Onewe
Onewe | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | M.A.S 0094 MAS |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif | 2015 | –sekarang
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Oneus |
Laman sesawang | Laman sesawang rasmi Korea Laman sesawang rasmi Jepun |
Ahli |
|
Onewe (Hangul: 원위 , digayakan dalam semua huruf besar, disebut: [wʌnˌwi]) adalah kugiran rock alternatif dari Korea Selatan yang mempunyai lima orang ahli iaitu: Yonghoon, Harin, Kanghyun, Dongmyeong dan CyA. Lima orang ahli ini pada asalnya dibentuk di bawah nama M.A.S 0094 (Make a Sound 0094).[1] Mereka mengeluarkan single digital pertama mereka "Butterfly, Find a Flower" pada 13 Ogos 2015 dibawah Modern Music. Pada bulan April 2017, mereka berpindah ke RBW dan dinamakan semula sebagai MAS. Pada bulan Jun 2018, telah diumumkan bahawa kugiran ini akan membuat debut semula di bawah nama kugiran baharu Onewe. Kugiran ini secara rasmi membuat debut semula pada 13 Mei 2019 dengan album single pertama mereka 1/4.[2][3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]2015–2016: Pembentukan dan debut
[sunting | sunting sumber]Ditubuhkan pada Mei 2015, M.A.S 0094 ialah kumpulan bebas yang membuat persembahan dan membuat cover lagu-lagu terkenal di khalayak ramai dengan semua keuntungan akan disalurkan kepada badan amal untuk mangsa wanita penghibur. Hasil daripada single digital pertama mereka, "Butterfly, Find a Flower", yang dikeluarkan pada 13 Ogos 2015, juga disalurkan untuk badan amal.[4][5]
M.A.S 0094 mengeluarkan album mini pertama mereka , Feeling Good Day, pada 25 Mac 2016.[6] Album ini mempunyai 6 buah lagu, termasuk single utama Feeling Good" dan single digital mereka "Butterfly, Find a Flower yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Kugiran ini debut pada 2 Ogos dengan lagu mereka "After 15 Seconds" yang telah dipersembahkan di The Show.[7][8]
Pada bulan November, kugiran ini mengadakan persembahan yang dipanggil "Masland". Mereka juga mengeluarkan single "Starlight".[9]
Pada 30 Disember, M.A.S 0094 membuat persembahan sebagai kugiran sesi untuk persembahan Mamamoo semasa 2016 KBS Song Festival.[10] Pada 31 Disember, mereka adalah satu-satunya artis Korea yang mengambil bahagian dan merupakan persembahan akhir dalam Hello Starlight Forest New Year's Eve Concert yang diadakan di Changsha, China[11]
2017–2018: Make Some Noise, rancangan survival dan Re-debut sebagai ONEWE
[sunting | sunting sumber]Pada 6 Januari 2017, kugiran ini telah mengeluarkan album mini kedua mereka Make Some Noise. Album ini mempunyai 6 buah lagu, termasuk single utama "Make Some Noise" dan "Starlight".[12] Pada bulan Februari, mereka mengadakan konsert untuk meraikan 200 hari sejak debut mereka.[13]
Pada April 2017, Dongmyeong mewakili RBW dalam rancangan realiti televisyen siri Produce 101 Season 2.[14] Dongmyeong kemudiannya tersingkir di tempat-68 semasa episod 5.
Pada 27 Mei, Modern Music menerbitkan satu kenyataan di fan cafe yang menyatakan bahawa kugiran ini akan menyertai RBW.[15] Pada 9 Jun, RBW mengesahkan bahawa kugiran ini menandatangani di bawah label mereka dan akan mula menggunakan nama 'MAS'.[16]
MAS menyertai rancangan realiti televisyen The Unit pada bulan Oktober 2017. Pada episod 7, Harin ditempat-52, Younghoon ditempat-58, Cya ditempat-59 dan Kanghyun ditempat-61 telah tersingkir. Dongmyeong berjaya ke peringkat terakhir di mana dia kemudiannya tersingkir ditempat-16.[17]
Pada December 2017, MAS menyertai RBW debut projek RBW Trainee Real Life – We Will Debut bersama dengan kumpulan pra-debut RBW BOYZ (Oneus). Mereka kemudian mengadakan konsert untuk musim kedua projek bertajuk We Will Debut Chapter 2 - Special Party pada bulan yang sama.[18]
Pada bulan Jun 2018, RBW mendedahkan bahawa MAS akan debut semula dengan nama "Onewe".[19] Pada bulan September, mereka mengeluarkan single pra-debut dan MV untuk "Last Song" bersama dengan rakan seagensi mereka Oneus.[20]
Sebagai alumni, Onewe mengadakan Ceramah Ceria Istimewa untuk pelajar dan ibu bapa Akademi Muzik ModernK dari 26 Oktober hingga 11 November.[21]
Pada 23 Disember, mereka mengadakan konsert Krismas yang bertajuk "Studio We : Live #1".[22]
2019: Debut semula dengan 1/4, debut Jepun dan 2/4
[sunting | sunting sumber]Kugiran ini membuat debut rasmi pada 13 Mei 2019 dengan perilisan album single pertama mereka yang bertajuk 1/4 dengan single utama "Reminisce About All".[23]
Mereka membuat debut di Jepun pada 7 Jun, mengelurkan album single indie yang berisi lagu versi Bahasa Jepun yang termasuk dalam 1/4.[24] Menjadikan ia 10 Single Terbaik dengan Penjualan Jepun yang dilancarkan oleh Artis Korea Tower Records Japan untuk separuh pertama tahun 2019.[25] Mereka kemudian mengadakan Siaran Langsung Mini Jepun pertama「~PROLOGUE~」pada 8 Jun.
