Perang Iraq
Perang Iraq | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Terhadap Keganasan | |||||||
Ikut arah jam, bermula di kiri atas: rondaan bersama di Samarra; penumbangan patung Saddam Hussein di Dataran Firdos; seorang askar Iraq bersiap dengan raifal untuk menyerang; letupan bom di Baghdad Selatan. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Amerika Syarikat |
Kumpulan pemberontak: Bagi pertempuran sesama puak pemberontak, lihat Perang saudara di Iraq. | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
George W. Bush |
Saddam Hussein Izzat Ibrahim ad-Douri | ||||||
Kekuatan | |||||||
Angkatan Penyerang (2003–2004) Amerika Syarikat |
Tentera Iraq: 375,000 (dibubarkan pada 2003) Pemberontak Sunnah ~1,000 (2008) | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Angkatan Keselamatan Iraq(pasca-Saddam) Cedera: 32,753+ (32,226 AS,[18] 315 UK, 212+ other[19])[20][21][22][23]
Kakitangan perubatan cedera/menghidap penyakit/lain-lain:* 51,139 (47,541 AS,[24] 3,598 UK)[20][22][23] Jumlah kecederaan: 117,961 |
Kematian pejuang Iraq (sewaktu serangan): 7,600–10,800[30][31]
Pemberontak (pasca Saddam) | ||||||
Kematian orang awam akibat keganasan yang dilaporkan, Iraq Body Count – 2003 hingga 14 Disember 2011: 103,160–113,728 dicatatkan[35] and 15,114 new deaths added from the Iraq War Logs[36] Anggaran kematian lebihan, (Lancet) – Mac 2003 - Julai 2006:654,965** (95% CI: 392,979-942,636)[37][38] Anggaran kematian ganas, Tinjauan Kesihatan Keluarga Iraq - Mac 2003 - Julai 2006: 151,000 (95% CI: 104,000-223,000)[39] Untuk maklumat lanjut, rujuk: Mangsa Perang Iraq | |||||||
* "injured, diseased, or other medical" – required medical air transport. UK number includes "aeromed evacuations" ** Total deaths include all additional deaths due to increased lawlessness, degraded infrastructure, poorer healthcare, etc. |
Perang Iraq (atau Perang di Iraq) (tulisan Jawi : ڤراڠ العراق) bermula pada 20 Mac 2003[40][41] dengan serangan ke atas negara itu oleh Amerika Syarikat di bawah pentadbiran George W. Bush serta United Kingdom pimpinan Perdana Menteri Tony Blair.[42] Perang ini juga dipanggil Pendudukan Iraq(tulisan Jawi : ڤندودوكن العراق), Perang Teluk Kedua, atau Operasi Kebebasan Iraq oleh tentera AS. Perang ini ditamatkan secara rasmi oleh AS pada 15 Disember 2011, namun keganasan sekali-sekala berterusan di seluruh negara.[43]
Sebelum serangan, pemerintah-pemerintah AS dan UK menegaskan bahawa kemungkinan Iraq menggunakn senjata pemusnah besar-besaran mengancam keselamatan mereka dan juga sekutu-sekutu serantau dan seperikatan mereka.[44][45][46] Pada tahun 2002, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan Resolusi 1441 yang menyeru supaya Iraq benar-benar berkerjasama dengan para pemeriksa senjata PBB untuk mengesahkan bahawa ia tidak memiliki sebarang senjata pemusnah besar-besaran dan peluru berpandu krus. Suruhanjaya Pengawasan, Pengesahan dan Pemeriksaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNMOVIC) dibenarkan masuk oleh Iraq mengikut peruntukan-peruntukan resolusi PBB itu tetapi tidak menemui sebarang bukti wujudnya senjata pemusnah besar-besaran. Ini tidak disusuli oleh pemeriksaan lanjutan untuk mengesahkan kepatuhan Iraq kepada kehendak-kehendak pelucutan senjata PBB dengan kukuh.[47][48][49][50] Ketua inspektor senjara, Hans Blix memesan Majlis Keselamatan PBB bahawa kerjasama Iraq itu "aktif" tetapi tidak "tanpa syarat" dan tidak "serta-merta". Pengisytiharan Iraq berkenaan senjata pemusnah besar-besaran tidak dapat ditentusahkan ketika itu, tetapi tugas-tugas yang belum selesai berkenaan pelucutan senjata Iraq mampu diselesaikan dalam masa berbulan-bulan sahaja.[47][51]
