbukan tentea akan bergerak bersama bermula keesokan harinya.

Tentera Muslim tiba di Sulteis dan bertembung sekali lagi dengan pecahan tentera Byzantine. Pertarungan sengit berlaku dan akhirnya mereka berundur ke Iskandariah. Tentera Muslim berhenti di Sulteis untuk sehari. Iskandariah hanya sejauh dua hari perjalanan sahaja dari Sulteis. Selepas seharian perjalanan, tentera Muslim tiba pula di Kirayun, dua belas batu dari Iskandariah. Di sini, tentera Muslim dihalang oleh pecahan tentera Byzantine seramaiu 20,000 orang. Strateg Byzantine adalah sama ada tentera Muslims dihalau sebelum mereka tiba di Iskandariah atau mereka menjadi selemah mungkin.[3] Keadaan ini bertahan selama sepuluh hari. Pada hari yang kesepuluh, tentera Muslim melancarkan serangan yang hebat. Tentera Byzantine dikalahkan dan mereka berundur ke Iskandariah. Jalan menuju ke Iskandariah kini lancar dan pasukan Muslim berarak dari Kirayun dan tiba di pinggir Iskandariah pada Mac 641.

Pengepungan Iskandariah dan Kejatuhan Mesir

[sunting | sunting sumber]

Tentera Muslims mula mengepung Iskandariah pada Mac 641.[35] Bandar tersebut memiliki kubu yang hebat: terdapat dinding di dalam dindig, dan tembok di dalam tembok. Tiada sedikitpun kekurangan bekalan kewangan dan makanan di bandar itu. Malah, bandar itu mempunyai laluan terbuka ke laut, dan melalui laut itu bantuan dari Constantinople dalam bentuk ketenteraan dan bekalan boleh muncul bila-bila masa.

Semasa 'Amr menyelidik situasi ketenteraan itu, dia merasakan Iskandariah amat sukar untuk ditakluki.[36] Kerajaan Byzantine meletakkan pertaruhan yang tinggi kepada Iskandariah, dan mereka tekad dan bersedia untuk menentang tentera Muslim walau apapun. Mereka memasang manjinak atau pelontak katapel dan menghujani tentera Muslim dengan batuan yang besar. Ini menyebabkan kemusnahan di kalangan tentera Muslim dan 'Amr mengarahkan tenteranya kembali dari kedudukan untuk beranjak ke belakang agak berada di luar kawasan julat lontaran. Bermulalah pertarungan naik turun.[3] Apabila tentera Muslim cuba untuk menghampiri bandar, mereka dilontar dengan batu. Apabila tentera Byzantine mara dari kubu, mereka dihentam semula oleh tentera Muslim.

Dikhabarkan maharaja Byzantine, Heraclius, mengumpulkan tentera yang ramai di Constantinople. Dia mahu mengetuai sendiri kemaraan tentera ini ke Iskandariah. Tetapi sebelum dia menyelesaikan rancangannya itu, dia mangkat. Pasukan yang berkumpul di Constantinople pun bersurai dan akhirnya tiada bantuan yang hadir di Iskandariah. Hal ini mematahkan semangat tentera Byzantine. Pengepungan itu bertahan sehingga enam bulan dan di Madinah, 'Umar tidak mahu lagi menunggu. Dalam surat yang dikirim ke 'Amr, khalifah menyuatakan kebimbangannya tentang kelewatan yang lampau untuk menakluki Mesir. Beliau mengarahkan 'Ubaidah menjadi panglima yang baharu, dan dia perlu melancarkan serangan terhadap kubu Iskandariah.

Serangan 'Ubaidah berjaya dan Iskandariah ditakluk oleh tentera Muslim pada September 641. Ribuan askar Byzantine dibunuh atau ditangkap manakala yang lai melarikan diri ke Constantinople menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan. Terdapat juga bebebrapa pedagang kaya turut melarikan diri.[37]

Bagi pihak rakyat Mesir, Cyrus meminta keamanan dan permintaannya ditunaikan. Selepas penaklukan Mesir, 'Amr dilaporkan telah menulis kepada Khalifah 'Umar:

Kami telah menakluki Iskandariah. DI bandar ini terdapat 4,000 istana, 400 tempat hiburan, dan kekayaan yang tidak terungkap.