Pada 30 Jun, mereka mengadakan konsert mini bertajuk Studio We : Live #2 The Name of the Star I Live On.
Pada 29 Ogos, kugiran ini mengeluarkan album single kedua 2/4 dengan single utama "Regulus".[26] Pada hari yang sama, kugiran ini membuat persembahan program muzik debut mereka di M Countdown.[27]
Pada 13 Oktober, mereka mengadakan konsert mini bertajuk Studio We : Live #3" Fallin’ Good Day.
Pada 29 Disember, mereka mengadakan konsert mini Krismas yang bertajuk Studio We : Live #4" My Own Band Room.
2020: ONE
[sunting | sunting sumber]Pada 2 April, kugiran ini mengeluarkan single ketiga mereka "3/4" dengan single utama "Q" ditulis oleh ahli CyA dan menampilkan Hwasa Mamamoo. Single ini memasuki Billboard World Digital Song Sales di nombor 12.[28]
Album penuh pertama kugiran ini One dikeluarkan pada 26 Mei yang terdiri daripada lagu yang telah dikeluarkan sebelum ini bersama dengan tiga buah lagu baru termasuk single utama "End of Sping".
Pada 12 September, kugiran ini mengadakan konsert siaran langsung on-tact pertama mereka yang bertajuk O! NEW E!volution.[29]
Pada 24 September, kugiran ini mengeluarkan album Demo pertama mereka Studio We: Recording dengan single utama "Parting".[30]
Pada 13-14-15 November, mereka mengadakan konsert mini dalam talian bertajuk "Studio We: Live #5" A Moment in Full Bloom Under Two Starlights.
Pada 11 Disember, kugiran ini mengeluarkan album single ketiga mereka Memory: Illusion dengan single utama "A Book In Memory".
2021: Studio We: Live, Planet Nine: Alter Ego and Studio We: Recording #2
[sunting | sunting sumber]Pada 23-24 Januari, mereka mengadakan konsert mini dalam talian bertajuk "Studio We : Live #6" Onewe? or Onewe!. Pada 6 dan 7 Mac, mereka mengadakan konsert encore di Rolling Hall.