Ekoran serangan itu, Kumpulan Peninjauan Iraq yang diketuai oleh AS membuat kesimpulan bahawa Iraq telah menamatkan program-program nuklear, kimia dan biologinya pada tahun 1991, dan tidak menganjurkan sebarang program yang aktif ketika serangan tetapi Iraq berniat untuk menyambung semula pengeluaran sebaik sahaja sekatan antarabangsa terhadap negara itu ditarik balik.[52] Walaupun masih terjumpanya saki-baki senjata kimia yang tersalah letak atau terbiar sebelum tahun 1991, namun ia bukanlah senjata-senjata yang dijadikan hujah utama untuk mempertahankan langkah untuk menyerang Iraq.[53] Sesetengah pegawai AS juga menuduh Presiden Iraq, Saddam Hussein melindungi dan menyokong al-Qaeda,[54] namun tidak terjumpanya bukti hubung kait antara dua pihak itu yang bermakna.[55][56] Sebab-sebab lain untuk menyerang yang dinyatakan oleh pemerintah-pemerintah negara yang menyerang itu termasuklah: pembiayaan Iraq kepada sanak-saudara pengebom berani mati Palestin,[57] pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan Saddam,[58] dan usaha untuk menyemai demokrasi di negara tersebut.[59][60]
Serangan ke atas Iraq ini membawa kepada pendudukan negara itu dan akhirnya penangkapan Presiden Saddam yang kemudiannya dibicarakan di sebuah mahkamah Iraq lalu dihukum mati oleh kerajaan Iraq yang baru. Keganasan terhadap angkatan-angkatan campuran dan sesama pelbagai kelompok taifah pun mencetuskan pemberontakan Iraq, persengketaan antara pelbagai puah Sunnah dan Syiah, serta kebangkitan paksi baru al-Qaeda di Iraq.[61][62] Pada tahun 2008, UNHCR melaporkan anggaran 4.7 juta pelarian (~16% jumlah penduduk) termasuk 2 juta di luar negara (bilangan yang menghampiri unjuran CIA[63]) dan 2.7 juta yang kehilangan tempat tinggal dan masih terkandas dalam negara.[64] Pada tahun 2007, lembaga anti-rasuah Iraq melaporkan bahawa sejumlah lima juta (35%) kanak-kanak Iraq menjadi anak yatim.[65] Pada Mac 2008, Pertubuhan Palang Merah menyatakan bahawa keadaan kemanusiaan Iraq masih antara yang paling teruk di dunia, kerana jutaan warga Iraq terpaksa bergantung pada sumber air yang tidak mencukupi dan tercemar.[66]
Pada Jun 2008, para pegawai Jabatan Pertahanan AS mendakwa bahawa petunjuk-petunjuk keselamatan dan ekonomi mulai menunjukkan tanda-tanda peningkatan dalam apa yang mereka katakan sebagai kejayaan yang sangat besar tetapi tidak kukuh.[67] Pada tahun 2007, Iraq menduduki tangga kedua dalam Indeks Negara Gagal; namun kedudukannya telah banyak meningkat ke tangga kelima pada tahun 2008, keenam pada tahun 2009, dan ketujuh pada tahun 2010.[68] Apabila pendapat umum yang menyokong pengunduran tentera meningkat sementara tentera Iraq mulai mengambil alih tanggungjawab atas keselamatan negara, negara-negara anggota Campuran itu akhirnya mengundurkan tentera masing-masing.[69][70] Pada akhir tahun 2008, kerajaan AS dan Iraq meluluskan satu Perjanjian Taraf Angkatan yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012.[71] Parlimen Iraq juga meratifikasi satu Perjanjian Kerangka Strategi dengan AS[72] yang bertujuan memastikan kerjasama dalam membela hak-hak perlembagaan, mencegah ancaman, pendidikan,[73] membangunkan tenaga, dan sebagainya.[74]