Kehilangan Mesir bermakna kehilangan duit dan makanan yang banyak bagi Empayar Rom Timur. Kekalahan Mesir dan Syria, yang seterusnya bakal diikuti dengan penaklukan Afrika yang bermakna Mediterranean, yang lama dianggapp sebagai "tasik Rom", kini disaingi oleh dua kuasa besar, Kekhalifahan Islam dan Empayar Byzantine. Peristiwa ini, Empayar Byzantine, walaupun diuji teruk, mereka masih lagi menguasai Anatolia, manakala tembok Constantinople mampu menyelamatkan mereka dari dua kali pengepungan hebat oleh Arab, daripada memiliki nasib yang sama dengan Empayar Parsi.[38]

Cubaan dibuat pada tahun 645 untuk menguasai kembali Iskandariah oleg Empayar Byzantine, tetapi dikuasai semula oleh 'Amr pada 646. Pada tahun 654, armada penaklukan dihantar oleh Constans II telah berjaya dihalang. Bemula sejak itu, tiada lagi usaha bersungguh-sungguh untuk menguasai kembali negara itu.

Penaklukan Nubia

[sunting | sunting sumber]

Bumi Nubia terletak di selatan Mesir. Ia merentangi dari Aswan hingga ke Khartoum dari dari Laut Merah hingga ke Gurun Libya. Rakyat Nubia beragama Kristian dan diperintah oleh seorang raja. Ibu kota kerajaannya ialan Dongola. Pada musim panas tahun 642, 'Amr ibn al-'As menghantar ekspedisi ke Nubia di bawah arahan sepupunya 'Uqbah bin Nafi. Ekspedisi ini diarahkan oleh 'Amr sendiri. Ia bukanlah penaklukan berskala penuh tetapi lebih kepada serbuan awal tentang kemunculan kuasa baru di Mesir yang hanya berjiran sahaja.[39] 'Uqbah ibn Nafi, yang kemudiannya berjaya bergelar Penakluk Afrika dan memacu kudanya hingga ke Lautan Atlantik, tidak begitu gembira dengan pengalamannya di Nubia. Di Nubia, tiada pertarungan yang betul-betul berlaku. Yang terjadi hanyalah serbuan dan serang hendap yang merupakan kelebihan penduduk Nubia. Mereka pemanah yang cekap dan telah menghujani tentera Muslim dengan hujanan panah. Anak panah pula disasarkan ke mata dan menyebabkan 250 orang Islam kehilangan penglihatan mereka.

Askar Nubia juga tangkas pergerakan mereka.[13] Tentera berkuda Islam terkenal dengan kelajuan dan kelincahannyua, tetapi mereka tetap tidak dapat menandingi penunggang kuda Nubia. Nubia membalas hebat ke atas tentera Muslim dan menghilang sebelum Muslim dapat untuk membalas. Kejadian "langgar lari" ini menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada tentera Muslim. 'Uqbah menulis kepada 'Amr tentang keadaan ini.[40] Dia berkata yang askar Nubia mengelakkan dari pertempuran medan dan lebih kepada serangan secara gerila lalu menyebabkan tentera Islam teruk. 'Uqbah mara dan mendapati yang Nubia hanyalah negera yang kontang dan miskin, tiada apa yang berbaloi untuk dilawan lagi. Maka, 'Amr mengarahkan 'Uqbah untuk kembali dari Nubia dan 'Uqbah menurutinya.

Penaklukan Afrika Utara

[sunting | sunting sumber]

Selepas serbuan di Nubia di bahagian selatan, 'Amr memutuskan untuk meneruskan misi ke barat, agar sempadan barat Mesir dapat diperkuatkan dan membebaskan Cyrenaica, Tripolitania dan Fezzan daripada cengkaman Byzantine. Pada September 642, 'Amr mengetuai pasukan tenteranya ke barat. Selepas sebulan berarak, tentera Muslim tiba di kota Pentapolis. Dari Burqa, 'Uqbah bin Nafi dihantar bersama ketumbukannya untuk menguasai Fezzan. 'Uqbah mara ke Zaweela, ibu kota Fezzan. Tiada penentangan yang berlaku, dan seluruh daerah Fezzan, barat laut Libya kini, menyerah kepada ornag Islam. 'Uqbah kemudiannya kembali ke Burqa. Selepas itu, tentera Muslim mara menuju ke barat dan tiba di Tripoli pada musim bunga 643 lalu mengepung kota tersebut. Dari Tripoli, 'Amr menghantar pecahan tentera ke Sabratha, sebuah kota yang terletak empat puluh batu dari Tripoli. Kota itu menentang tetapi tidak terlalu hebat yang kemudiannya mengaku tewas dan bersetuju untuk membayar Jizyah. Dari Tripoli, 'Amr dilaporkan menulis surat kepada khalifah tentang operasei seperti beriku:

Kami telah menguasai Burqa, Tripoli dan Sabratha. Jalan ke barat semakin jelas, dan jika Amirul Mu'minin berkehendaki untuk menakluki lebih banyak tanah lagi, kami akan lakukannya, insya-Allah.

'Umar, yang tenteranya ketika itu sedang berhadapan dengan pertarungan hebat untuk menakluki Empayar Sasan tidak mahu melibatkan diri lagi dengan Afrika Utara, apabila kekuasaan orang Islam di Mesir masih belum betul-betul kukuh. Khalifah juga tidak bersetuju dengan sebarang kemaraan dan mengarahkan 'Amr agar menguatkan kedudukan orang Islam di Mesir, dan dengan tegasnya juga mengarahkan agar tiada lagi misi yang lanjut. 'Amr taat, meninggalkan Tripoli dan Burqa lalu kembali ke Fustat. Ini berlaku pada penghujung tahun 643.[41]

Pendirian orang Mesir terhadap Muslim yang menakluk

[sunting | sunting sumber]

Orang Islam dibantu olegh beberapa orang Qibti, yang kesal dengan penindasan Byzantine, dan ada yang memeluk Islam. Sesetengahnya berpihak kepada Byzantines, dengan harapan yang mereka akan memberikan pertahanan mentang penaklum Arab.[42]


Sebagai balasan kepada sumbangan wang dan makanan kepada tentera penakluk, rakyat Mesir yang beragama Kristian dikecualikan daripada perkhidmatan tentera dan bebas untuk menganuti fahaman dan mengamalkan budaya masing-masing. Sistem ini merupakan institusi baru, sebagai satu mandat oleh agama. Walau bagaimanapun, ia hanyalah institusi yang pernah digunapakai di Timur Tengah dahulu kala yang diperbaiki oleh orang Islam. Malah, rakyat Mesir pernah terikat dengannya - sebagai bukan orang Rom - ketika pemerintahan Rom memulakan pemakaian agama Kristian sebagai agama rasmi Rom. Selepas itu, semua rakyat yang bukan Kristian dikenakan bayaran, termasuk rakyat Mesir yang bukan beragama Kristian. Parsi juga mempunyai sistem cukap kepala yang serupa.

Jeneral Byzantine, Theodorus, dan semua tentera dan pegawainya menujuk ke pulau Cyprus, meninggalkan bandar Iakandariah. Bermula itu 'Amr, panglima Islam, memasuki bandar Iskandariah. Rakyat tempatan menerimanya dengan penuh hormat, kerana mereka telah ditindas dan disiksa oleh Byzantine. 'Amr menetapkan cukai yang dikenakan, tetapi dia tidak mengambil dari harta gereja dan dia tidak juga melakukan rampasan mahupun rompakan.

Mesir di bawah pemerintahan Islam

[sunting | sunting sumber]
Empayar Islam ketika puncak pemeruntahan Khulafa al-Rasyidin yang ketiga, Uthman- 654
  Kekuatan Khulafa al-Rasyidin

Orang Islam mendapat kekuasaan di Mesir bergantung kepada pelbagai faktor, antaranya termasuklah politik dalaman Byzantine, tahap keimanan dan kesukaran untuk menjaga empayar yang terlalu luas. Puak Byzantine telah cuba untuk mendapatkan kembali Iskandariah, tetapi diambil semula oleh 'Amr pada tahun 646. Pada tahun 654, armada penaklukan dihantar oleh Constans II telah berjaya dihalang. Bemula sejak itu, tiada lagi usaha bersungguh-sungguh untuk menguasai kembali negara itu.