Pada 16 Jun, Onewe mengeluarkan album mini pertama mereka Planet Nine: Alter Ego dengan single utama mereka "Rain To Be".[31] Kesemua lima orang ahli mengambil bahagian dalam menulis atau mengarang lagu-lagu dalam album, dengan Kanghyun menulis dan mengarang single utama.[32] "Aurora" lagu B-side menduduki tempat pertama dalam senarai 21 K-Pop B-side terbaik tahun 2021 MTV.[33]
Dikeluarkan pada 8 September, CyA menulis bersama rakan seagensi Purple Kiss untuk single utama "Zombie" untuk album "Hide & Seek" mereka.[34]
Kugiran ini mengeluarkan single digital pra-perilisan "Star" pada 23 November, sebelum album demo kedua mereka Studio We: Recording #2 pada 7 Disember.[35]
Pada 21 Disember, Onewe mengeluarkan single kolaborasi baharu dengan Oneus bertajuk "Stay".[36]
2022: Planet Nine: Voyager dan Timeless
[sunting | sunting sumber]Pada 4 Januari, Onewe mengeluarkan album mini kedua mereka Planet Nine: Voyager dengan single utama mereka "Universe_".[37]
Pada 20 Mei, Onewe mengeluarkan album istimewa mereka Timeless dengan single utama "Roommate".[38]
Pada 12 Julai, telah disahkan bahawa ahli Yonghoon akan menyertai tentera pada 12 Julai dan Kanghyun akan menyertai tentera pada 2 Ogos.[39]
Ahli
[sunting | sunting sumber]- Harin (하린) - Pemain Drum
- Dongmyeong (동명) - Pemain Keyboard, Penyanyi Vokal
- CyA (키아) - Pemain Bass, Penyanyi "Rap"
Tidak aktif
[sunting | sunting sumber]- Yonghoon (용훈) - Ketua, Penyanyi Vokal Utama
- Kanghyun (강현) - Pemain Gitar
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [40] | |||
One |
Daftar lagu
|
13 |
|
Album mini
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [42] | |||
Feeling Good Day [a] |
Daftar lagu
|
— | — |
Make Some Noise [a] |
Daftar lagu
|
— | |
Planet Nine: Alter Ego |
Daftar lagu
|
12 |
|
Planet Nine: ??? |
Daftar lagu
|
14 |
|
Album single
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [45] | |||
1/4 |
Daftar lagu
|
— | — |
2/4 |
Daftar lagu
|
— | |
3/4 |
Daftar lagu
|
— | |
Memory: Illusion |
Daftar lagu
|
16 |
|
Timeless (시간을 담은 작은 방) |
Daftar lagu
|
14 |
|
Album demo
[sunting | sunting sumber]Title | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [48] | |||
Studio We: Recording |
Daftar lagu
|
27 |
|
Studio We: Recording #2 |
Daftar lagu
|
17 |
|
Studio We: Recording #3 |
Daftar lagu
|
Akan diumumkan |
Single
[sunting | sunting sumber]Sebagai artis utama
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | Album | ||
---|---|---|---|---|---|---|
KOR [52] |
JPN [53] |
US World [54] | ||||
"Reminisce About All" [b][c] | 2019 | — | 38 | — |
|
One |
"Regulus" [d] | — | — | — |
| ||
"Q" (모르겠다고) (feat. Hwasa) | 2020 | — | — | 12 | — | |
"End of Spring" (나위 계절 봄은 끝났다) | — | — | — | |||
"Parting" (소행성) | — | — | — | Studio We: Recording | ||
"A Book In Memory" (기억 속 한 권의 책 ) | — | — | — | Memory: Illusion | ||
"Rain to Be" (비를 몰고 오는 소년) | 2021 | —[e] | — | — | Planet Nine: Alter Ego | |
"Star" (별) | —[f] | — | — | Studio We: Recording #2 | ||
"Universe_" (너의 우주는) | 2022 | —[g] | — | — | Planet Nine: Voyager | |
"Roommate" (룸메이트) | Akan diumumkan | Timeless |
Kolaborasi
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | Album |
---|---|---|---|---|
KOR [52] | ||||
"Last Song" (bersama Oneus) |
2018 | — | — | Single bukan-album |
"Stay" (bersama Oneus) |
2021 | —[h] |
Penampilan runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Jualan (DL) |
Album | |
---|---|---|---|---|---|
KOR |
KOR Hot | ||||
"About Her" (그녀는 대체) | 2020 | — | — | — | Was It Love? OST |
Lagu lain
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Format | Album | Nota | Ref. |
---|---|---|---|---|---|
2015 | "Butterfly, Find a Flower" | Muat turun digital, penstriman | Feeling Good Day | Dikeluarkan sebagai MAS 0094 | TBA |
2016 | "Feeling Good" | TBA | |||
"Starlight" | Make Some Noise | TBA | |||
2017 | "Make Some Noise" | TBA |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Rancangan realiti
[sunting | sunting sumber]Tahun | Saluran | Tajuk | Nota |
---|---|---|---|
2017-2018 | Vlive app | RBW Trainee Real Life – I shall Debut S1 | 11 Episod - Bersama ahli ONEUS |
2018 | Olleh TV | RBW Trainee Real Life – I shall Debut S2 | 20 Episod - Bersama ahli ONEUS |
MBC Music / MBC Every1 | Power Up! Beautiful snack bar is open | 08 Episod - Bersama ahli ONEUS |
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Dikeluarkan sebagai MAS.
- ^ Perilisan rasmi pertama mereka dikeluarkan sebagai Onewe.
- ^ "Reminisce About All (Japanese ver.)" telah dikeluarkan pada 7 Jun 2019 di Jepun sebagai single CD pertama mereka.
- ^ "Regulus (Japanese ver.)" telah dikeluarkan pada 25 Oktober 2019 di Jepun sebagai single CD mereka.
