Pergi ke kandungan

Nina Simone

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nina Simone
Simone pada 1965
Latar belakang
Nama lahirEunice Kathleen Waymon
Kelahiran(1933-02-21)21 Februari 1933
Tryon, North Carolina, Amerika Syarikat
Meninggal dunia21 April 2003(2003-04-21) (umur 70)
Carry-le-Rouet, Bouches-du-Rhône, France
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • penggubah lagu
  • aktivis
  • komposer
Tahun aktif1954–2003
Syarikat rakaman
Bethlehem, Colpix, Philips, RCA Victor, CTI, Legacy Recordings
Laman sesawang
ninasimone.com

Eunice Kathleen Waymon, lebih dikenali sebagai Nina Simone (21 Februari 1933 – 21 April 2003), ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pemain piano dan aktivis kemanusiaan. Dia sering diketahui sebagai seorang pemain muzik jazz, tetapi sebenarnya dia tidak suka dikategorikan. Beberapa jenis muzik sebagai jazz, soul, folk dan R&B boleh dimainkannya. Dia juga dikenali sebagai 'Paderi Soul yang Tertinggi'.

Nina Simone dilahirkan di Tryon, North Carolina, satu daripada lapan orang anak, dan diberi nama Eunice Kathleen Waymon. Seperti ramai penyanyi Afrika-Amerika lain, dia dipengaruhi oleh muzik Marian Anderson dan menyanyi di gereja; dia juga mempunyai bakat bermain piano apabila masih muda. Ketika berumur 10 tahun, dia sedang memainkan piano di konsert awam, dan ibu-bapanya yang sedang duduk di tempat hadapan dipaksa gerak ke tempat belakang supaya orang putih boleh duduk. Dia ingatkan pengalaman itu dan oleh itu melibatkan diri dalam aktiviti kemanusiaan apabila dewasa.

Bapa Simone ialah seorang pekerja membaiki alat dan penggunting rambut. Emaknya bekerja sebagai seorang pembantu rumah; majikannya tahu bahawa Nina mempunyai bakat bermain piano dan mendermakan wang untuk Nina belajar muzik. Apabila berumur 17 tahun, Nina memindah ke Philadelphia, Pennsylvania untuk mengajar piano dan menyanyi bersama penyanyi lain. Dia mempunyai bakat belajar piano di Julliard School of Music, sebuah sekolah di New York yang termashyur, tetapi kekurangan wang. Kemudian, dia diberi temuduga untuk belajar piano di Curtis Institute, tetapi tidak diberi tempat. Nina percaya ini ialah sebab bangsanya, iaitu bangsa Afrika-Amerika.

Simone kemudian bermain blues dan jazz di Midtown Bar and Grill di Atlantic City. Dia menukar namanya ke 'Nina' kerana takut ibunya fikir dia bermain 'muzik syaitan'. 'Nina' ('kecil' di Bahasa Sepanyol) diberi oleh seorang pencinta dan 'Simone' berasal dari nama pelakon Perancis, Simone Signoret. Dia merakamkan lagu George Gershwin 'I Loves You Porgy' yang menjadi 'Billboard Top 40 Hit'nya yang sekadar. Album pertamanya Little Girl Blue kemudian dikeluarkan.

Sebab kelakuan Simone di atas pentas, dia diberi gelaran 'Paderi Tinggi Muzik Soul'. Konsert-konsertnya amat popular; dia boleh menjadi penyanyi, pelakon, pemain piano atau penari. Atas pentas, bakat Simone semakin tinggi, dan dia boleh bermain gospel, blues, folk dan muzik klasik Eropah.

Simone tidak suka pembezaan orang Afrika yang sering berlaku di Amerika Syarikat. Dia melibatkan diri dalam 'Civil rights Movement' selama 1960an dan 1970an. Dia menulis dan menyanyi lagu-lagu politik macam 'Backlash Blues', 'I Wish I Knew How It Was Like To Be Free' dan 'Why? The King of Love Is Dead'. Lagunya 'To Be Young, Gifted and Black' menjadi 'lagu kebangsaan' orang hitam Amerika dan 'Mississippi Goddam' ditulis selepas pengeboman sebuah gereja orang hitam di Birmingham, Alabama, yang membunuh empat orang kanak-kanak hitam.

Pada tahun 1971, Simone pindah dari Amerika Syarikat sebab perselisihan dengan syarikat perakaman dan pengutip cukai. Dia tinggal di Caribbean, Afrika dan Asia sebelum pulang pada tahun 1978. Kemudian, dia diberkas oleh polis kerana tidak membayar cukai kerana membantah Perang Vietnam.

Simone diketahui sebagai seorang yang amat susah. Pada tahun 1995, dia menembak anak lelaki jirannya dengan sebuah pistol kerana ketawanya mengacauinya; dia juga cuba menembak seorang eksekutif syarikat perakaman kerana mencuri wangnya.

Pada tahun 1780an, Simone memberi konsert-konsert di Ronnie Scott's Jazz Club di London, di mana dia diketahiui sebagai sombong, tetapi selalu berjenaka dengan pendengarnya dan memain muzik yang mereka mahu dengar.

Pada tahun 1993, Simone pindah ke Aix-en-Provence di Perancis Selatan. Beliau meninggal dunia akibat menghidap kanser di Carry-le-rouet pada 20 April, 2003. pada usia 70 tahun. Anak perempuannya, Lisa Celeste, juga mengambil nama Simone dan pernah melakonkan peranan utama Aida dalam bentuk drama muzikal di teater Broadway.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]