Amr ibn al-Aas mempunyai sokongan ramai di Mesir terutama dari kalangan Kristian Qibti. Dalam buku "The Great Arab Conquests", Hugh Kennedy menulis yang Cyrus, gabenor Rom, telah mengusir partriark Qibti, Benjamin, menjadi buangan. Apabila Amr menduduki Iskandariah, orang besar Qibti yang bernama Sanutius memujuknya untuk mengeluarkan jaminan selamat untuk Benjamin dan menjemputnya kembali ke Iskandariah. Apabila dia tiba, selepas tiga belas tahun dalam buangan, Amr melayannya dengan baik. Dia kemudiannya diarahkan gabenor untuk kembali mengemui Gereja Qibti. Dia menyusun pemulihan biara di Wadi Natrun yang dimusnah oleh Kristian Kalcedonia, yang bangunan itu masih berfungsi sehingga kini. [43]

Hugh Kennedy turut menulis "Ahli biografi patriark Qibti Benjamin memaparkan imej betapa partriark itu berdoa agar panglima Islam Amr berjaya mengatasui Kristian Cyrenaica. Benjamin hidup hampir dua puluh tahun selepas kejatuhan Mesir ke tangan orang Islam dan mati secara terhormat pada 661. Jasadnya dikembumikan di biara St Macarius, tempat dia dimuliakan sebagai santa. Tidak diragui yang dia memaikan peranan besar dalam memastikan Gereja Qibti diselamatkan" [43] Partriak Qibti Benjamin turut mendoakan Amr apabila dia menuju untuk menguasai Libya.[44]

Hugh Kennedy menyambung lagi "Lebih hebat lagi ialah kenyataan John dari Nikiu. John bukanlah suka dengan pemerintahan Muslim dan sangat lantang mengecamnya, tetapi dia mengatakan tentang Amr: 'Dia memungut cukai yang telah ditentukan tetapi dia tidak mengambil satu pun harta gereja, da dia tidak melakukan sebarang rampasan atau jarahan, dan dia kekal sebegitu sepanjang hayatnya'"[45] Dia turut menulis "Dalam banyak-banyak penaklukan Islam yang awal, penaklukan Mesir adalah yang paling pantas dan lengkap. Dalam tempoh dua tahun, seluruh negara berada di bawah pemerintahan Arab sepenuhnya. Yang lebih menakjubkan, Mesir kekal di bawah pemerintahan Islam sejak itu. Jarang dalam sejarah menyaksikan perubahan politik yang sebesar begitu berlaku dengan pantas dan bertahan sangat lama" [45]

'Uqbah ibn Nafi' kemudiannya menjadikan Mesir sebagai tapak pelancarannya untuk bergerak merentasi Afrika Utara sehinggalah ke lautan Atlantik.[46] Hugh Kennedy menulis yang apabila Uqbah tiba di Lautan Atlantik, dia dikatakan menunggang kudanya ke dalam laut sehingga air laut mencapai ke paras dadanya, dan menjerit 'Ya Allah, jika laut ini tidak menghalang aku, sudah tentu aku akan menjelajah bumi seperti Iskandar Zulkarnain, mempertahankan agamamu'. Kennedy menulis lagi yang imej pahlawan yang menakluk dengan nama Tuhannya dan hanya dihentikan oleh lautan menjadi satu kisah yang amat penting dalam sejarah penaklukan. [47]

Fustat, ibu negara baharu

[sunting | sunting sumber]

Dengan kejatuhan Iskandariah, orang Islam menjadi tuan di Mesir. Ketika zaman penaklukan tersebut, Iskandariah ialah ibu negara Mesir. Apabila Iskandariah ditakluki oleh tentera Islam, rumah yang ditinggalkan oleh Byzantine telah didiami oleh orang Islam. Orang Islam kagum dan tertarik dengan Iskandariah, "ratu bandar". 'Amr berharap agar Iskandariah kekal menjadi ibu negara Muslim Mesir.[3] Dia menulis surat kepada Khalifah memohon kebenaran melakukannya. 'Umar menolak cadangan tersebut memandangkan Iskandariah ialah bandar maritim dan sentiasa terdedah kepada serangan tentera laut Byzantine.[48]