- ^ "Rain to Be" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi memulakan debut dan memuncak pada nombor 78 pada Gaon Download Chart.[55]
- ^ "Star" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi memulakan debut dan memuncak pada nombor 159 pada Gaon Download Chart.[56]
- ^ "Universe_" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi memulakan debut dan memuncak pada nombor 95 pada Gaon Download Chart.[57]
- ^ "Stay" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi memulakan debut dan memuncak pada nombor 133 pada Gaon Download Chart.[58]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 신예 밴드 MAS 0094, 5人 5色 프로필. Ten Asia (dalam bahasa Korea). 2017-01-11. Dicapai pada 2022-04-14.
- ^ 데뷔 향해 달려온 원위의 시간 '다 추억'. MK Sports (dalam bahasa Korea). 2019-05-13. Dicapai pada 2022-04-14 – melalui Naver.
- ^ '마마무 소속사' RBW, 신인 보이그룹 원어스(Oneus)-원위(Onewe) 하반기 데뷔 확정. Top Star News (dalam bahasa Korea). 2018-07-13. Dicapai pada 2022-04-14.
- ^ '광복 70주년'을 특별하게 맞는 연예인들. Segye Ilbo (dalam bahasa Korea). 2015-08-14.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBFAF
- ^ M.A.S 0094, 여자친구 작곡가 서용배가 선물한 곡 '15초 후' 공개. TV Daily (dalam bahasa Korea). 2016-03-22.
- ^ 신인 밴드 MAS0094, 2일 SBS MTV ‘더쇼’서 데뷔. SBS Entertainment News (dalam bahasa Korea). 2016-08-02.
- ^ 마스 공공구사(MAS 0094), ‘더쇼’서 성공적인 데뷔 무대. Top Star News (dalam bahasa Korea). 2016-08-03.
- ^ MAS 0094, 26일 단독 공연 ‘마스랜드’ 개최. TV Daily (dalam bahasa Korea). 2016-11-23.
- ^ MAS 0094, KBS '가요대축제' 마마무 '데칼코마니' 지원 사격 '시선 집중'. Ten Asia (dalam bahasa Korea). 2016-12-30.
- ^ 밴드 MAS 0094, 中 후난성 팬들과 특별한 새해 맞았다…'Hello 성광삼림 신년 음악회' 참여. Aju News (dalam bahasa Korea). 2017-01-02.
- ^ 밴드 MAS 0094, 두번째 미니앨범 'MAKE SOME NOISE' 공개. Sports Seoul (dalam bahasa Korea). 2017-01-06. Dicapai pada 2021-10-14.
- ^ MAS 0094, 데뷔 200일 기념 콘서트 '성황'. Sports Today (dalam bahasa Korea). 2017-02-20. Dicapai pada 2021-10-24.
- ^ [이슈DA:다] ‘프로듀스101 시즌2’ 재데뷔를 노리는 27人. Sports Dong-A (dalam bahasa Korea). 2017-03-18. Dicapai pada 2021-10-24.
- ^ "안녕하세요 모던뮤직엔터테인먼트 입니다" (dalam bahasa Korean). Modern Music Entertainment.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "안녕하세요. RBW입니다" (dalam bahasa Korean). RBW Inc.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ POP, 헤럴드 (10 December 2017). "더유닛 투표결과 女양지원·男티모테오 1위…35명 대거 탈락(종합)".
- ^ "[공식입장] '마마무 회사' RBW, 보이그룹 런칭..'프듀2' 이건희·여환웅 출격".
- ^ "마마무 남동생그룹"…원어스&원위, 하반기 데뷔 확정. Sports Chosun (dalam bahasa Korea). 2018-07-13. Dicapai pada 2021-11-13.
- ^ [팝's신곡]"너 때문에 애같이 굴잖아"..원위, 나를 뛰어넘는 너 '모르겠다고(Feat.화사)'. Herald Pop (dalam bahasa Korea). 2020-04-02. Dicapai pada 2021-10-24.
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=E11YFjb3DmU
- ^ "Daum 카페".
- ^ 'RBW 첫 보이밴드' 원위(Onewe), 5월 13일 데뷔 확정. Sports World (dalam bahasa Korea). 2019-04-12 – melalui Naver.
- ^ "Onewe インタビュー - Tower Records Online".
- ^ "タワーレコード2019年上半期チャート発表! - Tower Records Online".
- ^ "'D-1' 원위, 신곡 '야행성' 스페셜 프리뷰 공개". August 28, 2019.
- ^ ‘엠카운트다운’ 선미·엑스원(X1)·원위·셀럽파이브 등 출연. Asia Today (dalam bahasa Korea). 2019-08-29.
