Otto Schultze
Otto Schultze | |
---|---|
Fail:Generaladmiral Otto Schultze.jpg | |
Kelahiran | Oldenburg | 11 Mei 1884
Meninggal dunia | 22 Januari 1966 Hamburg | (umur 81)
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Kaiserliche Marine Reichsmarine Kriegsmarine |
Tahun perkhidmatan | 1900–1942 |
Pangkat | Generaladmiral |
Unit | SMS König |
Arahan | U-63 SMS Elsass |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Pour le Mérite |
Hubungan | Heinz-Otto Schultze (anak) |
Otto Schultze (11 Mei 1884 – 22 Januari 1966) adalah seorang Laksamana Jerman dalam Kriegsmarine semasa Perang Dunia II dan penerima pingat Pour le Mérite semasa Perang Dunia I. Pingat Pour le Mérite merupakan darjah tentera tertinggi Kerajaan Prusia untuk askar Jerman sehingga pengakhiran Perang Dunia I. Selaku komander U-boat semasa Perang Dunia I, beliau telah dipuji dengan menenggelamkan 53 buah kapal dagang yang berjumlah 132,567 tanan berdaftar kasar, dan HMS Falmouth yang bersesaran 5,275 long ton (5,360 t).[1]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Schultze menyertai Kaiserliche Marine (Tentera Laut Imperial) pada 7 April 1900 sebagai seorang Seekadett (kadet laut). Beliau pada mulanya bertugas atas SMS König semasa Perang Dunia I sebelum bertukar ke pasukan U-boat pada 1915, mengambil alih pemerintahan U-63. Beliau melepaskan pemerintahan U-63 pada pertengahan Disember 1917. Beliau kemudian berkhidmat sebagai pegawai staf pertama Panglima U-boat di Laut Mediterranean. Pada masa yang sama, beliau menyandang jawatan Ketua I. U-Boot-Flottille (Flotila Pertama U-boat). Pada zaman antara perang, beliau memegang beberapa jawatan staf. Dari September 1927-September 1929, beliau merupakan pemerintah kapal SMS Elsass.[2] Pada Oktober, beliau mengambil alih pemerintahan Marinestation der Nordsee (Stesen Tentera Laut Utara). Beliau telah dinaikkan pangkat ke Vizeadmiral pada 1934 dan ke Admiral pada 1936 sebelum bersara pada 1937. Apabila Perang Dunia II meletus, beliau diaktifkan semula ke perkhidmatan tentera sebagai Panglima Tentera Laut Jerman di Perancis dari Mac 1941 hingga Ogos 1942 sebelum bersara semula pada 30 September 1942 dengan pangkat Generaladmiral.
Tarikh kenaikkan pangkat
[sunting | sunting sumber]- Seekadett - 7 April 1900
- Fähnrich zur See - 19 April 1901
- Leutnant zur See - 27 September 1903
- Oberleutnant zur See - 21 Mac 1903
- Kapitänleutnant - 22 Mac 1910
- Korvettenkapitän - 28 April 1918
- Fregattenkapitän - 1 April 1925
- Kapitän zur See - 1 Januari 1928
- Konteradmiral - 1 April 1931
- Vizeadmiral - 1 Oktober 1934
- Admiral - 1 Oktober 1936
- Generaladmiral z.V. - 31 Ogos 1942
Anugerah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Iron Cross (1914) Kelas 1[3]
- Knight Cross Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang[3]
- Pour le Mérite (18 Mac 1918)[3]
- Knight Cross Kelas 2 House and Merit Order of Peter Frederick Louis berserta Pedang[3]
- Pingat Semat Iron Cross (1939) Kelas 2[3]
- War Merit Cross, Kelas 2 dan Kelas 1 berserta Pedang[3]
- German Cross warna Perak pada 31 Ogos 1942 selaku Generaladmiral dan Panglima Tentera Laut Jerman Perancis[4]
- Bintang Gallipoli ("Iron Crescent", Empayar Uthmaniyah)[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Petikan
- Bibliografi
- Hildebrand, Hans H. and Henriot, Ernest (1990a). Deutschlands Admirale 1849-1945 Band 3: P-Z (in German). Biblio Verlag. Osnabrück. ISBN 3-7648-1499-3.
- Hildebrand, Hans H.; Röhr, Albert; Steinmetz, Hans-Otto (1990b). Die Deutschen Kriegsschiffe. Biographien - ein Spiegel der Marinegeschichte von 1815 bis zur Gegenwart. (10 Bände) (dalam bahasa German). Mundus Verlag.CS1 maint: unrecognized language (link)
- Patzwall, Klaus D.; Scherzer, Veit (2001). Das Deutsche Kreuz 1941 – 1945 Geschichte und Inhaber Band II [The German Cross 1941 – 1945 History and Recipients Volume 2] (dalam bahasa German). Norderstedt, Germany: Verlag Klaus D. Patzwall. ISBN 978-3-931533-45-8.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Admiral Karlgeorg Schuster |
Panglima Tentera Laut Jerman di Perancis 2 Mac 1941 – 8 Ogos 1942 |
Diikuti oleh: Admiral Wilhelm Marschall |