Mukim
Mukim ialah sejenis pembahagian pentadbiran yang digunakan di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Biasanya mukim merupakan sub-pembahagian daerah (daerah kecil) serta ia dipecahkan pula kepada beberapa kampung.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Malaysia
[sunting | sunting sumber]Di Malaysia, Mukim ialah pembahagian pentadbiran peringkat kedua selepas Daerah. Terdapat 198 mukim di Malaysia. Mukim pula dipecahkan kepada beberapa Kampung. Ketua bagi komuniti mukim ialah penghulu
Brunei
[sunting | sunting sumber]Di Brunei, mukim ialah pembahagian pentadbiran peringkat kedua selepas daerah. Terdapat 38 mukim di Brunei. Mukim pula dipecahkan kepada beberapa kampung. Ketua bagi komuniti mukim ialah penghulu.
Singapura
[sunting | sunting sumber]Di Daerah Pulau Singapura, Mukim ialah pembahagian pentadbiran peringkat kedua selepas Daerah Pulau Singapura, Daerah. Terdapat 34 Mukim di Singapura, Lihat Peta lama Mukim di Singapura.
Mukim pula dipecahkan kepada beberapa kampung. Ketua bagi komuniti Mukim ialah Penghulu Mukim di Pejabat Mukim di setiap seluruh 34 Mukim di Daerah Pulau Singapura.
Indonesia
[sunting | sunting sumber]Di Aceh, mukim ialah sebahagian dari kecamatan (setaraf pekan), dan terdiri daripada beberapa gampong (setaraf kampung).[1]