Pada akhir Februari 2009, Presiden AS yang baru dilantik, TENTARA AS MATIBarack Obama mengumumkan tempoh pengunduran angkatan petempur selama 18 bulan, dengan kira-kira 50,000 orang askar yang kekal di Iraq "untuk menasihati dan melatih angkatan keselamatan Iraq serta menjalankan perisikan dan pengawasan".[75][76] Jeneral Ray Odierno, komander tertera AS yang tertinggi di Iraq, berkata dia percaya bahawa semua tentera AS akan meninggalkan negara itu menjelang akhir tahun 2011,[77] sementara tentera UK menamatkan operasi pertempuran pada 30 April 2009.[78] Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki berkata beliau menyokong pengunduran tentera AS secara yang dipercepat.[79] Di satu ucapan di Oval Office pada 31 Ogos 2010, Obama mengisytiharkan bahawa "misi pertempuran AS di Iraq telah berakhir. Operasi Kebebasan Iraq sudah tamat, maka rakyat Iraq kini memegang tanggungjawab utama buat keselamatan tanah air mereka."[80][81][82] Mulai 1 September 2010, nama operasi AS bagi penglibatannya di Iraq bertukar daripada "Operasi Kebebasan Iraq" kepada "Operasi Fajar Baru." 50,000 orang AS yang tinggal itu diberi tugas untuk "menasihati dan menolong briged-briged" yang ditugaskan kepada operasi bukan pertempuran sementara mengekalkan kebolehan beralih kepada operasi pertempuran seandainya perlu. Dua briged penerbangan tempur turut kekal di Iraq.[83] Pada September 2010, agensi berita Associated Press mengeluarkan memo dalaman yang mengingatkan para wartawannya bahawa "pertempuran di Iraq belum berakhir," malahan "tentera AS masih terlibat dalam operasi pertempuran di samping tentera Iraq, walaupun para pegawai AS berkata bahawa misi pertempuran AS tamat dengan rasmi."[84][85]
Pada 21 Oktober 2011, Presiden Obama mengumumkan bahawa semua askar dan pelatih tentera AS akan meninggalkan Iraq menjelang akhir tahun itu, sekaligus melabuhkan tirai pada misi AS di Iraq.[86] Pada 15 Disember 2011, Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta secara rasminya mengisytiharkan Perang Iraq tamat di sebuah upacara penurunan bendera di Baghdad.[87]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Lihat:
- Greene, Richard Allen (15 Disember 2011). "Muted ceremony marks end of Iraq war". CNN. Dicapai pada 15 Disember 2011. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - Cooper, Helene (15 Disember 2011). "Obama Praises Troops as He Ends the War He Opposed". The New York Times. Dicapai pada 15 Disember 2011.
- Baldor, Lolita (15 Disember 2011). "US declares Iraq war over". Associated Press. Boston Globe. Dicapai pada 15 Disember 2011.
- Raddatz, Martha (15 Disember 2011). "End of Iraq War Bittersweet for Soldiers, Vets". ABC News. Dicapai pada 15 Disember 2011.
- Bennett, Dashiell (15 Disember 2011). "The Iraq War Is Officially Over". The Atlantic Wire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-02. Dicapai pada 15 Disember 2011.
- Murphy, Dan (15 Disember 2011). [www.csmonitor.com/World/Backchannels/2011/1215/The-Iraq-war-ends-with-a-sovereign-Iraq-kicking-US-out "The Iraq war ends with a sovereign Iraq kicking US out"] Check
|url=
value (bantuan). Christian Science Monitor. Dicapai pada 15 Disember 2011. - Cullum, James (15 Disember 2011). "Iraq War Ends, Gone With The Wind and Unseasonal Warmth". Patch.com. Dicapai pada 15 Disember 2011.
- Brook, Tom (15 Disember 2011). "U.S. war in Iraq officially ends". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-28. Dicapai pada 15 Disember 2011.
- Slavin, Erik (15 Disember 2011). "As Iraq war ends, servicemembers ponder its meaning, value". Stars and Stripes (newspaper). Dicapai pada 15 Disember 2011.