Beliau mencadangkan yang ibu negara haruslah dibina di kawasan yang lebih dalam di bahagian tengah, tempat yang tiada air yang terlalu banyak memisahkan antaranya dan Arab.[49] Seperti yang dijanjikan dengan Cyrus, kekayaan Mesir di Iskandariah tidak disentuh dan orang Rom dan Yunani dijadikan tahanan. Penduduk berbangsa Yunani diberikan pilihan, sama ada kembali ke wilayah Yunani dengan selamat tanpa sebarang harta mereka, atau tinggal di Iskandariah dengan membayar Jizyah. Sesetengah mereka memilih untuk tinggal, manakala yang lainnya pergi ke tanah jajahan Byzantine yang lain.

'Amr kemudiannya memilih tapak yang sesuai dijadikan ibu negara Mesir. Pilihannya ialah pada kawasan yang dia pacakkan khemah ketika pertarungan Babylon. Khemahnya dipasang lebih kurang suku batu timur laut kubu itu. Dikhabarkan selepas peperangan itu tamat, dan tentera menuju ke Iskandariah, mereka mula mencabut khemah dan mengemas utuk bergerak, didapati seekor merpati bersarang di atas khemah dan sedang mengeram telurnya. 'Amr mengarahkan agar khemah itu dibiarkan berdiri tanpa diusik. Tenteranya pun berarak pergi meninggalkan khemah itu di dataran Babylon. Disebabkan itu, 'Amr melihatnya sebagai isyarat dari langit. Dia memutuskan yang "di mana merpati bersarang, di situ orang membina bandar". Memandangkan khemah 'Amr merupakan pusat kepada bandar tersebut, bandar itu dinamakan sebagai Fustat, yang bermakna khemah dalam bahasa Arab. Struktur binaan yang pertama dibuat ialah masjid yang kemudian dikenali sebagai Masjid 'Amr ibn al-'As.[42] Bandar Fustat dibina di timur Babylon. Lama-kelamaan, Fustat membesar dan merangkumi kota lama Babylon. Ia menjadi bandar yang sibuk dan pusat komersil Mesir.[50]

Pembaharuan Khalifah Umar

[sunting | sunting sumber]

Untuk mengukuhkan pemerintahannya di Mesir, 'Umar mengenakan jizyah kepada semua penduduk tempatan Mesir. Walau bagaimanapun, ketika zaman pemerintahan Bani Umaiyah, cukai yang lebih tinggi dikenakan ke atas penduduknya.

Dengan izin 'Umar, 'Amr ibn al-'As membina sebatang terusan untuk menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah; yang bertujuan untuk membantu pedagang dan Arab lebih maju dengan kewujudan laluan dagang yang baru. Tambahan pula, ia akan membuka pasaran baru untuk peniaga Mesir dan membuka laluan yang mudah untuk pasaran Arab dan Iraq. Projek ini dipersembahkan kepada Khalifan 'Umar, yang meluluskannya. Terusan digali, dan dalam masa beberapa bulan, dibuka kepada pedagang. Ia dinamakan Nahar Amir ul-Mu'mineen iaitu Terusan Amirul Mukminin yang merujuk kepada jawatan Khalifah 'Umar.[51]