- ^ 보이밴드 원위, '모르겠다고'로 美 빌보드 월드 디지털 송 세일즈 차트 12위 진입. Korea Economic TV (dalam bahasa Korea). 2020-04-16 – melalui Naver.
- ^ 원위, 첫 온택트 라이브 200분 순삭..'소행성' 무대 최초 공개→원어스 지원사격. OSEN (dalam bahasa Korea). 2020-09-13 – melalui Naver.
- ^ "Demo Album".
- ^ 원위, 6월 16일 컴백 확정…데뷔 첫 미니앨범 발매. Xports News (dalam bahasa Korea). 2021-05-31. Dicapai pada 2022-04-14 – melalui Naver.
- ^ "Water, water everywhere in "Planet Nine: Alter Ego," Onewe's new EP". Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Inggeris). 2021-06-21. Dicapai pada 2021-09-23.
- ^ "FROM TWICE TO TXT, THESE ARE THE 21 BEST K-POP B-SIDES OF 2021". MTV. 2021-12-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-02. Dicapai pada 2022-04-13.
- ^ Yeo, Gladys (2021-08-30). "PURPLE KISS unveil powerful performance video for 'Intro: Freaky Purky'". NME (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-23.
- ^ 원위 깜짝쇼, 23일 신곡 낸다. Sports Kyunghyang (dalam bahasa Korea). 2021-11-15. Dicapai pada 2022-04-14 – melalui Naver.
- ^ 원어스X원위, 데뷔 첫 시즌송 '스테이' 발매… 3년 3개월 만 합동 싱글. My Daily (dalam bahasa Korea). 2021-12-13. Dicapai pada 2022-04-14 – melalui Naver.
- ^ 원위, 미니 2집 콘셉트 포토 공개…절제된 표정 '깊어진 분위기'. Xports News (dalam bahasa Korea). 2021-12-23. Dicapai pada 2022-04-14 – melalui Naver.
- ^ 원위, 20일 스페셜 앨범 '시간을 담은 작은 방' 발매…타이틀곡은 '룸메이트'. Mydaily (dalam bahasa Korea). 2022-05-10. Dicapai pada 2022-05-10 – melalui Naver.
- ^ Lee, Han-lim (July 12, 2022). "그룹 원위, '군백기' 돌입…용훈 강현 연이어 현역 입대" [Group Onew enters 'military flag'... Yonghoon and Kanghyun enlist in active duty one after another] (dalam bahasa Korea). The Fact. Dicapai pada July 12, 2022 – melalui Naver.
- ^ 2020년 22주차 Album Chart (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart.
- ^ "2020년 07주차 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada August 6, 2020.
- ^ Peak chart positions for:
- "Planet Nine: Alter Ego". Gaon Album Chart (dalam bahasa Korea).
- "Planet Nine: Voyager". Gaon Album Chart (dalam bahasa Korea).
- ^ "2021년 07주차 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea).
- ^ 2022년 02월 Album Chart. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 10, 2022.
- ^ Peak chart positions for:
- "Memory: Illusion". Gaon Album Chart (dalam bahasa Korea).
- "Timeless". Gaon Album Chart (dalam bahasa Korea).
- ^ Cumulative sales for Memory: Illusion:
- "2020년 12주차 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea).
- "2021년 01월 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea).
- ^ 2022년 05월 Album Chart [May 2022 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 9, 2022.
- ^ Peak chart positions for:
- "Studio We: Recording". Gaon Album Chart (dalam bahasa Korea).
- "Studio We: Recording #2". Gaon Album Chart (dalam bahasa Korea).
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaDemo Album
- ^ "2020년 10주차 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea).
- ^ 2021년 12월 Album Chart [December 2021 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 6, 2022.
- ^ a b "Gaon Digital Chart". Gaon Music Chart.
- ^ a b "週間 CDシングルランキング 2019年06月17日付" [Weekly CD Single Ranking for June 17, 2019]. Oricon Style (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada June 13, 2019. Dicapai pada June 12, 2019.
- ^ "World Digital Song Sales". Billboard. Dicapai pada April 14, 2020.
- "Q". April 18, 2020.
- ^ "Rain to Be". June 13–19, 2021. Dicapai pada June 24, 2021.
- ^ "Star". November 21–27, 2021. Dicapai pada December 2, 2021.
- ^ "Universe_". January 2–8, 2022. Dicapai pada January 13, 2022.
- ^ "Stay". December 19–25, 2021. Dicapai pada December 30, 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Onewe |
- Laman sesawang rasmi (Korea)
- Laman sesawang rasmi (Jepun)
- Youtube
- TikTok