- "Iraq: Leon Panetta Announces Official End of War Read more:http://latino.foxnews.com/latino/politics/2011/12/15/iraq-leon-panetta-announces-official-end-war/#ixzz1gdUFCjPy". Fox News. 15 Disember 2011. Dicapai pada 15 Disember 2011.
- Montagne, Renee (15 Disember 2011). "Baghdad Ceremony Formally Ends Iraq War". NPR. Dicapai pada 15 Disember 2011. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
- Greene, Richard Allen (15 Disember 2011). "Muted ceremony marks end of Iraq war". CNN. Dicapai pada 15 Disember 2011. Unknown parameter
- ^ "Sectarian divisions change Baghdad's image". MSNBC. 2006-07-03. Dicapai pada 2007-02-18.
- ^ CNN Wire Staff (26 November 2011). "U.S. military works to get troops home faster from Iraq". CNN. Dicapai pada 26 November 2011.
- ^ International Institute for Strategic Studies; Hackett, James (ed.) (2010-02-03). The Military Balance 2010. London: Routledge. ISBN 1857435575.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ Rubin, Alissa J.; Nordland, Rod (29 Mac 2009). "Troops Arrest an Awakening Council Leader in Iraq, Setting Off Fighting". The New York Times. Dicapai pada 30 Mac 2010.
- ^ "The Kurdish peshmerga forces will not be integrated into the Iraqi army: Mahmoud Sangawi - Interview". Ekurd.net. 2010-01-22. Dicapai pada 2010-10-23.
- ^ "Deputy Assistant Secretary for International Programs Charlene Lamb's Remarks on Private Contractors in Iraq". State.gov. 2009-07-17. Dicapai pada 2010-10-23.
- ^ The Brookings Institution Iraq Index: Tracking Variables of Reconstruction & Security in Post-Saddam Iraq 1 Oktober 2007
- ^ Ricks, Thomas E. (2007-01-11). "Intensified Combat on Streets Likely". Washington Post. m/s. A01. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Pincus, Walter."Violence in Iraq Called Increasingly Complex". Washington Post, November 17, 2006.
- ^ 260 pada 2003,[1]15,196 pada 2004 – 2009 (kecuali Mei 2004 dan Mac 2009),[2] 67 pada Mac 2009,[3] Diarkibkan 2012-02-26 di Wayback Machine dan 1,100 pada 2010,[4] Diarkibkan 2013-01-16 di Wayback Machine maka jumlah kematian adalah 16,623
- ^ http://fpc.state.gov/documents/organization/77707.pdf
- ^ "Operation Iraqi Freedom". iCasualties. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-25. Dicapai pada 2010-08-24.
- ^ "Home and Away: Iraq and Afghanistan War Casualties". CNN. Dicapai pada March 30, 2010.
- ^ http://www.defenselink.mil/news/casualty.pdf
- ^ "Ministry of Defence | Fact Sheets | Operations Factsheets | Operations in Iraq: British Fatalities". Mod.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-11. Dicapai pada 2009-10-17.
- ^ "Forces: U.S. & Coalition/POW/MIA". CNN. Dicapai pada 22 Februari 2011.; Setakat Mei 2011, lapan orang Amerika masih tidak dapat dikesan, termasuk tujuh orang kontraktor persendirian dan seorang anggota tentera. Nama-nama mereka ialah: Jeffrey Ake, Aban Elias, Abbas Kareem Naama, Neenus Khoshaba, Bob Hamze, Dean Sadek, Hussain al-Zurufi dan Staf Sarjan Ahmed Altaie. Healy, Jack, "With Withdrawal Looming, Trails Grow Cold For Americans Missing In Iraq", New York Times, 22 Mei 2011, p. 6.