'Amr turut mencadangkan satu lagi projek iiatu menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean.[52] Projek itu sekali lagi dicadangkan kepada 'Umar untuk kelulusan beliau, tetapi 'Umar melihatnya sebagai ancaman keselamatan negara dan menolaknya dengan sebab ia akan menjadi laluan mudah untuk tentera laut Byzantine memasuki Laut Merah dan mengancam Madinah itu sendiri.[3] Projek ini, walau bagaimanapun, disiapkan 1300 tahun kemudian dan dinamakan Terusan Suez seperti yang ada sekarang ini. Setiap tahun, Khalifah mengarahkan jizyah yang dikutip digunakan untuk pembangunan dan memperbaiki jambatan dan terusan.[53] Arab kekal menguasai negara itu sehingga tahun 1250, apabila ia jatuh ke kekuasaan Mamluk.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:18 page no:453
  2. ^ a b Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal, chapter no:19
  3. ^ a b c d e f g Al-Maqrizi, Mawaiz wa al-'i'tibar bi dhikr al-khitat wa al-'athar,
  4. ^ Al-Kamil, page 451 - 452
  5. ^ Al-Gawzi, Al-Montazim, page 532 - 534
  6. ^ al-Tabari, history of the kings, page 862
  7. ^ Abu Salih Armenia, The churches and monasteries of Egypt and some neighbouring countries, tr. B.T.A.Evetts, page 168
  8. ^ Alfred Butler, The invasion of Egypt, page 234
  9. ^ Kamil Salih, Pope Benjamin the First and the Arab invasion of Egypt, page 65
  10. ^ Al-Maqrizi, Mawaiz wa al-'i'tibar bi dhikr al-khitat wa al-'athar, page 231
  11. ^ a b Alfred Butler, the invasion of Egypt, page 213
  12. ^ Al-Maqrizi, Mawaiz wa al-'i'tibar bi dhikr al-khitat wa al-'athar
  13. ^ a b c http://www.newadvent.org/cathen/04597c.htm
  14. ^ Alfred Butler, the invasion of Egypt, page 216
  15. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:19
  16. ^ Butler, Alfred, The Arab Conquest of Egypt and the Last Thirty years of Roman Dominion
  17. ^ Butler, Alfred, The Arab Conquest of Egypt and the Last Thirty years of Roman Dominion
  18. ^ Alfred Butler, the invasion of Egypt, page 254-255
  19. ^ Butler, Alfred, The Arab Conquest of Egypt and the Last Thirty years of Roman Dominion
  20. ^ Andre Raymond, Cairo, transl. Willard Wood, (Harvard University Press, 2000), 10.
  21. ^ Alfred Butler, the invasion of Egypt, page 258
  22. ^ Alfred Butler, the invasion of Egypt, page 263
  23. ^ Alfred Butler, the invasion of Egypt, page 264
  24. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:21
  25. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:22
  26. ^ Butler, Alfred, The Arab Invasion of Egypt and the Last Thirty years of Roman Dominion
  27. ^ "Umar (634-644)", The Islamic World to 1600 Multimedia History Tutorials by the Applied History Group, University of Calgary. Last accessed 20 Oct 2006
  28. ^ Butler, Alfred, The Arab Invasion of Egypt and the Last Thirty years of Roman Dominion
  29. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:22
  30. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:23
  31. ^ "Umar (634-644)", The Islamic World to 1600 Multimedia History Tutorials by the Applied History Group, University of Calgary. Last accessed 20 Oct 2006
  32. ^ Butler, Alfred, The Arab Invasion of Egypt and the Last Thirty years of Roman Dominion
  33. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:22
  34. ^ Butler, Alfred, The Arab Invasion of Egypt and the Last Thirty years of Roman Dominion
  35. ^ "Umar (634-644)", The Islamic World to 1600 Multimedia History Tutorials by the Applied History Group, University of Calgary. Last accessed 20 Oct 2006
  36. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:22
  37. ^ Butler, Alfred, The Arab Invasion of Egypt and the Last Thirty years of Roman Dominion
  38. ^ Kaegli, Walter. Heraclius: Emperor of Byzantium.
  39. ^ A.I.Akram's Muslim Conquest of Egypt and North Africa, ISBN 978-0-19-597712-7
  40. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:22
  41. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:24
  42. ^ a b http://www.tertullian.org/fathers/nikiu2_chronicle.htm
  43. ^ a b The Great Arab Conquests By Hugh Kennedy, page 164
  44. ^ The Great Arab Conquests By Hugh Kennedy, page 163
  45. ^ a b The Great Arab Conquests By Hugh Kennedy, page 165
  46. ^ The Great Arab Conquests By Hugh Kennedy, page 212
  47. ^ The Great Arab Conquests By Hugh Kennedy, page 214
  48. ^ Butler, Alfred, The Arab Conquest of Egypt and the Last Thirty years of Roman Dominion
  49. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:22
  50. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:22
  51. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:22
  52. ^ "Umar (634-644)", The Islamic World to 1600 Multimedia History Tutorials by the Applied History Group, University of Calgary. Last accessed 20 Oct 2006
  53. ^ Al Farooq, Umar By Muhammad Husayn Haykal. chapter no:25