- ^ http://www.defense.gov/NEWS/casualty.pdf
- ^ 33 Ukraine [5], 31+ Itali [6][7] Diarkibkan 2011-04-28 di Wayback Machine, 30 Bulgaria [8][9], 20 El Salvador [10], 19 Georgia [11], 18 Estonia [12], 16+ Poland [13][14] Diarkibkan 2007-06-12 di Wayback Machine[15][16][17], 15 Sepanyol [18][19] Diarkibkan 2019-04-02 di Wayback Machine[20][21], 10 Romania [22], 6 Australia [23] Diarkibkan 2011-04-28 di Wayback Machine, 5 Albanian, 4 Kazakhstan [24] Diarkibkan 2012-01-30 di Wayback Machine, 3 Filipina [25] dan 2 Thailand [26][27] untuk sejumlah 212+
- ^ a b Banyak jadual rasmi ASi "Military Casualty Information". Seelatest totals for injury, disease/other medical Diarkibkan 2011-06-02 di Wayback Machine
- ^ "Casualties in Iraq".
- ^ a b iCasualties.org (was lunaville.org). Benicia, California. Patricia Kneisler, et al.,"Iraq Coalition Casualties" Diarkibkan 2018-10-25 di Wayback Machine
- ^ a b "Defence Internet Fact Sheets Operations in Iraq: British Casualties" Diarkibkan 2006-11-14 di Wayback Machine. UK Ministry of Defense.combined casualty and fatality tables.
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-06-02. Dicapai pada 2011-12-16.
- ^ a b "U.S. Department of Labor - Office of Workers' Compensation Programs (OWCP) - Defense Base Act Case Summary by Nation". Dol.gov. Dicapai pada 2011-12-15.
- ^ a b T. Christian Miller (2009-09-23). "U.S. Government Private Contract Worker Deaths and Injuries". Projects.propublica.org. Dicapai pada 2010-10-23.
- ^ 185 di Diyala mulai Jun 2007 to Disember 2007,[28] 4 pada hari pembunuhan Abu Risha, 25 pada 12 November 2007,[29] Diarkibkan 2013-05-14 di Wayback Machine 528 pada 2008,[30] Diarkibkan 2016-12-10 di Wayback Machine 27 pada 2 Januari 2009,[31] 53 Mulai 6 hingga 12 April 2009,[32] Diarkibkan 2011-05-13 di Wayback Machine 13 pada 16 November 2009,[33] 15 in Disember 2009,[34] 100+ mulai April hingga June 2010,[35][36] 52 pada 18 Julai 2010[37][38], sejumlah 1,002+ maut
- ^ Moore, Solomon; OPPEL Jr, RICHARD A. (2008-01-24). "Attacks Imperil U.S.-Backed Militias in Iraq". The New York Times.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-10. Dicapai pada 2011-12-16.
- ^ Kenyataan akhbar (28 Oktober 2003). "New Study Finds: 11,000 to 15,000 Killed in Iraq War; 30 Percent are Non-Combatants; Death Toll Hurts Postwar Stability Efforts, Damages US Image Abroad" Diarkibkan 2006-10-17 di Wayback Machine. Project on Defense Alternatives (via Common Dreams NewsCenter). Dicapai pada 2 September 2010.
- ^ Conetta, Carl (October 23, 2003). "The Wages of War: Iraqi Combatant and Noncombatant Fatalities in the 2003 Conflict — Project on Defense Alternative Research Monograph #8". Project on Defense Alternatives (via Commonwealth Institute). Dicapai pada 2 September 2010.
- ^ 597 maut pada 2003,[39], 23,984 maut mulai 2004 hingga 2009 (kecuali Mei 2004 dan Mac 2009),[40] 652 dibunuh pada Mei 2004,[41] 45 dibunuh pada Mac 2009,[42] Diarkibkan 2009-09-03 di Wayback Machine 676 killed in 2010,[43] 451 maut pada 2011 (kecuali February),[44][45][46][47] Diarkibkan 2015-02-09 di Wayback Machine[48][49] Diarkibkan 2011-12-08 di Bibliotheca Alexandrina[50] Diarkibkan 2012-05-13 di Wayback Machine[51][52] Diarkibkan 2011-11-11 di Wayback Machine maka jumlahnya 26,405
- ^ Van, Bill. "US Transfer of Iraqi Prisoners: An Ongoing War Crime". Globalresearch.ca. Dicapai pada 2011-01-15.
- ^ "Amnesty: Iraq holds up to 30,000 detainees without trial". CNN. 2010-09-13. Dicapai pada 2011-01-06.
- ^ "Iraq Body Count". Iraq Body Count. Dicapai pada 2011-12-14.
- ^ "Iraq War Logs: What the numbers reveal". Iraq Body Count. Dicapai pada 2010-12-03.
- ^ "Mortality after the 2003 invasion of Iraq: a cross-sectional cluster sample survey"[pautan mati]PDF (242 KB). By Gilbert Burnham, Riyadh Lafta, Shannon Doocy, dan Les Roberts. The Lancet, 11 Oktober 2006
- ^ The Human Cost of the War in Iraq: A Mortality Study, 2002–2006PDF (603 KB). Oleh Gilbert Burnham, Shannon Doocy, Elizabeth Dzeng, Riyadh Lafta, dan Les Roberts. Tambahan kepada kajian Lancet kedua.
- ^ "Iraq Family Health Survey" New England Journal of Medicine 31 Januari 2008
- ^ "A chronology of the six-week invasion of Iraq". PBS. February 26, 2004. Dicapai pada 2008-03-19.
- ^ Kevin Baker Diarkibkan 2008-08-20 di Wayback Machine "The Quietest War: We've Kept Fallujah, but Have We Lost Our Souls?" American Heritage, Oct. 2006.
- ^ Schifferes, Steve (18 Mac 2003). "U.S. Names Coalition of the Willing". BBC News. Dicapai pada 2007-11-03.
- ^ http://www.stripes.com/news/panetta-declares-iraq-war-end-of-mission-for-u-s-troops-1.163568
- ^ Center for American Progress (January 29, 2004) "In Their Own Words: Iraq's 'Imminent' Threat" americanprogress.org
- ^ Senator Bill Nelson (28 Januari 2004)"New Information on Iraq's Possession of Weapons of Mass Destruction", Congressional Record
- ^ Blair, Tony. (5 Mac 2002) "PM statement on Iraq following UN Security Council resolution" Diarkibkan 2010-01-24 di Wayback Machine Number 10 Downing Street
- ^ a b Blix, H. (March 7, 2003) "Transcript of Blix's UN presentation" CNN.com
- ^ Hersh, Seymour M. (May 5, 2003).Selective Intelligence, New Yorker.
- ^ Pincus, Walter (2007-02-08). "Official's Key Report On Iraq Is Faulted". Washington Post. Dicapai pada 2008-11-04.
- ^ U.S. Senate Intelligence Community (June 2008): "Two Bipartisan Reports Detail Administration Misstatements on Prewar Iraq Intelligence, and Inappropriate Intelligence Activities by Pentagon Policy Office". "There is a fundamental difference between relying on incorrect intelligence and deliberately painting a picture to the American people that you know is not fully accurate." – Senator John D. (Jay) Rockefeller IV
- ^ In his remarks to the UN Security Council on 14.2.2003 Hans Blix said on cooperation that "In my 27 January update to the Council, I said that it seemed from our experience that Iraq had decided in principle to provide cooperation on process, most importantly prompt access to all sites and assistance to UNMOVIC in the establishment of the necessary infrastructure. This impression remains and we note that access to sites has so far been without problems." On time remaining until the confirmation of disarmament he said "the period of disarmament through inspection could still be short if immediate, active and unconditional cooperation with UNMOVIC and IAEA were to be forthcoming." United Nations Security Council: 4707th meeting. Friday,14 February 2003, 10 a.m., New York, New York, U.S.
- ^ "Iraq Survey Group Final Report: Weapons of Mass Destruction (WMD)".
- ^ Shrader, K. (June 22, 2006)"New Intel Report Reignites Iraq Arms Fight" Associated Press
- ^ "Saddam's al Qaeda Connection". Weeklystandard.com. 2003-08-22. Dicapai pada 2010-10-23.
- ^ Woods, K.M. and Lacey, J. (2008)"Saddam and Terrorism: Emerging Insights from Captured Iraqi Documents," vol. 1 Institute for Defense Analyses IDA Paper P-4287, pp. ES-1
- ^ Kerr, R.J., et al. (29 Julai 2004)"Intelligence and Analysis on Iraq: Issues for the Intelligence Community," MORI Doc. ID 1245667 (Langley, VA: Central Intelligence Agency)
- ^ CNN (September 12, 2002) "White House spells out case against Iraq" Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine, "the White House released a report early Thursday, listing some of the principal accusations against Iraq and its leader ... Iraq is also accused of sheltering two Palestinian terrorist organizations, and it lists Saddam's decision in 2002 to increase from $10,000 to $25,000 the bounty paid to the families of Palestinian suicide bombers."
- ^ Wolfowitz, P. (May 30, 2003)
- ^ "President Discusses the Future of Iraq" The White House, 26 February 2003
- ^ "Bush Sought 'Way' To Invade Iraq?" Diarkibkan 2013-10-08 di Wayback Machine 60 Minutes
- ^ U.S. Defense Secretary Robert Gates, 2 Feb 2007, see "four wars" remark
- ^ "CBS on civil war". CBS News. September 26, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-05. Dicapai pada 2011-12-16.
- ^ "CIA World Factbook: Iraq". Cia.gov. Dicapai pada 2011-01-15.
- ^ UNHCR – Iraq: Latest return survey shows few intending to go home soon. Published April 29, 2008. Retrieved May 20, 2008.
- ^ 5 juta Iraqi orphans, anti-corruption board reveals terjemahan Inggeris akhbar Aswat Al Iraq 15 Disember 2007
- ^ "Iraq: no let-up in the humanitarian crisis" (PDF). Dicapai pada 2010-10-23.
- ^ "U.S. Department of Defense (June 2008): Measuring Security and Stability in Iraq" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2008-07-25. Dicapai pada 2010-10-23.
- ^ "2010 Failed States Index - Interactive Map and Rankings". Foreign Policy. Dicapai pada 2011-01-15.
- ^ Britain's Brown visits officials, troops in Iraq. International Herald Tribune, 2 Oktober 2007.
- ^ Italy plans Iraq troop pull-out BBC March 15, 2005
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-25. Dicapai pada 2011-12-16.
- ^ Strategic Framework Agreement (pdf bitmap)
- ^ English Language Teaching and Learning Program (U.S. State Dept.)
- ^ Karadsheh, J. (November 27, 2008)"Iraq parliament OKs pact on U.S. troops' future"CNN
- ^ Thomma, Steven (February 27, 2009). "Obama to extend Iraq withdrawal timetable; 50,000 troops to remain". McClatchy Newspapers. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-28. Dicapai pada 2011-12-16.
- ^ Feller, Ben (February 27, 2009). "Obama sets firm withdrawal timetable for Iraq". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-27. Dicapai pada 2011-12-16.
- ^ Martina Stewart (2009-04-12). "General: U.S. should be out of Iraq by late 2011". Cnn.com. Dicapai pada 2010-10-23.
- ^ "UK Iraq combat operations to end". BBC News. 30 April 2009. Dicapai pada 2009-04-30.
- ^ "Iraq Welcomes Faster U.S. Withdrawal Reports". Foxnews.com. 2009-02-25. Dicapai pada 2010-10-23.
- ^ Londoño, Ernesto (August 19, 2010). "Operation Iraqi Freedom ends as last combat soldiers leave Baghdad". The Washington Post.
- ^ The New York Times http://www.nytimes.com/reuters/2010/08/31/world/middleeast/international-us-iraq.html?_r=1. Missing or empty
|title=
(bantuan) [pautan mati] - ^ "Obama's full speech: 'Operation Iraqi Freedom is over'". MSNBC. 2010-08-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-01. Dicapai pada 2010-10-23.
- ^ "Combat brigades in Iraq under different name - Army News | News from Afghanistan & Iraq". Army Times. 2010-08-19. Dicapai pada 2011-01-15.
- ^ AP Issues Standards Memo: 'Combat In Iraq Is Not Over'
- ^ AP Tells Its Reporters to Avoid Saying the Iraq War Is Over
- ^ "Barack Obama: All US troops to leave Iraq in 2011". BBC News. 2011-10-21. Dicapai pada 21 October 2011.
- ^ Brook, Tom (15 December 2011). "U.S. war in Iraq officially ends". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-28. Dicapai pada 15 December 2011.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.